Tuesday, September 01, 2015
Syed Mokhtar Bukan Penulis Artikel Tersebar Dalam Media Sosial Dan Whatsapp
KUALA LUMPUR : Hartawan korporat dan pengerusi Yayasan
Albukhary Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, bukan penulis artikel bertajuk
‘Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary Berkenaan Najib Razak’ yang
pertama kali muncul pada Sabtu (29 Ogos).
Yayasan Albukhary dalam kenyataan di sini hari ini, berkata artikel
itu telah memperdaya orang ramai untuk berfikir atau mempercayai bahawa
Syed Mokhtar yang telah menulisnya.
Ia mendakwa artikel ini telah mendapat perhatian dan telah
diterbitkan semula dalam laman sosial dan turut disebarkan menerusi
aplikasi khidmat mesej WhatsApp.
“Kami tidak akan membiarkan perbuatan menyamar sebagai Tan Sri Syed
Mokhtar, termasuk menggunakan nama beliau secara salah di sisi
undang-undang atau tanpa kebenaran.
“Untuk mengelak kesangsian atau kekeliruan, laman web Yayasan
Albukhary kekal menjadi satu-satunya wadah awam rasmi bagi Syed
Mokhtar,” katanya dan menurutnya, yayasan mendoakan kejayaan dan
pertumbuhan berterusan bagi Malaysia.
Dua hari lepas, artikel bertajuk ‘Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar
Bukhary Berkenaan Najib Razak’ menjadi viral dalam laman sosial termasuk
aplikasi WhatsApp.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment