Tuesday, September 01, 2015

Tolonglah ‘Jangan’ Hentam Che Det, Beliau ‘Tak Mudah Lupa’…

EDITOR MENULIS...
21 OGOS 2015
mahathir_bersih_4
Sugul sungguh rasanya bila Tun M yang kita sayangi dikritik hebat, dikecam dan disindir bertalu-talu oleh pemimpin, ahli dan penyokong institusi UMNO sejak beliau menampakkan kelibat dirinya dalam himpunan demonstrasi jalanan Bersih 4 baru-baru ini.

Saya sendiri amat berdukacita dengan kutukan-kutukan itu. Apakah mereka tidak tahu bahawa Tun M itu telah mencapai tahap ‘wali’ dan ‘nabi’? Tahukah kalian bahawa beliau itu sama taraf ‘maksum’? Tahukah kalian bahawa segala yang terbit dari mulutnya itu adalah ‘fatwa’ yang ‘wajib’ diikut dan ‘berdosa’ jika tidak ditaati?

Ketahuilah bahawa Tun M itulah ‘keramat hidup’ yang perlu diikut segala perintahnya. Walau berpandukan pada ‘kitab WSJ’ yang pernah beliau kutuk dulu, segala ‘fatwa’ darinya perlulah disokong dan dituruti tanpa sebarang soal jawab. Segalanya ‘benar’, tiada yang ‘tidak benar’ melainkan yang ‘benar-benar’ belaka.

Saya dari ‘sejak dalam perut’ sememangnya ‘taat’ pada perintah dan kehendak Tun M. Jika tidak, saya akan dituduh sebagai ‘derhaka’, ‘pengkhianat’ agama, bangsa, negara dan UMNO…

Menurut seorang rakan saya pula, Tun M ketika berjawatan Perdana Menteri, ‘tidak ada’ seorang pun yang pernah mendesak beliau meletak jawatan. Malah ‘tidak ada’ seorang pun yang berani mencabar beliau sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri meskipun Tengku Razaliegh Hamzah mahupun Tun Salleh Abbas.

Tun M katanya ‘tidak pernah’ pun memecat, menjatuhkan atau menggugurkan sesiapa dalam barisan kabinet kerajaan yang beliau ketuai selama 22 tahun dulu. Malah beliau ‘tidak pernah’ pun mencantas, mengatur, mencatur atau membenam sesiapa ketika beliau menjadi Presiden UMNO atau mendaki kerusi tertinggi parti itu.

Lebih ‘menakjubkan’ saya, Tun M dikatakan ‘tidak pernah’ terbabit dalam sebarang skandal politik, skandal kewangan mahupu apa jua jenis skandal dalam pemerintahannya yang ‘maha hebat’ yang lebih hebat dari Firaun. Malah dia “tidak’ memiliki sebarang kroni, ‘tidak kenal’ Ananda Krishnan, Robert Kuok, Francis Yeoh, Vincent Tan, dan ramai lagi taikun-taikun Cina yang ‘miskin-miskin’ belaka itu.

Untuk pengetahuan rakyat, Tun M juga dikatakan ‘tidak pernah’ menerima sebarang dana politik, sumbangan mahupun derma perjuangan ketika beliau menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri dulu. Khabarnya, semua kos politik beliau dulu adalah dari sumber poketnya sendiri atau duit gaji bulanannya sebagai Ahli Parlimen, Perdana Menteri dan ‘elaun ehsan’ selaku Presiden UMNO.

Sesungguhnya menurut sesetengah pendapat, di dalam ramai-ramai ahli politik sejak mula terciptanya istilah politik oleh Aristotle dulu, tiada ahli politik yang ‘sesuci’ Tun M. “Suci’nya beliau bagaikan embun pagi yang belum tercemar oleh apa-apa unsur yang mengotorkan. Maka tidak hairanlah beliau menyertai Bersih 4…

Saya amat ‘kecewa’ bila ramai yang mengecam Tun M. Sampainya hati mereka menuduh Tun M dengan kenyataan yang ‘mengguris hati’ saya. Tergamak mereka menuduh insan ‘maksum’ itu dengan kenyataan yang ‘tidak patut’?

Tahukah mereka siapa Tun M? Tahukah mereka bahawa Tun M itu seorang yang ‘amat berkuasa’? 

Selama ini, beliaulah ‘pencatur’. Dulu ketika Pak Lah naik jadi Perdana Menteri, beliaulah yang ‘mencatur’. Khabarnya, ‘geng tingkat 4’ itu juga beliau yang ‘catur’kan, dan beliaulah juga yang ‘mencatur’ Pak Lah turun. Tidak pasti sama ada dakwaan ini benar atau tidak, tapi benarkah kononnya beliau yang mencatur Obama jadi Presiden US?

Saya ‘sedih’ bila Tun M diperkatakan sebegini rupa. Tolonglah jaga nama baik anaknya di utara Semenanjung. Janganlah dikutuk bapanya itu. Bapanya banyak berjasa pada negara. Kalau ‘tidak’ kerana bapanya, tidak merdekalah Persekutuan Tanah Melayu. Jika ‘tidak’kerana Tun M, tidak lahirlah Petronas…

Akhir kalam, saya ‘merayu’ pada semua, tolonglah ‘sokong’ Tun M. Kerana jasa beliau selama 22 tahun dulu, kita perlu taat dan sokong beliau walau pun beliau tersalah langkah. 

Beliau dipihak yang ‘benar’, tiada yang ‘benar’ melainkan yang ‘benar-benar’ belaka. ‘Majulah Bersih 4 untuk Tun M’…

Harapan saya, agar para pembaca sekelian, memahami benar-benar isikandungan serta 'maksud' penulisan saya kali ini...
 
P/s: Untuk membaca penulisan Tun M yang ‘benar’ dan ‘tak mudah lupa’

Disediakan oleh : 
http://2.bp.blogspot.com/-KE37VuDycns/VHazhA5d7zI/AAAAAAAA-io/X91kxlBBXzA/s1600/Ketua%2BPenerangan%2BPemuda%2BUmno%2BNegeri%2BSembilan%2BShamsul%2BAmri%2BMohd%2BKamal.JPG
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

PAS Selangor Hampir Pasti Jadi Pembangkang

Akhirnya hala tuju Gerakan Harapan Baru (GHB) – kumpulan yang kecewa kerana kalah perebutan jawatan dalam PAS, terjawab apabila mereka mengambil alih parti politik sedia ada dikenali sebagai Parti Pekerja-Pekerja Malaysia.
http://www.straitstimes.com/sites/default/files/styles/x_large/public/articles/2015/07/14/pas1.jpg?itok=ryK1O2CH
Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang kini Pengerusi GHB bagaimanapun berkata parti tersebut akan dijenamakan semula dan bakal dikenali sebagai ‘Parti Amanah Negara’.

GHB Parti Amanah

Katanya, nama baharu dan Perlembagaan parti yang diterajuinya itu akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam masa terdekat.

“Pelancaran parti ini akan dibuat pada tanggal keramat 16 September ini,” katanya pada sidang media, Isnin.

Parti Pekerja-Pekerja Malaysia ditubuhkan pada 1978 namun gagal memenangi sebarang kerusi yang ditandinginya.

Menurut Mohamad atau Mat Sabu, pemilihan nama Parti Amanah Negara (Amanah) dibuat selepas RoS menolak permohonan penggunakan nama Parti Progresif Islam (PPI).

Nama-nama lain yang meanggotai parti itu sudah dijangkakan.

Mereka ialah bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang yang tewas pemilihan jawatan Presiden dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau kini dilantik sebagai penasihat umum manakala bekas naib presiden PAS, Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai naib pengerusi, ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Ahmad sebagai ketua wanita.

Turut serta ialah Ahli Parlimen Kuala Kerai, Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

Selain itu, lima Adun PAS yang menyertai parti tersebut ialah Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Phahrolrazi juga adalah Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) – NGO yang sebelum ini dijangka menjadi parti politik menggantikan PAS dalam pembangkang.

Selain itu Ahli Parlimen PAS Tumpat PAS Datuk Kamaruddin Jaafar dan ahli parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad juga dijangka akan meninggalkan PAS dalam masa terdekat menjelang pelancaran rasmi Parti Amanah Negara 16 September depan.

Persoalannya jkini ika pertukaran nama Parti Amanah Negara diluluskan RoS, mampukan mereka yang sebelum ini menikam belakang PAS, berada dalam sebuah parti yang kononnya Amanah?
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxJjOCrLDozwK-tnmBpuvkTZ4-_DAP3Vusyv1Ov1YQKtIL8U-t94BA3eVvkEXYehaRvrrfKPbWtXcPpPc2ABNljOe1O3r5GRREtUvLKVQqvYBBFVQoPjKkGeQRdBYhWQG_LD2DxP1D4Lmv/s640/FB_IMG_1438559537303.jpg
Selain itu, keputusan mereka meninggalkan PAS dijangka memudahkan parti berkenaan membuat pendirian sama ada mahu kekal bersama PKR dan DAP di Selangor atau tidak.

PKR dan DAP Selangor tidak bermasalah mengekalkan kerajaan negeri dengan menerima Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin ke dalam Pakatan Rakyat di negeri itu.
http://www.theantdaily.com/Documents/Article/30962/Is-Gerakan-Harapan-Baru-the-missing-piece-of-the-puzzle-540x300.jpg
PKR yang kini mempunyai 13 kerusi Adun, DAP (15) dan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (2), sudah cukup meneruskan pentadbiran dengan jumlah 30 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

PKR dan DAP Selangor kini boleh menyingkirkan PAS yang hanya berbaki 13 kerusi DUN untuk duduk di kerusi pembangkang bersama Barisan Nasional (BN) (12) dan Bebas (1) yang diwakili Tan Sri Khalid Ibrahim.

Secara tidak langsung juga kedudukan BN Perak, Johor dan Kedah bertambah kukuh dengan tindakan beberapa Adun PAS meninggalkan parti dan menyertai parti yang dipimpin Mat Sabu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Cauvinis Dan Kumpulan Kecewa Tunjuk Taring

Demonstrasi Bersih 4 jelas memperlihatkan taring kelompok cauvinis propembangkang dan kelompok serpihan kecewa dan kelompok memperjuangkan nasib seorang tokoh yang terpalit dengan aktiviti dikatakan tidak bersih. Mereka adalah golongan muflis semangat kewatanan dan memilih tempat dan tarikh menjelang kemerdekaan untuk mempamerkan belang keserakahannya kepada khalayak.
http://usimages.detik.com/community/media/visual/2015/08/31/6cce9d0c-9bc4-488d-86b2-2a7fc5cb8b51_169.jpg?w=780&q=90
Meneliti sejarah perjuangan kemerdekaan terhubung dengan analogi atau misalan pejuang-pejuang terdahulu menebang dan menebas belantara yang membelenggu untuk dijadikan ladang dan kebun. Di hutan belantara terdapat musuh-musuh kemerdekaan yang bersembunyi dan telah mengorbankan ramai wira bangsa bila mereka diserang hendap.

Bila hutan belantara sudah bersih ia ditanam dengan pohon yang mendatangkan hasil. 

Buah-buah dari pohon dipetik dengan rakusnya oleh pihak yang lupa diri tanpa bertanya siapa yang membersihkan hutan belantara dan enggan berkongsi hasil dengan waris peneroka.

Hari ini tanah yang luas terbentang menjadi bandar dan bandar-bandar baharu, projek perumahan yang mahal yang tidak mampu dibeli oleh waris peneroka menjadikan taburan penduduk tidak seimbang bakal menentukan corak kuasa dan ketuanan pada masa depan.

Kelompok ini bangun dengan menuduh keadilan tidak terjadi, kezaliman berlaku dan mereka dinafikan hak ekonomi dan pendidikan serta kebebasan bersuara sedangkan ekuiti (pegangan) ekonomi dan perniagaan yang dimiliki hampir 80 peratus dan ratusan kolej dan universiti swasta terbina. Ini dicerminkan dengan aktiviti Bersih 4 dengan melakukan penghinaan dan kebencian melampau dengan tujuan menjatuhkan kerajaan yang dipilih cara demokratik. Mereka disertai dengan golongan yang kecewa dan tidak mahu mengaku yang benar itu benar dan yang salah itu salah.

Mereka lupa untuk menginsafi bahawa gelagat mereka sedang diperhati oleh kelompok majoriti senyap dan menggunakan generasi muda yang lupa sejarah dan perjuangan orang terdahulu yang berhempas pulas menebang-menebas hutan belantara dan melakukan pengorbanan supaya kehidupan mereka tidak terbelenggu.

Generasi muda ini banyak menikmati hasil kemerdekaan dan berpeluang untuk belajar dalam dan luar negara tetapi tidak bersyukur dan merasa terima kasih terhadap tangan yang memberi sebaliknya menggigit tangan itu dan bersubahat dengan pihak yang kecewa. 

Mereka cuai untuk mengambil iktibar bahawa sifat sejarah mengulangi jejak. Pepatah Melayu menyebut di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Malang sekali terdapat anak cucu waris yang sanggup dijadikan alat dan lembu laga untuk memecah belahkan generasi waris seperti yang dilakukan oleh penjajah terdahulu.

Dasar pecah dan perintah mengulangi semula supaya tanah ladang ini akan dikuasai sepenuhnya oleh mereka. Kelompok kecewa ini tidak serik dengan pengalaman lalu dan membiarkan diri dipatuk ular di lubang yang sama untuk kesekian kalinya. Mereka harus sensitif dengan perasaan anak cucu waris yang sedang terkial-kial untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pihak lain.

Ini adalah prasyarat perpaduan negara kerana tanpa jurang dirapatkan rasa curiga akan terus terjadi. Hasil tanah ladang ini harus dikongsi sama supaya keseimbangan terjadi dan keadilan berlaku. Ini mengingatkan penulis terhadap golongan Baba Peranakan di negeri-negeri Selat yang melakukan proses asimilasi dengan menyantuni masyarakat setempat tanpa perlu menukar sistem kepercayaan. Ia ternyata berhasil membentuk masyarakat yang bersatu dan mengenang budi.

Kontrak sosial yang terbina semasa mencapai kemerdekaan harus jadikan pedoman supaya sifat saling membantu dan muafakat tinggi terjadi kerana kekayaan yang terdapat di tanah ladang ini harus dikongsi supaya kepentingan negara menjadi sesuatu yang paling utama.

Perpaduan di negara ini sesuatu yang amat penting. Sekiranya ada niat sesuatu kelompok masyarakat dengan tipu muslihat untuk mengambil alih kuasa ia tidak baik bagi masyarakat Malaysia.Rasa kebersamaan dan gelagat kekitaan perlu disemai terutama di kalangan generasi muda supaya mereka dapat menjadi mata rantai perjuangan menjadikan tanah ladang ini membangun dan subur dan hasil terokaan yang dilakukan dapat dinikmati bersama.

