Wednesday, April 10, 2013

#PRU13 : Bekas Pegawai Kanan Polis Lawan Timbalan Menteri


10 April 2013


bangloshaari
Selain artis, Parti Islam se-Malaysia mengumumkan, bekas Pengarah Siasatan Jenayah Polis Di Raja Malaysia, Datuk Fauzi Shaari akan bertanding di Parlimen Larut. Jika ini benar-benar berlaku, Fauzi dijangka menentang Timbalan Timbalan Menteri Perusahaan , Perdagangan dan Komuniti, Datuk Hamzah Zainuddin .

Pencalonan Fauzi sangat mengejutkan kerana beliau baru sahaja dikaitkan dengan kontroversi memiliki rumah banglo 2 1/2 tingkat dan mempunyai lif di atas tanah seluas 7000 kaki persegi di Shah Alam.

Bagaimanapun Pas mungkin terpaksa mencalonkan Fauzi bagi memulihkan sokongan sebahagian anggota keselamatan terutamanya anggota Polis yang marah dengan parti tersebut kerana terbabit dengan PKR dan DAP menghina insiden Lahad Datu sebagai satu sandiwara.

Bagi Fauzi sendiri beberapa perasaan tidak puas hati kerana gagal menjawat jawatan lebih tinggi dalam PDRM mungkin menjadi motivasi kepada beliau untuk terus bertanding.

Apa pun jika ini berlaku, Larut akan menjadi salah satu kawasan yang paling menarik untuk diperhatikan sepanjang kempen pilihan raya umum kali ini.

Ini kerana Barisan Nasional pun mempunyai masalah tersendiri dalam Parlimen ini berikutan hubungan tidak mesra antara Datuk Hamzah Zainuddin dengan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Raja Ahmad Zainuddin. 

Malahan jika cakap-cakap bahawa Raja Ahmad akan digugurkan kali ini menjadi kenyataan, Larut mungkin menjadi antara Parlimen yang genting untuk Barisan Nasional.

Parlimen larut terdapat tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu, DUN Selama, Batu Gajah dan Kurau.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment