Sunday, December 18, 2011

Janji lama tak tertunai, bukti PR Tak Mampu Tunaikan Janji Buku Jingga

December 14, 2011


8


Manusia dipegang pada janjinya. Manusia yang tidak menunaikan janji dengan sengaja adalah munafik. Manusia yang menjanjikan sesuatu yang dia tahu dia tidak mungkin mampu menunaikannya juga adalah manusia munafik.


Seperti yang kita tahu, Buku Jingga PR menabur berbagai-bagai janji yang hebat-hebat belaka. Namun, kita juga tahu bahawa hampir semua janji tersebut merupakan janji yang tidak masuk akal berdasarkan kajian, pengalaman dan penyelidikan pakar-pakar ekonomi.


Menabur janji adalah antara strategi PR untuk memenangi Pilihanraya, selain dari strategi memfitnah dan memburukkan kerajaan BN.


Sedangkan sebaik-baik strategi untuk memenangi Pilihanraya adalah membuktikan kebolehan sendiri dengan bekerja bersungguh-sungguh dan berkhidmat dengan seikhlas hati. Namun, strategi ini tidak mampu diadaptasi oleh PR memandangkan mereka memang tidak punya kebolehan atau rekod cemerlang untuk dimegahkan.


Rekod khidmat kerajaan-kerajaan negeri pimpinan PR begitu buruk. Kerana itulah mereka terpaksa berkempen dengan menabur fitnah dan janji semata-mata bagi mengalih pandangan rakyat dari hakikat sebenar kepincangan mereka.
Oleh itu, sebelum mempercayai bulat-bulat janji-janji di dalam Buku Jingga, renungkanlah dulu apa yang terjadi dengan janji-janji PR terdahulu:


Sebelum PRU 2008, Anwar berkata di Pulau Pinang, “Saya cakap, kalau pilihanraya umum bulan 12, kalau PKR menang bagi saya satu bulan sama-sama dengan DAP dan PAS, bagi saya satu bulan saja, saya kasi bersih dan cat seluruh Padang Tembak”.


Hari ini, setelah 3 tahun memerintah Pulau Pinang, “hapa pun tarak” di Padang Tembak.
Kata Anwar lagi kepada penduduk Kg. Buah Pala, Pulau Pinang, “you percaya cakap saya…Kalau kita duduk di sini 60-70 tahun, dia tak boleh tarik (tanah) macam tu….2 minggu sudah menang mesti itu Ketua Menteri datang sini kasi selesai masalah ni..”


Selepas sahaja menang PRU 2008, Kampung Buah Pala benar-benar selesai…dan tinggal dalam lipatan sejarah sebagai bukti kekejaman DAP dan penipuan Anwar.


DAP pula berkata merekalah parti yang mengamalkan ketelusan, tanggungjawab dan cekap (CAT) serta sering mengecam UMNO sebagai rasis. DAP berjanji jika mereka memerintah, mereka akan berlaku adil kepada semua tanpa mengira kaum.
Selepas sahaja menang PRU 2008 dan menerajui Pulau Pinang, kampung-kampung dan gerai Melayu dan India seperti Kampung Jalan Pokok Asam Jelutong, Kampung Permatang Tepi Laut dan Batu Maung di roboh atas berbagai alasan tanpa perbincangan atau pertimbangan. Tetapi, kampung dan gerai Cina tidak pula disentuh walaupun kebanyakan gerai Cina di Pulau Pinang sememangnya menyakitkan mata dan menyesakkan lalulintas seperti di Raja Uda, Chai Leng Park, Georgetown.


Kampung Pulau yang 100% penduduk adalah Cina, boleh pula diajak berbincang, diberi masa dan bantuan termasuk khidmat peguam sewajarnya bagi menangani masalah tanah kampung mereka. Sedangkan kampung India dan Melayu dihalau bagai kucing kurap.


PAS Kedah juga tidak ketinggalan dalam menabur janji. Tetapi, janji PAS Kedah lebih bersifat umum dan tiada tempoh masa tertentu seperti Anwar. PAS Kedah menjanjikan kesejahteraan kepada rakyat dan akan lebih prihatin dan mengambil berat tentang rakyat berbanding BN.


Namun, apa yang berlaku di Kedah setelah 3 tahun PAS memerintah adalah sebaliknya. Sudahlah rakyat dibebankan dengan kenaikan tariff air negeri sehingga 44%, kerajaan negeri juga menyukarkan lagi urusan pembayaran bil air. Ini kerana 1 Mac lalu, Syarikat Air Darul Aman (SADA) memberhentikan khidmat membayar bil air di pejabat-pejabat pos bagi menjimatkan wang negeri dari membayar komisen kepada pejabat pos.


Ini bermakna lebih 500,000 pengguna bekalan air SADA adalah penduduk pedalaman yang sebelum ini membayar bil air di 46 pejabat pos di seluruh negeri kini terpaksa mengambil teksi atau bas ke bandar yang kadangkalanya sejauh 40km dari kampung mereka semata-mata untuk membayar bil air. Lebih menyukarkan lagi apabila cuma terdapat 16 tempat yang boleh menerima pembayaran bil SADA dan SADA pula hanya membuka kaunter dari jam 8 – 3.30 petang dan ditutup pada hujung minggu.


Akibatnya, rakyat Kedah jangankan sejahtera, tetapi jatuh ditimpa tangga di bawah naungan PAS. Sudahlah tariff air meningkat, ditambah pula dengan minyak kereta, tambang bas atau teksi untuk membayar bil di pekan besar.
Selain itu, rakyat Kedah juga terpaksa hidup bersama longgokan sampah sarap yang menimbun di sekeliling mereka kerana kerajaan PAS Kedah gagal mencari penyelesaian terbaik bagi menangani masalah kontrak mengangkut sampah.
Maka sejahteralah rakyat Kedah di celah-celah sampah.


Ini hanyalah sebahagian janji-janji ‘kecil’ yang dilafazkan oleh PR. Janji-janji kecil ini juga nampaknya tidak mampu dikotakan mereka. Itu belum lagi diambil kira janji-janji rasmi yang tercetak dalam hitam putih di dalam Manifesto PR 2008.


Justeru, sesiapa yang masih mempercayai janji Buku Jingga PR, fikirlah sekali lagi!


*artikel ini dihantar melalui emel kepada editor.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment