Tuesday, September 01, 2015
PAS Kesal Peserta BERSIH 4.0 Pijak Gambar Hadi Awang, Najib
KUALA LUMPUR : Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor dan
Pulau Pinang sepatutnya menawarkan tempat kepada penganjur perhimpunan
Bersih 4 sekiranya mereka ikhlas dalam memperjuangkan hak bersuara dan
berhimpun.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata sejak
Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 diluluskan, kerajaan Selangor dan Pulau
Pinang tidak menawarkan tempat khas seperti yang dinyatakan dalam akta
berkenaan untuk tujuan berhimpun.
"Ahli-ahli politik pembangkang termasuk penganjur Bersih menggunakan
Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa
semua warganegara berhak berhimpun secara aman dan tanpa senjata.
"Tetapi bagaimana pula dengan Perkara 10(2)(b) yang menyatakan mengenai
hak dan kebebasan orang lain seperti menikmati secara aman harta
bendanya, hak kebebasan bergerak, hak menikmati persekitaran semula jadi
dan hak untuk menjalankan perniagaan," katanya dalam kenyataan di sini,
hari ini.
Malah, Nur Jazlan berkata kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia pula
yang memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk berhimpun secara aman
seperti yang digariskan dalam akta berkenaan.
Ini termasuk membenarkan Stadium Merdeka digunakan untuk 'Himpunan
Kebangkitan Rakyat #KL112' pada 12 Januari 2013 serta Stadium Kelana
Jaya untuk 'Blackout 505' pada 8 Mei 2013, katanya.
Beliau berkata, pemimpin PR hanya menimbulkan api kebencian kepada
Kerajaan Pusat kerana tidak membenarkan perhimpunan Bersih 4 diadakan,
sedangkan kerajaan PR di Selangor dan Pulau Pinang hanya berdiam diri.
"Jika diadakan di sana (Selangor dan Pulau Pinang), mungkin kerajaan
negeri dapat menyediakan makanan dan kelengkapan lebih selesa kepada
peserta Bersih 4 sehingga mereka tidak perlu membawa makanan dan khemah
sendiri," katanya.
Nur Jazlan menarik perhatian bahawa sikap tidak ikhlas PR di Selangor
terbukti apabila Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang sebelum ini
pernah membenarkan Stadium Shah Alam dijadikan tempat berhimpun, menarik
balik kebenaran itu tanpa sebab.
Beliau turut menyelar pengamal undang-undang yang bersikap selektif
dalam mentafsir APA 2012 dengan menyatakan rakyat bebas berhimpun di
mana-mana, sedangkan perhimpunan itu seharusnya mendapat persetujuan
polis dan kebenaran pemilik tempat berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment