Wednesday, January 29, 2014

Khalid Ibrahim Berundur Rabu Ini, Anwar Ibrahim Bakal Menteri Besar Selangor Yang Baru!

27 Januari 2014


AnwarrenungKhalid[1]
Dalam kemelut konflik antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali, The Star Online hari ini melaporkan bahawa Khalid Ibrahim telah bersetuju untuk berundur dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Apa yang memeranjatkan ialah laporan berkenaan, yang didakwa bersumberkan dalaman PKR memberitahu bahawa pengganti kepada Khalid Ibrahim ialah Anwar Ibrahim!

Apakah ini bermakna Khalid Ibrahim juga akan meletakkan jawatan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang (N46)? Perkara ini difahamkan telah dipersetujui pada pertemuan di antara kedua-duanya pada hari Ahad yang lalu.

Apakah Khalid memang bersedia untuk mengundurkan diri, atau bertindak melepaskan jawatan Menteri Besar dan ADUN sebagai tanda protesnya kepada Anwar Ibrahim? Ini adalah kerana melepaskan jawatan Menteri Besar, dan meletakkan jawatan selaku ADUN Pelabuhan Klang adalah 2 perkara berbeza, pada saat kerusi itu milik PKR!

the star anwar mb selangor
Dari sumber yang lain pula, Khalid Ibrahim dikhabarkan bersedia untuk mengundurkan diri sebagai Menteri Besar dengan syarat penggantinya bukan Azmin Ali.

Sumber juga memberitahu bahawa setakat ini, 2 DUN yang dimenangi oleh PKR sedang dalam pertimbangan Anwar dalam cita-citanya untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

Selangor bakal menghadapi satu Pilihanraya Kecil dalam masa terdekat!

Jika berlaku, dan Anwar menang, maka Anwar Ibrahim bakal berkuasa di Selangor, lebih berkuasa dari jawatannya sebelum ini iaitu Penasihat Ekonomi Selangor yang telah membuat tuntutan jutaan ringgit sepanjang tempoh perkhidmatannya setelah berselindung di sebalik elaun RM1!

Apa pula tindakan PAS pada ketika ini?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment