Wednesday, January 29, 2014

Tuduhan Pemimpin UMNO Tidak Bantu Mangsa Banjir Satu Tuduhan Bangsat - Shahrizat

7 Disember 2013


shahrizat-babies[1]
Oleh Nur Azlina Shaari

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mempersoalkan di mana kelibat pemimpin-pemimpin pembangkang untuk membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa buah negeri yang mengalami bencana banjir.

Persoalan tersebut ditimbulkan oleh Shahrizat kerana terdapatnya kenyataan yang dibuat oleh partipembangkang di laman sosial seperti Facebook yang menyifatkan pemimpin UMNO terlalu sibuk ‘bersarkas’ di Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan mengetepikan urusan untuk membantu rakyat.

“Saya hendak kata memang pembohonganlah apa yang pembangkang kata (kenyataan di laman-laman sosial Facebook), memang bangsat betul kenyataan itu,” kata Shahrizat.

Mengulas tuduhan pembangkang itu, Shahrizat memberitahu walaupun jadual yang ketat untuk semua pemimpin UMNO ketika persidangan berlangsung, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup meninggalkan perhimpunan yang diadakan setahun sekali untuk turun padang melawat mangsa banjir.

“Kita punya Presiden (Datuk Seri Najib Razak) turun ke padang, setahun sekali sahaja kita berjumpa tetapi YAB Perdana Menteri tinggalkan kita untuk pergi ke tempat-tempat banjir khususnya di Pahang.

“Dan hari ini Timbalan Perdana Menteri tinggalkan kami di sini (Perhimpunan Agung UMNO-PWTC) membuat lawatan untuk melihat mangsa-mangsa banjir, TPM tiada di Dewan,” katanya.

Justeru itu, Shahrizat mengkritik pula pemimpin pembangkang yang terlalu sibuk berbahas di Parlimen dan tidak turun padang membantu mangsa-mangsa banjir jika dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin UMNO.

“Saya hendak katakan di sini, yang bersidang di sini lengang, sebab saya tahu Ketua-ketua Wanita saya, Exco saya, Ahli-ahli Berhormat Wanita semua turun padang, jadi saya hendak tanya mana dia pergi pembangkang?
“Yang saya dengar Ahli Parlimen Kuantan sibuk dalam Parlimen, jangan pandai cakap saja, saya mempersoalkan mana pembabitan pembangkang di sana?” tambah Shahrizat.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment