Wednesday, January 29, 2014

Munafiknya ANwar : Mahukan Perpaduan Setelah Memecahbelahkan Rakyat?

26 Januari 2014


anwar tipu
Kemunafikkan melampau Anwar terserlah apabila beliau bercakap tentang perpaduan. Rakyat tahu bahawa Anwar merupakan “bapa perpecahan”. Perpaduan bangsa Melayu telah dimusnahkan oleh beliau dengan segala lakonan bersiri yang cukup tragis. Kini beliau “insaf” kononnya menyeru rakyat supaya bersama-sama dalam menyatupadukan kembali perpaduan kaum sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Kepakaran Anwar membuat “U-Turn” tanpa merasa bersalah dan “muka tebal” telah kita ketahui. Sebelum ini beliau telah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperdaya Parlimen apabila mendakwa Pakatan Rakyat (PR) mengatakan 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk didaftarkan sebagai pengundi.

Namun hakikatnya muka depan akhbar Suara Keadilan sendiri melaporkan tentang 40,000 Bangladesh sebagai pengundi hantu dalam PRU13 yang lepas. Beliau juga menyindir Barisan Nasional kononnya rakyat tidak menyokong BN. Kononnya hanya rakyat Bangladesh dan Filipina yang menyokong Barisan Nasional. Rakyat perlu tahu bahawa fitnah 40000 bangla ini bertujuan untuk mengganggu gugat perpaduan rakyat dengan mencetuskan kesangsian dihati rakyat.

Begitu juga dengan pembohongan Anwar tentang 16 September. Dalam rakaman video yang dimuat turun pada 23 Oktober 2008 iaitu 38 hari selepas kegagalan beliau mengotakan janjinya untuk membentuk kerajaan baru dan menjadi Perdana Menteri yang baharu pada 16 September 2008 Anwar telah berkata “Saya bercakap dengan yakin kerana ada kawan-kawan Sabah, Sarawak dan UMNO yang menghubungi saya. Mereka mengatakan, ‘Anwar, please count me in!’, sebab itu saya yakin, sekarang kita ada 82 kerusi parlimen, itu rasminya..

(Lalu disahut para penyokongnya, dengan berkata, “yang tak rasmi ?”)


“Rasmi, 82 (kerusi),” kata Anwar. Disahut penyokongnya, “Yang tak rasmi ?”


“Tidak rasmi….”kata Anwar sambil tersenyum dan menambah, “Cukup !” sambil mengangkat tangan dan berkata, “bagi tempoh kita sedikit, kalau tidak Mei (2008), Jun (2008), kalau tidak Jun, Julai (2008), kalau tidak Julai, Ogos (2008), dan tunggu waktunya, kita masuk..”katanya dalam ceramah di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur pada 14 April 2008. Oleh itu rakyat perlu lihat rakaman kompilasi janji-janji Anwar dari 14 April 2008 hingga 13 Oktober 2008 demi melihat kehebatan penipuan beliau


Manakala selepas sahaja PRU13, Anwar terus juga berusaha memecahbelahkan perpaduan lagi dengan menyeru rakyat bangkit melawan kononnya penipuan yang berlaku. Kononnya PRU13 adalah proses pilihanraya paling kotor dalam sejarah Negara ini. Kononnya kekalahan bukanlah perkara baru bagi Pakatan Rakyat khususnya PAS dan DAP yang telah lama berjuang sejak merdeka lagi namun kali ini penipuan berlaku dengan amat dahsyat.

Sedangkan penipuan yang kononnya “amat dahsyat” itu merupakan ciptaan dan lakonan pembangkang. Mereka mendakwa kononnya SPR menipu dengan memutuskan bekalan elektrik maka timbul lah himpunan “Blackout” untuk mencetuskan fenomena huru hara. Namun penipuan mereka terbongkar melalui siasatan awal SPR yang menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di Internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada PRU13 adalah fitnah dan lakonan itu dirakam sebelum PRU13 lagi.

Pada gambar itu, ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang kira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR. Dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga menafikan tiada sebarang gangguan bekalan elektrik ketika kertas undi sedang dikira.

Lucunya sekarang pula Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyeru usaha ke arah perpaduan perlu memandangkan perpaduan yang dikecapi kini semakin renggang. Setelah beliau merosakkan perpaduan beliau dengan “tidak malu” menyeru pada perpaduan. Manusia hipokrit tahap melampau ini sedang “bermain wayang”. Rakyat perlu berhati-hati dengan muslihat beliau.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

NGO Kristian dan Islam Perlu Bertenang - Zahid Hamidi

27 Januari 2014 


kristianpenang
PUTRAJAYA 27 Jan. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili agama Islam dan Kristian supaya bertenang berhubung kejadian pemasangan kain rentang provokasi di Pulau Pinang.

Beliau berkata, kejadian itu harus diserah kepada polis untuk melakukan siasatan selain mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

“Yang penting kita harus mewujudkan keharmonian dan kita kena hormati agama lain seperti mana agama kita dihormati,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian pihak-pihak tertentu di Pulau Pinang yang cuba mencetuskan ketegangan antara penganut Islam dan Kristian apabila melakukan provokasi dengan memasang kain rentang tertera kalimah Allah di beberapa tempat.

Pihak polis telah menafikan penglibatan pihak gereja dalam perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. 

Dipetik daripada : Utusan Online

Khalid Ibrahim Berundur Rabu Ini, Anwar Ibrahim Bakal Menteri Besar Selangor Yang Baru!

27 Januari 2014


AnwarrenungKhalid[1]
Dalam kemelut konflik antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali, The Star Online hari ini melaporkan bahawa Khalid Ibrahim telah bersetuju untuk berundur dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Apa yang memeranjatkan ialah laporan berkenaan, yang didakwa bersumberkan dalaman PKR memberitahu bahawa pengganti kepada Khalid Ibrahim ialah Anwar Ibrahim!

Apakah ini bermakna Khalid Ibrahim juga akan meletakkan jawatan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang (N46)? Perkara ini difahamkan telah dipersetujui pada pertemuan di antara kedua-duanya pada hari Ahad yang lalu.

Apakah Khalid memang bersedia untuk mengundurkan diri, atau bertindak melepaskan jawatan Menteri Besar dan ADUN sebagai tanda protesnya kepada Anwar Ibrahim? Ini adalah kerana melepaskan jawatan Menteri Besar, dan meletakkan jawatan selaku ADUN Pelabuhan Klang adalah 2 perkara berbeza, pada saat kerusi itu milik PKR!

the star anwar mb selangor
Dari sumber yang lain pula, Khalid Ibrahim dikhabarkan bersedia untuk mengundurkan diri sebagai Menteri Besar dengan syarat penggantinya bukan Azmin Ali.

Sumber juga memberitahu bahawa setakat ini, 2 DUN yang dimenangi oleh PKR sedang dalam pertimbangan Anwar dalam cita-citanya untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

Selangor bakal menghadapi satu Pilihanraya Kecil dalam masa terdekat!

Jika berlaku, dan Anwar menang, maka Anwar Ibrahim bakal berkuasa di Selangor, lebih berkuasa dari jawatannya sebelum ini iaitu Penasihat Ekonomi Selangor yang telah membuat tuntutan jutaan ringgit sepanjang tempoh perkhidmatannya setelah berselindung di sebalik elaun RM1!

Apa pula tindakan PAS pada ketika ini?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Guru Sekolah Cina "Agen" Lancarkan Propaganda Bencikan Melayu?

26 Januari 2014


terbalik bendera
Anak muda Cina yang bersekolah di sekolah venakular seolah-olah berada dalam “kem latihan ” untuk disemaikan benih kebencian terhadap bangsa Melayu yang merupakan Tuan Tanah Melayu. Mereka lupa bahawa bangsa Cina dibawa oleh Inggeris ke Tanah Melayu untuk menjadi pelombong bijih timah. Jelas di sini seolah-olah guru-guru di sekolah venakular terlibat dalam agenda jahat DAP ini.

Penglibatan sekolah venakular dalam penyebaran hasutan kebencian yang melampau ini telah lama kita war-warkan dan suarakan. Rakyat mahu sekolah venakular ini dihapuskan demi menjaga keamanan negara. Kebimbangan kita akan sekolah venakular yang menghampiri kepada “pusat didikan jahat ” yang sentiasa menghasut sememangnya berasas. Beberapa kes melampau telah menjadi bukti.

Namun kejadian terbaru yang berlaku di sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng benar-benar melampau dan tidak boleh kita terima. Tindakan guru tersebut seolah-olah mencabar ketegasan kerajaan dalam menangani isu kebiadapan Cina. Sebelum ini mereka uji kerajaan dengan beberapa siri kebiadapan dan kerajaan dianggap lembik dan tidak mampu menangani mereka kerana dengan senang kerajaan diperbodohkan dengan sekadar ucapan maaf atas siri kebiadapan.

Memang melampau dan rasis apabila empat murid gagal menyiapkan tugasan sekolah yang diberi,namun hanya dua murid Melayu tahun empat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng dekat sini dilayan seperti seekor lembu apabila digantung loceng di leher dan dipaksa memakan rumput oleh seorang guru sekolah itu, Khamis lalu. Sedangkan dua orang lagi murid Cina tidak dihukum dengan cara yang sama.

Sikap rasis melampau guru lelaki berusia 26 tahun amat ketara. Beliau yang mengajar mata pelajaranBahasa Inggeris itu menggelarkan Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith sebagai ‘lembu’ dan turut mengugut akan memuat naik gambar mereka yang diambil menggunakan telefon bimbit di laman sosial Facebook.

Sebelum ini Ahli jemaah pengurus sekolah yang dikenali sebagai Pang berusia dalam lingkungan 60-an itu telah menyuruh guru mualaf berusia 25 tahun supaya membuka tudung selain mengancam keselamatannya sekiranya enggan berbuat demikian.Kejadian ini berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya. Mereka yang bertanggungjuawab terlepas mudah begitu sahaja dengan hanya permohonan maaf. Kita sebenar boleh bayangkan bagaimana bangsa Cina ini sedang mentertawakan kita.

Tindakan murid-murid bangsa Cina yang bersikap biadap melampau sudah tentu didorong oleh guru-guru mereka yang menerapkan hasutan kebencian terhadap bangsa Melayu dan negara. Sebelum ini juga akhbar Utusan Malaysia bertarikh 12 Mei 2013 ada memaparkan gambar sekumpulan orang Cina rakyat Malaysia memegang bendera Malaysia yang diterbalikkan di Taiwan. Mereka ingin menggambarkan bahawa pemerintah kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak patut memerintah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Gerakan bencikan Melayu bencikan Islam bencikan Malaysia seolah-olah didokong oleh “tangan ghaib” yang berada di luar negara. Mereka benar-benar bertekad untuk memusnahkan negara melalui agen mereka iaitu bangsa Cina dengan bantuan Melayu yang lupa diri seperti PKR dan PAS. Ini merupakan mainan kuasa besar yang memperjudikan nasib rakyat yang tidak berdosa,

Oleh itu kerajaan perlu mengekang secara maksima segala tindak tanduk mereka ini. Kita telah bongkarkan bahawa sekolah venakular merupakan medium yang digunakan oleh “tangan ghaib” yang mempunyai agenda jahat ini. Maka kerajaan perlu faham akan keperluan memansuhkan sekolah venakular. Ianya sudah menjadi satu kemestian bukan lagi pilihan. Kami rakyat yang mengundi Barisan Nasional mahu kerajaan tegas demi keamanan negara dan kesinambungan agama Islam, bangsa Melayu dan Malaysia.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Kalimah Allah : U-Turn Nik Aziz Bukti PAS Silap?

25 Januari 2014


Kalimah Allah PAS
Rupa-rupanya Nik Aziz sedar implikasi sebenar penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian. Namun sebelum ini beliau tetap menurut keputusan pemuafakatan pembangkang yang seolah-olah “melacurkan” Islam dan bangsa Melayu. Terlalu banyak kerosakan yang bakal timbul dari penyalahgunaan Kalimah Allah ini. Ini membuktikan bahawa PAS sanggup menghancurkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara demi kepentingan politik peribadi.

Sebelum ini umat Islam amat kecewa dengan pendirian Nik Aziz dan PAS yang dilihat seolah-olah “menjual” maruah Islam demi kepentingan politik mereka dengan membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian. Sebagai Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat berkali-kali mengulangi pendiriannya bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah ALLAH, sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama PAS.

Namun begitu kini beliau telah melakukan “U-Turn” dengan membuat kenyataan bahawa masyarakat bukan Islam di negara ini tidak boleh sesekali menggunakan kalimah ALLAH sebagai menggantikan perkataan God sebagaimana yang terdapat dalam kitab mereka khususnya Bible.

Nik Aziz kini menegaskan juga bahawa perkataan God dalam kitab Bible itu lebih tepat diterjemah kepada perkataan ‘tuhan’ bukannya ALLAH . Beliau pernah berkeras membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian dengan kononnya berdasarkan kepada bahawa “Nama ALLAH telah digunakan oleh syaitan dan iblis di dalam syurga lagi. Iblis jumpa Nabi Adam di syurga, dia kena guna nama ALLAH, ayah Nabi Muhammad nama Abdullah, dia peluk Islam, jadi apa susah kita? Cuma masalahnya, terjemah God dan Lord kepada ALLAH, itu tak betul,”.

Hakikatnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendedahkan persetujuan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam apabila ia ditandatangani Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Tambahan pula Majlis Syura juga telah memutuskan bahawa sesiapapun boleh menggunakan kalimah ALLAH, namun tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia, begitu juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah ALLAH. Mereka juga memutuskan bahawa menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar selain boleh membawa kekeliruan yang nyata.

Persoalannya mengapa Nik Aziz dan PAS tidak bersuara membantah kenyataan Gereja Katolik di Selangor yang akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakanBahasa Melayu meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menghantar notis peringatan kepada mereka berhubung enakmen negeri melarang bukan Islam menggunakan kalimah itu.

Pihak kristian cuba memanipulasikan perundangan apabila Pengarang mingguan Katolik, Herald, Father Lawrence Andrew berkata Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka sendiri. Tindakan ini dilihat sebagai mencabar titah Sultan Selangor yang melarang komuniti bukan Islam menggunakan Kalimah Allah.

Rakyat perlu tahu bahawa Selangor turut memperuntukkan Enakmen 1998 Agama Bukan Islam di Selangor (Kawalan Penyebaran Agama Kepada Orang Muslim) yang melarang penganut agama lain menggunakan 35 perkataan termasuk “Allah”, “Nabi dan “Injil”. Oleh itu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) tidak menyalahi undang-undang.

Kecenderungan pembangkang dalam “merelakan” agama Islam, bangsa Melayu dan negara dimusnahkan menunjukkan sifat ketidak setiaan kepada negara. Ini amat bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Dengan erti kata lain, mereka ini tidak layak bergelar warganegara Malaysia. Kerajaan perlu tegas dalam menggariskan sifat warganegara dan cara bagaimana kewarganegaraan para pengkhianat negara yang biadap perlu dilucutkan. Rakyat ternanti-nanti untuk melihat ketegasan kerajaan menangani isu ini.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Guru SJKC Arah Murid Makan Rumput Dan Gantung Loceng Di Leher Bukan RASIS?

25 Januari 2014


blogger-image--1782909445
Barangkali disebabkan yang mencetuskan kontroversi ini adalah guru sekolah vernakular yang telah banyak menternak chauvinisme dan peningkatan ketara sokongan kepada Pakatan Rakyat khususnya DAP dan PKR, maka kes ini cuba disembunyikan dan enggan diperkata oleh para pecacai Pakatan Rakyat, apatah lagi para pemimpinnya. Sebaliknya mereka cuba mengalihkan perhatian dengan mengusik beberapa isu yang ada sesetengahnya sudah terlalu lapuk dan sekadar ingin melepaskan kemarahan seperti isu Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak.

Laporan polis telah dibuat oleh bapa kepada murid Melayu yang dianiayai oleh seorang guru yang telah berkhidmat di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Sungkai. Guru terbabit telah menyumbat rumput ke dalam mulut seorang murid Melayu dan turut menggantung loceng di tengkuk murid yang malang itu. Manakala rakan murid Melayu yang dihukum itu pula, dilepaskan hanya kerana dia adalah anak Pengerusi PIBG sekolah tersebut yang kebetulan pula merupakan Pengerusi DAP Sungkai.

Walau apa pun alasannya termasuklah mendidik, sebenarnya apabila dalam keadaan begini, ia lebih tepat ditanggapi sebagai RASIS.

Tentu sebahagian daripada kita masih ingat bagaimana bersungguh-sungguhnya Lim Kit Siang untuk mengheret dua orang Pengetua sekolah berbangsa Melayu yang dilabelkannya sebagai Pengetua RASIS sehinggakan pernah cuba mengusulkannya di Dewan Rakyat pada tahun 2010 dahulu. Bagaimanapun, apabila guru terbabit berbangsa Cina, tidak pula Lim Kit Siang mengeluarkan sebarang kenyataan membidas, mengecam atau mengutuk. Bahkan DAP secara berterus-terang, menyediakan peguam secara percuma kepada guru-guru yang terbabit dalam usaha menambahsuburkan budaya ‘AKU CINA, AKU BOLEH APA SAJA’ di negara ini.

Bayangkanlah sekiranya kejadian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khai Meng, Sungkai itu melibatkan guru Melayu, manakala pelajarnya pula adalah Cina dan sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan, pastinya semenjak semalam lagi seluruh kekuatan DAP termasuklah macai-macai Melayunya akan melalak, menyalak dan melolong tentang elemen perkauman yang kononnya dibiaksuburkan oleh UMNO dan sistem pelajaran nasional. Mereka serta-merta akan berada di mana-mana, menyerang blogdan portal pro-UMNO untuk menyatakan bahawa kes tersebut adalah kes RASIS dan ini menunjukkan kelemahan, kelemahan serta kecenderungan UMNO untuk menghapuskan Cina dari bumi Malaysia.

Malangnya yang berlaku adalah sebaliknya. Justeru, senyap sunyilah semua orang termasuklah pecacai-pecacai mereka dari kalangan orang Melayu.

Beberapa tindakan melibatkan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran sebelum ini, amat tidak memuaskan hati. Dalam insiden terbaru, seorang Pengetua sekolah vernakular yang terlibat menghina amalan agama seorang guru wanita yang lain, hanya dikenakan ‘hukuman’ meminta maaf dan guru yang menjadi mangsa itu, ditukarkan ke sekolah lain untuk mengajar.

Sekolah-sekolah vernakular sebenarnya merupakan sekolah-sekolah yang banyak membiakkan Cina-Cina yang sangat totok dan berasakan mereka adalah pejuang-pejuang kemerdekaan Cina Seberang Laut atau HUA QIAO yang melihat Malaysia sebagai sebuah kawasan yang cukup mudah dijarah dan dijajah. Sifat dan kemuliaan serta kerendahan hati penduduk peribuminya yang merangkumi pelbagai suku kaum Melayu, termasuklah Melayu bukan Islam yang dikenali sebagai kaum Asli atau dalam Bahasa Pakatan Rakyat, Kaum Asal, menyebabkan golongan totok ini cukup teruja untuk meneruskan kesinambungan Parti Komunis Malaya yang telah gagal menjajah negara ini pada awal 1940-an.

Ramai yang melihat sekolah-sekolah vernakular di Malaysia (dan merupakan satu-satunya di dunia), merupakan satu pembaziran yang amat ketara. Sekolah-sekolah berkenaan yang sepatutnya wujud atas sifat persendirian, kini turut menyedut peruntukan Kementerian Pelajaran walaupun pada masa yang sama, sekolah-sekolah itu hanya mampu melahirkan pelajar-pelajar seperti Teresa Kok, Ngeh Kor Ham, Nga Kor Meng dan sebagainya yang hanya tahu tentang Cina, tetapi sangat jahil tentang Malaysia. Tiada sebarang sumbangan yang diberikan oleh sekolah-sekolah vernakular dalam usaha memupuk dan mewujudkan negara bangsa. Sebaliknya sekolah-sekolah vernakular itu menjadikan jurang perkauman di negara ini semakin melebar.

Dan buktinya dapat dilihat dengan jelas menerusi tindakan guru lelaki yang menyumbat rumput ke dalam mulut seorang murid Melayu tetapi tidak mengambil sebarang tindakan terhadap murid Cina yang merupakan anak Pengerusi PIBG sekolah dan Pengerusi DAP Sungkai!

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Kesan Barang Naik Bakal "Membunuh" Kerajaan?

25 Januari 2013


barang naik3
Kerajaan sedar bahawa isu kenaikan harga barang secara tidak munasabah bakal menyakitkan hati rakyat sehingga menyebabkan mereka berpaling tadah dengan menolak kerajaan pada PRU14 nanti. Isunya di sini adakah kerajaan telah dan akan mengambil langkah yang tepat dan bijak dalam menangani isu ini.

Pembangkang tahu bahawa isu kenaikan harga barang boleh “membunuh” kerajaan. Ini merupakan peluru yang cukup kuat kuasanya. Dengan ini mereka telah membuat perancangan yang cukup teliti bagi memastikan harga barang-barang terus meningkat dengan berterusan sehingga menyebabkan rakyat memberontak.

Persoalannya adakah kerajaan benar-benar serius mengkaji punca-punca utama kenaikan harga barangan dan menghukum dengan berat mereka yang bertanggungjawab menyebabkan kenaikan harga barangan ini. Kerajaan perlu sedar bahawa isu ini benar-benar kritikal, oleh itu penjenayah yang menjadi punca kenaikan harga barangan ini wajib dikenakan tindakan paling berat.

Sudah berkali-kali penulis “highlight” bahawa perancang, pencetus, pelaksana dan rakan komplot dalam menaikkan harga barang ini perlu dilayan “ala” “komunis” memandangkan itulah cara yang mereka layak terima. Mereka ini sanggup menyusahkan rakyat yang tidak berdosa demi mencapai kepentingan politik peribadi yang benar-benar tidak berperikemanusiaan.

Perkara ini juga dapat “dibaca” oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed. Beliau sedar akan kemungkinan BN kalah teruk pada pilihan raya akan datang sekiranya isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak diatasi dengan segera. Oleh itu kerajaan perlu menganalisa isu kenaikan harga barangan ini secara terperinci. Segala kemungkinan punca kenaikan perlu dipantau dan dikekang.

Kerajaan tidak cukup sekadar giat menjalankan operasi pemantauan dan kawalan harga di seluruh negara. Segala isu seperti tindakan sengaja pihak”sorokkan” barangan, lewatkan proses penghantaran, pakatan sesama peniaga untuk sama-sama menaikkan harga dan lain-lain lagi perlu sentiasa dipantau dengan meletakkan “perisik” di setiap tempat dan lokasi yang perlu. Ini amat penting kerana kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga barang akan menjadi “pembunuh” kerajaan dan juga merosakkan masa depan anak cucu sekiranya negara jatuh ke tangan pembangkang.

Sebelum ini bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin telah mengeluarkan kenyataan pada Selasa lalu meramalkan BN akan tumbang sekiranya pilihan raya diadakan ketika kemarahan sedang memuncak berikutan isu kos sara hidup. Tun Daim benar-benar ikhlas dalam mengkritik. Beliau cuba menyedarkan kerajaan akan hakikat pahit yang terpaksa ditelan akibat kenaikan harga barangan.

Walaubagaimanapun tindakan kerajaan mengurangkan perbelanjaan perlu diteruskan secara menyeluruh. Dengan itu rakyat tahu bahawa mereka tidak dizalimi apabila kerajaan mengurangkan subsidi yang selama ini dinikmati oleh mereka.

Pemantauan dan kekangan harga barangan ini memerlukan kerjasama dari semua pihak. Oleh itu kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab perlu sentiasa memberi input yang positif dalam membantu kerajaan mengawal kenaikan harga barangan. Jangan sesekali kita menjadi penderhaka negara dengan menyumbang sama kepada kenaikan harga barangan seperti yang pembangkang mahukan. Hidup perlu ikhlas dengan itu keberkatan akan sentiasa bersama kita.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Islam Hanya Satu - Tiada Sunni, Syiah atau Wahabi

10 Disember 2013


zahid hamidi mat sabi syiah
Usul, perbahasan dan cadangan yang dicetuskan oleh pimpinan UMNO untuk mentakrif Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang berasaskan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah sangat tidak masuk akal dan mencerminkan pemikiran sempit kepimpinan UMNO hari ini.

Perubahan takrifan Islam dalam Perlembagaan kepada Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah bukan sahaja tidak masuk akal tetapi juga akan menimbulkan pelbagai polemik, perpecahan dan tidak mustahil keganasan pada masa akan datang.

Malahan Presiden UMNO mencadangkan pula Perlembagaan UMNO diubah kepada Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah juga.

Apakah maksud cadangan perubahan pindaan ini? Jika ia mahu membendung ajaran Syiah, ia tidak boleh diselesaikan melalui Perlembagaan. Soal kepercayaan, iktikad dan anutan adalah soal akal fikir. Mereka yang percaya Syiah satu pegangan yang betul tidak mungkin boleh diubah melalui takrifan perlembagaan. Mereka harus diberi kesedaran, dakwah dan pertentangan intelektual.

Jika mereka terus menyebarkan ajaran yang dianggap sesat oleh Islam maka tindakan melalui undang-undang boleh diambil tanpa perlu mentakrif Perlembagaan Malaysia mahu pun Perlembagaan UMNO.

Saya tidak mempertikaikan bahawa terdapat ajaran-ajaran dalam beberapa faction syiah menghampiri kesesatan dan syirik, namun ia bukanlah satu perkara yang ditangani memalui pentafsiran rigid mengenai kelompok Islam yang layak diiktiraf di negara ini. Malahan ketidakberanian Arab Saudi mengharamkan penduduk Iran dari datang mengerjakan haji adalah jelas menunjukkan soal kesalahan dalam fahaman Syiah bukan sehingga tahap dianggap murtad atau terkeluar Islam.

Sehingga hari ini tiada negara Islam berani mengusulkan Iran dikeluarkan dari Pertubuhan Negara-Negara Islam kerana ajaran syiahnya terkeluar dari Islam.

Islam sepatutnya satu sahaja tidak ada sunnah, Sunni, wahabi atau apa lagi kumpulan. Kalau kita mula mendefinisi Islam dalam perlembagaan mesti Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah maknanya ada Islam lain. Islam apa? Kalau tidak ada Islam lain kenapa mesti dimasukkan tafsiran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja di Malaysia ini?

Jika ini dilakukan, akan datang ada pula kumpulan mahukan ahli sunnah mazhab Shafie sahaja. Sekarang pun sudah ada pandangan bahawa Wahabi dan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah dua kumpulan yang berlainan.

Malaysia berhak mengenakan menjadikan pegangan ahli sunnah wal jamaah sebagai rujukan utama dan juga panduan dalam pentadbiran dan pendidikan Islam. Namun adakah wajar untuk mengisyhtiharkan perang secara terbuka kepada Syiah?

Malaysia akan Diancam Keganasan?

Di banyak negara Islam perpecahan bukan sekadar pendapat tetapi juga menyebabkan berlaku pertumpahan darah antara Sunni dan Syiah sehingga negara menjadi kacau bilau dalam masyarakat. Di Iraq sehingga hari ini masih berlaku pengeboman antara perpecahan Islam Sunni dan Syiah ini. Di Yemen juga berlaku perpecahan serius antara sunni dan syiah sehingga mengakibatkan pertumpahan darah. Apakah ini ajaran Islam yang diturunkan oleh Allh s.w.t. melalui Muhammad s.a.w?

Malaysia juga mungkin berhadapan dengan konflik diplomatik dengan Iran akibat isu ini. Apakah ia satu kebaikan kepada Islam dan Malaysia sendiri?

Selagi egara-negara Islam memilih untuk terus menerima Iran sebagai negara Islam, selagi Arab saudi terus membenarkan orang Islam dari Iran mengerjakan haji maka selagi itulah kita harus menganggap Syiah sebagai sebahagian saudara Islam kita.

Tun Dr. Mahathir Mohamad pada bulan Ogos 2013 menulis:
1. Sejarah Islam dipenuhi dengan permusuhan antara Sunni dengan Syiah. Kerapkali peperangan berlaku di antara mereka. Hari ini kita baca dalam akhbar dan TV berkenaan dengan letupan bom yang membunuh dan mencedera beratus-ratus daripada pengikut kedua-dua mazhab ini semasa mereka sedang sembahyang Jumaat di masjid dan di lain-lain tempat di mana mereka berkumpul.
2. Melihat akan permusuhan dan bunuh-membunuh diantara Sunni dan Syiah, musuh-musuh Islam, Yahudi dan sekutu mereka amat gembira. Bagi mereka, samada Sunni atau Syiah, semuanya adalah orang Islam dan seteru mereka. Kerja mereka untuk melemah dan musnahkan Islam dan orang Islam sedang dibuat oleh orang Islam sendiri.
3. Permusuhan antara Sunni dan Syiah ini tidak berlaku di Malaysia kerana buat sekian lama semua orang Islam di Negara ini terdiri daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu Sunni pengikut Imam Shafei. Mereka semua berpegang kepada ajaran Islam yang sama. Walaupun perbezaan politik memisahkan diantara orang Islam di Malaysia, tetapi ia tidak sampai kepada membunuh dan berperang.
4. Sekarang ini ajaran Syiah sedang dikembangkan di Malaysia. Jika Syiah bertapak di sini sudah tentu orang Islam Malaysia akan berpecah lagi. Jarak antara mereka yang terima ajaran Sunni dan Syiah akan semakin luas. Masing-masing akan adakan masjid berasingan dan bermacam lagi perbezaan.
5. Lambat laun permusuhan mereka akan meningkat sehingga mereka akan merusuh, membunuh dan berperang seperti yang berlaku di Iraq, Pakistan dan Syria.
6. Kesan daripada ini ialah Negara akan jadi tidak stabil dan tidak aman. Orang Islam di Negara ini akan ditimpa bala yang amat dahsyat. Mereka yang sudah pun lemah akan menjadi lebih lemah. Kerosakan yang teruk akan berlaku seperti yang kita lihat di Negara-negara di mana Sunni dan Syiah bermusuh.
7. Selama ini kita berpegang dan menganuti agama Islam tanpa banyak masalah. Kita tahu di Iran dan beberapa Negara Islam yang lain ada penganut agama Islam Syiah. Kita tidak ingin menimbulkan masalah bagi mereka dengan mencuba mengembangkan fahaman dan mazhab Sunni di kalangan mereka. Sebaliknya janganlah cuba membawa fahaman Syiah ke Malaysia yang aman kerana kita berpegang kepada satu mazhab yang sama.
8. Kepada kamu agama kamu, kepada kami agama kami (Lakum dinukum waliyyadin). Al Quran menerima adanya orang yang beriman dan ada yang kafir. Tidak ada paksaan dalam Islam. Mereka yang kafir bebas dengan kekafiran mereka dan mereka yang Islam juga bebas menganuti dan mengamal ajaran Islam. Dengan itu permusuhan tidak akan berlaku dan masyarakat menjadi aman.
Saya tidak menafikan keperluan membendung ajaran Syiah seperti pandangan Tun Mahathir. Namun saya percaya Tun Mahathir juga berharap isu Syiah inio diselesaikan secara adik beradik dan seperti menarik rambut dari tepung. Rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.

Sungguh saya tidak begitu menggemari sebahagian besar pandangan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri zainul Abidin, namun saya fikir pandangan beliau dalam hal ini perlu kita pertimbangkan jika tidak dijadikan rujukan pun
Golongan agamawan bergaji dan tidak bergaji, dihasut oleh beberapa orang dari aliran pengkafir umat iaitu Ahbash yang dalam rekod mereka telah berjaya menimbulkan ketegangan mazhab dan pertumpahan darah di Lebanon sehingga membawa pembunuhan antara aliran di sana. Kini mereka meresap ke dalam negara ini.
Kerajaan tidak boleh terbabit dengan perbalahan aliran fikir. Kerajaan dalam era dunia terbuka hari ini hendak bersifat penaung yang melindungi kebebasan setiap rakyat dengan syarat tidak menggugat keamanan awam. Kerajaan yang matang dan demokratik akan menangani perbezaan rakyat dengan cara yang bijaksana. Kerajaan hendaklah tahu apabila kita mengiktiraf kewujudan sesuatu aliran, bukanlah bererti kita mengakui kebenarannya. Jangan keliru antara mengiktiraf kebenaran di sudut akidah ataupun fekah, dengan mengiktiraf hak kewujudan di sudut politik. Kita mungkin tidak mengiktiraf kebenaran agama dan aliran tertentu, tapi kita mengiktiraf kewujudan dalam negara selagi mereka mematuhi undang-undang negara.
Kepelbagaian
Kebenaran itu boleh menjelma dalam pelbagai ungkapan sekalipun berbeza-beza puak dan aliran. Sebahagian perbezaan itu hanyalah pada cara ia dibahaskan tetapi natijahnya sama iaitu menuju kepada kebenaran. Kerajaan tidak boleh terikut-ikut dengan golongan fanatic perkauman ataupun aliran yang mencetuskan huru-hara antara rakyat disebabkan perbezaan ungkapan dan ucapan, padahal maksudnya sama.
Saya tertarik dengan kisah tokoh besar ilmu kalam iaitu al-Imam Abul Hasan al-Ash’ari (meninggal tahun 330H) yang dinobatkan sebagai benteng Ahlus Sunnah wal Jama’ah dalam menghadapi serangan falsafah. Kata al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H) meriwayatkan daripada Zahir bin Ahmad al-Sarakhsi kisah akhir hayat al-Imam Abul Hasan al-Asy’ari: “Apabila ajal menghampiri Abul Hasan al-‘Asy’ari di rumahku di Baghdad, beliau memanggilku. Aku pun datang. Beliau berkata: ‘Aku bersaksi bahawa aku tidak mengkafirkan seseorang pun dalam kalangan ahli Kiblat (mereka yang bersolat). Ini kerana setiap orang menuju kepada Tuhan Yang Satu Yang Disembah. Hanya semua ini (perbezaan yang ada) adalah perbezaan ungkapan semata’.
Kemudian al-Imam al-Zahabi menyebut: “Demikian juga guru kami Ibn Taimiyyah pada akhir hayatnya berkata: “Aku tidak mengkafirkan seseorang pun dari umat ini. Nabi SAW bersabda: “Tiada menjaga wuduk melainkan seorang mukmin”, maka sesiapa yang melazimi solat dengan wuduk maka dia muslim.” (Siyar A’lam al-Nubala, 15/88. Beirut: Muassasah al-Risalah)
Remeh temeh

Kemudian, isu-isu remeh digunakan dalam untuk menimbulkan ketegangan dalam masyarakat. Kuasa agama cuba diheret bersama. Penguasa seakan membiarkan kekalutan ini. Label-melabel dijadikan mainan yang dicampur kuasa pentadbiran. Sebahagian golongan intelek Melayu dilebelkan sebagai liberalist dan diancam dengan kuasa politik. Ada yang dilabel wahabi dan digunakan kuasa pentadbiran.
Untuk membincangkan masalah theology dalam kalangan intelek tidak mengapa. Namun campur tangan kuasa politik dan kuasa agama serta kesempatan yang ambil oleh pihak yang berkepentingan, boleh mencerumuskan negara ke dalam kegawatan.

Hendaklah kita tahu dalam sejarah golongan agama sama ada Yahudi, Kristian dan juga Islam mereka sering mengambil pendekatan memfitnah orang yang berbeza dengan mereka dan mencari penguasa untuk menghukum lawan ataupun pesaing mereka. Ini kerana golongan agama – kecuali yang ikhlas – sering mengumpulkan pengaruh seperti yang dilakukan oleh orang politik dan rela mempertaruhkan apa sahaja untuk survival pengaruh mereka. Rela membunuh dan menyeksa pihak yang berbeza. Inilah yang dilakukan terhadap al-Imam al-Syafi’i, al-Imam Ahmad bin Hanbal, Ibn Taimiyyah dan lain-lain. Dalam sejarah agama Kristian inilah yang berlaku terhadap Martin Luther dan aliran Protestan.
Di satu sudut yang lain, golongan agamawan jenis ini menyibukkan diri dalam isu-isu remeh yang tidak memberikan banyak manfaat kepada rakyat seperti isu qunut subuh ataupun tidak. Padahal itu hanya perkara sunat dalam mazhab Syafi’i. Demikian juga dianggap Wahabi mereka yang mereka solat tarawih lapan rakaat. Padahal rakyat Malaysia yang solat lapan rakaat tarawih bukan kerana Wahabi ataupun tidak. Saudi yang dikatakan Wahabi itu solat 20 rakaat. Di mana Wahabinya? Itu berdasarkan keadaan masing-masing. Patutnya golongan ustaz ini sibuk dengan yang langsung tidak solat.
Malangnya dalam masa yang sama, ramai golongan agamawan berjawatan ini tidak pula menyibukkan diri dengan isu-isu masyarakat yang penting untuk rakyat seperti pandangan Islam tentang ketelusan, rasuah, cukai, isu-isu yang dibangkitkan oleh audit negara, pembaziran dalam kerajaan-kerajaan negeri dan pusat, soal social justice dan pelbagai lagi yang sangat penting dalam Islam.
Konflik
Hasilnya, negara terjerumus dalam konfliks tidak berfaedah. Dari satu konflik kepada satu konflik. Ia menafikan sifat negara yang mahu maju ke hadapan. Ia hanya memesongkan rakyat dari isu-isu penting yang lain dan mengheret mereka kepada pergaduhan sesama sendiri. Dalam satu keadaan mungkin pemerintah beruntung kerana rakyat tidak tertumpu kepada menilai pemerintah kerana sibuk dengan isu pinggiran. Namun dalam jangka tertentu ketegangan boleh membawa kebencian dan seterusnya ketidaksetiaan kepada negara mungkin boleh berlaku.
Maka, kini negara kelihatan berselerakan. Badan-badan agama sibuk mencari isu-isu perbezaan bukan nilai-nilai persamaan untuk diambil manfaat antara rakyat. Orang politik tumpang sekaki. Slogan 1Malaysia yang meraikan perbezaan dan menghidupkan kesatuan antara rakyat menjadi slogan kosong yang tidak bermakna.
Akhirnya kelompok-kelompok minoriti walaupun berbeza antara satu sama lain, tetapi bersatu atas satu asas iaitu membenci kerajaan dan pengurusan kerajaan yang ada. Lalu mereka menjadi majoriti. Jika mereka itu terlebih ekstrim, mereka mungkin mencari jalan menimbulkan ketegangan balas. Golongan muda dan berminda terbuka menganggap kerajaan ini tidak layak mengepalai politik yang sederhana dan bersikap terbuka serta adil dalam penilaian. Kelompok berpendidikan dan moderate inginkan keharmonian dan keadilan untuk semua. Maka kerajaan ini menjadi makin tidak popular dalam kalangan cerdik pandai yang menjadi tulang belakang negara. Negara pun mula reput, kedamaian mula diragut dan berada di penghujung hayatnya.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Tuduhan Pemimpin UMNO Tidak Bantu Mangsa Banjir Satu Tuduhan Bangsat - Shahrizat

7 Disember 2013


shahrizat-babies[1]
Oleh Nur Azlina Shaari

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mempersoalkan di mana kelibat pemimpin-pemimpin pembangkang untuk membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa buah negeri yang mengalami bencana banjir.

Persoalan tersebut ditimbulkan oleh Shahrizat kerana terdapatnya kenyataan yang dibuat oleh partipembangkang di laman sosial seperti Facebook yang menyifatkan pemimpin UMNO terlalu sibuk ‘bersarkas’ di Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan mengetepikan urusan untuk membantu rakyat.

“Saya hendak kata memang pembohonganlah apa yang pembangkang kata (kenyataan di laman-laman sosial Facebook), memang bangsat betul kenyataan itu,” kata Shahrizat.

Mengulas tuduhan pembangkang itu, Shahrizat memberitahu walaupun jadual yang ketat untuk semua pemimpin UMNO ketika persidangan berlangsung, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup meninggalkan perhimpunan yang diadakan setahun sekali untuk turun padang melawat mangsa banjir.

“Kita punya Presiden (Datuk Seri Najib Razak) turun ke padang, setahun sekali sahaja kita berjumpa tetapi YAB Perdana Menteri tinggalkan kita untuk pergi ke tempat-tempat banjir khususnya di Pahang.

“Dan hari ini Timbalan Perdana Menteri tinggalkan kami di sini (Perhimpunan Agung UMNO-PWTC) membuat lawatan untuk melihat mangsa-mangsa banjir, TPM tiada di Dewan,” katanya.

Justeru itu, Shahrizat mengkritik pula pemimpin pembangkang yang terlalu sibuk berbahas di Parlimen dan tidak turun padang membantu mangsa-mangsa banjir jika dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin UMNO.

“Saya hendak katakan di sini, yang bersidang di sini lengang, sebab saya tahu Ketua-ketua Wanita saya, Exco saya, Ahli-ahli Berhormat Wanita semua turun padang, jadi saya hendak tanya mana dia pergi pembangkang?
“Yang saya dengar Ahli Parlimen Kuantan sibuk dalam Parlimen, jangan pandai cakap saja, saya mempersoalkan mana pembabitan pembangkang di sana?” tambah Shahrizat.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Tuesday, January 28, 2014

Ibdilillah Ishak : Pengerusi Biro Media Baru UMNO Yang Paling Stylo # Lifestyle

5 Disember 2013


ibdilillah ishak
Penulis cukup berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, berkenaan dengan Ibdilillah Ishak, yang baru dilantik sebagai Pengerusi Biro Media Baru UMNO di bawah sayap Pergerakan Pemuda nya.

Tanpa sebarang syak wasangka, penulis anggap ianya pilihan terbaik kerana tentunya dalam slogan progressif yang semakin popular di kalanga pemuda, tidak mungkin kredibiliti dan meritokrasi dipinggirkan.

Penulis menyelidiki latarbelakangnya dalam applikasi media sosial. Yang ada, hanyalah Instragram, Twitter dan blog, yang kali terakhir dikemaskini lebih kurang setahun lalu. Komitmennya lemah dalam bidang berblogging, namun penulis masih mahu berbaik sangka.

Namun begitu, penulis agak kecewa dengan kenyataannya dalam satu temuramah. Apa yang jelas ialah dia tidak berada di dalam lingkaran pemain media sosial amnya, malah gagal membaca pergerakan atau taktik yang diapplikasikan oleh cybertrooper pro kerajaan.

“There is no direction” menunjukkan bahawa dia tidak pernah berada dalam “keluarga media maya UMNO”. Amatlah mendukacitakan untuk seseorang pemimpin yang dilantik, tidak mengetahui apa-apa dan cuba-cuba untuk menjawab. Boleh sahaja dikategorikan sebagai bodoh sombong. Paling tidak pun, bertanyalah kepada pemain-pemain media sosial yang sedia ada.

Tidak salah untuk merendah diri demi ilmu.

Penulis sentiasa tabik hormat kepada blogger, atau facebooker yang senantiasa memainkan isu-isu semasa dan politik tanpa diselangi dengan cerita-cerita seks, mahupun artis. Ini sebenarnya menunjukkan identiti dan kredibiliti mereka sebagai pemerhati politik, pejuang tanahair, atau apa sahaja gelaran. Mereka tidak bersifat cacamarba, atau sekadar untuk meraih jumlah hits semata.

Maka, adakah mereka bersalah untuk setiap kali menulis tentang politik secara berterusan? Apakah serangan cybertrooper pembangkang berkala sehingga ada had dan ada hari? Selagi kerajaan terus ditohmah, selagi itulah cybertrooper pro kerajaan akan menangkis.

Apakah Ibdilillah tidak pernah melihat, cybertrooper pro kerajaan melakukan kerja-kerja tanggungjawab sosial seperti penyebaran kes penculikan, kereta yang dicuri dan sebagainya? Apakah Instagram yang cukup “stylo” pada kaca mata Ibdilillah gagal untuk mengesan maklumat sedemikian? Bukankah itu juga sebahagian dari “ appealing factors”?

Pity on you, dude!

Bloggers, facebookers, twitterians and so on will keep their feet on politics. It is politicians, like yourself, must have “appealing factors” at utmost possible because you are the one to have interest to be in power and lead. Then, please make yourself marketable to voters!

Do you think you first interview ever during UMNO General Election has that kind of “appealing factors” to all pro-UMNO Cybertroopers?

Ibdilillah Ishak, Pengerusi Biro Media Baru UMNO yang baru dilantik. Penulis ada pesanan kepada kamu:
“Anybody may not have interest in politics, but politics has always have interest on everybody”

By that sentence, is it logic to keep cybertrooper out of politics?

Make it a lifestyle bro.. and be smart to answer questions if asked. Study, learn and set dialogues on media socials.

Or, you will lead UMNO moving backward..

Dipetik daripada : www. mykmu. net