Wednesday, January 29, 2014

Guru SJKC Arah Murid Makan Rumput Dan Gantung Loceng Di Leher Bukan RASIS?

25 Januari 2014


blogger-image--1782909445
Barangkali disebabkan yang mencetuskan kontroversi ini adalah guru sekolah vernakular yang telah banyak menternak chauvinisme dan peningkatan ketara sokongan kepada Pakatan Rakyat khususnya DAP dan PKR, maka kes ini cuba disembunyikan dan enggan diperkata oleh para pecacai Pakatan Rakyat, apatah lagi para pemimpinnya. Sebaliknya mereka cuba mengalihkan perhatian dengan mengusik beberapa isu yang ada sesetengahnya sudah terlalu lapuk dan sekadar ingin melepaskan kemarahan seperti isu Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak.

Laporan polis telah dibuat oleh bapa kepada murid Melayu yang dianiayai oleh seorang guru yang telah berkhidmat di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Sungkai. Guru terbabit telah menyumbat rumput ke dalam mulut seorang murid Melayu dan turut menggantung loceng di tengkuk murid yang malang itu. Manakala rakan murid Melayu yang dihukum itu pula, dilepaskan hanya kerana dia adalah anak Pengerusi PIBG sekolah tersebut yang kebetulan pula merupakan Pengerusi DAP Sungkai.

Walau apa pun alasannya termasuklah mendidik, sebenarnya apabila dalam keadaan begini, ia lebih tepat ditanggapi sebagai RASIS.

Tentu sebahagian daripada kita masih ingat bagaimana bersungguh-sungguhnya Lim Kit Siang untuk mengheret dua orang Pengetua sekolah berbangsa Melayu yang dilabelkannya sebagai Pengetua RASIS sehinggakan pernah cuba mengusulkannya di Dewan Rakyat pada tahun 2010 dahulu. Bagaimanapun, apabila guru terbabit berbangsa Cina, tidak pula Lim Kit Siang mengeluarkan sebarang kenyataan membidas, mengecam atau mengutuk. Bahkan DAP secara berterus-terang, menyediakan peguam secara percuma kepada guru-guru yang terbabit dalam usaha menambahsuburkan budaya ‘AKU CINA, AKU BOLEH APA SAJA’ di negara ini.

Bayangkanlah sekiranya kejadian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khai Meng, Sungkai itu melibatkan guru Melayu, manakala pelajarnya pula adalah Cina dan sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan, pastinya semenjak semalam lagi seluruh kekuatan DAP termasuklah macai-macai Melayunya akan melalak, menyalak dan melolong tentang elemen perkauman yang kononnya dibiaksuburkan oleh UMNO dan sistem pelajaran nasional. Mereka serta-merta akan berada di mana-mana, menyerang blogdan portal pro-UMNO untuk menyatakan bahawa kes tersebut adalah kes RASIS dan ini menunjukkan kelemahan, kelemahan serta kecenderungan UMNO untuk menghapuskan Cina dari bumi Malaysia.

Malangnya yang berlaku adalah sebaliknya. Justeru, senyap sunyilah semua orang termasuklah pecacai-pecacai mereka dari kalangan orang Melayu.

Beberapa tindakan melibatkan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran sebelum ini, amat tidak memuaskan hati. Dalam insiden terbaru, seorang Pengetua sekolah vernakular yang terlibat menghina amalan agama seorang guru wanita yang lain, hanya dikenakan ‘hukuman’ meminta maaf dan guru yang menjadi mangsa itu, ditukarkan ke sekolah lain untuk mengajar.

Sekolah-sekolah vernakular sebenarnya merupakan sekolah-sekolah yang banyak membiakkan Cina-Cina yang sangat totok dan berasakan mereka adalah pejuang-pejuang kemerdekaan Cina Seberang Laut atau HUA QIAO yang melihat Malaysia sebagai sebuah kawasan yang cukup mudah dijarah dan dijajah. Sifat dan kemuliaan serta kerendahan hati penduduk peribuminya yang merangkumi pelbagai suku kaum Melayu, termasuklah Melayu bukan Islam yang dikenali sebagai kaum Asli atau dalam Bahasa Pakatan Rakyat, Kaum Asal, menyebabkan golongan totok ini cukup teruja untuk meneruskan kesinambungan Parti Komunis Malaya yang telah gagal menjajah negara ini pada awal 1940-an.

Ramai yang melihat sekolah-sekolah vernakular di Malaysia (dan merupakan satu-satunya di dunia), merupakan satu pembaziran yang amat ketara. Sekolah-sekolah berkenaan yang sepatutnya wujud atas sifat persendirian, kini turut menyedut peruntukan Kementerian Pelajaran walaupun pada masa yang sama, sekolah-sekolah itu hanya mampu melahirkan pelajar-pelajar seperti Teresa Kok, Ngeh Kor Ham, Nga Kor Meng dan sebagainya yang hanya tahu tentang Cina, tetapi sangat jahil tentang Malaysia. Tiada sebarang sumbangan yang diberikan oleh sekolah-sekolah vernakular dalam usaha memupuk dan mewujudkan negara bangsa. Sebaliknya sekolah-sekolah vernakular itu menjadikan jurang perkauman di negara ini semakin melebar.

Dan buktinya dapat dilihat dengan jelas menerusi tindakan guru lelaki yang menyumbat rumput ke dalam mulut seorang murid Melayu tetapi tidak mengambil sebarang tindakan terhadap murid Cina yang merupakan anak Pengerusi PIBG sekolah dan Pengerusi DAP Sungkai!

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment