Sunday, December 18, 2011

Khalid Berpolitik Di Hari Ulang Tahun Sultan Selangor

December 12, 2011

khalid-ibrahim-9

MEMANG Menteri Besar yang satu ini membuktikan dirinya tidak boleh dibawa ke dalam majlis. Sambutan ulang tahun keputeraan DYMM Sultan Selangor yang ke-66 semalam sepatutnya tempat untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan baginda, bukannya melepaskan geram dengan bercakap soal politik.


Ucapan Khalid yang menyentuh tentang ‘kelemahan’ kerajaan BN yang terdahulu sedikit menimbulkan tanda tanya, apa kaitan dengan majlis yang diadakan? Termasuk menyebut tentang bangsa dan agama yang konon dijadikan modal pihak tertentu untuk mendapatkan kelebihan politik.


Apa yang Khalid tak faham? Itukan majlis hari jadi Sultan dimana bangsa dan agama menjadi faktor penting malah faktor penentu juga. Kalau bukan melayu dan beragama Islam, jangan harap nak jadi Sultan. Itu baru menyebut yang asas, belum lagi soal keturunan. Jadi apa motif Khalid membangkitkan perkara tersebut? Nak perli atau nak sindir?


Begitu juga halnya dengan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan. Baru beberapa bulan lepas Khalid dengan bangga membangkitkan soal simpanan Kerajaan Negeri berjumlah RM 1.1 billion (data mengesahkannya tidak ditunjuk), sedangkan hutang Selangor dengan kerajaan persekutuan kalau penulis congak ikut angka yang diberikan Khalid semalam, ada berbaki RM 627 juta.


Kalau taknak berhutang, gunakan simpanan tunai yang ada (itu kalau betul ada) untuk selesaikan hutang tersebut dan war-warkanlah satu negara!! Apa masalahnya? Semua negeri dalam Malaysia pun berhutang dengan kerajaan persekutuan, yang bezanya banyak dan sedikit, so apa yang menjadikan Selangor istimewa sehingga perlu disebut dalam ucapan hari ulang tahun DYMM Tuanku?


Agaknya inilah ‘rahmat’ air liur penduduk Kg Seri Aman yang bertepek di muka Khalid gara-gara dimaki secara berdepam kerana kegagalan menyerahkan geran yang telah siap sedia, cuma menunggu diserahkan saja. Peristiwa berlaku di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Ijok dimana Khalid adalah ADUN, merangkap Menteri Besar negeri tersebut.


Kalau dia tak boleh selesai, siapa lagi boleh selesai?


Tapi takpelah, itu lain kisahnya (walaupun berkaitan), kisah yang ini sekadar membenarkan dakwaan bahawa Khalid kurang ajar dan tidak menghormati DYMM Sultan sebab berpolitik tak mengira tempat. Modus operandi sama digunakan Anwar Ibrahim satu ketika dulu dalam mahkamah, berpolitik dikala dia perlu membela diri atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan.


Persoalannya kenapa Khalid menggunakan platform itu sebagai tempat melepaskan geram? Umum mengetahui bahawa, tahun ini adalah tahun terakhir Khalid memberi ucapan di hari ulang tahun DYMM Sultan kerana apa pun yang berlaku selepas ini, Khalid bukan lagi Menteri Besar lantaran dia tidak ada merit langsung untuk dilantik ke jawatan tersebut.


Nak kata mengetuai PKR Selangor, bukan. Nak kata pegang jawatan tinggi dalam PKR pusat pun bukan. Penulis dimaklumkan, dua nama ini yang sedang mengintai peluang menjadi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan Zuraida Kamarudin.


Itupun kalau PKR dan pakatan haram pimpinannya masih lagi mengekalkan kuasa di Selangor, tapi nampaknya macam takde harapan. Kalau ditanya setiap isi rumah di Selangor hari ini, masing-masing dah membuak-buak benci kepada kerajaan Pakatan haram yang lebih berpolitik daripada menguruskan rakyat dan negeri tersebut.


Penulis tidak berasa hairan, air percuma 20m3 pertama yang dibangga-banggakan sangat itu bukannya asas kukuh untuk PKR mengekalkan kuasa. Tambah pulak lagi bila bukan semua yang merasa nikmat (rumah pangsa tak dapat). Kerajaan persekutuan yang belanja berpuluh billion ringgit dalam bentuk subsidi ini pun dinafikan majoriti 2/3 dalam pilihanraya lepas, inikan pulak PKR Selangor yang hanya belanja RM 11 juta sebulan untuk subsidi air.


Apa pun, tindakan Khalid ini adalah tambahan kepada bertimbun alasan yang ada untuk tidak memilih PKR dan komponen haram lain dibawah naungannya dalam kempen pilihanraya yang akan datang.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment