Tuesday, April 02, 2013

Lahad Datu : Lagi Ahli Politik Tiada Rasa, Tiada Hati


2 April 2013


Oleh Nor Azlina Shaari

Nampaknya, selepas seorang demi seorang pemimpin parti pembangkang membuka mulut melemparkan pelbagai tuduhan terhadap insiden pertumpahan darah Lahad Datu, semakin galak pula mereka membuat kenyataan yang tidak berasas.

Sudahlah beberapa hari dua orang anggota keselamatan gugur dalam pertempuran, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mendakwa ia satu konspirasi dan sandiwara sahaja.

Selepas itu, anak Ketua Pembangkang, Nurul Izzah menghina segala keberanian dan usaha yang diberikan oleh perajurit negara dalam mempertahankan negara dari diceroboh oleh pengganas-pengganas Sulu.

Seorang jeneral bersara pula , Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid mendakwa Ops Daulat yang dilancarkan oleh kerajaan dalam menjejaki saki-baki pengganas sebagai gagal.

Tak cukup dengan itu, kenyataan terbaru dari Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok mengatakan perajurit yang terkorban di Sabah ‘dimangsakan’.

Dalam hal ini, Teresa sudah mengikuti jejak langkah seorang demi seorang pemimpin parti pembangkang. Mereka terus menghina dan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas!

Sebenarnya, Teresa sendiri tidak menyedari kenyataannya mengatakan perajurit dimangsakan adalah benar sama sekali.

Memang benar, perajurit dimangsakan oleh parti pembangkang sendiri! Sejak dari insiden pencerobohan pengganas Sulu bulan Februari lalu, tidak ada sebarang bantuan yang dihulurkan oleh Pakatan Rakyat kepada perajurit negara.

Tidak ada langsung usaha parti pembangkang untuk datang ke Sabah, meninjau keadaan rakyat Sabah apatah lagi berjabat tangan dengan perajurit negara atau anggota keselamatan polis.

Hanya kerajaan di bawah UMNO dan Barisan Nasional yang giat menghulurkan bantuan dan komited dalam membanteras jenayah pengganas-pengganas Sulu.

Paling mudah untuk dilihat, tidak ada seorang pun pemimpin pembangkang yang menzahirkan perasaan simpati terhadap keluarga perajurit yang gugur di medan perang.

Kenyataan Teresa seperti ini pastinya menambahkan lagi perasaan sedih dan terkilan kerana telah kehilangan orang yang mereka sayangi. Ini juga menunjukkan memang benar perajurit negara telah dimangsakan oleh PR.

Tak habis-habis usaha PR untuk meracun fikiran dan perasaan rakyat Malaysia terhadap usaha Ops Daulat oleh pihak kerajaan.

Rakyat tidak bodoh dan tidak buta untuk melihat keberkesanan operasi Ops Daulat dalam menjejaki baki-baki pengganas seterusnya membersihkan bumi Malaysia dari pengganas Sulu.

Apakah maksud anggota keselamatan dimangsakan? Apakah Teresa masih menganggap Lahad Datu satu sandiwara kerajaan? Tindakan Teresa menuduh Perajurit dimangsakan bermakna beliau menuduh ada konspirasi dan pakatan untuk mewujudkan insiden ini sehingga menyebabkan kematian anggota keselamatan negara.

Jika pun ada konspirasi dan pakatan untuk mencetuskan insiden bersenjata di Lahad Datu, maka kemungkian pemimpin Pakatan Rakyat yang terbabit lebih besar kerana sejak dulu lagi sudah anggota keselamatan sudah dimangsakan oleh Pakatan Rakyat seperti mana dalam dalam Bersih 1, 2, atau 3 dan banyak lagi perhimpunan-perhimpunan haram mereka!

Teresa perlu ingat, pihak mana yang telah memukul anggota keselamatan dalam perhimpunan Bersih sebelum-sebelum ini?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment