Wednesday, January 29, 2014
Ahli Parlimen Kuala Langat Sahkan Saifuddin Nasution Berbohong?
Oleh Zul Rawi
Kenyataan Ahli Parlimen PKR dari Kuala Langat, Abdullah Sani yang mengakui bahawa isu untuk melucutkan jawatan Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar ada dibincangkan dalam jelas membuktikan bahawa Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menipu.
Menurutnya perkara tersebut sememangnya dibincangkan dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali baru-baru ini.
“Memang dalam mesyuarat tersebut kita ada membangkitkan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar dan kita telah membuat keputusan supaya beliau digantikan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut Abdullah Sani, desakan itu ekoran rasa tidak puas hati dalam kalangan kepemimpinan PKR Selangor terhadap corak pentadbiran Khalid.
“Keputusan itu dibuat atas sebab cara Abdul Khalid mentadbir negeri ini membabitkan isu-isu tertentu antaranya industri air, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kenaikan elaun Menteri Besar dan anggota pentadbiran negeri,” ujarnya.
Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, keputusan sebulat suara itu belum dibawa ke pihak PKR Pusat untuk dibincangkan dan diputuskan bersama pimpinan tertinggi pakatan pembangkang yang lain dari DAP dan Pas.
Akhbar Sin Chew sebelum ini melaporkan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor telah sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan supaya Khalid meletak jawatan dan digantikan dengan individu lain.
Saifuddin ketika mengulas laporan yang dikeluarkan sebelum ini mengatakan terdapat desakan ‘keras’ agar Khalid dipecat. Namun katanya desakan ‘keras’ itu bukanlah usul dan mesyuarat MPP tidak membuat sebarang keputusan untuk memecat Abdul Khalid.
“Mesyuarat MPP tidak buat keputusan untuk pecat Khalid seperti yang didakwa dalam laporan akhbar Sin Chew petang semalam (Rabu).
“Daripada 50 hingga 55 ahli MPP yang hadir, hanya ada tiga atau empat ahli yang menyatakan pandangan keras seumpama itu (pecat Abdul Khalid). Tapi kita tidak membuat keputusan menyatakan persetujuan terhadap pandangan itu,” katanya pada sidang media khas di ibu pejabat PKR baru-baru ini.
Persoalannya apakah kenyataan Saifuddin itu bertujuan untuk menyembunyikan kemelut yang sedang melanda parti itu. Sedangkan umum memang mengetahui perbalahan antara Khalid dan Azmin.
Sebelum ini Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilaporkan sering mengkritik pentadbiran Abdul Khalid melibatkan beberapa isu antaranya menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor di antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014.
Selain itu, Azmin juga dilaporkan pernah bertindak melalui Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri.
Berikut adalah rakaman perbualan Abdullah Sani berhubung isu pemecatan Khalid.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment