Wednesday, January 29, 2014

PRK Untuk Selesai Kemelut Dalam Parti... Bazir Duit Rakyat, Berapa Mantan YB Dapat?

28 Januari 2014


anwar botox 1

Perletakan jawatan ADUN Kajang semalam sememangnya menjadi kejutan apatah lagi ianya berlaku dalam keadaan tiada isu-isu besar yang terpalit ke atas dirinya.

Apa punca, sebab musabab perletakkan jawatan Lee Chin Cheh?

Paling menguntungkan ialah Anwar Ibrahim, kerana pasti keadaan ini ibarat “diversion” kepada isu Jepun dan isu anaknya yang sedang panas diperdebatkan. Lebih hebat lagi, bukan sekadar mengalihkan isu, tetapi suasana yang sedang diciptanya memberi ruang dan peluang untuk menyelesaikan masalah dalam parti. Bijak bukan?

Demokrasi, itu bakal diucapkan oleh Anwar Ibrahim dalam menghalalkan strateginya, sedangkan apa yang rakyat perlu tahu ialah, pilihanraya kecil yang bakal berlangsung dijangka menelan kos sekitar RM2 juta. Dan kos ini bermakna wang rakyat. Bukankah mereka seringkali mendesak agar Kerajaan berjimat dan jangan boros menggunakan wang rakyat? Wang rakyat digunakan untuk selesaikan masalah dalam PKR di Selangor! 

Membazir!

Perletakan jawatan ADUN Kajang itu juga bermakna beliau tidak layak menerima pencen wakil rakyat. Apakah wujud gantirugi yang bakal diperolehi hasil perletakan jawatan tanpa sebab itu? Atau sekadar membiarkan ianya hanyut begitu sahaja… ini politik, bukan kebajikan, and money do the talks! Nothing is free in PKR.

You do not believe it? Please ask Johari Abdul. He knows how “minyak pelincir” works.

Sejarah sudah tercipta pada PRK DUN Penanti apabila BN mengambil sikap untuk tidak campurtangan serta tidak meletakkan calon hanya semata menjadi sebahagian dari “pemain politik” garapan PKR. Kekosongan DUN Kajang bukanlah berasaskan norma biasa seperti kematian, atau akibat hukuman penjara, waima ketidakpuasan wakil rakyat terhadap parti yang diwakilinya.

Kekosongan DUN Kajang adalah satu lagi aktiviti luar norma dan songsang yang sudah menjadi trend dan kebiasaan Parti Keadilan Rakyat dalam cita-cita menyelesaikan masalah dalamannya.

Bagi penulis, Barisan Nasional harus mengekalkan prinsip yang sama ditunjukkan pada PRK DUN Penanti tahun 2009. Tidak perlu terikut-ikut dengan permainan politik songsang PKR.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment