Wednesday, April 10, 2013

PRU13 : Manifesto BN Lebih Realistik - Ada Masuk, Ada Keluar


9 April 2013


.facebook_2142470996
PAKATAN nampaknya sibuk benar dengan dakwaan Manifesto BN meniru idea mereka.  Dah mana ceruk Anwar masuk berceramah, itu jugaklah yang disebut dan diulang tayang.

Walhal, banyak bukti menunjukkan, idea itu semua kerajaan BN yang mulakan dulu, depa hanya tiru dan ubah suai, tapi buat pekak saja.  Hari ini, anak ikan dia pun main wayang sama, Manifesto BN hanya 14 % yang ori, lain semua tiru Pakatan.

Eh, boleh jalanlah, siapa nak percaya?

Puas le mikir apa untung dapat dari dakwaan siapa tiru siapa ni?  Apa dengan mengatakan sedemikian Rafizi hebat ke?  Pakatan  hebat ke?  Nak canang dengan siapa yang ‘hebat-hebat’ tu semua?

Sedarlah sikit, Pakatan tu pertubuhan haram, apa pun janji, manifesto (bukan janji), tawaran dan sebagainya, tidak boleh dipakai sebab dibuat oleh pertubuhan yang tidak berdaftar.

Lagipun, Manifesto Pakatan kehilangan satu komponen penting – mana nak dikorek duit untuk biaya semua ‘tawaran’ dalam manifesto tersebut?

At least, manifesto BN ada juga sebut pelaburan masuk RM 1.3 trillion sebagai antara punca pendapatan kerajaan untuk tampung AKU JANJI yang dilancarkan itu, Pakatan ada?

Kurang-kurang, dari pelaburan RM 1.3 trillion itu, banyak manfaat ekonomi yang boleh diperolehi kerajaan dan Negara.  Peluang pekerjaan untuk rakyat pun akan berterusan dan bertambah dengan adanya pelaburan asing yang tinggi itu.

Dan ini hanya satu punca, ada lagi punca-punca lain yang boleh diusahakan kerajaan untuk menampung AKU JANJI untuk pilihanraya umum akan datang ini.

Yang manifesto Pakatan, apa punca masuk wang untuk biaya tawaran semua tu?

Balik-balik yang disebut mengurangkan ketirisan dalam urus tadbir kewangan Negara berjumlah RM 49 billion.  Percayalah, perkataan itu dan angka itu Rafizi main agak saja, bukan berdasarkan maklumat kewangan yang sebenar.

Tapi masih lagi, perkara tersebut (mengurangkan ketirisan) tidak disebut dalam Manifesto Pakatan.

Pendek kata, manifesto bukan janji Pakatan hanya bercerita yang sedap di dengar telinga saja – duit keluar.  Duit masuknya tak cerita pulak.  Bila kita kata manifesto mereka boleh bankrapkan Negara, tahu pulak marah, tapi memang itulah hakikatnya pun.

Kalau dah duit keluar saja, masuknya takde, apa lagi yang sesuai nak digambarkan situasi kewangan yang semacam ini, kalau bukan menjerumuskan Negara kepada kebankrapan?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment