Wednesday, April 10, 2013
Ulama-Ulama Seluruh Malaysia Bakal Dikecam, Dikafirkan PAS?
Apa PAS nak kata apabila himpunan jumhur ulama-ulama seluruh Malaysia bersama Tok-Tok Guru Pondok yang bersidang di Gurun, Kedah baru-baru ini memutuskan fatwa mengharamkan undi untuk PAS dan PKR yang bertanding menentang UMNO pada PRU ke-13 kali ini.
Deklarasi tersebut disimpulkan pada hari ketiga di dalam acara penutupan majlis ijmaq ulama-ulama tersohor itu berdasarkan isu kalimah “Allah” yang dibenarkan penggunaannya oleh Pakatan Haram dan jelas merugikan aqidah umat Islam di negara ini.
Selain itu, Tok-Tok Guru Agama yang mempunyai ratusan ribu pelajar di seluruh negara itu juga membantah dasar Pakatan Haram yang jelas menyokong agenda fahaman Pluralisme yang selama ini didokong oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Pengerusi Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok, Sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz al-Quran Peringkat Kebangsaan, Tok Guru Harun Yahya berkata, parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan.
Lebih 150 tokoh-tokoh ulama dan kepimpinan pondok-pondok agama berhimpun buat julung-julung kalinya di Kedah dan turut membahaskan tentang sokongan umat Islam di negara ini dalam menentukan kerajaan yang layak memerintah Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Saya yakin, tidak kurang dari 24 dari sekarang, para ulama dan kepimpinan pondok-pondok agama di seluruh Malaysia akan diserang dengan kutukan, caci maki dan hamun dari seluruh penyokong PAS dan PKR.
Jangan terkejut selepas ini jika pondok-pondok di seluruh Malaysia itu akan dilabel sebagai “pondok UMNO”, “pondok BN” atau “pondok tak boleh pakai” oleh juak-juak Pakatan Haram.
Kalau Sahibussamahah Mufti Perak yang disegani seperti Tan Sri Harussani Zakaria pun puak-puak PAS boleh tukar nama beliau kepada “Haramsani”, apatah lagi ulama-ulama pondok yang tidak mendapat sebarang watikah dari DYMM Sultan.
Saya juga yakin bahawa PAS akan mempergunakan Dewan Ulama PAS bagi menjawab isu fatwa pengharaman undi terhadap parti mereka dan Pakatan Haram pada PRU ke-13 nanti.
Pada saya, tak perlulah Dewan Ulama PAS susah-susah bazirkan air liur mereka dalam isu ini memandangkan nama “PAS” tertera dengan jelas di dalam pertubuhan mereka berbanding ulama-ulama pondok yang selama ini hanya mementingkan perjuangan pendidikan dan kepentingan Islam.
Sangat besar bezanya. Dewan Ulama PAS sudah tentulah akan mempertahankan PAS berbanding ulama-ulama pondok yang memberikan fokus kepada mempertahankan maruah, perjuangan dan dasar Islam yang wujud di negara ini.
Apatah lagi dengan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang memberikan perhatian kepada institusi agama yang menjadi tradisi pendidikan Islam tanahair tersebut, maka sudah tentu dasar transformasi itu disokong para ulama, bukan?
PAS harus mengaku bahawa pendirian mereka pada hari ini jauh lebih liberal berbanding DAP. DAP sekurang-kurang tetap dengan prinsip mereka yang “chauvinis ultra kiasu” dan tegas menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Malangnya PAS terpesong jauh dari perjuangan asal mereka apabila sanggup menggadai maruah diri dengan menjual matlamat penubuhan negara Islam semata-mata kerana tunduk ingin menjaga hati DAP dan PKR.
Kononnya PAS memberikan alasan “tahaluf siyasi” dalam tindakan tersebut. Tapi “tahaluf siyasi” jenis apakah yang menghalalkan kerjasama dengan “syaitan-syaitan” yang menentang kepentingan Islam dan bumiputera di negara ini?
Rasulullah SAW dan para sahabat RA dulu pernah bertahaluf siyasi dengan “syaitan”, kah? Kalau Rasulullah SAW bertahaluf siyasi sekalipun, Baginda mendapat ru’ya wahyu dari Allah SWT. Nik Aziz dapat wakyu dari siapa pula? Dari Anwar atau Karpal Singh?
Demikianlah Allah SWT membuka pekung PAS. Dengan ujian memberikan sejenak kuasa, PAS dan PKR sudah hilang punca dari perjuangan asal mereka. Kelam mata dengan urusan kuasa duniawi dan lupa pada Islam. Padanlah ulama-ulama seluruh negara haramkan undi untuk mereka…
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment