Monday, April 22, 2013

Cerita Di Sekitar Pencalonan Suami Normah di Parlimen Pendang


21 April 2013


DSC_0318
Semalam saya ke Pendang bagi mengikuti proses penamaan calon di Parlimen Pendang, Kedah. Teruja benar nak lihat detik-detik awal proses menguburkan karier politik Timbalan Presiden PAS yang terkenal dengan sifat “gatal”nya itu.

Para penyokong BN yang dianggarkan hampir 2,000 orang berarak dari Pejabat UMNO Bahagian Pendang yang diketuai oleh Pengerusi BN Pendang, Datuk Rozai Safian, bersama calon-calon BN bagi Parlimen itu, DUN Sungai Tiang dan DUN Tokai.

Tiba di depan pintu pagar Majlis Daerah Pendang semalam, para pencadang dan penyokong calon bagaikan tidak sabar-sabar nak masuk untuk mencalonkan calon-calon BN itu. Namun sebagai pihak yang bertamadun, mereka bersabar lebih kurang setengah jam di depan pintu pagar tersebut.

Agak lama kemudian, barulah tiba Mat Sabu dan konco-konconya. Tapi yang menghairankan, muka Mat Sabu masam saja ketika tiba di situ. Mungkin dia belum bertemu dengan “Normah ke-3” di Pendang, barangkali?

Dia hadir bersama gerombolan “katak-katak hijau” yang riang ria memegang bendera DAP, sebuah parti yang menolak Islam dan sudah berkali-kali memalukan PAS sepanjang mereka bersahabat selama lima tahun ini.

Jumlah mereka lebih ramai dari penyokong BN. Dianggarkan bilangan mereka mencecah 3,000 orang semalam. Lebih seribu orang berbanding penyokong BN. Kami dipisahkan dengan tali rentang berwarna kuning dalam jarak kira-kira 200 meter dari kedudukan masing-masing.

Melihat calon-calon BN sudah dijemput masuk ke tempat proses penamaan calon, Mat Sabu tergesa-gesa nak masuk sama. Tiba-tiba dia di “booo..” oleh ribuan penyokong BN yang ada di situ. Merah padam jugalah mukanya menahan malu…

Masuk saja Mat Sabu dan calon-calon PAS Pendang itu ke dalam bangunan Majlis Daerah Pendang, para penyokong PAS sudah mula berkeliaran meninggalkan tapak himpunan mereka. Ada yang ke kedai kopi dan ada pula yang melepak tepi longkang.

Cuma tinggal berbaki lebih kurang 800 orang saja penyokong PAS yang tegar berdiri tengah panas sambil memegang bendera DAP dan meraung-raung berzikir nama PAS. Itu pun setelah dicampur dengan “Jeneral Briged Tertinggi 2 Paku” Unit Amal dan anak-anak buahnya…

Suasana itu sebenarnya berbeza dengan suasana penamaan calon pada PRU ke-12 yang lalu. Dulu, mereka berdiri tegak tanpa berganjak di tengah panas hingga selesai penamaan calon.

Saya masih ingat lagi pada tahun 2008, seorang makcik tua setia berdiri dengan tongkatnya sehingga Dr. Hayati keluar dari tempat penamaan calon. Tegar benar makcik itu menyokong Dr. Hayati ketika itu…

Tapi kali ini, hilang saja kelibat Mat Sabu, para penyokong PAS kelihatan lega dan “lari dari perjuangan”. Tiada lagi makcik atau pakcik tua bertongkat berdiri tengah panas dan lebih separuh dari mereka “hilang” dari tali pemisah berwarna kuning itu.

Benarlah cerita yang saya dengar dari rakan-rakan PAS di Pendang sebelum ini yang mengatakan bahawa pencalonan Mat Sabu ditolak dan tidak disenangi oleh majoriti penyokong PAS Pendang, khususnya golongan ulama di bawah pengaruh ulama PAS tempatan, Tok Guru Hj Rahim.

Khabarnya, mereka tidak puas hati dipimpin oleh seorang pendokong Syi’ah di Pendang dan pemimpin yang sangat diragui tahap moralnya. Kata mereka, kalau arwah sehebat arwah Ustaz Fadhil Noor pun pernah mereka tolak, inikan pula pencuri bini orang bernama Mat Sabu!

Bagaimanapun, mereka terpaksa berarak bersama pagi semalam untuk meraikan Mat Sabu. Katanya, kalau Mat Sabu tak dirai, nanti “boss” mereka, Taulan Rasul, kecil hati pula. Mat Sabu tetamu dan perlu diraikan. Cuma tidaklah semeriah mereka raikan calon tempatan…

Jelas. Mat Sabu sebenarnya ditolak di Pendang. Sama ada PAS atau UMNO, umat Islam di parlimen itu sememangnya tidak rela bumi Pendang dipimpin oleh seorang individu yang suka merapu, berfahaman Syi’ah dan suka mengganggu rumahtangga orang. Mat Sabu sedar tak perkara ini?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment