Sunday, December 18, 2011

Janji lama tak tertunai, bukti PR Tak Mampu Tunaikan Janji Buku Jingga

December 14, 2011


8


Manusia dipegang pada janjinya. Manusia yang tidak menunaikan janji dengan sengaja adalah munafik. Manusia yang menjanjikan sesuatu yang dia tahu dia tidak mungkin mampu menunaikannya juga adalah manusia munafik.


Seperti yang kita tahu, Buku Jingga PR menabur berbagai-bagai janji yang hebat-hebat belaka. Namun, kita juga tahu bahawa hampir semua janji tersebut merupakan janji yang tidak masuk akal berdasarkan kajian, pengalaman dan penyelidikan pakar-pakar ekonomi.


Menabur janji adalah antara strategi PR untuk memenangi Pilihanraya, selain dari strategi memfitnah dan memburukkan kerajaan BN.


Sedangkan sebaik-baik strategi untuk memenangi Pilihanraya adalah membuktikan kebolehan sendiri dengan bekerja bersungguh-sungguh dan berkhidmat dengan seikhlas hati. Namun, strategi ini tidak mampu diadaptasi oleh PR memandangkan mereka memang tidak punya kebolehan atau rekod cemerlang untuk dimegahkan.


Rekod khidmat kerajaan-kerajaan negeri pimpinan PR begitu buruk. Kerana itulah mereka terpaksa berkempen dengan menabur fitnah dan janji semata-mata bagi mengalih pandangan rakyat dari hakikat sebenar kepincangan mereka.
Oleh itu, sebelum mempercayai bulat-bulat janji-janji di dalam Buku Jingga, renungkanlah dulu apa yang terjadi dengan janji-janji PR terdahulu:


Sebelum PRU 2008, Anwar berkata di Pulau Pinang, “Saya cakap, kalau pilihanraya umum bulan 12, kalau PKR menang bagi saya satu bulan sama-sama dengan DAP dan PAS, bagi saya satu bulan saja, saya kasi bersih dan cat seluruh Padang Tembak”.


Hari ini, setelah 3 tahun memerintah Pulau Pinang, “hapa pun tarak” di Padang Tembak.
Kata Anwar lagi kepada penduduk Kg. Buah Pala, Pulau Pinang, “you percaya cakap saya…Kalau kita duduk di sini 60-70 tahun, dia tak boleh tarik (tanah) macam tu….2 minggu sudah menang mesti itu Ketua Menteri datang sini kasi selesai masalah ni..”


Selepas sahaja menang PRU 2008, Kampung Buah Pala benar-benar selesai…dan tinggal dalam lipatan sejarah sebagai bukti kekejaman DAP dan penipuan Anwar.


DAP pula berkata merekalah parti yang mengamalkan ketelusan, tanggungjawab dan cekap (CAT) serta sering mengecam UMNO sebagai rasis. DAP berjanji jika mereka memerintah, mereka akan berlaku adil kepada semua tanpa mengira kaum.
Selepas sahaja menang PRU 2008 dan menerajui Pulau Pinang, kampung-kampung dan gerai Melayu dan India seperti Kampung Jalan Pokok Asam Jelutong, Kampung Permatang Tepi Laut dan Batu Maung di roboh atas berbagai alasan tanpa perbincangan atau pertimbangan. Tetapi, kampung dan gerai Cina tidak pula disentuh walaupun kebanyakan gerai Cina di Pulau Pinang sememangnya menyakitkan mata dan menyesakkan lalulintas seperti di Raja Uda, Chai Leng Park, Georgetown.


Kampung Pulau yang 100% penduduk adalah Cina, boleh pula diajak berbincang, diberi masa dan bantuan termasuk khidmat peguam sewajarnya bagi menangani masalah tanah kampung mereka. Sedangkan kampung India dan Melayu dihalau bagai kucing kurap.


PAS Kedah juga tidak ketinggalan dalam menabur janji. Tetapi, janji PAS Kedah lebih bersifat umum dan tiada tempoh masa tertentu seperti Anwar. PAS Kedah menjanjikan kesejahteraan kepada rakyat dan akan lebih prihatin dan mengambil berat tentang rakyat berbanding BN.


Namun, apa yang berlaku di Kedah setelah 3 tahun PAS memerintah adalah sebaliknya. Sudahlah rakyat dibebankan dengan kenaikan tariff air negeri sehingga 44%, kerajaan negeri juga menyukarkan lagi urusan pembayaran bil air. Ini kerana 1 Mac lalu, Syarikat Air Darul Aman (SADA) memberhentikan khidmat membayar bil air di pejabat-pejabat pos bagi menjimatkan wang negeri dari membayar komisen kepada pejabat pos.


Ini bermakna lebih 500,000 pengguna bekalan air SADA adalah penduduk pedalaman yang sebelum ini membayar bil air di 46 pejabat pos di seluruh negeri kini terpaksa mengambil teksi atau bas ke bandar yang kadangkalanya sejauh 40km dari kampung mereka semata-mata untuk membayar bil air. Lebih menyukarkan lagi apabila cuma terdapat 16 tempat yang boleh menerima pembayaran bil SADA dan SADA pula hanya membuka kaunter dari jam 8 – 3.30 petang dan ditutup pada hujung minggu.


Akibatnya, rakyat Kedah jangankan sejahtera, tetapi jatuh ditimpa tangga di bawah naungan PAS. Sudahlah tariff air meningkat, ditambah pula dengan minyak kereta, tambang bas atau teksi untuk membayar bil di pekan besar.
Selain itu, rakyat Kedah juga terpaksa hidup bersama longgokan sampah sarap yang menimbun di sekeliling mereka kerana kerajaan PAS Kedah gagal mencari penyelesaian terbaik bagi menangani masalah kontrak mengangkut sampah.
Maka sejahteralah rakyat Kedah di celah-celah sampah.


Ini hanyalah sebahagian janji-janji ‘kecil’ yang dilafazkan oleh PR. Janji-janji kecil ini juga nampaknya tidak mampu dikotakan mereka. Itu belum lagi diambil kira janji-janji rasmi yang tercetak dalam hitam putih di dalam Manifesto PR 2008.


Justeru, sesiapa yang masih mempercayai janji Buku Jingga PR, fikirlah sekali lagi!


*artikel ini dihantar melalui emel kepada editor.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

NFC: Letak Jawatan Tidak Selesai Masalah

December 12, 2011




Laungan meminta Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil meletak jawatan kian ramai. Seperti biasa di dalam politik ramai yang melihat ke arah orang tanpa sekalipun mencerminkan diri mereka sendiri. Ada antara yang melaungkan saranan agar Sharizat meletak jawatan tersebut sebenarnya suatu ketika dahulu turut terpalit pelbagai tuduhan dan skandal. Tetapi ketika itu mereka tahu pula bercakap soal keadilan dan jangan jatuhkan hukuman sebelum didapati bersalah.


Saya tidak pernah berjumpa Shahrizat dan saya tidak mengetahui beliau secara peribadi. Sejarah antara saya dan beliau hanyalah saya seorang pengundi dan beliau seorang wakil rakyat. Dalam sejarah politik saya sebenarnya tidak berapa gemar dengan tindak-tanduk Ketua Wanita UMNO ini semasa menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai dan juga ketika beliau menjadi penyokong kuat Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Shahrizat pernah menimbulkan kecelaruan kepada UMNO Lembah Pantai apabila beliau membenarkan adiknya bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai sekaligus mecalarkan janjinya untuk tidak masuk campur dalam politik UMNO Bahagian tersebut. Janji itu kerana beliau datang dari luar bahagian tetapi tetap diberi sokongan jitu oleh UMNO bahagian.


Semua orang politik tahu dan faham bahawa Sharizat dan Khairy Jamaluddin merupakan dua proksi kem Pak Lah untuk menerajui Wanita dan Pemuda UMNO selepas pilihan raya 2008. Justeru tidak hairan ramai yang marahkan Pak Lah dan sekutunya mahukan Shahrizat berundur dalam isu Fidlot Kebangsaan ini. Saya juga tidak hairan ketegaran Khairy membela NFC pada awal isu ini timbul. Inilah semangat setiakawan fraksi Pak Lah dan mungkin juga ada sedikit sebanyak pembabitan Ketua Pemuda ini dengan NFC. Ada juga yang dulu menyokong kuat Pak Lah hari ini membelasah Shahrizat secukupnya sehingga menjadi tidak rasional.


Rasionalnya wajarkah Shahrizat meletak jawatan kerana suami dan anak-anaknya dianggap melakukan kesilapan dan penyelewengan? Mengapa Shahrizat harus dijadikan kambing hitam sedangkan mereka yang terbabit dalam isu ini mencuci tangan dan membersihkan diri dari “najis lembu” termahal ini?


Tidak ada sebab untuk Shahrizat melepaskan jawatan kerajaan dan parti sehingga siasatan dijalankan dan pihak yang bersalah dikenalpasti. Jika dilihat seluruh operasi pemberian pinjaman ini kepada syarikat suami dan anak-anak shahrizat saya tidak nampak bahagian mana yang boleh menjadikan Ketua Wanita ini seorang yang bersalah.


Kesalahan yang jelas setakat ini ialah apa yang dilakukan oleh pengurusan syarikat terbabit. Jika mengikut logik biasa, pembelian kondominium, kereta mewah dan tanah di Putrajaya menggunakan wang pinjaman dari kerajaan yang sepatutnya untuk tujuan penternakan lembu merupakan satu unsur pecah amanah (Criminal Breach Trust – CBT). Ini bermakna para pengurus kanan syarikat terbabit perlu didakwa di mahkamah.


Sekiranya terdapat kesalahan pengeluaran dana untuk pinjaman ini maka pihak yang mengeluarkannya harus memikul tanggungjawab. Dalam kontes ini mereka yang meluluskan pengeluaran wang pinjaman tersebut perlu dikenakan tindakan jika ia tidak mengikut syarat perjanjian asal.


Para pemimpin UMNO patut berhenti menyarankan Shahrizat berundur kerana pengunduran beliau tidak akan menyelesaikan kemarahan rakyat terhadap isu ini. Isunya bukan sama ada Shahrizat perlu letak jawatan atau tidak. Isunya ialah kita mahu melihat siasatan dijalankan dan ambil tindakan ke atas mereka yang didapati melakukan pecah amanah atau salah guna kuasa.


Janganlah berharap dengan perletakan jawatan Shahrizat maka kita boleh menutup isu ini. Rakyat mahu melihat kes ini disiasat dengan telus dan tindakan pendakwaan diambil jika ada prima facie. Dalam konteks ini, tindakan Khairy Jamaluddin dan Pengerusi NFC mempertahankan pembelian kondominium sebagai pelaburan yang menguntungkan syarikat merupakan satu pengakuan “bunuh diri.” Ramai peguam berpendapat adalah menjadi satu kesalahan serius untuk memohon pinjaman untuk suatu perkara lain (dalam konteks ini penternakan lembu) tetapi menggunakan wang pinjaman tersebut untuk kegunaan yang lain.


Kita tidak mahu mendahului siasatan Polis dan kita juga tidak mahu mereka yang tidak bersalah di bawa ke mahkamah semata-mata untuk menunjukkan kerajaan ini telus. Kita hanya mahu keadilan dilaksanakan dan UMNO harus berani mempertahankan keadilan tersebut.


Apa yang terjadi hari ini ialah UMNO menjadi sebuah parti yang takut berhadapan dengan serangan pembangkang dan gagal menjawab setiap isu yang dibangkitkan secara meyakinkan rakyat. Akhirnya UMNO mengambil jalan mudah meminta mereka yang dianggap menjadi labialiti kepada parti berundur biarpun tidak bersalah. Jika konsep ini diambil kira hampir 3/4 ahli kabinet tidak lagi layak menjadi Menteri dan wakil rakyat kerana mereka semua berhadapan pelbagai tuduhan dan dakwaan oleh pembangkang.


Akhirnya UMNO dan kerajaan tidak lagi mempunyai kekuatan dan keupayaan intelektual mempertahankan tindakan dan keputusannya. Lihat sahaja ada Menteri kabinet menjadi saksi di Mahkamah menyatakan beliau pun kurang bersetuju dengan keputusan kabinet mengenai PKFZ tetapi tetap akur dengan keputusan tersebut. Inikah bentuk kepimpinan UMNO yang tinggal di dalam kerajaan hari ini? Sepatutnya apa yang telah diputuskan oleh Kabinet harus dipertahankan oleh jemaahnya sampai bila-bila pun. Jika tidak bersetuju maka harus isytihar semasa perbincangan dan kecualikan diri atau terbaik letak jawatan. Malangnya, ketika itu mendiamkan diri, hari ini membuat kenyataan berlainan di dalam mahkamah.


Justeru dalam kes NFC ini tidak penting Shahrizat meletak jawatan atau tidak. Yang penting siasatan dan pendakwaan harus dibuat bagi menjaga integriti kerajaan membabitkan pengurusan NFC dan juga pihak dalam kerajaan yang menguruskan pengeluaran pinjaman ini. Apakah ia diuruskan mengikut kehendak kabinet dan tatacara kewangan negara atau ia dilakukan secara semberono sehingga lebih RM 170 juta telah dikeluarkan.


Mereka yang mahukan Shahrizat berundur sebenarnya mahu menutup segera isu ini. Namun mereka harus sedar bahawa pengunduran Shahrizat hanya akan menyemarkkan lagi isu ini jika tiada tindakan diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab menayalahgunakan pinjaman ini.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Khalid Berpolitik Di Hari Ulang Tahun Sultan Selangor

December 12, 2011

khalid-ibrahim-9

MEMANG Menteri Besar yang satu ini membuktikan dirinya tidak boleh dibawa ke dalam majlis. Sambutan ulang tahun keputeraan DYMM Sultan Selangor yang ke-66 semalam sepatutnya tempat untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan baginda, bukannya melepaskan geram dengan bercakap soal politik.


Ucapan Khalid yang menyentuh tentang ‘kelemahan’ kerajaan BN yang terdahulu sedikit menimbulkan tanda tanya, apa kaitan dengan majlis yang diadakan? Termasuk menyebut tentang bangsa dan agama yang konon dijadikan modal pihak tertentu untuk mendapatkan kelebihan politik.


Apa yang Khalid tak faham? Itukan majlis hari jadi Sultan dimana bangsa dan agama menjadi faktor penting malah faktor penentu juga. Kalau bukan melayu dan beragama Islam, jangan harap nak jadi Sultan. Itu baru menyebut yang asas, belum lagi soal keturunan. Jadi apa motif Khalid membangkitkan perkara tersebut? Nak perli atau nak sindir?


Begitu juga halnya dengan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan. Baru beberapa bulan lepas Khalid dengan bangga membangkitkan soal simpanan Kerajaan Negeri berjumlah RM 1.1 billion (data mengesahkannya tidak ditunjuk), sedangkan hutang Selangor dengan kerajaan persekutuan kalau penulis congak ikut angka yang diberikan Khalid semalam, ada berbaki RM 627 juta.


Kalau taknak berhutang, gunakan simpanan tunai yang ada (itu kalau betul ada) untuk selesaikan hutang tersebut dan war-warkanlah satu negara!! Apa masalahnya? Semua negeri dalam Malaysia pun berhutang dengan kerajaan persekutuan, yang bezanya banyak dan sedikit, so apa yang menjadikan Selangor istimewa sehingga perlu disebut dalam ucapan hari ulang tahun DYMM Tuanku?


Agaknya inilah ‘rahmat’ air liur penduduk Kg Seri Aman yang bertepek di muka Khalid gara-gara dimaki secara berdepam kerana kegagalan menyerahkan geran yang telah siap sedia, cuma menunggu diserahkan saja. Peristiwa berlaku di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Ijok dimana Khalid adalah ADUN, merangkap Menteri Besar negeri tersebut.


Kalau dia tak boleh selesai, siapa lagi boleh selesai?


Tapi takpelah, itu lain kisahnya (walaupun berkaitan), kisah yang ini sekadar membenarkan dakwaan bahawa Khalid kurang ajar dan tidak menghormati DYMM Sultan sebab berpolitik tak mengira tempat. Modus operandi sama digunakan Anwar Ibrahim satu ketika dulu dalam mahkamah, berpolitik dikala dia perlu membela diri atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan.


Persoalannya kenapa Khalid menggunakan platform itu sebagai tempat melepaskan geram? Umum mengetahui bahawa, tahun ini adalah tahun terakhir Khalid memberi ucapan di hari ulang tahun DYMM Sultan kerana apa pun yang berlaku selepas ini, Khalid bukan lagi Menteri Besar lantaran dia tidak ada merit langsung untuk dilantik ke jawatan tersebut.


Nak kata mengetuai PKR Selangor, bukan. Nak kata pegang jawatan tinggi dalam PKR pusat pun bukan. Penulis dimaklumkan, dua nama ini yang sedang mengintai peluang menjadi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan Zuraida Kamarudin.


Itupun kalau PKR dan pakatan haram pimpinannya masih lagi mengekalkan kuasa di Selangor, tapi nampaknya macam takde harapan. Kalau ditanya setiap isi rumah di Selangor hari ini, masing-masing dah membuak-buak benci kepada kerajaan Pakatan haram yang lebih berpolitik daripada menguruskan rakyat dan negeri tersebut.


Penulis tidak berasa hairan, air percuma 20m3 pertama yang dibangga-banggakan sangat itu bukannya asas kukuh untuk PKR mengekalkan kuasa. Tambah pulak lagi bila bukan semua yang merasa nikmat (rumah pangsa tak dapat). Kerajaan persekutuan yang belanja berpuluh billion ringgit dalam bentuk subsidi ini pun dinafikan majoriti 2/3 dalam pilihanraya lepas, inikan pulak PKR Selangor yang hanya belanja RM 11 juta sebulan untuk subsidi air.


Apa pun, tindakan Khalid ini adalah tambahan kepada bertimbun alasan yang ada untuk tidak memilih PKR dan komponen haram lain dibawah naungannya dalam kempen pilihanraya yang akan datang.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Tuanku Mizan: Pemerintahan Cemerlang Yang Dicemari Anwar

December 12, 2011

agong133

HARI ini adalah hari terakhir pemerintahan DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sebagai Yang Dipertuan Agung yang ke-13. Sejak dimasyhurkan sebagai YDPA pada November 2006, baginda telah menjalankan tugas dengan cemerlang dalam memimpin negara dan angkatan bersenjata negara kita.


Pada mana yang tak tahu, YDPA adalah Pemerintah tertingggi ketiga-tiga cabang perkhidmatan angkatan bersenjata di Malaysia.


Baginda tuanku mencatat sejarah sebagai YDPA termuda di Malaysia, dilantik ke jawatan tersebut ketika baru berusia 44 tahun, Banyak kejayaan yang ditempa negara sejak kebawah duli Tuanku memayungkan negara ini sebagai ketua negara.


Bagaimanapun, perkhidmatan cemerlang Tuanku dicemari oleh insan tua tak sedar diri bernama Anwar Ibrahim. Kelancangannya menjual nama baginda dalam sketsa bohong 16 September 2008 telah sedikit sebanyak mencemarkan kesucian jawatan yang disandang baginda. Seolahnya nama YDPA terlalu rendah martabatnya apabila dengan mudah dijaja sedemikian rupa.


Anwar tanpa malu mengisytiharkan di khalayak ramai bahawa YDPA Sultan Mizan telah memperkenankan perlantikan dia sebagai Perdana Menteri ke-6 menggantikan Tun Abdullah Badawi pada ketika itu. Hakikatnya Anwar tidak punya apa kelayakan yang ditetapkan perlembagaan untuk dilantik ke jawatan tersebut, tapi itulah dia Anwar, bukan ada malu pun.



Sampai sekarang penulis tak nampak Anwar ada merafak sembah memohon ampun dan maaf kebawah duli Tuanku atas pembohongan meganya itu.


Sebenarnya peristiwa September 2008 bukanlah kali pertama nama YDPA dijaja pembangkang cuma 16 September 2008 itu adalah yang pertama melibatkan Anwar Ibrahim secara langsung. Setahun sebelum itu, pembangkang telah menjaja cerita bohong kononya YDPA merestui perhimpunan Bersih 2007 dan memantau perhimpunan tersebut dari udara.


Sedangkan hakikatnya baginda ketika itu sedang berada di Terengganu.


Di Terengganu sendiri, segelintir penyokong PAS mengambil kesempatan daripada polemik dalam UMNO berhubung perlantikan Menteri Besar pasca PRU 2008 dengan membawa kain rentang yang menggelar Sultan Terengganu sebagai ‘Natang’.


Begitulah kurang ajarnya pembangkang di Malaysia terhadap ke bawah duli Tuanku. Kalau Malaysia ini mengamalkan perundangan yang sama seperti di Thailand, nescaya Anwar dan kuncu-kuncunya sekarang sedang merengkok dalam penjara kerana berulang kali menghina sistem raja berpelembagaan di Malaysia – secara langsung atau tidaknya.


Patik mengucapkan selamat maju jaya kepada DYMM Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri, semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan kemakmuran berkekalan sehingga ke akhir hayat.


Daulat Tuanku!!!!


Dipetik daripada : www. mykmu. net

UMNO Diharamkan Guna Istilah “Jihad”..???

December 11, 2011

jihad hanya milik PAS

Kadang-kadang, saya jadi muak nak mengulas tentang Nik Aziz Nik Mat dan kenyataan-kenyataan bodohnya yang cuba dijadikan sebagai fatwa muktabar oleh “suku kaum agama” PAS. Namun memandangkan ke”nyanyuk”kan Mursyidul Am PAS yang dikatakan sudah memakai “pampers dewasa” itu, saya tiada pilihan untuk menulis bagi membetulkan pesepsi buruk tersebut.


Terbaru, Nik Aziz marah-marah ekoran penggunaan istilah “jihad” oleh Tmbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika Perhimpunan Agung UMNO 2011 baru-baru ini bagi menguatkan semangat orang UMNO menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Katanya, UMNO tak layak pakai istilah “jihad” dan perkataan tersebut hanya sesuai digunakan untuk menegakkan Islam.


Katanya, UMNO tak layak guna istilah itu kerana perkataan “jihad” berasal dari Al-Quran, manakala UMNO mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa. Malah menurutnya UMNO menggunakan istilah “jihad” untuk orang Melayu sahaja, sedangkan Islam meliputi semua kaum lain seperti bangsa Arab, kaum Cina dan lain-lain di dunia.


Saya percaya, kalau saya kata Nik Aziz Nik Mat itu bodoh, tentu ramai puak-puak PAS yang malas berfikir akan marah saya kerana menyifatkan “Nabi” mereka dengan sifat begitu. Oleh itu, saya gunakan perkataan “lembut sedikit” bahawa Nik Aziz bagai “tidak berakal untuk berfikir” dan “tidak bijak dalam pemikiran dungunya” itu.


Saya akui, memang perkataan “jihad” termaktub di dalam Al-Quran. Namun, bagaimana dengan perkataan lain di dalam Al-Quran seperti Islam, Iman dan lain-lain perkataan yang digunakan oleh umat Islam lain? Apakah perkataan itu juga dilarang penggunaannya? Jangan fikir semua orang PAS saja tahu pakai istilah di dalam Al-Quran, orang UMNO pun tahu dan layak juga pakai istilah yang sama!


Mengapa marah UMNO pakai istilah “jihad”? PAS pakai istilah dan nama “Islam” pada nama partinya, tidak salahkan tindakan tersebut? Sedangkan, PAS hanyalah parti politik yang tidak pun memperjuang atau mengimarahkan Islam di negara ini. Sebagai contoh, Nik Aziz hanya bina sebuah masjid saja sepanjang pemerintahannya di Kelantan selama lebih 20 tahun! Itu baru contoh kecil!


Apakah PAS memperjuangkan Islam dan layak menggunakan istilah “Islam” pada nama partinya? Apa yang PAS buat untuk mendaulatkan Islam di negara ini? Apakah Nik Aziz tidak ingat bahawa dialah dalang utama yang menentang perpaduan umat Islam di negara ini yang dipisahkan oleh fahaman politik jumudnya itu? Apakah Nik Aziz lupa tentang PAS yang mengeluarkan fatwa-fatwa yang bercanggah dengan Islam dan semangatnya di negara ini?


Rasanya, kenyataan Nik Aziz itu penuh dengan emosi yang membenci UMNO dan umat Islam yang menyertai parti musuhnya itu. Kenyataannya bukan berlandaskan Islam dan akhlak nabawiyyah, namun lebih kepada nafsu serakah politik yang tidak rasional serta memecah belahkan!


Sepatutnya, Nik Aziz patut bersyukur kerana UMNO menggunakan dan menghidupkan kembali istilah “jihad” dari Al-Quran yang semakin lama dilupakan oleh umat Islam di negara ini. Positiflah sedikit, Tok Guru! Usahlah terus bersikap negatif dan memandang buruk sangka terhadap saudara seIslam sendiri!


Saya percaya, penyalahgunaan kuasa mahupun rasuah bukan saja ada di dalam UMNO, namun sikap buruk itu juga wujud di dalam PAS, PKR, DAP dan lain-lain parti. Rasionalnya, sikap tersebut tidak mewakili parti dan sebetulnya ia adalah merupakan sikap buruk segelintir individu atau tokoh di dalam parti tersebut. Justeru itu, tidak adillah Nik Aziz menuduh UMNO begitu, sedangkan parti PAS lagi teruk rasuah dan salah guna kuas di Kelantan! Tak ingat berapa ratus yang Tok Guru beri pada pengundi pada PRK di Kelantan tempohari?


Saya juga yakin, dengan penerapan nilai Islam seperti “jihad” di dalam UMNO, ia bakal memulihkan sikap buruk rasuah mahupun salahguna kuasa yang masih wujud. PAS pun sepatutnya memuji UMNO kerana memilih istilah yang sebegitu murni. Mungkin PAS boleh mengesyorkan UMNO supaya menggunakan istilah “intifaadhah” (kebangkitan) selepas ini?


Nik Aziz patut sedar dan buka mata sekaligus mengiktiraf peranan UMNO dalam memperjuang dan mendaulatkan Islam di negara ini. Apakah Tok Guru fikir JAKIM, Jabatan-Jabatan Agama Islam, PERKIM, YADIM, Lembaga Tabung Haji dan banyak lagi agensi-agensi Islam di negara ini ditubuhkan serta diperjuangkan oleh PAS, DAP, PKR, MCA, MIC, PRM, PPP, atau lain-lain parti?


UMNO jugalah yang buat semua itu dan pernahkah PAS bekerjasama, menyokong, menyertai atau memberikan galakan kepada UMNO untuk terus memperjuangkan Islam di negara ini? Tahukah Tok Guru kenapa kedua-dua jawatan Ketua Tertinggi Agama Islam dan Ketua Tertinggi Angkatan Tentera Negara diberikan kepada DYMM Yang DiPertuan Agong? Tahu tak kenapa diberikan kepada pihak yang sama? Boleh jawab? Atau IQ Tok Guru tersumbat lagi?


Boleh dikatakan bahawa seluruh umat Islam di negara ini yang rasional dan rajin berfikir bersetuju dan mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh UMNO dalam memperjuangkan Islam di negara ini. Hanya Tok Guru dan mereka yang tidak berfikiran rasional saja yang menolaknya. Maklumlah, bila matlamat menghalalkan cara, perkara yang hak pun akan dipandang batil oleh puak-puak seperti Tok Guru!


Justeru itu, tidak salah sama sekali UMNO menggunakan perkataan atau istilah “jihad” di dalam muamalahnya. Tidak ada dalam hukum syarak pun yang menegah UMNO dari menggunakan istilah sebegitu di dalam perjuangannya demi Islam, bangsa dan tanahair. Lainlah PAS yang “memperdagang” dan “menjual” Islam untuk mendapatkan undi! Itu jual agama demi kuasa namanya..!!!


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Sebumbung Dengan Kambing – Serius, PAS Perlu Digantikan

December 10, 2011

pix_middle

PENULIS tak rasa pada 1990 ketika orang Kelantan bagi 100% kemenangan kepada PAS, akan terbayang pada 2011 ini masih ada lagi di antara mereka yang duduk sebumbung dengan kambing!! Penulis tak tahu apa masalahnya tapi itulah yang dilapor dalam Berita Harian semalam dan Buletin Utama TV3 sebentar tadi.


Penulis rasa kambing itu diletak didapur rumah kerana pemilik rumah tiada wang untuk membina kandang kambing. Penulis boleh faham kalau ayam dan burung duduk dalam rumah tapi kambing?


Ini yang balaci banggakan sangat dengan PAS tu ya. 21 tahun memerintah, air keruh, masjid 1, rakyat duduk serumah dengan kambing. Sama ada bodoh ataupun dah terlalu terlalai dengan kehebatan ‘aura’ Nik Aziz yang sebenarnya palsu. Gaya cakap memang hebat, zalim dan kejam saja kalau bercakap tentang UMNO/BN, tapi ingat seingat ingatnya dalam negeri yang diperintah BN, takde orang yang duduk dengan kambing!!!


Sebab itu penulis cakap, macam mana besar gebangnya sekalipun tetap diakhir nanti rakyat akan memilih BN. Apa yang 2008 itu suatu keadaan yang luar biasa, keadaan sama pernah berlaku pada 1969. Dalam keadaan biasa, tetap BN jugaklah pilihan.


Hanya pembangkang saja yang rasa terseksa duduk di Malaysia ini, semua benda pun pada matanya zalim. Tanpa sedar, depa sendiri membina kekayaan peribadi – kalau tak kaya pun taklah duduk sebumbung dengan kambing!! Itu sudah pasti.


Ini masalah. Nik Aziz memang pandai, dia biarkan negeri itu mundur supaya yang muda-muda dan celik ilmu ni berhijrah ke luar dan untuk mereka yang tinggal, Nik Aziz menekankan soal pembangunan ‘rohaniah’ Macam mana nak ukur ‘rohaniah’? Dari keruhnya air ke?


Sekarang Pakatan cakap hebatkan? Semua benda pun dia boleh ubah jadi senang, jadi murah kalau pilih dia jadi pemerintah. Apa kata mulakan di Kelantan, kita nak tengok dalam tempoh 100 hari dari sekarang FDI di Kelantan masuk billion billion, takde lagi penghijrahan besar-besar, tua muda semua duduk dalam negeri tersebut.


Semua daerah dapat bekalan air bersih 100% jernih, dan paling penting tidak ada sesiapa duduk sebumbung dengan kambing. Agaknya boleh? Cakap besar macam mana kalau Kelantan 21 tahun pun tak boleh nak ubah apa-apa, lagi mau cerita pasal Malaysia yang lebih luas ni ke?


Toksah percayalah gebang hampas-hampas ni semua, depa cakap saja besar. Penulis tak kisah kalau kita cerita pasal orang asli tapi ini berlaku dalam kawasan kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa.


Orang PAS mana yang baca Harakah memang tak akan jumpa berita ini sebab Harakah bukan akhbar untuk semua tapi akhbar politik PAS dan hanya akan cerita yang baik-baik pasal PAS. Harakah lebih sanggup ukur miskin maju negara dibawah pemerintahan BN daripada bercakap tentang kelemahan sendiri.


Serius penulis cakap ni, orang Kelantan sampai bila nak gantung pada doa Nik Aziz saja? Dia ke hulu ke hilir naik Mercedez, rakyat dibiar duduk dengan kambing. Air pun tak boleh nak sediakan lagi mau gebang pasal kebajikan?


Pilihlah BN, insya Allah selesai masalah. Bukti dah banyak dah..



Dipetik daripada : www. mykmu. net

Guan Eng “Mabuk Teruk” Lepas Naik Kapal Selam..!!!

December 10, 2011

Guan Eng submarine

Pakatan Haram hanya mampu menghantar seorang saja wakil untuk meninjau kebolehan KD Tun Razak, kapal selam jenis Scorpene yang dibeli Kementerian Pertahanan di Langkawi International Maritime and Aerospace 2011. Walaupun ramai dikalangan pemimpin pembangkang dijemput, namun hanya Guan Eng saja yang hadir.


Itupun, Guan Eng terpaksa membawa beberapa orang konco-konconya sebagai peneman ketika dibawa menyelam bersama KD Tun Razak. Akhirnya, dia akui juga bahawa kapal selam yang selama ini dikutuk dan difitnah tidak mampu menyelam, terbukti mampu menyelam lebih 90 minit di bawah paras laut…


Bagaimanapun, sempat juga Guan Eng cuba memutar belit tentang kapal selam itu. Kononnya, Pakatan Haram tidak mempertikai tentang keupayaan kapal selam itu menyelam atau dari sudut teknikal, namun mereka mempertikaikan tentang harga kos pembelian kapal selam itu yang dikatakan sangat tinggi.


“Kita tidak mempertikaikan keupayaan tentera laut tetapi kita mempunyai pandangan yang berbeza dengan kerajaan mengenai kos kapal selam”, kata Guan Eng kepada media sejurus selepas “mabuk laut” bersama KD Tun Razak.


Mabuk ke apa, Guan Eng? Lebih 3 tahun para pemimpin Pakatan Haram memperlekeh KD Tun Razak kononnya tak mampu menyelam dan banyak kekurangan. Alih-alih, Guan Eng kata mereka tak pertikai tentang keupayaan atau teknikal? Kepala hotak dia! Nampak sangat menipunya…


Menjawab kepada pertikaian kos KD Tun Razak yang dikatakan sangat tinggi, saya menyatakan memang benar kosnya tinggi. Jadi apa masalahnya? Tahukah Guan Eng dan semua pemimpin Pakatan Haram bahawa sesuatu yang dilengkapi dengan peralatan ketenteraan yang sofistikated, canggih dan termoden perlu dibayar dengan kos yang tinggi?


Sekiranya Kerajaan memesan sebuah kapal selam “kosong” yang hanya mampu menyelam saja tanpa peralatan-peralatan ketenteraan, sudah tentulah harganya murah sahaja! Nak buat apa dengan kapal selam “kosong”? Nak suruh TLDM kejar ikan tenggiri atau ikan pari di dasar laut?


Takkanlah Kerajaan nak beritahu para pemimpin pembangkang tentang spesifikasi khas yang dipesan bersama pakej kapal selam itu? Itu semua rahsia Kerajaan. Takkanlah nak didedahkan kekuatan peralatan pertahanan negara dikhalayak umum atau kepada para pemimpin pembangkang?


Lagipun, boleh percaya ke para pemimpin Pakatan Haram ni? Tak diceritakan rahsia Kerajaan pun mereka sebok keliling negara memburuk-burukkan negara. Apatah lagi kalau diceritakan rahsia pertahanan negara. Dijualnya pada musuh diluar sana pulak nanti.


Alah..sebelum ini pun bukan kita tak tahu banyak rahsia Kerajaan yang dibocorkan kepada pihak luar. Kalau tak percaya, tanya Anwar Ibrahim. Berapa banyak rahsia Kerajaan yang telah dijual kepada negara asing ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu? Alaahh..macamlah orang tak tahu! Tiba-tiba saja US tahu itu dan ini pasal hal dalaman Malaysia dulu…


Kos KD Tun Razak tinggi disebabkan oleh spesifikasinya yang termoden, ketepatan yang terbaik, peralatan yang terbaik dan sebagainya. Memandangkan spesifikasi itu dirahsiakan (hanya beberapa pihak saja yang tahu, menteri BN pun ada yang tak tahu sebenarnya), maka pembangkang ambil kesempatan pula mempertikaikan perkara kos tersebut. Kita pun tahu lah taktik busuk pembangkang tu…


Pada saya, hanya puak-puak yang malas berfikir saja yang akan terpengaruh dengan dakyah pembangkang itu. Kononnya komisyenlah, itulah, inilah..padahal semua tu tipu belaka! Sengaja pembangkang mahu mempermainkan minda rakyat untuk memburuk-burukkan Kerajaan.


Demikianlah perangai puak-puak pembangkang berlidah biawak macam Guan Eng. Dibiaya percuma merasai pengalaman menaiki KD Tun Razak pun lagi mahu komplen banyak. Orang kasi kek hitam dan 4 set kek najis pun tak reti berterima kasih. Dituduhnya pula UMNO yang buat, padahal terang-terang NGO-NGO yang mengaku hadiahkan kek-kek itu. Aparaaaaa..!!!


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Hasan Ali Bakal “Dibunuh” Individu Itu Di Selangor

December 10, 2011

hasan ali

Panas di dada media semalam apabila Ketua Penerangan PAS Selangor, Shaari Sungib memberitahu bahawa berkemungkinan besar Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Hasan Ali akan digugurkan dari menjadi calon parti itu pada Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang.


Memberikan alasan bahawa bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak mendapat pencalonan yang mencukupi dari setiap cawangan PAS yang menghantar 3 nama calon, Shaari cuba membayangkan bahawa Hasan Ali bagaikan tidak punya pengaruh atau penyokong untuk meletakkan dirinya sebagai calon.


Malah, dia meletakkan Hasan Ali diperingkat paling hina di dalam parti itu apabila menyatakan hanya pucuk pimpinan tertinggi saja yang dapat menyelamatkan nama Hasan Ali dari digugurkan, seolah-olah Exco yang jelas memperjuangkan aqidah umat Islam yang dicabar hebat Khalid “gereja” dan konco-konco musuh dalam politiknya itu perlu mengemis untuk menjadi calon PAS di Selangor!


Hebat benar kenyataan PAS Selangor tersebut. Nampaknya, ada udang di sebalik batu, dan saya percaya ada “dalang” di sebalik pengguguran nama Hasan Ali dari menjadi calon PAS pada PRU akan datang.


Percaya atau tidak, reputasi Hasan Ali teruk direnyuk-renyukkan seseorang yang menjadi musuh politiknya. Saya kira, saya tak perlu sebut siapa musuh politik Hasan Ali memandangkan ia menjadi “open secret” dikalangan para pemerhati politik di Selangor, umumnya di Malaysia.


Umum juga tahu bahawa individu dalam PAS itu teruk menghentam Hasan Ali ketika isu serbuan JAIS terhadap DUMC, gereja “belaan” individu itu. Malah individu itu dikhabarkan sanggup bersusah payah memburuk-burukkan Hasan Ali ketika dipanggil memberikan penjelasan berhubung serbuan tersebut.


Tanpa berselindung, individu itu sampai ke tahap “gaban” menggesa agar pucuk pimpinan PAS Pusat mengambil tindakan disiplin terhadap Hasan Ali dan melucutkan semua jawatannya di dalam PAS. Tanpa rasa malu, dia turut menekan Hasan Ali untuk meletak jawatan, berundur dari menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor.


Kemuncaknya, nama Hasan Ali pula cuba dilenyapkan dari menjadi salah satu calon PAS pada PRU akan datang. Ganas sungguh permainan individu itu. Mahu ditamatkan terus riwayat karier politik Hasan Ali.


Namun saya percaya, Hasan Ali tidak akan melawan. Hasan Ali yang saya kenal merupakan seorang yang sabar. Dia rela ditendang, disepak, dihina dan dituduh dengan sebarang kejian. Misalnya, walaupun teruk dikeji, dia tetap hadir ke majlis Himpunan Sejuta Umat di Shah Alam tempohari.


Setahu saya, di dalam UMNO pun tidak sedahsyat ini. Kalau ada pun, individu yang bertelagah itu sudah tentu sudah ditegur dan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pucuk pimpinan. Namun PAS mengalahkan UMNO dalam bab ini. Teruk betul cara mereka. Itu cara Islam ke?


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Guan Eng Naik Kapal Selam, Tak Lemas Pun!!!

lim-guan-eng-submarines1



SETELAH terkedu semalam bila dibawa menyelam dengan kapal selam KD Tun Razak, Guan Eng dan macainya mengatur gerak kerja tindak balas untuk menutup penipuan yang dilontar sebelum ini oleh kalangan ahli Parlimen pakatan haram terutama sekali Nurul Izzah dan Tony Pua (dari DAP sendiri).


Antara alasan terawal yang digunakan ialah yang dipertikaikan ialah KD Tunku Abd Rahman, bukan KD Tun Razak.


Penulis melihat usaha ini kelihatannya dangkal kerana pertama, tidak peduli mana satu pun kedua kapal ini adalah dari jenis yang sama dan kelas yang sama. Jenis Scorpene dan Kelas Perdana Menteri. Itu bermaksud, sistem, keupayaan dan persenjataan keduanya adalah sama. Kalau KD Tunku Abd Rahman boleh menembak torpedo secara salvo, maka KD Tun Abd Razak juga boleh.



Guan Eng Menggunakan Periskop, Tanda Kapal Dah Menyelam


Dan paling penting sekali, mana-mana kapal selam pun memang boleh menyelam!!! Pedulilah apa kelas dan jenis sekalipun. KD Tunku Abd Rahman bukan setakat boleh menyelam, malah dah berjaya melancarkan missile SM-39 Block 2 yang hanya boleh ditembak DARI DALAM AIR, beritanya disini. Itu saja dah membuktikan bahawa KD Tunku Abd Rahman memang boleh menyelam, sama ada pembangkang naik ke atasnya atau tidak.


Lagipun, kapal KD Tun Abd Razak yang terbaru dari kelasnya, bagi naik kapal baru pun nak bising juga? Apa punya bebal lah kau Guan Eng.


Kebodohan ini yang mencanak-canak naik dalam pembangkang terutama sejak pilihanraya 2008 berakhir. Sudah banyak diterang dan dijelaskan, dalam parlimen, luar parlimen pun masih tidak mahu faham. Itu menunjukkan pembangkang di Malaysia memang tidak berakal, setaraf dengan budak-budak tadika. 10 kali cakap pun tak faham juga.


Sehinggalah dibawa sendiri menyelam dengan kapal selam ni baru nak percaya, itupun mengelak-mengelak dari menjawab soalan yang boleh jerat diri sendiri.



Rambut Saja Sedikit Kusut Tapi Masih Bernyawa, Tak Lemas Pun


Hal yang sama juga diguna pakai dalam soal-soal yang lain, contohnya National Fedlot Corporation (NFC) dan Lynas. Semua pun guna modus operandi yang sama, apa pun jawapan akan dipusingkan atau ditimbulkan persoalan baru. Dalam kes Lynas lagu teruk, ia sudah sampai ke tahap, “betul macam mana punlah faktanya (termasuk fakta dari MP PAS sendiri), kami tetap taknak terima sebab kami memang tak terima!!!”,


Begitulah. Modus operandi yang sama diguna pakai setiap kali, tak tahu bila sudahnya.


Balik pada kapal selam tadi, ini yang penulis katakan, pembangkang tidak minat dengan jawapan, dia hanya minat dengan pembohongan berterusan. Kata kapal selam tak boleh menyelam, kita bawak dia menyelam dengannya, dia kata pulak itu bukan jenis yang dipertikaikan. Jadi marilah kita tanyakan diri sendiri, apa sebenarnya yang pembangkang ini hendak?


Adakala penulis sendiri rasa letih nak bersoal jawab dengan orang akal separuh tiang macam pembangkang ni ya tapi ini kewajipan penulis sebab yang bakal membaca dan melihat semua perkara ialah pengundi atas pagar. Mana yang dah totok pembangkang, itu dah ‘gone case’, zombie, walking dead dan sebagainya, buat apa pun dia akan tetap macam itu.


Mengenangkan itu saja penulis rasa bersemangat, kalau tidak, entahla.


Tapi penulis harap selepas ini jangan pulak Guan Eng mendedahkan semua sistem kapal selam kepada Singapork ya. Ini bukan boleh percaya sangat, pemimpin DAP ni, kesetiaan kepada negara sendiri memang senantiasa dipersoalkan. Kalau dah bendera negara ni pun nak ditukarkannya, apatah lagi yang lain.



Masih Hidup, Siap Dapat Sijil Lagi



Dipetik daripada : www. mykmu. net

Produk KR1M Selamat, Mana Kau Nak Lari Tony?

1323428213760



KEMENTERIAN Kesihatan semalam sudah mengesahkan bahawa beberapa produk makanan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) selamat untuk digunakan dan dimakan oleh rakyat sekaligus menafikan pembohongan dan putar belit yang dimainkan Tony Pua dan pasangan duetnya Nurul Izzah.


Kalau ada pun yang ditarik balik sebelum ini, itu disebabkan oleh masalah label, bukan masalah bahaya tak bahaya.


Penulis tidak mahu cakap banyak pasal Nurul Izzah sebab hanya membuang masa penulis untuk sekali lagi mempromosikannya sebagai penipu. Sekarang ini, bukak mulut saja, orang dah tau yang Nurul Izzah pembohong sebab dah terlalu banyak sampai tak terkira pembohongan yang dah disebarkannya sebelum ini – dari kapal selam sampailah kepada kualiti barang.


Penulis hari ini nak beri perhatian kepada si Tony, The Government Servant Reducer. Dia ni sering sahaja terlepas dari kecaman walaupun sering kali juga mengeluarkan kenyataan bersifat rasis. Dulu nak kurangkan subsidi perumahan bumiputera, lepas tu nak kurangkan kakitangan awam (majoriti orang melayu).


Ramai tak perasan atau tak tahu, apabila si rasis Tony Pua dari parti DAP ini menjadikan KR1M sebagai subjek serangan, dia sebenarnya sedang melindungi peniaga runcit Cina yang jelas terjejas dengan potongan harga murah yang dibuat KR1M. Sudahlah murah, barangan-barangan yang dijual pula adalah barangan yang sememangnya diketahui menjadi kegunaan seharian pengguna domestik.


Hanya kerana KR1M baru bermula dan tidak banyak lagi cawangan, itu sahaja yang memisahkan golongan peniaga Cina ini dengan kerugian dan kehilangan pelanggan. Maka itu, DAP sebagai parti rasis Cina rasa perlu bertanggungjawab untuk melindungi kepentingan peniaga Cina ini dengan menyebarkan berita palsu tentang produk-produk makanan KR1M sebelum keadaan benar-benar terlambat.


Kalangan peniaga Cina ini takut nasib yang menimpa klinik-klinik swasta selepas pengenalan Klinik 1Malaysia juga akan menimpa mereka.


Penulis dapat maklumat dari sumber dalaman yang mengatakan bahawa dekat-dekat nak pilihanraya Umum ke 13 nanti, semua harga barangan keperluan akan melonjak harganya di pasaran.


“Ini adalah satu bentuk sabotaj oleh peniaga Cina yang menjadi pak dalang disebalik operasi DAP untuk mensabotaj ekonomi negara dan mengurangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan”, katanya lagi.


Bagi mewajarkan langkah menaikkan harga barang ini, PAS dan PKR akan memainkan peranan dengan mencetuskan rusuhan dan demonstrasi jalanan atas apa pun isu, paling tidak berkaitan dengan proses pilihanraya yang pada mereka masih tidak telus walaupun kesemua 10 cadangan Jawatankuasa Khas Parlimen telah diterima SPR. Kononnya berlaku pembelian panik sebab keadaan tidak aman.


Setakat mana maklumat ini benar, penulis sendiri tidak pasti tapi sumber yang menyatakan perkara ini kepada penulis adalah sumber yang sahih dan boleh dipercayai.


Tapi dari satu sudut pula, maklumat itu adalah selari dengan serangan bertali arus DAP melalui Tony Pua ke atas produk KR1M. Penulis tidak nampak sebab lain kenapa Tony dan DAP hendak menjaja berita palsu dan bohong berhubung keselamatan produk KR1M melainkan sebab di atas.


Tambahan pula, kegagalan Tony menamakan makmal mana yang membuat analisa sehingga dia berani menuduh produk KR1M sebagai bahaya juga menguatkan curiga penulis memang ada sesuatu yang tidak kena dengan Tony dan pendedahannya, itu satu.


Kedua, Anwar diketahui sering mengadakan pertemuan dengan peniaga Cina, terbaru minggu sudah di Selangor. Anwar sudah acap kali beri gambaran bahawa hanya kerajaan Pakatan Rakyat dibawah pimpinannya yang mampu menurunkan harga barang. Dimana Anwar beroleh keyakinan itu kalau bukan sudah ada pihak yang memberikan jaminan tersebut kepadanya!!


Anwar seperti yang kita tahu sanggup buat apa sahaja untuk memastikan hasratnya tercapai walaupun menganiaya rakyat dalam proses itu.


Penulis tidak bercakap ini dari sudut racialisme, penulis bercakap dari sudut sabotaj. Kalau sabotaj itu melibatkan kelompok dan kaum tertentu, dah nak buat macam mana?


Ini kerana umum mengetahui pihak mana yang menguasai ekonomi negara kita. Penguasaan terlalu lama ini telah mewujudkan rangkaian-rangkaian pengedar, pemborong dan pengimport yang kuat dan boleh berdiri sendiri tanpa mengharapkan bantuan kerajaan. Penulis percaya bukan semuanya yang terlibat pun cuma segelintir atau sebilangan, kalau tak separuh.


Penulis yakin kerajaan telah lama menyedari masalah ini kerana ia begitu memberi kesan kepada kehidupan masyarakat terutama di bandar. Tapi kerana keengganan peniaga Cina yang dimaksudkan ini bekerjasama dengan kerajaan dalam hal kawalan harga barangan, maka kerajaan terpaksa mengambil tindakan segera untuk menyekat kenaikan ini dari terus berleluasa dan menjejaskan kehidupan rakyat.


Bermula dengan menu 1Malaysia, menjalar kepada perumahan 1Malaysia (PR1MA), KR1M sendiri dan terbaru Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M). Ini semua mesej jelas, kerajaan tidak mudah tunduk dengan tekanan mana-mana pihak yang bermotifkan politik .


Dalam masa yang sama, penulis berharap pihak-pihak yang berkepentingan dalam KR1M turut mengambil tindakan undang-undang ke atas Tony dan Nurul Izzah di atas pembohongan yang disebarkan. Kerajaan sudah melakukan apa yang terbaik dalam menangani penipuan ini dan sekarang giliran mereka pula untuk memastikan penipuan ini tidak berterusan apatah lagi berkekalan!!


Dipetik daripada : www. mykmu. net