Monday, April 22, 2013
Umur Sudah Cecah 72 Tahun Tapi Masih Menipu Rakyat
Februari 2013 lalu, umur Lim Kit Siang mencecah 72 tahun. Ia merupakan satu usia yang cukup panjang untuk seorang ahli politik. Daripada pemimpin politik muda yang penuh rasa marah dan idealis, Kit Siang akhirnya mencapai ke tahap supremo dalam DAP dan politik orang Cina.
Malangnya, usia yang tua tidak menjadikan Lim Kit Siang seorang negarawan mahu pun tokoh politik yang dihormati. Pada Khamis dan Jumaat yang lalu, Kit Siang mengadakan dua sidang media dan menangis di hadapan kamera TV kononnya DAP telah dianiaya oleh Pendaftar Pertubuhan.
Sungguhpun Pendaftar Pertubuhan mengeluarkan kenyataan bahawa DAP masih boleh bertanding atas lambang parti tersebut, Lim Kit Siang masih tetap mementaskan opera cinanya.
Pada jumaat petang, Kit Siang yang sudah menjangkau usia 72 tahun mengumumkan bahawa DAP akan menggunakan logo Pas dan PKR dalam pilihan raya umum ini. Sidang akhbar yang dirancang dengan tangisan dan menyatakan kesedihan bahawa setelah berdekad-dekad beliau bertanding dalam pilihan raya inilah kali pertama beliau tidak dapat menggunakan lambang roket DAP.
Sebelah malamnya pula, calon-calon DAP sibuk menayangkan watikah calon dari parti Pas. Pas pula begitu bangga seolah-olah ia berjaya mengislamkan DAP.
Hakikatnya semua itu hanyalah sandiwara Kit Siang. Pada hari penamaan calon, semua calon DAP mengemukakan borang pencalonan mengemukakan watikah DAP dan tiada satu pun ditolak.
Jika Kit Siang tidak berniat menipu sudah tentu beliau mengumumkan DAP akan menghantar borang menggunakan watikah wakil DAP. Jika ditolak akan menggunakan surat kebenaran bertanding dari Pas dan PKR. Namun ini tidak dijelaskan, Kit Siang memainkan opera cina bagi meraih simpati orang Cina kononnya partinya dianiayai oleh BN. Inilah politik perkauman baru DAP. Mereka menghasut orang Cina membenci BN seolah-olah BN menjadi alat UMNO untuk menindas orang Cina yang berada dalam DAP.
Sampai bila rakyat Malaysia mahu ditipu dan dihasut api kebencian oleh Kit Siang anak beranak ini?
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Proses "Menyucikan" Mat Taib Pun Bermula
22 April 2013
PENULIS yakin, pada saat artikel ini ditulis, macai-macai PAS sedang mencari bait-bait ayat yang sesuai bagi menutup sejarah silam yang hitam lagi kelam yang dimiliki mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Mohammad Muhammad Taib yang baru sahaja menyertai parti tersebut pagi tadi.
Sebelum itu biar penulis terangkan kenapa kemasukan Mat Taib ini begitu mengujakan PAS walaupun ketika menjadi Menteri Besar Selangor, tidak ada hari yang PAS tidak mengatakan Mat Taib. Rampas puteri Sultanlah, korup, bawak duit berjuta ke luar negara dan sebagainya.
Ramai tak tahu, PAS sebetulnya adalah parti paling ‘humble’ dalam dunia dimana pemimpinnya di dakwa tidak mabuk sangat nak bergelar Datuk, Tan Sri apa semua ni, walaupun dalam masa yang sama, pemimpin parti itu yang dilantik Menteri Besar, tak menyempat-nyempat mahukan gelaran Datuk atau Datuk Seri – paling tidak.
Ada satu kes di Terengganu tahun 1999 dulu, Sultan tak sempat bersiap pakai samping pun, Menteri Besar dari PAS yang baru dilantik ketika itu, sudah tiba awal-awal pagi ke Istana, menghadap untuk bentuk kerajaan dan dapatkan gelaran untuk dirinya sendiri.
Sementara Tan Sri adalah gelaran yang hanya dianugerahkan di peringkat persekutuan – dimana pemimpin PAS tidak ada peluang. Justeru, kemasukan Mat Taib adalah satu rahmat yang tidak ternilai bagi sebuah parti yang ‘tidak langsung dambakan sebarang gelaran di dunia ini’.
Baiklah, balik pada kisah di para pertama tadi.
Penulis yakin, dari segi penggunaan bahasa yang biasa, tidak ada ayat yang mampu mengembalikan Mat Taib seperti bayi yang baru lahir semula, tidak ada dosa, tidak ada skandal. Lagipun yang banyak buruk dan jatuhkan reputasi Mat Taib dulu bukan orang lain, PAS juga.
Tapi, jangan bimbang, PAS memang mahir bab-bab ‘memutihkan’ pemimpin yang dia juga dulu hitamkan. Anwar Ibrahim, Kadir Sheikh Fadhir malah Tun Mahathir pada satu ketika pun pernah disucikan PAS kerana kenyataan beliau yang banyak dijadikan rujukan PAS bila nak menghentam UMNO dibawah pimpinan Paklah sekitar 2007-2008.
Paling tidak salahkan UMNO kenapa Mat Taib jadi macam itu, biasalah PAS.
Atau mungkin PAS boleh dapat khidmat nasihat Anwar Ibrahim, si pakar putar alam. Pak Syeikh biseksual ini kalau dia dituduh mencuri, dia akan jawab balik “Oh saya tidak mencuri, saya hanya ambil tak cakap dulu dengan tuan dia.”
Cuma apa yang penulis nak katakan, inilah politik PAS. Dosa, pahala dari sudut pandangan parti tersebut dan macai-macainya adalah berasaskan fahaman politik mana, bukan alasan agama. PAS adalah satu-satunya parti dalam dunia yang ada kuasa nak tentukan seseorang itu dapat dosa ke pahala, hanya berasaskan kepada fahaman politik, bukan garis panduan dalam Al-Quran.
Contoh, kalau orang UMNO berzina, PAS akan maki sampai tak cukup ruang Harakah, tapi kalau orang dia berzina, PAS akan bela sampai sudah, walaupun ada video yang jelas terang ada muka orang itu. Termasuk ada suara lagi.
Samalah macam Mat Taib ini juga. Dulu sampai nak mabuk kondem, bila orang tu masuk PAS saja, hilang dah semua ‘kondeman-kondeman’ itu. Tiba-tiba muka Mat Taib ada ‘nur’ dan ada harapan masuk syurga PAS.
Maka itu tolaklah PAS, ini parti yang tidak boleh langsung dipakai. Dari segi politik pun dah banyak tak betul, dari segi agama apa lagi.

PRU 13 : Calon BN Carian Popular di Google
22 April 2013
Sejak kemerosotan BN dalam pilihan raya 2008, parti telah melakukan pelbagai pembaharuan dan transformasi bagi memulihkan keyakinan rakyat. Antaranya termasuklah melantik Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang baru menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Mohd Najib telah melakukan pelbagai transformasi dan pembaharuan seiring dengan kehendak generasi muda tanpa mengabaikan sokongan dari pengundi setia kepada BN selama ini. Selain perubahan polisi dan cara pentadbiran, Mohd Najib juga menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjayakan gerakan media sosial secara bersungguh.
Sehingga 19 April lalu, carian di enjin pencari paling popular, Google.com menunjukkan minat yang begitu memberangsangkan generasi muda dan pengguna alam maya terhadap calon-calon BN berbanding calon PKR, Pas dan DAP. Ini memberi indikator bahawa golongan muda yang selama ini dikatakan menjauhi BN sudah menunjukkan aliran minat yang cukup besar terhadap perkembangan BN.
Harapan kita semoga minat ini akan diterjemahkan dalam kertas undi pada 5 Mei 2013 nanti.

Penyanyi Herman Tino Yang Penuh Misteri Antara 61 Yang Dipecat Dari UMNO
22 April 2013
Penyanyi Masrun bin Tamsir atau lebih popular dengan nama Herman Tino dipecat daripada UMNO apabila beliau mengambil keputusan menjadi calon bebas menentang Datuk Sri Noh Omar di Parlimen Tanjung Karang. Tindakan Herman Tino, yang akan menggunakan lambang bunga raya sebagai simbolik bunga kebangaan negara, bertanding sebagai calon bebas di Tanjung Karang masih merupakan satu misteri besar kepada UMNO dan rakan-rakannya.
Sehingga beberapa minggu lalu Herman Tino merupakan antara artis yang giat berkempen meraih sokongan untuk Barisan Nasional. Justeru para pemerhati dan penganalisis politik tidak dapat memahami mengapa beliau mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas. Melihat kenyataan dan tindakan beliau kemungkinan besar ialah beliau mempunyai isu peribadi dengan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
Ini bukan kali pertama Herman Tino yang popular dengan lagu dangdut membuat kejutan dan protes misteri.
Pada November 1989, Herman Tino pernah mencetuskan kontroversi apabila dia mengambil keputusan berjalan kaki dari Rawang ke Ipoh, Perak untuk majlis pelancaran albumnya, Apa Dosakusebagai suatu protes peribadinya terhadap keadaan semasa yang berlaku ketika itu.
Bagaimanapun sehingga hari ini, motif sebenar Herman berjalan kaki selama tujuh hari sejauh 227 kilometer itu belum terjawab. Sebabnya, sehingga kini beliau enggan mendedahkan secara terperinci punca yang menyebabkan protes tersebut.
Menurut Herman, dia berasakan belum sampai masanya untuk mendedahkan secara terbuka tindakan yang telah diambilnya itu biarpun pada masa sama mengakui ‘matlamatnya’ itu berjaya disampaikan kepada pihak-pihak yang terbabit.
“Secara jujurnya, saya rasa protes itu ‘sampai’ sasarannya. Tetapi saya belum bersedia untuk berterus terang punca protes itu diadakan ataupun apa yang tersirat di sebaliknya. Kalau ada masa yang sesuai, saya akan dedahkan nanti.
“Saya ingat lagi, pada ketika itu saya berjalan hampir 15 kilometer sehari. Kadang-kala hingga 40 kilometer sehari sampaikan kaki saya melecet. Biarlah protes saya itu terus menjadi misteri sampailah sekarang.
Selain Herman Tino, turut dipecat ialah Datuk Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia yang bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang, Datuk Suhaimi Ghazali, bekas EXCO Negeri Kedah, Ustaz Fadzil Hanafi (DUN Alor Mengkudu, dan bekas pemimpin belia, Sobri Ahmad yang bertanding di Dun Sungai Limau menentang Menteri Besar Kedah dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerai.
Berikut ialah senarai mereka yang dipecat kerana bertanding sebagai calon bebas:
BIL
|
PARLIMEN/DUN
|
NAMA/JAWATAN
|
1.
|
PARLIMEN KUALA KANGSAR
| DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA) |
2.
|
PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA
| DATUK SERI HAJI MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG) |
3.
|
PARLIMEN SEPANG
| DATO’ HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN) |
4.
| HANAPIAH BIN MOHAMAD | |
5.
|
DUN BUKIT NANING (BAKRI)
| GHAZALI BIN SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG) |
6.
|
PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK
| SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN) |
7.
| MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.) | |
8.
|
DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR)
| YAACOB BIN MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN) |
9.
|
DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI)
| MOHD. YUSOF BIN LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN) |
10.
|
DUN NENGGIRI (GUA MUSANG)
| ABDUL AZIZ BIN MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN) |
11.
|
PARLIMEN LEMBAH PANTAI
| RUSLI BIN HAJI BABA |
12.
|
PARLIMEN BERA
| MOHD. WALI ALANG AHAMAD |
13.
|
PARLIMEN PERMATANG PAUH
| DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN |
14.
|
DUN LENGGENG (SEREMBAN)
| ZULKIFLI BIN ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.) |
15.
|
DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS)
| MOHD NIZAM BIN IBRAHIM |
BIL
|
PARLIMEN/DUN
|
NAMA/JAWATAN
|
16.
|
DUN KAJANG (HULU LANGAT)
| MOHD KHALID BIN KASSIM (KETUA CAWANGAN) |
17.
|
DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR)
| FADZIL BIN HANAFI |
18.
|
DUN SUNGAI LIMAU (JERAI)
| SOBRI BIN AHMAD |
19.
|
PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG
| ZAINUDIN BIN YOM |
20.
|
DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH)
| SHAMSUT TABREJ BIN G.M ISMAIL MARICAR |
21.
|
DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA)
| MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN BIN MOHD ABDUL KADER |
22.
|
PARLIMEN TANJONG KARANG
| MASRUN BIN TAMSIR |
23.
|
DUN KUALA PERLIS (KANGAR)
| SHAARI BIN LUDIN |
24.
|
DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)
| AMEIR BIN HASSAN |
25.
|
DUN SUNGAI TIANG (PENDANG)
| HAJI ROSLI BIN OMAR |
27.
|
PARLIMEN BAGAN SERAI
| ABDUL LATIF BIN MASUD |
29.
|
DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI)
| HALIDI BIN WAHAB |
30.
|
DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG)
| ZULKEFLI BIN IBRAHIM |
31.
|
DUN PENGKALAN BAHARU (BERUAS)
| AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM |
32.
|
PARLIMEN KOTA BELUD
| LAMSIL BIN HAMIDSOR |
BIL
|
PARLIMEN/DUN
|
NAMA/JAWATAN
|
33.
|
PARLIMEN LIBARAN
| SAHAR BIN SAKA |
34.
|
PARLIMEN KALABAKAN
| MOHD BIN MANUKE |
35.
|
DUN SULAMAN (TUARAN)
| ALI AKBAR BIN KAWI |
36.
|
DUN LUMADAN (SIPITANG)
| RAPAHI BIN EDRIS |
37.
|
DUN SUGUT (BELURAN)
| ABDUL RAHMAN BIN ATANG |
38.
|
DUN LAHAD DATU (SILAM)
| ALIANDU BIN ENJIL |
39.
|
DUN SULABAYAN (SEMPORNA)
| GHAZALIE BIN PG. HINDI @ ABDUL GHANI |
40.
| HUSSEIN BIN MUMAKIL | |
41.
| JULKALANI BIN ABD RAHMAN | |
42.
| MAMAT BIN BALHANA | |
43.
|
DUN SENALLANG (SEMPORNA)
| AB KARIM BIN TALIP |
44.
| ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OS | |
45.
| ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG | |
46.
|
DUN MEROTAI (KALABAKAN)
| RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR |
47.
|
DUN SEBATIK (KALABAKAN)
| MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH |
48.
|
DUN SULAMAN (TUARAN)
| ARIFFIN BIN HARITH |
49.
| AK. ALIUDDIN BIN PG. MOHD. TAHIR | |
50.
|
DUN LUMADAN (SIPITANG)
| SAUDI BIN SUHAILI |
51.
|
DUN KARANAAN (RANAU)
| MAT JAILI BIN SAMAT |
52.
|
DUN LIAWAN (KENINGAU)
| NUSLEH BIN MADARAK |
53.
|
PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN
| FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD |
- 4 -
BIL
|
PARLIMEN/DUN
|
NAMA/JAWATAN
|
54.
|
PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT
| DATU KAMARUDDIN BIN MUSTAPHA |
55.
|
DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN)
| MOHD ARSHAD BIN ABDUL |
56.
|
DUN KUNAK (SILAM)
| HUSSEIN BIN IBNU HASSAN |
57.
| SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF | |
58.
|
PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG
| DATU BADRUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA |
59.
|
PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN
| YAZID BIN SAHJINAN |
60.
|
PARLIMEN TAWAU
| AHMAD BIN AWANG @ MADON |
61.
|
PARLIMEN KALABAKAN
| YAHYA BIN ZAINAL |
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Pemimpin PR Ugut Dedah Penyelewengan, Punca Mat Taib Menyertai PAS?
22 April 2013
Sekejap tadi, PAS mengadakan sidang media khas sempena majlis menerima kemasukan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai ahli PAS.
Tindakan bekas Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya itu bagaimana pun tidak mengejutkan kerana selepas tewas dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO beberapa tahun lalu, beliau lebih banyak mendiamkan diri.
Hatta perkembangan UMNO Kelana Jaya diterajuinya juga tidak diambil tahu selepas sengaja diabaikan selama 4 tahun, entah apa sebabnya orang UMNO di Kelana Jaya pasti mengetahui ceritanya.
Namun menurut Mat Taib, tindakannya menyertai PAS kerana percaya hanya parti itu yang boleh membawa Malaysia ke arah Islam dan kerana itu beliau menyokongnya.
Alasan streotype sebegini bukan pertama kali kita dengar, sudah acap kali terutama dari kalangan bekas pemimpin UMNO yang kecewa, seolah-olah mereka baru sahaja mengenali Islam.
PAS yang bersekongkol membiarkan PR teguh mendukung pendirian bahawa kalimah Allah S.W.T boleh digunakan untuk kitab Bible, sanggup disokongnya, nampak sangat betapa naifnya Mat Taib.
Ada desas-desus menyebut, tindakan Mat Taib menyertai PAS disebabkan ugutan oleh pemimpin PR di Selangor yang mengancam untuk mendedahkan penyelewengan yang dilakukannya sepanjang menjadi MB.
Entah apa jenis penyelewengan kita tidak pasti, namun buat masa ini kita masih mengusahakan maklumat dan pengesahan selanjutnya dari beberapa sumber dalaman PAS dan PKR.
Maklumat lain menyebut ia melibatkan kepentingan perniagaan, bagaimana pun untuk sementara waktu sumber meminta perkara ini di biarkan seketika untuk melihat sejauh mana langkah Mat Taib.
Apa pun, yang pastinya penyertaan Mat Taib bersama PAS hanyalah satu bentuk silap mata politik yang tujuan utamanya untuk menjaga kepentingan diri sendiri. Soal pihak itu Islamik atau tidak hanyalah temberang politik sahaja.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Dalam Markaz Ada Gambar Stalin - Hadi Awang
22 April 2013
Oleh Zul Rawi
Ramai di kalangan petugas pakatan rakyat yang terkejut apabila beberapa kerusi Parlimen dan DUN menyaksikan pertindihan di antara calon Pas dan PKR. Ini kerana sebelum ini pimpinan pakatan mendakwa hubungan di kalangan parti gabungan sungguh kuat dan berada dalam mood yang baik untuk menumbangkan Umno.
Ekoran itu, ramai yang mula bersuara dan mempertikaikan tidakan tersebut sehingga memaksa Presiden Pas, Hadi Awang tampil membuat kenyataan bagi menjelaskan perkara tersebut. Semalam bertempat di Kampung Tebakang, Alor Limbat Hadi menjelaskan sikap yang bercanggah dengan fahaman parti adalah antara punca berlakunya pertembungan ini.
Jelas calon Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Ru Rendang ini, Pas tidak menentang calon ‘kawan-kawan’ pada pilihan raya ini sebaliknya bertindak menurunkan calonnya bertanding di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan parti dan pakatan pembangkang daripada dicemari dengan anasir ‘syaitan’.
“Pas bertindak untuk memelihara keteguhan, bukan sahaja masa pilihan raya, keteguhan oleh Allah supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam Pakatan Rakyat,” katanya.
Pendirian tersebut dikatakan apabila Pas memutuskan untuk turut bertanding di Dun Kota Damansara walaupun PKR mencalonkan penyandangnya, Dr Mohd Nasir Hashim dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dikatakan sebagai punca kepada isu ini.
Sebelum ini keengganan Mohd Nasir yang juga Presiden PSM menggunakan logo PKR pada pilihan raya kali ini turut dikatakan mengecewakan jentera Pas Kawasan Subang.
Ini ditambah dengan tindakan PSM yang seolah-olah tidak mahu menggunakan logo PKR apabila sehingga hari penamaan kelmarin, masih terdapat penyokong membawa bendera PSM malah di sesetengah lokasi di Dun bendera PSM dikibarkan lebih banyak daripada bendera PKR.
Sementara itu dalam kenyataan selepas penamaan calon semalam, penyandang kerusi Dun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim berpendirian bahawa Pas boleh bertanding bagi merebut kerusi itu dan tidak akan menghalangnya. Kerusi Dun Kota Damansara kali ini menyaksikan pertandingan enam penjuru selain BN, Pas dan PKR, dua calon bebas turut mencuba nasib.
Mereka ialah Halimaton Saadiah Bohan (BN), Ridzuan Ismail (Pas), Dr Mohd Nasir Hashim (PKR), Datuk Edros Abdullah (Bebas) dan A Suupiah dan Halmi Omar (Bebas).
Untuk rekod Pas pernah bertanding di Dun Kota Damansara pada pilihan raya 2004 namun calonnya Mohamad Ariff Md Yusof tewas dengan calon BN Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahlan.
“Nak jadi calon macam mana? Malah ada calon yang menjulang gambar (Vladimir) Lenin, (Joseph) Stalin dan Karl Marx letak di markas. Orang Pas tidak boleh kerja dengan calon macam ini,” katanya yang merujuk individu menganut fahaman komunis tetapi beliau tidak mendedahkan orang berkenaan.
“Menjulang parti Lenin dan Stalin (mereka) orang Rusia, (malah) gambar Carl Marx duduk dalam markas.. Karl Marx ni macam Nabi Muhammad dia lah. Dia menganut ideology kominis. Ideologi kominis diharamkan di Malaysia. Dia tempek gambar Karl Marx dalam markas.. macam mana orang PAS nak buat kerja?
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Pil Kuda : Hadi Awang Hina Calon PKR
22 April 2013
Hina betul calon-calon PKR di mata Presiden PAS, Abdul Hadi Awang apabila pertindihan calon yang berlaku di antara PAS dan PKR diibaratkan sebagai usaha PAS untuk menghalang kemasukan syaitan dalam PR. (Lihat video & transkrip di bawah)
Maknanya, kat mana sahaja yang wujud pertindihan, ia berlaku kerana PAS nak halang syaitan. Syaitan juga yang disalahkan, sifat tamak kerasukan syaitan dalam hati pemimpin PAS, tak pula nak diceritakannya.
Lebih teruk lagi Hadi menuduh ada calon PKR yang menjadi pengedar pil kuda dan tidak boleh dipercayai, kononnya dibimbangi akan menyebabkan peristiwa lompat di Perak akan berulang. Sama sendiri tiada keyakinan dan saling mencurigai, macam mana la gamaknya nak memerintah Kerajaan Pusat?
Peliknya Hadi tak cerita kenapa baru sekarang PAS mempertikaikan kredibiliti calon PKR di 5 – 7 kawasan, padahal sebelum penamaan calon ada waktu beberapa hari untuk merundingkan pertukaran calon PKR yang tak disenangi PAS.
Mudah betul PAS menyalahkan rakan sepakatan untuk menyembunyikan sifat tamak diri sendiri. Macam ni punya gaya, agak-agak kalau diberi mandat memerintah negara, mahu huru-hara dibuatnya.
Dengan penjelasan oleh Hadi ini, satu perkara dapat disahkan – PAS memang jenis suka tikam belakang kawan dan hubungannya dgn PKR sentiasa dibayangi kecurigaan sesama sendiri.
Transkrip Ucapan Hadi AwangPAS bertindak meletakkan calon di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat. Kita tidak mahu kerajaan kita jatuh seperti di Perak. Memerintah sekejap.PAS mempunyai jentera yang paling ramai di seluruh negara. PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihan raya tetapi kalau ada calon yang kita khuatir, calon yang tangkap muat, yang boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, maka PAS mesti bertindak.Ini berlaku pertindihan. Di Johor berlaku pertindihan kerana sebabnya kita tunggu rakan kita mari tak mari masuk calon. Sikit lagi tak mari, kita standby, takut dia tak mari, UMNO menang tak bertanding. Hak jual calon ini berlaku. Bila PAS masuk baru dia masuk, itu ceritanya.Ada calon-calon yang kita khuatir, tak perlu kita sebut, tukang edar pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ini. Terang-terang saya sebut. Orang Keadilan pun tak terima.Mahu jadi calon, dengar cerita jual pil kuda. Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong. Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP – tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, Karl Marx. Gambar Karl Marx duduk dalam markas, nak suruh orang PAS kerja, macam mana nak suruh orang PAS kerja?Komunis di haram di Malaysia. Itu yang jadi bertindih itu. PAS nak selamatkan PR – tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR.PAS bertindak untuk memelihara keteguhan bukan sahaja masa pilihan raya tetapi setelah kita diberi kemenangan oleh Allah SWT supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam PR. Itu penjelasan saya.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
DAP Macam Kopitiam
22 April 2013
Pernahkah anda berjumpa kegilaan ini – Seorang calon Parlimen bagi sebuah parti bertanding turut bertanding sebagai calon bebas untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum yang sama?
Ia hanya berlaku kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP). Parti yang mendakwa mempunyai akan memngubah Malaysia menjadi sebuah negara cekap dan efisyen. Sebaliknya sejak enam bulan lalu mereka berhadapan dengan tuduhan penyelewengan dalam pemilihan parti dan sekarang pemberontakan besar-besaran dalam parti.
Calon DAP bagi Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him mengejutkan banyak pihak dalam parti tersebut apabila dia mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas di DUN Kota Laksamana yang sebelum ini disandang Betty Chew, isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
DAP sebenarnya mencalonkan Lai Keun Ban untuk menentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Chiw Tiang Chai. Namun diluar jangkaan Sim Tong yang mendaftar sebagai calon ahli Parlimen Kota Melaka untuk DAP turut mendaftar untuk calon DUN Kota Laksamana.
Hanya dalam DAP kita boleh berjumpa cerita pandiran seperti ini. Ini samalah seperti mereka mengubah keputusan pemilihan parti mereka atas alasan komputer salah kira.
Selain itu, DAP juga berhadapan dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Kawasan Teratai, Janice Lee. Janice Lee sebagai salah seorang pemimpin DAP membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas bagi kawasan yang sama. Sehingga kini tidak pasti mengapa Janice yang popular dalam DAP memutuskan untuk bertanding atas tiket bebas bukannya tiket DAP.
Bekas Ahli Parlimen Seremban (DAP), John Fernandez mengambil keputusan untuk mempertahankan kerusi itu atas tiket Bebas setelah tidak berpuas hati dengan cara DAP melayan kaum India. Sungguhp0un Fernandez menang dalam pilihan raya 2008 atas tiket DAP, namun parti tersebut mengambil keputusan untuk mencalonkan Loke Siew Fook kali ini.
Turut sama memutuskan untuk bertanding bebas walaupun menang atas tiket DAP pada 2008 ialah bekas ADUN Kota Darul Aman, Liew Kard Seong, bekas ADUN Mengkibol (Johor), Ng Lam Hua.
Selain itu, wakil rakyat DAP paling banyak berpindah-randah meninggalkan kawasan yang mereka menangi pada 2008. Tindakan ini mungkin dibuat atas dasar penolakan pengundi setempat terhadap sebahagian wakiol rakyat DAP yang tidak memberi perkhidmatan yang memuaskan.
Lim bermula dengan Bandar Melaka (1969–1974)diikuti oleh Kota Melaka (1974–1978),
Petaling Jaya (1978–1982), Kota Melaka (1982–1986), Tanjong (1986–1999), Ipoh Timur (2004-2013)
Kali ini Teo Nie Ching turut mengambil jejak langkah Kit Siang. Beliau meninggalkan Parlimen Serdang untuk bertanding di Kulai, Johor.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Posts (Atom)