Tuesday, September 01, 2015
BERSIH 4.0 : Kekecewaan Hishammuddin Ada Asasnya
Tindakan pihak penganjur BERSIH 4.0 yang telah mencemarkan sambutan Hari
Kemerdekaan Negara Kali Ke-58 dengan gerakan jalanan mereka sememangnya
menjadi perhatian banyak pihak.Sama ada pihak-pihak teribat menyokong
atau menolak gerakan jalanan haram itu , ianya menjadi hak peribadi
setiap dari kita.Namun secara realitinya , dalam keadaan negara dan
dunia yang kini sedang berdepan dengan pelbagai kemelut khususnya
berkaitan ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang sewajarnyalah
gerakan-gerakan seumpama itu di tolak.
2. Sebagai warganegara Malaysia . kita seharusnya lebih memberikan
perhatian dan menumpukan kepada semangat cintakan tanahair.Apatah lagi
dalam bulan kemerdekaan ini seluruh rakyat sebenarnya perlu menzahirkan
rasa syukur masing-masing dengan menghormati sambutan Kemerdekaan Negara
buat kali yang ke-58.Bukan sesuatu yang mudah untuk kita berdiri dan
mengaku sebagai warganegara Malaysia yang dulunya dijajah malah rakyat
kita sendiri menjadi hamba kepada penjajah sehinggakan nyawa menjadi
taruhan.
3. Kini setelah kita menempah sejarah dan berdiri sebagai bangsa dan
rakyat kepada sebuah negara Merdeka , tindakan jalanan BERSIH 4.0
seharusnya dianggap sebagai tindakan yang menjurus kepada mengkianati
usaha mereka-mereka yang terdahulu berjuang untuk mendapatkan
Kemerdekaan tanahair daripada pihak penjajah.
4. Dalam keadaan negara sedang berdepan dengan pelbagai serangan politik
dan fitnah adu-domba yang boleh menyebabkan runtuhnya nilai-nilai
patriotik di kalangan masyarakat , kita dihidangkan pula dengan
gerakan-gerakan bertunaskan politik beragenda jahat.
5. Persoalannya untuk apa gerakan seperti BERSIH 4.0 itu dianjurkan pada ketika negara sedang berada dalam Ambang Kemerdekaan ?
6. Paling mengecewakan kita lagi apabila bekas Perdana Menteri Malaysia ,
Tun Mahathir bukan sahaja kini menjadi antara pelopor untuk menjatuhkan
kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan undang-undang
rimbanya tetapi turut hadir bersama-sama dengan peserta-peserta himpunan
haram BERSIH 4.0 di ibu negara.
7. Untuk apa Tun Mahathir hadir dan bersama dalam himpunan terbabit ?
8. Alasan yang diberikan oleh Tun Mahathir dan konco-konconya jelas
hanyalah sekadar alasan penyedap diri sedang hakikatnya terdapat poster
yang dibawa oleh peserta BERSIH 4.0 yang turut menghina Tun Mahathir
sendiri.
9. Di mana MARUAH Tun Mahathir sebagai seorang Negarawan yang turut
pernah menggalas tugas sebagai Presiden Parti UMNO dan juga Perdana
Menteri ?
10. Bukankah Tun Mahathir sebelum ini diwaktu dan ketika beliau masih
seorang pemimpin pernah menolak dengan sekeras-kerasnya
tindakan-tindakan jalanan seperti ini ? Dan kenapa hari ini Tun Mahathir
seolah-olah menjilat kembali ludahnya dan lebih malang banyak mata kini
melihat Tun Mahathir sudah terlalu terdesak untuk meneruskan agenda
politiknya semata-mata.
11. Maka kerana itulah kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
berikutan tindakan Tun Mahathir itu perlu dilihat dalam konteks yang
lebih besar.Kekecewaan yang dizahirkan oleh anak didik Tun Mahathir itu
seharusnya menjadi perhatian dan pengajaran kepada kita sebagai warga
yang mengaku cintakan negaranya.
12. Kekecewaan Datuk Seri Hishammuddin jelas dapat dilihat apabila
beliau dengan tegas telah menyatakan bahawa tindakan itu berten tangan
sekali dengan apa yang pernah diucapkan oleh Tun Mahathir pada 1998
bahawa demonstrasi jalanan bukan pendekatan menyuarakan rasa tidak puas
hati, apa lagi menjatuhkan kerajaan.
13. “Ketika itu saya Ketua Pemuda UMNO, zaman pentadbiran beliau (Dr.
Mahathir). Apa yang dilakukan oleh Tun (Dr. Mahathir) semalam adalah
salah, lebih-lebih lagi apabila kita di bawah kepimpinannya dahulu
diajar supaya tidak mengikuti demonstrasi jalanan.
14. Sebagai mereka yang pernah berkhidmat di bawah kepimpinan Tun
Mahathir , kekecewaan Datuk Seri Hishammuddin bolehlah ditafsirkan
sebagai satu tindakan tegas yang cukup berani apabila beliau turut
mengingatkan kepada kita siapa sebenarnya yang pernah mengingatkan
orang-orang Melayu satu ketika dahulu supaya jangan sesekali lupa dengan
apa yang telah kita nikmati.
15. Kita diajar setia kepada pucuk pimpinan tetapi apa yang dilakukan
oleh Tun semalam bertentangan dengan apa yang ditegaskan beliau dahulu.
Tindakan Tun seperti cakap tak serupa bikin. Kembali apa yang beliau
pernah kata iaitu ‘(Melayu) mudah lupa’,” katanya.
16. Sebagai salah seorang pemimpin dalam pentadbiran kerajaan yang hari
ini sedang bertungkus-lumus untuk membina negara dan berdepan dengan
gerakan-gerakan fitnah dan hasutan yang begitu hebat , tindakan Datuk
Sri Hishammuddin sebenarnya kena pada masanya.
17. Sudah terlalu lama kita membiarkan pihak-pihak beragenda jahat ini
menggunakan ruang yang ada dan selama itu jugalah kita terlalu berlembut
dengan mereka.Kini masanya sudah tiba untuk kerajaan dan kepimpinan
parti UMNO khususnya bertindak dengan tegas dan penuh berhemah.
18. Seperti mana yang diungkapkan oleh Datuk Seri Hishammuddin dalam
sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Agung UMNO Bahagian
Sepanggar semalam , sememangnya beliau cukup berhak untuk berkata
sedemikian.
19. “Selama ini kita tidak pernah menyekat Tun untuk menyuarakan
pandangan di mana-mana platform. Tetapi tindakan bersekongkol di pentas
pembangkang semalam tidak boleh diterima sama sekali. Matlamat tidak
pernah menghalalkan cara. Sedih, (sebab) itu negarawan kita. Saya berhak
menyatakan ini kerana saya cucu kepada Datuk Onn Jaafar, pengasas
UMNO,” ujarnya.
20. Sebagai Naib Presiden UMNO , kenyataan tegas beliau sewajarnya
diamati dengan sebaik-baiknya oleh Tun Mahathir dan
konco-konconya.Inilah sebenarnya ungkapan keramat bukti betapa
kepimpinan negara hari ini berada dalam landasan yang benar dan tidak
akan sesekali membiarkan pihak-pihak yang punya agenda peribadi
menghukum rakyat dan negara Malaysia.
21. Sebagai seorang pemimpin yang sealiran darah dengan pengasas parti
UMNO , rasanya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bukanlah seorang
pemimpin yang boleh dijual beli apatah lagi membiarkan dirinya
dipergunakan oleh pihak-pihak yang jelas mahu melihat keruntuhan parti
UMNO seperti mana yang sedang berlaku terhadap Tun Mahathir.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment