Wednesday, January 29, 2014

NGO Kristian dan Islam Perlu Bertenang - Zahid Hamidi

27 Januari 2014 


kristianpenang
PUTRAJAYA 27 Jan. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili agama Islam dan Kristian supaya bertenang berhubung kejadian pemasangan kain rentang provokasi di Pulau Pinang.

Beliau berkata, kejadian itu harus diserah kepada polis untuk melakukan siasatan selain mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

“Yang penting kita harus mewujudkan keharmonian dan kita kena hormati agama lain seperti mana agama kita dihormati,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian pihak-pihak tertentu di Pulau Pinang yang cuba mencetuskan ketegangan antara penganut Islam dan Kristian apabila melakukan provokasi dengan memasang kain rentang tertera kalimah Allah di beberapa tempat.

Pihak polis telah menafikan penglibatan pihak gereja dalam perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. 

Dipetik daripada : Utusan Online

No comments:

Post a Comment