Tuesday, April 02, 2013

Sokongan Tok Ayah Vs Sokongan Ulama, Mana Lebih Bermakna Bagi Kita?


2 April 2013


Tok ayah Ton
Baru-baru ini Anwar Ibrahim berkunjung Alor Setar untuk menjual “auta”nya pada rakyat Kedah. Maka seronoklah puak-puak PAS menyambut kehadiran penyokong kuat rejim Zionis Yahudi Israel itu. Blogger PAS Kedah gembira sakan mempromosi Anwar…

Kononnya kehadiran di majlis itu dikatakan lebih dari 30,000 orang. Mereka memberitahu bahawa “Tok-Tok Ayah” di Kedah pun ramai yang hadir. Khabarnya salah seorang Tok Ayah yang hadir itu mampu “tundukkan” harimau dan mengarahkan rakyat Kedah menolak BN…

Pertamanya, saya sangat sangsi padang KUIN yang digunakan di majlis itu mampu memuatkan seramai 30,000 orang. Tapi tak mengapalah, biarpun saya tahu kehadiran hanya sekitar 5,000 orang, saya sudah biasa dengan permainan angka PAS. Tidak menghairankan saya pun…

Sebenarnya saya tak kisah pun kalau Tok-Tok Ayah itu menyokong Pakatan Haram. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Mereka berhak untuk menyokong siapa pun yang mereka suka walaupun pemimpin itu pengkhianat sekali pun. Betul-betul saya tak kisah…

Apa yang saya kisahkan ialah sokongan golongan ulama di Kedah.

Dari pemantauan saya setelah menjelajah di negeri Kedah, boleh dikatakan hampir seluruh golongan ulama dan golongan pro-ulama khususnya di pondok-pondok sangat kecewa dengan PAS Kedah dan beralih arah menyokong BN.
muhyiddin imam
Kekecewaan golongan ulama ini telah diluahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam kunjungannya ke Kedah pada bulan lalu.
muhyiddin datuk muslim
Menariknya, Datuk Muslim yang merupakan bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Timbalan kepada Allahyarham Ustaz Fadhil turut hadir bertemu Muhyiddin sambil berpegangan tangan, jalan seiringan. Apa tandanya?
muhyiddin ulama pondok
Itu belum lagi saya ceritakan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ulama-ulama pondok di Kedah.  Makin “terbakar” la puak-puak PAS…
PM ulama pondokjamil pondok
Begitu juga Tok-Tok Guru Agama di Kedah, mereka kini bagaikan berpatah arang dengan PAS. Contohnya, bekas tokoh PAS Pendang yang meletak jawatan bersama 13 orang lagi AJK PAS kawasan itu dilihat sangat intim bersama kepimpinan UMNO/BN.

Tok Guru Hj Rahim kecewa sangat dengan Taulan Rasul yang setelah berkuasa menjadi Exco Kerajaan Negeri telah membenarkan premis hiburan dibuka di Pendang. Malah beberapa keputusan yang mencerminkan “lagha” turut beliau kesali…
ulama pondok
Bukan itu saja, kini wujud sebuah kumpulan yang besar di kalangan akar umbi PAS di Kedah yang memberontak mahu supaya PAS Kedah kembali ke perjuangan asal. Mereka mahu PAS “ceraikan” DAP dan PKR yang dikatakan merosakkan PAS selama 5 tahun ini.

Kata mereka, “PAS tak berkuasa pun takpa, asalkan PAS kembali ke perjuangan asal demi Islam”. Golongan pro-ulama tersebut semakin lama semakin besar jumlahnya dan mereka berjanji akan “mengajar” kepimpinan PAS pada PRU ke-13 kali ini.

Saya cuma nak tanya, antara sokongan Tok-Tok Ayah dan dibandingkan dengan sokongan ulama-ulama serta golongan pro-ulama di Kedah, sokongan dari pihak manakah yang lebih bermakna bagi kita? Sendiri fikir dan memadailah kita jawab di dalam hati. Tak perlu kecoh pun…

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment