Wednesday, January 29, 2014

Lebuh Raya Rakyat Bukti PAS Tidak Mampu Bina "Highway"?

28 Januari 2014


lebuhraya rakyat
Bagai tikus membaiki labu. Perumpamaan yang paling sesuai untuk PAS Kelantan dengan projek mega Lebuh Raya Rakyat. Ianya kebanggaan PAS Kelantan namun  akhirnya disaman oleh sebuah syarikat pembinaan. Dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan itu dituntut ganti rugi RM230 juta kerana didakwa mengingkari surat hasrat berkaitan pembinaan Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai.

Sebelum ini PAS Kelantan mendabik dada dengan projek ini dengan menfitnah dan mentohmah kerajaan Barisan Nasional. Kononnya pembinaan lebuh raya ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri tanpa kutipan tol. Selain dana kerajaan negeri, kontraktor dan rakyat Kelantan rela dalam paksa menderma atas nama wakaf.

Pembinaan Lebuh Raya Rakyat ini bermula awal tahun 2014 dan projek sejauh 73 kilometer tersebut dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) memfailkan saman dengan menuntut RM225 juta yang merupakan anggaran nilai keuntungan yang tidak diperoleh plaintif disebabkan repudiasi dan pelanggaran kontrak oleh defendan.

DHI telahpun membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk kerja berkaitan projek berkenaan. Mereka juga menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi khas, faedah pada kadar lima peratus setahun, ganti rugi am untuk ditaksir bagi pelanggaran kontrak, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Sebelum ini PAS Kelantan sering menjadikan kerajaan sebagai kambing hitam mereka. Kononnya projek tersebut yang dirancang sejak tahun 1986 dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) namun tidak dilaksanakan sehingga memaksa kerajaan PAS negeri tersebut mengambil inisiatif untuk menyiapkannya sendiri.

Begitu mudah mereka memperbodohkan rakyat Kelantan. Hampir setiap jalan di Negeri Kelantan samada jalan persekutuan ataupun jalan negeri adalah dibuat hasil inisiatif Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional. Dari tahun 2006 hingga 2011 sahaja, Kerajaan Barisan Nasional telah memperuntukan sejumlah hampir RM500 juta terus kepada Kerajaan PAS Kelantan bagi tujuan penyelenggaraan jalan negeri. Ini tidak termasuk pemberian tahunan untuk penyelenggaraan cerun jalan negeri, bil lampu jalan dan lampu trafik.

Manakala dari 2008 hingga 2011 pula Kerajaan Persekutuan memberi sebanyak lebih RM 22 juta bagi tujuan tersebut terus kepada Kerajaan PAS Kelantan. Data-data ini terdapat didalam Laporan Ketua Audit Negara dan ia juga tercatat setiap tahun di dalam penyata kewangan Kerajaan PAS Kelantan.

Disamping itu juga Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan juga menyediakan peruntukan untuk naiktaraf jalan-jalan negeri dibawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan. Pada tahun 2011 sahaja, sejumlah hampir RM15 juta diperuntukan kepada 12 PBT di Kelantan. Manakala Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah juga menyediakan peruntukan untuk pembinaan jalan luar bandar dan jalan kampung. Di dalam Rancangan Malaysia Ke 9, KKLW telah membelanjakan hampir RM5 juta untuk tujuan tersebut di dalam negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS.

Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya tersebut telah dirasmikan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 28 Mei 2012. Sikap mereka yang terlalu angkuh memang telah memakan diri. Isu tol yang mereka sentiasa guna untuk menghentam kerajaan juga dengan sendirinya terjawab. Sesetengah perkara memang perlu dilaksanakan oleh mereka yang lebih pakar demi memastikan ianya berjalan dengan lancar.

Isu yang paling penting di sini adalah sikap. Bertelor sebiji riuh sekampung. Belum pun mereka berjaya melaksanakan projek yang besar namun sikap jahat mereka yang kerap memfitnah dan memburukkan kerajaan Barisan Nasional yang telah banyak berjasa kepada rakyat Kelantan amat keterlaluan. Sikap mereka tidak langsung mengambarkan sikap sebenar umat Islam. Sepatutnya mereka perlu buktikan dahulu keupayaan mereka. Islam tidak membenarkan umatnya riak. Jauh sekali menfitnah dan tidak bersyukur dengan nikmat Allah. Sesungguhnya PAS memang tidak layak menggunakan nama parti Islam kerana mereka sekadar memaparkan sikap melampau yang boleh merosakkan imej Islam.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment