Sunday, December 18, 2011

Hasan Ali Bakal “Dibunuh” Individu Itu Di Selangor

December 10, 2011

hasan ali

Panas di dada media semalam apabila Ketua Penerangan PAS Selangor, Shaari Sungib memberitahu bahawa berkemungkinan besar Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Hasan Ali akan digugurkan dari menjadi calon parti itu pada Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang.


Memberikan alasan bahawa bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak mendapat pencalonan yang mencukupi dari setiap cawangan PAS yang menghantar 3 nama calon, Shaari cuba membayangkan bahawa Hasan Ali bagaikan tidak punya pengaruh atau penyokong untuk meletakkan dirinya sebagai calon.


Malah, dia meletakkan Hasan Ali diperingkat paling hina di dalam parti itu apabila menyatakan hanya pucuk pimpinan tertinggi saja yang dapat menyelamatkan nama Hasan Ali dari digugurkan, seolah-olah Exco yang jelas memperjuangkan aqidah umat Islam yang dicabar hebat Khalid “gereja” dan konco-konco musuh dalam politiknya itu perlu mengemis untuk menjadi calon PAS di Selangor!


Hebat benar kenyataan PAS Selangor tersebut. Nampaknya, ada udang di sebalik batu, dan saya percaya ada “dalang” di sebalik pengguguran nama Hasan Ali dari menjadi calon PAS pada PRU akan datang.


Percaya atau tidak, reputasi Hasan Ali teruk direnyuk-renyukkan seseorang yang menjadi musuh politiknya. Saya kira, saya tak perlu sebut siapa musuh politik Hasan Ali memandangkan ia menjadi “open secret” dikalangan para pemerhati politik di Selangor, umumnya di Malaysia.


Umum juga tahu bahawa individu dalam PAS itu teruk menghentam Hasan Ali ketika isu serbuan JAIS terhadap DUMC, gereja “belaan” individu itu. Malah individu itu dikhabarkan sanggup bersusah payah memburuk-burukkan Hasan Ali ketika dipanggil memberikan penjelasan berhubung serbuan tersebut.


Tanpa berselindung, individu itu sampai ke tahap “gaban” menggesa agar pucuk pimpinan PAS Pusat mengambil tindakan disiplin terhadap Hasan Ali dan melucutkan semua jawatannya di dalam PAS. Tanpa rasa malu, dia turut menekan Hasan Ali untuk meletak jawatan, berundur dari menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor.


Kemuncaknya, nama Hasan Ali pula cuba dilenyapkan dari menjadi salah satu calon PAS pada PRU akan datang. Ganas sungguh permainan individu itu. Mahu ditamatkan terus riwayat karier politik Hasan Ali.


Namun saya percaya, Hasan Ali tidak akan melawan. Hasan Ali yang saya kenal merupakan seorang yang sabar. Dia rela ditendang, disepak, dihina dan dituduh dengan sebarang kejian. Misalnya, walaupun teruk dikeji, dia tetap hadir ke majlis Himpunan Sejuta Umat di Shah Alam tempohari.


Setahu saya, di dalam UMNO pun tidak sedahsyat ini. Kalau ada pun, individu yang bertelagah itu sudah tentu sudah ditegur dan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pucuk pimpinan. Namun PAS mengalahkan UMNO dalam bab ini. Teruk betul cara mereka. Itu cara Islam ke?


Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment