December 12, 2011
HARI ini adalah hari terakhir pemerintahan DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sebagai Yang Dipertuan Agung yang ke-13. Sejak dimasyhurkan sebagai YDPA pada November 2006, baginda telah menjalankan tugas dengan cemerlang dalam memimpin negara dan angkatan bersenjata negara kita.
Pada mana yang tak tahu, YDPA adalah Pemerintah tertingggi ketiga-tiga cabang perkhidmatan angkatan bersenjata di Malaysia.
Baginda tuanku mencatat sejarah sebagai YDPA termuda di Malaysia, dilantik ke jawatan tersebut ketika baru berusia 44 tahun, Banyak kejayaan yang ditempa negara sejak kebawah duli Tuanku memayungkan negara ini sebagai ketua negara.
Bagaimanapun, perkhidmatan cemerlang Tuanku dicemari oleh insan tua tak sedar diri bernama Anwar Ibrahim. Kelancangannya menjual nama baginda dalam sketsa bohong 16 September 2008 telah sedikit sebanyak mencemarkan kesucian jawatan yang disandang baginda. Seolahnya nama YDPA terlalu rendah martabatnya apabila dengan mudah dijaja sedemikian rupa.
Anwar tanpa malu mengisytiharkan di khalayak ramai bahawa YDPA Sultan Mizan telah memperkenankan perlantikan dia sebagai Perdana Menteri ke-6 menggantikan Tun Abdullah Badawi pada ketika itu. Hakikatnya Anwar tidak punya apa kelayakan yang ditetapkan perlembagaan untuk dilantik ke jawatan tersebut, tapi itulah dia Anwar, bukan ada malu pun.
Sampai sekarang penulis tak nampak Anwar ada merafak sembah memohon ampun dan maaf kebawah duli Tuanku atas pembohongan meganya itu.
Sebenarnya peristiwa September 2008 bukanlah kali pertama nama YDPA dijaja pembangkang cuma 16 September 2008 itu adalah yang pertama melibatkan Anwar Ibrahim secara langsung. Setahun sebelum itu, pembangkang telah menjaja cerita bohong kononya YDPA merestui perhimpunan Bersih 2007 dan memantau perhimpunan tersebut dari udara.
Sedangkan hakikatnya baginda ketika itu sedang berada di Terengganu.
Di Terengganu sendiri, segelintir penyokong PAS mengambil kesempatan daripada polemik dalam UMNO berhubung perlantikan Menteri Besar pasca PRU 2008 dengan membawa kain rentang yang menggelar Sultan Terengganu sebagai ‘Natang’.
Begitulah kurang ajarnya pembangkang di Malaysia terhadap ke bawah duli Tuanku. Kalau Malaysia ini mengamalkan perundangan yang sama seperti di Thailand, nescaya Anwar dan kuncu-kuncunya sekarang sedang merengkok dalam penjara kerana berulang kali menghina sistem raja berpelembagaan di Malaysia – secara langsung atau tidaknya.
Patik mengucapkan selamat maju jaya kepada DYMM Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri, semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan kemakmuran berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Daulat Tuanku!!!!
Dipetik daripada : www. mykmu. net
No comments:
Post a Comment