Wednesday, April 10, 2013
Bukan Melayu Sahaja, India Pun Depa Tipu
Agak terkejut juga apabila mengetahui tentang penipuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam memberikan cek bernilai RM229,000 kepada 58 buah sekolah Tamil di negarai itu.
Tindakan kerajaan PAS Kedah yang menyerahkan cek yang sudah tamat tempoh kepada sekolah-sekolah yang tersenarai membuatkan orang ramai berfikir tentang kredibiliti Azizan sebagai MB Kedah.
Ini kerana, cek bernilai puluhan ribu tersebut ditolak oleh pihak bank kerana tarikh akhir penggunaannya adalah 31 Mac lalu. Sebaliknya, pada 2 April lepas baru Azizan menyerahkan cek itu.
Sudahlah agaknya Azizan sudah nyanyuk dalam menentukan tarikh sepatutnya cek itu digunakan, tindakannya itu juga dilihat seperti menghina kaum India di Kedah.
“Memalukan dan menghina masyarakat India lagi kalau betul-betul nak buat (bagi) buatlah betul-betul, bagilah sebelum check itu tamat tarikh, bagi yang sudah tidak boleh guna, apa ini.
“Seolah-olahnya mereka nak tipu masyarakat India katakan nak bagi pun tapi check tidak boleh guna,” kata Ketua Pemuda MIC, T. Mohan bersabit isu ini.
Kita semua sedia maklum, parti PAS memang bersengkongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Mereka kerap melaungkan agar tidak ada sebarang diskriminasi serta layanan sama taraf dalam setiap kaum.
Tetapi, melihatkan tindakan bodoh dan silap yang dangkal dari Azizan ini, ia jelas menunjukkan mereka tidak mengikuti matlamat yang diawalnya mereka perjuangkan.
Bayangkanlah cek yang diberikan kepada PIBG SRJK (T) Ladang Harvard bernilai RM2000 bertarikh 12 Disember 2012. Apabila Pengerusi PIBG sekolah berkenaan ke Bank Islam untuk menunaikan cek berkenaan, ternyata cek tersebut sudah luput tarikh dan cek tersebut hanya sah untuk 3 bulan.
Azizan hanya memberikan cek tamat tempoh itu selepas terdesak untuk meraih kepercayaan dari rakyat kaum India di Kedah untuk terus mengekalkan kuasa tampuk pemerintahannya di saat-saat akhir Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan berlangsung nanti.
Tindakan kerajaan negeri PAS yang cuba mengaburi rakyat India juga boleh diklasifikasikan sebagai tidak jujur kerana hanya mempergunakan mereka untuk PRU13 sahaja. Bayangkanlah sekiranya ‘panjang umur’ Azizan terus mentadbir Kedah, apa akan jadi pada rakyat India di negeri itu?
Pastinya kepentingan dan kebajikan rakyat minoriti tersebut di pandang tepi sahaja. Silap hari bulan, nasib rakyat India di Kedah tidak terbelas, malah akan terus ditindas.
Bila sudah terhantuk, baru nak terngadah. Bila sudah menjadi isu besar hingga mampu mencipta rasa kemarahan rakyat, kerajaan negeri PAS boleh mengeluarkan kenyataan bodoh dengan menyatakan kesilapan tersebut sebagai ‘kesilapan teknikal’.
Seharusnya, setiap dari exco kerajaan negeri harus melakukan pemeriksaan dengan teliti. Bukannya dilakukan tangkap muat sahaja.
Sudahlah Azizan semakin melingkupkan kerajaan negeri Kedah, tindakannya sekarang ini akan terus memusnahkan negeri itu.
Satu-satu perkara yang dilakukan oleh Azizan tidak langsung menampakkan dia mampu untuk terus berkuasa di Kedah.
Aktiviti pembalakan yang berleluasa, penipuan dalam kenyataan membina 12 masjid, pemberian cek tamat tempoh dan banyak lagi, apakah rakyat Kedah mahu terus meletakkan Azizan sebagai individu yang terhebat menjaga Kedah? Fikirkanlah.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment