Tuesday, December 15, 2009

BTN : Nazri Dakwa Dr M Rasis, Dr M Dakwa Isu Sengaja Diperbesarkan!

BTN : Nazri Dakwa Dr M Rasis, Dr M Dakwa Isu Sengaja Diperbesarkan!
.
KUALA LUMPUR, Dis 8 — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau tidak bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kursus Biro Tata Negara (BTN) tidak perlu dirombak. “Saya tahu Dr M (Mahathir) mengulas mengenai patriotisme dan sebagainya, ya saya setuju mengenai patriotisme … ia untuk semua semua".
.
Namun terdapat mereka yang menghadiri kursus (BTN) yang kemudianya keluar dengan perasaan marah. Terdapat banyak contoh … jadi saya ingin tahu di mana silap saya dalam menyokong rombakan silibus BTN,” katanya di sini semalam.Malah Nazri juga menyifatkan Dr Mahathir sebagai “rasis betul” kerana mempertahankan kursus-kursus BTN sambil mengulangi keputusan Kabinet sebelum ini bahawa program-program itu akan dirombak.
.
Dia rasis betul. Anda seharusnya bertindak sebagai seorang rakyat Malaysia sama ada menteri ataupun sebaliknya.Anda mesti buat apa yang anda perkatakan. Jangan kerana bila anda menjadi Perdana Menteri, anda mahu setiap orang menyokong anda, anda bertindak seperti seorang rakyat Malaysia. Sebaik sahaja bukan lagi jadi Perdana Menteri, anda hanya bercakap pasal orang Melayu, saya tidak boleh menerima komen beliau,” katanya.
.
Oleh itu kata Nazri beliau sangat percaya bahawa kursus-kursus BTN mesti selari dengan slogan 1 Malaysia yang digerakkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Kelmarin Dr Mahathir berkata modul latihan BTN yang sedia ada tidak perlu dirombak kerana ia sesuai untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.Isu kursus anjuran BTN mendapat perhatian ramai apabila kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini melarang kakitangan awam dan penuntut institusi pengajian tinggi milik negeri mengikuti kursus berkenaan berkuatkuasa serta-merta kerana didakwa sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional hingga mencetuskan fenomena perkauman, memecahbelahkan penduduk pelbagai kaum, agama dan menimbulkan kebencian kepada pembangkang.
.
Pada Rabu lalu, kerajaan Pulau Pinang, yang juga di bawah kepimpinan Pakatan, mengikut langkah kerajaan Selangor dan tidak membenarkan semua penjawat awamnya menghadiri kursus BTN berkuatkuasa serta merta.
.
Mohamed Nazri turut menafikan bahawa rombakan silibus BTN merupakan idea beliau.“Ia merupakan keputusan Kabinet. Seperti yang anda ketahui, peruntukan BTN disebut dalam bajet (di bawah) Jabatan Perdana Menteri … jadi ia merupakan wang awam.“Sekiranya ia wang awam, maka kita perlu pastikan ia dibelanjakan secara berhemah,” katanya. Dalam pada itu Dr Mahathir berkata kritikan mengenai modul kursus BTN, termasuk yangmendakwa ia berunsur perkauman adalah sesuatu yang diperbesar-besarkan.
.
Beliau berkata kursus itu hanya mengajar penjawat awam supaya mempunyai nilai dan budaya yang baru, seperti lebih berdisiplin, jujur dan tidak melakukan rasuah, dalam usaha memberi khidmat yang lebih baik kepada negara.“Kita telah mempunyai perkara ini selama 20 tahun. Ketika saya menjadi perdana menteri, tiada siapa yang mengadu apa-apa dan mereka yang menghadiri kursus ini juga mendapati ia sangat berguna.Apa yang kita cuba ajar mereka ialah mereka mesti mempunyai nilai-nilai yang baru, kerana sistem nilai dan budaya yang mereka ada tidak kondusif untuk kejayaan. Saya tidak nampak apa yang salah mengenainya,” kata beliau.
.
.
.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA

Kali Ini Gambar Pemimpin DAP Pula Dipijak!!

TAIPING 7 Dis. – Suasana di ceramah perdana di Dataran Kampung Paya, Batu Kurau dekat sini malam tadi kecoh seketika apabila orang ramai bertindak memijak dan membakar gambar lima pemimpin DAP.Tindakan itu diambil sebagai tanda marah terhadap perbuatan pemimpin DAP memijak gambar tiga wakil rakyat Bebas di Perak baru-baru ini.Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang menyampaikan ceramah pada majlis itu berkata, pihaknya menyokong tindakan tersebut sebagai amaran kepada DAP.
.
‘‘Ada kalanya tindakan jahat perlu dibalas jahat. Kalau tidak pemimpin DAP tidak akan sedar. Dulu selepas pijak gambar wakil rakyat Bebas mereka beri alasan tak nampak, jadi sekarang kita pun boleh buat alasan sama. Kita pijak selepas itu minta maaf dan bagi alasan tak nampak juga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut.
.
Gambar-gambar pemimpin DAP yang dipijak dan dibakar itu ialah Lim Kit Siang; Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham; bekas Speaker Perak, V. Sivakumar; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Ong Boon Teow.
.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, pemimpin DAP sepatutnya tidak memulakan tindakan biadap sebegitu jika mahu dilayan dengan baik oleh masyarakat.
.
Jelas beliau, insiden lompat parti merupakan agenda Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usahanya mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
.
‘‘Dulu semasa ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim lompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) tak ada pun orang Barisan Nasional (BN) pijak gambar dia.‘‘Jadi DAP patut pijak gambar Anwar kerana beliaulah yang menganjurkan perkara ini dan akhirnya jadi punca kepada insiden lompat parti ini,” ujar beliau.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Sunday, December 13, 2009

Selamat Pengantin Baru buat Maria binti Musa!

Selamat Pengantin Baru

Ikhlas Buat
.

Maria binti Musa
.
dengan
.
Saiful Bahari bin Abd Manaf
.
Alhamdulillah Saudari Maria Musa (Pembantu Penguatkuasa MPN) telah selamat melangsungkan perkahwinannya bersama jejaka pilihan hatinya iaitu Saiful Bahari Abd Manaf. Majlis perkahwinannya telah berlangsung meriah pada 13 Disember 2009 bertempat di Rumah Rakyat Pancor. Jemputan dianggarkan mencecah sehingga ke 1,700 orang jemputan.
.
Turut hadir sama ke majlis perkahwinan ini adalah En. Syamsul Amri bin Hj Ismail (Ketua Penerangan UMNO) yang kebetulannya juga merupakan bos di Jabatan di mana Maria bertugas. Ramai juga anggota penguatkuasa yang hadir bersama-sama dengan keluarga masing-masing. Adalah didoakan semoga Saudari Maria akan berbahagia di samping suami tersayang hingga ke akhir hayat.
.
Berikut dikongsikan bersama-sama gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.
.
Gambar 12 Disember 2009
Sehari sebelum berlangsungnya
Majlis Perkahwinan
.

Di antara orang-orang surau yang bertungkus-lumus masak secara bergotong-royong

Mengacau kuali untuk memasak gulai
Suasana daripada dalam khemah memasak

Suasana meja pengantin yang telah siap dihias

Kerja-kerja menyiang daging giat dijalankan secara bergotong-royong

Kelihatan ayah Maria (En. Musa) leka memerhatikan rakan-rakan menyiang daging

.

.

13 Disember 2009

Hari Berlangsungnya Majlis Perkahwinan

Maria & Saiful

.
Pelamin yang tersergam indah


Khemah untuk jemputan yang telah siap terbentang menantikan ketibaan tetamu

En Musa dan Pn Asmah (Ibu Maria) mula menyambut tetamu sejak jam 10.00 pagi

Kelihatan wajah En. Musa yang cukup ceria dengan tema "Tradisi Jawa"

Puan Asmah bersalaman dengan kaum ibu yang sibuk di dapur Surau

Kelihatan di khemah memasak masih lagi sibuk dengan persediaan masakan lauk-pauk

Gulai yang kelihatan menyelerakan di bawah kawal selia En Atan (Imam 1 Surau An-Nur)

En. Akob sedang sibuk menggoreng ayam yang menjadi rebutan ramai

Bertungkus-lumus menggoreng dengan dua kuali besar

Ais-Krim "mingomingo" turut ditempah untuk majlis perkahwinan ini

En. Manaf bergaya dengan nasi yang disenduk ketika sesi "makan pangkal"

Suasana di bawah khemah jemputan

Suasana sibuk di kaunter aiskrim "mingomingo"

Keluarga Ketua Penerangan UMNO yang sedang menjamah makan yang disediakan

Aksi salah seorang anak Ketua Penerangan yang sedang sibuk makan

Kelihatan tetamu yang sudah mula membanjiri khemah jamuan

Jamuan bubur pun turut disediakan

Ketua Penerangan UMNO Pancor bergambar bersama Mizwar (Joe) salah seorang rakan sekampung

Khemah Jamuan Pengantin yang telah siap

Nordin, cukup terkenal sebagai DJ Pancor FM

Pasukan Cak Lempong yang sedang bersiap sedia mengiringi pengantin

Pengantin lelaki sudah bersiap sedia untuk berarak


Rombongan yang mengikuti agak ramai bilangannya

Sempat berhenti menyaksikan persembahan silat di pertengahan jalan

Meneruskan perjalanan

Ramai juga pengiring yang setia walaupun dalam suasana panas terik

En. Ghafar bertindak selaku jurukamera pada hari iniKelihatan wajah pengantin perempuan yang ceria

Pengantin Perempuan sabar menanti ketibaan Pengantin lelaki


Di antara rakan-rakan seperjuangan Maria di MPN yang turut sama hadir
Barisan jurukamera dengan kamera masing-masing

Pengantin lelaki kian menghampiri....

Pertemuan diatur di hadapan khemah utama

Apabila mata bertentang mata, lidah kelu tidak berkata-kata hanya hati menyimpulkan segalanya

Maria hanya mampu tersenyum

Mencium tangan suami tercinta!!!

Duduk bersama di khemah utama menyaksikan persembahan

Persembahan silat dari kumpulan Silat yang didatangkan khas daripada Paroi

bersilat dengan penuh lincah dan aksi seni yang menarik

Silat ala-ala "iron-monkey"

Pasangan raja sehari ceria menyaksikan persembahan

Persembahan silat "Jawa"

Tetamu yang hadir leka menyaksikan persembahan

Persembahan yang kemudiannya mendapatkan restu perkenan daripada Raja Sehari

Persembahan silat daripada seorang adik perempuan yang masih bersekolah

Pasangan pengantin berarak menuju ke rumah dengan pintu gerbang tertera perkataan "MONG'GHO" yang membawa maksud "SELAMAT DATANG"

Berarak perlahan menuju masuk ke rumahAkhirnya melalui pintu gerbang untuk masuk ke rumah

Ketibaan pengantin disambut dengan cahaya lensa dari ramai jurugambar


Menatap singgahsana pelamin yang tersergam indah dengan barangan hantaran disusun di hadapan pelamin

Mulai naik ke atas pelamin Bersanding dengan penuh ketenangan, terpancar sinar kebahagiaan di mata mereka

Maria sentiasa ceria wajahnya

Persembahan silat disambung lagi di hadapan pelamin

Akhirnya sesi santapan diraja

.

Akhir kata, sekali lagi kesemua warga Jawatankuasa Penerangan UMNO Pancor mengucapkan selamat berbahagia buat Maria dan suami tersayang.

.

.

.

Disediakan oleh : EDITOR