Asas ini penting difahami supaya tidak ada pihak yang merasakan dirinya terpinggir dan tidak ada pihak ingin melakukan monopoli atau penguasaan terhadap ekonomi, pendidikan dan perniagaan.

Dipetik daripada sumber : Jendela Tok Ki (Utusan)

Tubuh DEIG Seolah-olah Azmin Mahu Kawal Aset Harta Selangor Secara Peribadi

KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Undangan Negeri Kuang, Datuk Abdul Shukor Idrus berkata, tindakan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menubuhkan Darul Ehsan Investment Groups (DEIG) memperlihatkan seolah-olah beliau ingin menguasai dan menguruskan harta aset di Selangor secara solo memandangkan syarikat DEIG itu tidak tertakluk kepada undang-undang untuk diaudit oleh kerajaan negeri mahu pun peringkat pusat.
http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/shukur_idrus_umnoselangor_tmi.jpg
Penubuhan syarikat tersebut, menurut beliau lagi amat berisiko tinggi dan terdedah kepada berlakunya salah guna kuasa dan penyelewengan urus niaga kontrak dan sebagainya.
azmin-ali-anwar-ibrahim-ketawa-riang-harta-duit-kewangan-pelaburan-selangor-juta-bilion
“Azmin menubuhkan DEIG seolah-olah beliau mahu menguruskan aset-aset MBI secara solo tanpa perlu memberitahu kepada ADUN-ADUN lain di dalam negeri Selangor. Ini jelas apabila DEIG yang diberi kuasa sebagai orang tengah untuk menguruskan sebarang urus niaga yang melibatkan aset negeri Selangor itu hanyalah sebuah syarikat biasa yang tidak tertakluk kepada undang-undang untuk diaudit oleh kerajaan negeri.

“Sekiranya kerajaan negeri tidak boleh mengaudit segala urus niaga yang dilakukan oleh DEIG, ini bermakna ke semua ADUN tidak tahu apa juga aktiviti perniagaan yang berlaku dalam DEIG yang melibatkan aset-aset negeri Selangor itu sendiri.

“Kita tak mahu menuduh tetapi dengan perkembangan itu sudah pastinya DEIG adalah sebuah syarikat yang amat berisiko untuk diserahkan segala urus niaga aset kerajaan negeri yang bernilai RM 30 bilion itu dan amat terdedah kepada sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa,” tegasnya kepada pihak media di sini hari ini.

Selain itu, kata beliau lagi yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Selayang, penubuhan DEIG ini adalah amat tidak wajar memandangkan banyak lagi anak-anak syarikat Perbadanan Negeri Selangor (MBI)  yang boleh diperkukuhkan dan menjalankan peranan sepertimana yang dilakukan oleh DEIG.

“Bagi saya penubuhan DEIG ini merupakan satu lagi beban yang perlu ditanggung oleh kerajaan negeri kerana ianya sudah pasti akan meningkatkan kos pentadbiran negeri dengan pembayaran gaji dan sebagainya.

“Sedangkan anak-anak syarikat MBI yang sedia ada pun sudah mencukupi untuk menjalankan peranan sebagai orang tengah dalam urus niaga aset MBI yang sudah pastinya lebih telus dan terkawal. Mengapa kita perlu tambah kos kerajaan negeri dengan mewujudkan satu lagi syarikat sebagai orang tengah sedangkan kita mempunyai banyak anak syarikat MBI yang mampu untuk berperanan seperti itu,” jelasnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Penganjur Bersih 4 Akan Terima Bil Kos Pembersihan Dalam Minggu Ini

SERDANG : Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menghantar bil kos pembersihan bernilai RM65,000 kepada penganjur perhimpunan Bersih 4 dalam waktu terdekat, kata Menterinya Datuk Abdul Rahman Dahlan. 

Beliau berkata jumlah berkenaan adalah kos pembersihan bagi perhimpunan yang berlangsung di bandaraya Kuala Lumpur sahaja dan tidak termasuk kos kerosakan yang dilakukan oleh peserta perhimpunan.
http://www.nasionalis.my/wp-content/uploads/2015/07/abdul-rahman.jpg
“Itu (kos kerosakan) saya serahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk memberi bil (kepada penganjur Bersih).

“Selepas itu (para peserta) kencing di merata tempat seperti di pokok bunga, belakang bangunan, bawah tangga dan dalam parit. Semua akan kita bilkan dan akan buat dalam minggu ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca di sini hari ini.

Mengenai kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan Bersih itu, Abdul Rahman berkata : “Kehadiran Tun M sangat mengecewakan.”

“Saya lihat (Tun M) seorang yang sangat marah. Seorang yang marah tidak dapat berfikir dengan waras. Mungkin Tun M boleh berjumpa dengan pihak ketiga,” katanya.

Perhimpunan Bersih 4 pada Sabtu dan Ahad diisytiharkan polis sebagai haram anjuran kumpulan yang mendakwa perhimpunan itu antara lain bertujuan memperjuangkan pilihan raya yang adil serta kerajaan yang bersih.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Mahasiswa Wajar Tidak Bincang Isu Sensitif Secara Terbuka – Raja Muda Perlis

PAUH PUTRA : Perkembangan teknologi yang memudahkan segala isu dan perkara dibincangkan secara terbuka bukanlah ‘lesen’ atau alasan untuk golongan mahasiswa khususnya, melanggar kebebasan demokrasi.
http://img.astroawani.com/2015-04/61429164598_295x200.jpg
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah hak dan kebebasan bersuara juga bukan alasan yang membolehkan sesuatu kaum mempersendakan amalan agama kaum lain dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.

“Mutakhir ini, negara diduga dengan pelbagai cabaran berkaitan ekonomi, politik, sosio budaya, jenayah dan perkembangan teknologi menyebabkan isu ini ‘meledak’ dibahaskan secara terbuka,” titahnya.

Baginda bertitah demikian pada majlis taklimat waris sempena pendaftaran mahasiswa baharu sidang akademik 2015/2016 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Dewan Kecemerlangan UniMAP di sini hari ini.

Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Tuanku Pro-Canselor UniMAP.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin dan pegawai-pegawai kanan universiti itu.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP turut menyeru kepada mahasiswa, ibu bapa dan penjaga agar bertanggungjawab apabila memuat naik sebarang status, gambar atau berkongsi artikel yang sensitif dan diragui kesahihannya.

“Jangan sekali-kali melakukan provokasi kerana tindakan sebegini bakal mengundang pergaduhan dan kebencian kaum selain melanggar undang-undang negara,” titah baginda. 

Terdahulu, Kamarudin dalam ucapannya berkata pengambilan baharu itu membabitkan 3,129 pelajar iaitu 1,379 lelaki dan 1,750 perempuan manakala pelajar asing pula seramai 170 orang dari 20 negara antaranya Myanmar, Yemen, Thailand, Somalia, Uzbekistan dan Indonesia. 

Beliau berkata pelajar-pelajar baharu itu bakal mengikuti 23 program pengajian yang ditawarkan oleh 11 pusat pengajian UniMAP.

Katanya kebolehpasaran graduan UniMAP mencatatkan 86 peratus tahun lepas apabila mereka mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas graduasi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Syed Mokhtar Bukan Penulis Artikel Tersebar Dalam Media Sosial Dan Whatsapp

KUALA LUMPUR : Hartawan korporat dan pengerusi Yayasan Albukhary Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, bukan penulis artikel bertajuk ‘Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary Berkenaan Najib Razak’ yang pertama kali muncul pada Sabtu (29 Ogos). 
http://images.forbes.com/media/lists/84/2012/syed-mokhtar-albukhary.jpg
Yayasan Albukhary dalam kenyataan di sini hari ini, berkata artikel itu telah memperdaya orang ramai untuk berfikir atau mempercayai bahawa Syed Mokhtar yang telah menulisnya.

Ia mendakwa artikel ini telah mendapat perhatian dan telah diterbitkan semula dalam laman sosial dan turut disebarkan menerusi aplikasi khidmat mesej WhatsApp.

“Kami tidak akan membiarkan perbuatan menyamar sebagai Tan Sri Syed Mokhtar, termasuk menggunakan nama beliau secara salah di sisi undang-undang atau tanpa kebenaran.

“Untuk mengelak kesangsian atau kekeliruan, laman web Yayasan Albukhary kekal menjadi satu-satunya wadah awam rasmi bagi Syed Mokhtar,” katanya dan menurutnya, yayasan mendoakan kejayaan dan pertumbuhan berterusan bagi Malaysia.

Dua hari lepas, artikel bertajuk ‘Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary Berkenaan Najib Razak’ menjadi viral dalam laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

PAS Kesal Peserta BERSIH 4.0 Pijak Gambar Hadi Awang, Najib

KUALA LUMPUR : Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor dan Pulau Pinang sepatutnya menawarkan tempat kepada penganjur perhimpunan Bersih 4 sekiranya mereka ikhlas dalam memperjuangkan hak bersuara dan berhimpun.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata sejak Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 diluluskan, kerajaan Selangor dan Pulau Pinang tidak menawarkan tempat khas seperti yang dinyatakan dalam akta berkenaan untuk tujuan berhimpun.

"Ahli-ahli politik pembangkang termasuk penganjur Bersih menggunakan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa semua warganegara berhak berhimpun secara aman dan tanpa senjata.

"Tetapi bagaimana pula dengan Perkara 10(2)(b) yang menyatakan mengenai hak dan kebebasan orang lain seperti menikmati secara aman harta bendanya, hak kebebasan bergerak, hak menikmati persekitaran semula jadi dan hak untuk menjalankan perniagaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Malah, Nur Jazlan berkata kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia pula yang memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk berhimpun secara aman seperti yang digariskan dalam akta berkenaan.

Ini termasuk membenarkan Stadium Merdeka digunakan untuk 'Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112' pada 12 Januari 2013 serta Stadium Kelana Jaya untuk 'Blackout 505' pada 8 Mei 2013, katanya.

Beliau berkata, pemimpin PR hanya menimbulkan api kebencian kepada Kerajaan Pusat kerana tidak membenarkan perhimpunan Bersih 4 diadakan, sedangkan kerajaan PR di Selangor dan Pulau Pinang hanya berdiam diri.

"Jika diadakan di sana (Selangor dan Pulau Pinang), mungkin kerajaan negeri dapat menyediakan makanan dan kelengkapan lebih selesa kepada peserta Bersih 4 sehingga mereka tidak perlu membawa makanan dan khemah sendiri," katanya.

Nur Jazlan menarik perhatian bahawa sikap tidak ikhlas PR di Selangor terbukti apabila Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang sebelum ini pernah membenarkan Stadium Shah Alam dijadikan tempat berhimpun, menarik balik kebenaran itu tanpa sebab.

Beliau turut menyelar pengamal undang-undang yang bersikap selektif dalam mentafsir APA 2012 dengan menyatakan rakyat bebas berhimpun di mana-mana, sedangkan perhimpunan itu seharusnya mendapat persetujuan polis dan kebenaran pemilik tempat berkenaan. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

BERSIH 4.0 : Kekecewaan Hishammuddin Ada Asasnya

Tindakan pihak penganjur BERSIH 4.0 yang telah mencemarkan sambutan Hari Kemerdekaan Negara Kali Ke-58 dengan gerakan jalanan mereka sememangnya menjadi perhatian banyak pihak.Sama ada pihak-pihak teribat menyokong atau menolak gerakan jalanan haram itu , ianya menjadi hak peribadi setiap dari kita.Namun secara realitinya , dalam keadaan negara dan dunia yang kini sedang berdepan dengan pelbagai kemelut khususnya berkaitan ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang sewajarnyalah gerakan-gerakan seumpama itu di tolak.

2. Sebagai warganegara Malaysia . kita seharusnya lebih memberikan perhatian dan menumpukan kepada semangat cintakan tanahair.Apatah lagi dalam bulan kemerdekaan ini seluruh rakyat sebenarnya perlu menzahirkan rasa syukur masing-masing dengan menghormati sambutan Kemerdekaan Negara buat kali yang ke-58.Bukan sesuatu yang mudah untuk kita berdiri dan mengaku sebagai warganegara Malaysia yang dulunya dijajah malah rakyat kita sendiri menjadi hamba kepada penjajah sehinggakan nyawa menjadi taruhan.

3. Kini setelah kita menempah sejarah dan berdiri sebagai bangsa dan rakyat kepada sebuah negara Merdeka , tindakan jalanan BERSIH 4.0 seharusnya dianggap sebagai tindakan yang menjurus kepada mengkianati usaha mereka-mereka yang terdahulu berjuang untuk mendapatkan Kemerdekaan tanahair daripada pihak penjajah.

4. Dalam keadaan negara sedang berdepan dengan pelbagai serangan politik dan fitnah adu-domba yang boleh menyebabkan runtuhnya nilai-nilai patriotik di kalangan masyarakat , kita dihidangkan pula dengan gerakan-gerakan bertunaskan politik beragenda jahat.

5. Persoalannya untuk apa gerakan seperti BERSIH 4.0 itu dianjurkan pada ketika negara sedang berada dalam Ambang Kemerdekaan ?

6. Paling mengecewakan kita lagi apabila bekas Perdana Menteri Malaysia , Tun Mahathir bukan sahaja kini menjadi antara pelopor untuk menjatuhkan kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan undang-undang rimbanya tetapi turut hadir bersama-sama dengan peserta-peserta himpunan haram BERSIH 4.0 di ibu negara.

7. Untuk apa Tun Mahathir hadir dan bersama dalam himpunan terbabit ?

8. Alasan yang diberikan oleh Tun Mahathir dan konco-konconya jelas hanyalah sekadar alasan penyedap diri sedang hakikatnya terdapat poster yang dibawa oleh peserta BERSIH 4.0 yang turut menghina Tun Mahathir sendiri.

9. Di mana MARUAH Tun Mahathir sebagai seorang Negarawan yang turut pernah menggalas tugas sebagai Presiden Parti UMNO dan juga Perdana Menteri ?

10. Bukankah Tun Mahathir sebelum ini diwaktu dan ketika beliau masih seorang pemimpin pernah menolak dengan sekeras-kerasnya tindakan-tindakan jalanan seperti ini ? Dan kenapa hari ini Tun Mahathir seolah-olah menjilat kembali ludahnya dan lebih malang banyak mata kini melihat Tun Mahathir sudah terlalu terdesak untuk meneruskan agenda politiknya semata-mata.

11. Maka kerana itulah kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berikutan tindakan Tun Mahathir itu perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar.Kekecewaan yang dizahirkan oleh anak didik Tun Mahathir itu seharusnya menjadi perhatian dan pengajaran kepada kita sebagai warga yang mengaku cintakan negaranya.

12. Kekecewaan Datuk Seri Hishammuddin jelas dapat dilihat apabila beliau dengan tegas telah menyatakan bahawa tindakan itu berten tangan sekali dengan apa yang pernah diucapkan oleh Tun Mahathir pada 1998 bahawa demonstrasi jalanan bukan pendekatan menyuarakan rasa tidak puas hati, apa lagi menjatuhkan kerajaan.

13. “Ketika itu saya Ketua Pemuda UMNO, zaman pentadbiran beliau (Dr. Mahathir). Apa yang dilakukan oleh Tun (Dr. Mahathir) semalam adalah salah, lebih-lebih lagi apabila kita di bawah kepimpinannya dahulu diajar supaya tidak mengikuti demonstrasi jalanan.

14. Sebagai mereka yang pernah berkhidmat di bawah kepimpinan Tun Mahathir , kekecewaan Datuk Seri Hishammuddin bolehlah ditafsirkan sebagai satu tindakan tegas yang cukup berani apabila beliau turut mengingatkan kepada kita siapa sebenarnya yang pernah mengingatkan orang-orang Melayu satu ketika dahulu supaya jangan sesekali lupa dengan apa yang telah kita nikmati.

15. Kita diajar setia kepada pucuk pimpinan tetapi apa yang dilakukan oleh Tun semalam bertentangan dengan apa yang ditegaskan beliau dahulu. Tindakan Tun seperti cakap tak serupa bikin. Kembali apa yang beliau pernah kata iaitu ‘(Melayu) mudah lupa’,” katanya.

16. Sebagai salah seorang pemimpin dalam pentadbiran kerajaan yang hari ini sedang bertungkus-lumus untuk membina negara dan berdepan dengan gerakan-gerakan fitnah dan hasutan yang begitu hebat , tindakan Datuk Sri Hishammuddin sebenarnya kena pada masanya.

17. Sudah terlalu lama kita membiarkan pihak-pihak beragenda jahat ini menggunakan ruang yang ada dan selama itu jugalah kita terlalu berlembut dengan mereka.Kini masanya sudah tiba untuk kerajaan dan kepimpinan parti UMNO khususnya bertindak dengan tegas dan penuh berhemah.

18. Seperti mana yang diungkapkan oleh Datuk Seri Hishammuddin dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Agung UMNO Bahagian Sepanggar semalam , sememangnya beliau cukup berhak untuk berkata sedemikian.

19. “Selama ini kita tidak pernah menyekat Tun untuk menyuarakan pandangan di mana-mana platform. Tetapi tindakan bersekongkol di pentas pembangkang semalam tidak boleh diterima sama sekali. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Sedih, (sebab) itu negarawan kita. Saya berhak menyatakan ini kerana saya cucu kepada Datuk Onn Jaafar, pengasas UMNO,” ujarnya.


20. Sebagai Naib Presiden UMNO , kenyataan tegas beliau sewajarnya diamati dengan sebaik-baiknya oleh Tun Mahathir dan konco-konconya.Inilah sebenarnya ungkapan keramat bukti betapa kepimpinan negara hari ini berada dalam landasan yang benar dan tidak akan sesekali membiarkan pihak-pihak yang punya agenda peribadi menghukum rakyat dan negara Malaysia.

21. Sebagai seorang pemimpin yang sealiran darah dengan pengasas parti UMNO , rasanya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bukanlah seorang pemimpin yang boleh dijual beli apatah lagi membiarkan dirinya dipergunakan oleh pihak-pihak yang jelas mahu melihat keruntuhan parti UMNO seperti mana yang sedang berlaku terhadap Tun Mahathir.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Mengapa GHB Tidak Mahu Berhenti Menjadi Ahli PAS?

Hina sangatkah menjadi seorang wakil rakyat yang tidak berparti? Apakah gelaran Ahli Parlimen Bebas melambangkan seseorang itu tiada pendirian politik dan tidak layak menjadi pemimpin rakyat?

Di samping itu, apa istimewanya menjadi wakil rakyat bagi orang yang berparti? Adakah dengan menjadi ahli mana-mana parti politik bererti seseorang itu lebih mulia?

Sebaliknya, di manakah keutamaan dan kesetiaan seseorang yang terpilih menjadi ahli Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri itu? Pada arahan dan prosedur partinya atau mutlak pada rakyat?

Apapun, kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad bahawa martabatnya akan jika bergelar ahli parlimen bebas seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau bekas ahli parlimen, Ibrahim Ali, adalah satu keangkuhan.

 













 
Beliau membuat kenyataan itu bagi menjelaskan mengapa beliau dan kawan-kawannya dari PAS tidak mahu meletak jawatan sebagai ahli parlimen atau Adun walaupun kini berusaha keras menubuhkan sebuah parti politik baru.



PAS dengan lantang menyatakan mana-mana wakil rakyatnya yang mahu menubuhkan parti baru menggantikan PAS, seharusnya mengosongkan kerusi mereka kerana ia bertentangan dengan bai’ah yang pernah mereka buat.

Namun Khalid sebagai koordinator Gerakan Harapan Baru (GHB) mengambil kesempatan untuk menyindir wakil rakyat yang tidak berparti pula.

"Kami tak akan keluar Pas, kami tak nak jadi wakil rakyat bebas," demikian tegas Khalid mewakili seluruh wakil rakyat Pas yang merancang menyertai sebuah parti Harapan Baru.

Antara wakil rakyat yang termasuk dalam kategori melanggar bai’ah PAS ini termasuklah Dr Hatta Ramli, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Mujahid Yusuf, Dr Siti Mariah Mahmud, Datuk Raja Kamarul Bahrin, Datuk Nizar Jamaluddin dan Husam Musa. 



“Kami tak akan keluar. Kami hanya tunggu Harapan Baru terbentuk sebagai sebuah parti, pada masa itu keanggotaan kami sebagai ahli Pas akan gugur dengan sendirinya.


“Kalau kami keluar Pas, kami akan jadi wakil rakyat bebas. Itu kami tak mahu,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid turut menyindir Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas.



“Jika kami jadi wakil rakyat bebas, kami kena duduk dengan Khalid Ibrahim di Parlimen. Kami tak nak duduk dengan dia, nanti jatuhlah taraf kami macam Ibrahim Ali.



“Sebab itu kita nak ada parti, bila kita duduk dalam Parlimen, kita akan dilihat sebagai satu parti,” katanya.


Soalnya, akhlak dan lojik apakah yang digunakan Khalid ini pada satu sisi sudah mahu mufarakah dari PAS tetapi pada segi lain mahu terus “meminjam nama” PAS untuk “memuliakan” kedudukan mereka sebagai seorang Yang Berhormat?

Sudah tentu pendirian dan kenyataan ini dibuat atas dasar politik. Bagaimanapun yang menyedihkan ialah parti baru yang hendak ditubuhkan mereka ialah yang bertunjangkan Islam. Beginikah sikap pemimpin Islam?

Sekalipun mereka sudah hilang hormat kepada ulama-ulama yang memimpin PAS tidak perlulah mereka “menunjuk pandai” dan menyakat serta mencabar pemimpin PAS supaya memecat keahlian mereka dari PAS.

Atas perkiraan politik, mereka menjangka akan memungut modal besar untuk dijaja pada rakyat bahawa mereka menubuhkan GHB dan parti politik baharu kerana “dipecat” dari PAS.

Sekaligus untuk catatan sejarah, tindakan mereka itu akan menjadi sesuatu yang “halal” dan diharapkan tidak akan timbul persoalan sebenarnya mereka mengkhianati perjuangan PAS hanya kerana tidak dipilih menjadi pemimpin!

Jika demikian silat politik GHB yang cuba memutarbelit sejarah, wajarkah ia mendakwa mahu menubuhkan sebuah parti politik Islam yang berakhlak dan layak menggantikan PAS?

Menurut Khalid lagi perisytiharan penubuhan parti politik baru itu akan dibuat pada 31 Ogos ini dan pelancarannya akan dilakukan sempena Hari Malaysia pada 16 September 2015.

Mungkinkah GHB menjangka bahawa ‘peristiwa politik’ baru yang diatur pada tarikh berkenaan tidak akan berlaku kerana pelbagai masalah teknikal. Umpamanya, ia mungkin tidak diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Atau, mungkin kerana rundingan mengambil alih parti berdaftar Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masih belum selesai kerana parti itu juga menghadapi masalah pentadbiran dan teknikal yang rumit.

KITA sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang ditubuhkan sebagai parti serpihan PAS pada 1995 berikutan percanggahan pendapat sesama ahli parti itu.

Ramai juga Ada ahli parti serpihan Umno, Semangat 46 yang menyertai AKIM berikutan pembubarannya pada tahun 1996.[5] AKIM pernah bertanding dalam pilihan raya umum 1999 untuk kerusi-kerusi parlimen Pasir Puteh dan Kota Bharu, tetapi tidak berjaya.

Pada 15 Disember 2010, Datuk Zaid Ibrahim, seorang bekas pemimpin parti  dan  PKR dilantik sebagai Presiden baru AKIM dan meminda perlembagaannya dan menukar nama rasminya menjadi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air atau KITA.

Adakah kerana khuatir diulet masalah teknikal dan rundingan mengambil alih KITA belum selesai maka penghijrah politik berkenaan mahu terus berteduh di bawah panji-panji PAS?

Atau, adakah muslihat sebenarnya ialah mereka bimbang jika PAS mampu membuktikan bahawa bai’ah mereka semasa menjadi calon PAS dahulu boleh diterima mahkamah sebagai perakuan bersumpah atau Statutory Declaration?

Jika demikian sudah pasti sebaik sahaja melangkah keluar dari laman politik PAS, undang-undang akan menetapkan kedudukan mereka sebagai wakil rakyat dikira batal!

GHB tentu insaf bahawa bukan mudah mempertahankan kerusi yang dimenangi atas tiket PAS pada PRU 2013 dahulu kerana pengundi tentu faham  bahawa GHB adalah pengkhianat kerana akan bertanding semula menentang calon PAS!!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN