Monday, April 22, 2013

Proses "Menyucikan" Mat Taib Pun Bermula


22 April 2013


muhammad muhd taib masuk PAS2
PENULIS yakin, pada saat artikel ini ditulis, macai-macai PAS sedang mencari bait-bait ayat yang sesuai bagi menutup sejarah silam yang hitam lagi kelam yang dimiliki mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Mohammad Muhammad Taib yang baru sahaja menyertai parti tersebut pagi tadi.

Sebelum itu biar penulis terangkan kenapa kemasukan Mat Taib ini begitu mengujakan PAS walaupun ketika menjadi Menteri Besar Selangor, tidak ada hari yang PAS tidak mengatakan Mat Taib.  Rampas puteri Sultanlah, korup, bawak duit berjuta ke luar negara dan sebagainya.

Ramai tak tahu, PAS sebetulnya adalah parti paling ‘humble’ dalam dunia dimana pemimpinnya di dakwa tidak mabuk sangat nak bergelar Datuk, Tan Sri apa semua ni, walaupun dalam masa yang sama, pemimpin parti itu yang dilantik Menteri Besar, tak menyempat-nyempat mahukan gelaran Datuk atau Datuk Seri – paling tidak.

Ada satu kes di Terengganu tahun 1999 dulu, Sultan tak sempat bersiap pakai samping pun, Menteri Besar dari PAS yang baru dilantik ketika itu, sudah tiba awal-awal pagi ke Istana, menghadap untuk bentuk kerajaan dan dapatkan gelaran untuk dirinya sendiri.

Sementara Tan Sri adalah gelaran yang hanya dianugerahkan di peringkat persekutuan – dimana pemimpin PAS tidak ada peluang.  Justeru, kemasukan Mat Taib adalah satu rahmat yang tidak ternilai bagi sebuah parti yang ‘tidak langsung dambakan sebarang gelaran di dunia ini’.

Baiklah, balik pada kisah di para pertama tadi.

Penulis yakin, dari segi penggunaan bahasa yang biasa, tidak ada ayat yang mampu mengembalikan  Mat Taib seperti bayi yang baru lahir semula, tidak ada dosa, tidak ada skandal.  Lagipun yang banyak buruk dan jatuhkan reputasi Mat Taib dulu bukan orang lain, PAS juga.

Tapi, jangan bimbang, PAS memang mahir bab-bab ‘memutihkan’ pemimpin yang dia juga dulu hitamkan.  Anwar Ibrahim, Kadir Sheikh Fadhir malah Tun Mahathir pada satu ketika pun pernah disucikan PAS kerana kenyataan beliau yang banyak dijadikan rujukan PAS bila nak menghentam UMNO dibawah pimpinan Paklah sekitar 2007-2008.

Paling tidak salahkan UMNO kenapa Mat Taib jadi macam itu, biasalah PAS.

Atau mungkin PAS  boleh dapat khidmat nasihat Anwar Ibrahim, si pakar putar alam.  Pak Syeikh biseksual ini kalau dia dituduh mencuri, dia akan jawab balik “Oh saya tidak mencuri, saya hanya ambil tak cakap dulu dengan tuan dia.”

Cuma apa yang penulis nak katakan, inilah politik PAS.  Dosa, pahala dari sudut pandangan parti tersebut dan macai-macainya adalah berasaskan fahaman politik mana, bukan alasan agama.  PAS adalah satu-satunya parti dalam dunia yang ada kuasa nak tentukan seseorang itu dapat dosa ke pahala, hanya berasaskan kepada fahaman politik, bukan garis panduan dalam Al-Quran.

Contoh, kalau orang UMNO berzina, PAS akan maki sampai tak cukup ruang Harakah, tapi kalau orang dia berzina, PAS akan bela sampai sudah, walaupun ada video yang jelas terang ada muka orang itu.  Termasuk ada suara lagi.

Samalah macam Mat Taib ini juga.  Dulu sampai nak mabuk kondem, bila orang tu masuk PAS saja, hilang dah semua ‘kondeman-kondeman’ itu.  Tiba-tiba muka Mat Taib ada ‘nur’ dan ada harapan masuk syurga PAS.
Maka itu tolaklah PAS, ini parti yang tidak boleh langsung dipakai.  Dari segi politik pun dah banyak tak betul, dari segi agama apa lagi.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment