Wednesday, January 29, 2014

Sinar Harian Bantu PAS Elak Hilang Sokongan Pengundi Islam & Melayu

27 Januari 2014


Debat Kalimah Allah-SH
Debat berkenaan isu Kalimah Allah di Selangor yang cukup hebat diuar-uarkan oleh Sinar Harian akhirnya tidak menjadi kenyataan atas sebab tertentu.

Menurut maklumat yang diperolehi, sebab tertentu itu adalah desakan kuat dari pucuk pimpinan PASagar debat berkenaan dibatalkan.

Hebat pucuk pimpinan PAS sehingga berjaya membuat Sinar Harian mengambil keputusan untuk membatalkannya sedangkan sekiranya perkara sama diambil oleh UMNO dalam debat atau wacana sebelum ini, pasti akan terpampang di muka hadapan tajuk-tajuk yang terus merugikan UMNO.

Pada dasarnya, kita tahu pendirian pimpinan PAS, kecuali Dewan Ulama PAS. Itu pun hanya segelintir penyokong atau pemimpin yang senada dengan dewan tersebut, dan bilangan mereka boleh dihitung berbanding bilangan yang menyokong penyerahan kalimah tersebut kepada bukan Islam.

Tentunya ini sangat merugikan PAS apabila debat itu diadakan, apatah lagi Khalid Samad merupakan antara perintis kepada penyerahan hak penggunaan kalimah Allah kepada pihak Gereja. Pastinya, keputusan Sinar Harian untuk tidak meneruskannya telah memberi “damage control” tahap tertinggi kepada PAS.

Dan selaku platform wacana serta forum yang selalunya bertukar kepada medan menghentam kerajaan menurut pemerhatian penulis, tidak sukar untuk mengagak apakah maksud sebenar keputusan pembatalan tersebut.

Penulis secara peribadi tidak pernah bersetuju dengan debat berkenaan, kerana ianya membawa kepada perpecahan yang lebih besar terhadap perpaduan umat Islam. Apa yang sedang berlaku ke atas umat Islam masakini di negara bertuah ini pun sudah cukup membimbangkan.

Mengapa kita umat Islam yang perlu tegang leher sesama sendiri atas isu yang dilontarkan oleh bukan Islam? Bukankah lebih elok bermuzakarah antara pimpinan, agar titik pertemuan kesepakatan dapat dicapai untuk kerjasama yang menguntungkan ummah?

Dan apakah sukar untuk Sinar Harian menduga kesan dan akibat sebelum membuat keputusan sudi menjadi “tuan rumah” kepada perdebatan isu Kalimah Allah?

Atau sengaja mengambil kesempatan dalam cita-cita untuk meningkatkan populariti sekaligus melariskan jualan akhbar berkenaan?

Konklusinya, debat anjuran Sinar Harian ini dibatalkan atas desakan pucuk pimpinan PAS. Siapa kawal siapa?

Wow!!!

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment