Wednesday, January 29, 2014
Gereja Dibaling Molotov Cocktail : Apa Anwar Tahu Kita Tak Tahu?
SEMALAM, Anwar perasan sendiri menyangka dia sudah menjadi Perdana Menteri apabila mengadakan sidang media, kononnya untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Malaysia. Hujan takde, ribut takde, tiba-tiba nak sampai mesej kepada rakyat Malaysia? Apa yang banyak cakap sebelum ini mesej kepada rakyat Pakistan ke?
Apa pun, ketika ramai menyangka Anwar nak umum dia akan bertanding di salah satu kerusi DUN di Selangor bagi menyelesaikan kemelut berebut nak jadi MB Selangor antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali, Anwar sebaliknya mengutuk UMNO dalam isu kalimah Allah, kemudiannya memintak pula diadakan dialog antara UMNO dan pembangkang dalam isu tersebut!!
Lawak apakah ini, kau kutuk lepas tu ajak berbincang, macam bodoh je.
Tapi penulis bukan nak sentuh bab itu kerana kita semua tahu dalang di sebalik Kristian Semenanjung naik tocang dalam isu kalimah Allah ini kerana manusia macam Anwar juga yang menggalakkan, bahkan bukan rahsia Anwar dan pakatan pembangkang sokong Kristian di Semenanjung ini guna kalimah Allah tersebut - asal saja tidak disalahgunakan, kononnya.
Sebaliknya penulis nak sebut ialah tentang kejadian sebuah gereja di Pulau Pinang malam tadi yang dilempar bom buatan sendiri, molotov cocktail kerana provokasi pemasangan banner yang menyebut perkataan Allah dan kaitannya dengan Jesus oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab – tidak lama selepas Anwar menyampaikan ’mesej kepada rakyat Malaysianya”.
Persoalan kita sekarang, apa yang Anwar tahu, kita tak tahu tentang kejadian tersebut? Anwar bagi mesej banyak dah sebelum ini, tapi cara ia dinamakan semalam ”Mesej Untuk Rakyat Malaysia”, itu agak sedikit menimbulkan persoalan.
Ini kali kedua kejadian seumpamanya berlaku. Sebelum ini pun, tak lama lepas Anwar nyanyi lagu Sabah nak hilang, datang regim lanun Kiram timbul huru hara di Lahad Datu.
Kali ini, tak beberapa jam lepas Anwar ajak kerajaan duduk berbincang berhubung isu kalimah Allah, tiba-tiba tengah malam tadi ada gereja yang dibaling bom buatan sendiri dan gereja itu adalah antara 3 gereja yang dikesan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang memasang banner provokasi berkenaan.
Sekali pandang macam sengaja nak lepas diri kerana tahu akan ada sesuatu yang berlaku.
Mengenali Anwar, penulis percaya semua ini ada kaitan. Apatah lagi, provokasi seumpamanya bukan pertama kali, tapi perbuatan baling molotov cocktail tidak lama selepas Anwar menyentuh isu sama, adalah yang pertama kali. Lagipun, di kalangan puak Kristian kita tahu ada yang kurang ajar, tapi belum ada yang cukup berani untuk cetus provokasi seperti itu (pasang banner), habis tidak hanya keluar kenyataan media saja.
Anwar dan politik polong (sendiri cetus masalah, sendiri selesai masalah) ini bukan pertama kali. Sekarang ini pun pembangkang berpakat dengan peniaga, pemborong cina untuk naikkan harga barang gila-gila sehingga rakyat marah kerajaan BN, dan kemudia dia juga janji akan selesaikan masalah tersebut kalau dia dipilih jadi kerajaan.
Rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan keamanan memandang isu ini sebagai serius dan pihak berkuasa berkenaan perlu ambil iktibar. Kita tahu, ada pihak yang nak laga-lagakan orang Islam dan orang Kristian di negara ini supaya keadaan huru hara berlaku dan kerajaan BN akan dipersalahkan.
Siapa orang itu? Inilah yang kita minta siasat sangat peliwat tua ni. Kerajaan pun jangan asyik nak kompromi saja, perlu ada ketegasan sikit.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment