Wednesday, September 18, 2013

Suhaimi Nafikan Kereta Yang Dirampas Miliknya, SPRM Main Politik?

19 September 2013


10kereta

KUALA LUMPUR, Sept 18  – Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Suhaimi Ibrahim, hari ini menafikan bahawa 10 buah kereta mewah yang dilaporkan dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah miliknya. 


“Tiada sebuah pun kereta milik saya dirampas oleh SPRM,” kata Suhaimi kepada Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)Suhaimi juga menyatakan bahawa beliau dan beberapa orang lagi dipanggil membantu siasatan mengenai mengenai projek kerajaan.

Semalam akhbar-akhbar menyiarkan sebuah gambar 10 buah kereta mewah di sekitar bangunan SPRM yang dikatakan milik Suhaimi Ibrahim.

Dengan penafian ini, timbul tanda tanya siapakah yang memberi gambaran dan maklumat kepada media bahawa sepuluh buah kereta mewah tersebut milik Suhaimi? Tanggapan umum tentulah pendedahan ini dilakukan oleh SPRM sendiri. Jika ini benar, apakah motif SPRM?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Agaknyalah, Kenapa Orang Tua 66 Tahun (Jantan) Minat Pada Kecantikan?

18 September 2013


anwar_george_micheal
(Penafian: Gambar tidak ada kaitan dengan orang hidup atau mati (kalau ada, betul-betul punya kebetulan).Cuma nak sebut disini yang George Micheal – gambar kanan, adalah seorang gay!!)

KALAU penulis diberi peluang oleh Tuhan untuk hidup sehingga usia 66 tahun dan lebih, sudah tentu kesempatan ini,  tidak akan penulis gunakan untuk menghilang kedut-kedut dimuka, menambah seri wajah dan sebagainya.

Mungkin terfikir sekali sekala, tapi itu bukan keutamaan.  Menambahkan ibadat atau menjaga cucu, mungkin lebih berfaedah.

Jangan salah, dalam kes yang nak dihikayatkan dibawah ini, ia bukanlah melibatkan seorang perempuan dimana keinginan untuk cantik masih menebal walaupun kulit muka dah sama tahap dengan baju yang baru keluar dari mesin basuh – kedut dan berkerut.

Tapi ini kes melibatkan seorang jantan yang juga pemimpin politik pembangkang di Malaysia.

Yeah, mungkin ada balacinya yang kata ”ooi, adamyan, lantaklah muka dia, duit dia, peduli apa kau”,atau ”ooi adamyan, dah takdak isu lain ka?” tapi kalau penulis nak kata juga, kau orang nak kata apa?

Ingat ke beberapa tahun dulu bila ada seorang pemimpin BN di Selangor yang nampak berseri-seri, tak cukup lidah para balaci menuduh beliau pakai botoxla, kolagenlah, itulah inilah, walhal kawan tu amal makan tempe saja pun.  Lagipun, beliau masih muda, belum cecah 50 tahun pun pada ketika itu, apa hairannya bila kulit muka dia berseri?

Apa yang itu boleh balaci politikkan, yang pemimpin politik ini tak boleh?  Lagipun, latar belakangpemimpin politik berkenaan sebagai ”ehem-ehem” bukan orang tak tahu, ada dokumen Mahkamah pununtuk membuktikannya.

Dalam kes pemimpin politik berkenaan lwn Pendakwaraya 2004 (Federal Court) ada kenyataan oleh parahakim yang berbunyi ”"We find evidence to confirm that the appellants (Anwar and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja) were involved in homosexual activities, and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen...” – (translate sendirilah, semua sekolah tinggi).

Dalam kes pemimpin politik berkenaan lwn Pendakwaraya 2012 (High Court) pula, fakta kes menunjukkan DNA yang dijumpai dalam dubor Saiful, adalah disahkan milik tertuduh, bla bla bla….tapi diakhirnya Hakim rasa tak selamat untuk sabitkan dengan kesalahan.

Cakap pasal kenyataan hakim dalam kes yang pertama, baru sekarang barisan loyer buruk pemimpin politik berkenaan terfikir untuk keluarkan kenyataan itu dari penghakiman (selepas hampir 10 tahun), kononnya setiap orang yang ‘fitnah’pemimpin politik berkenaan, guna kenyataan itu sebagai bukti mengatakan dia homoseksual.

Walahalnya, disorot balik pada 2004, pemimpin politik berkenaan kata thank you Sir, kepada hakim-hakim yang melepas dan membebaskan dia dari dakwaan tersebut.  I repeat ya ladies & gentelmanthank you Sir.
Sekarangno more thank you la kotmungkin damm you Sir lah bunyinya dah.

Mana-mana pun, semua inilah yang buat penulis hairan kenapa pemimpin politik berkenaan tiba-tiba berminat dengan kecantikan.  Muka nak nampak kembung (dulu cengkung), bibir nak ’garang’, kumis tu nak nampak jelas, pakai cermin mata besar (ala-ala A*w*n Al* gitu) dan sebagainya.

Apa yang mendorong perlakuan macam itu, jambu mana pulak yang minat kumis-kumis semua ni dan segala macam persoalan yang rasanya memerlukan penjelasan.

Jawab tak jawab, pandangan penulis berkenaan orientasi seks pemimpin politik berkenaan, berubah tiada.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Anak Muda Pakatan Haram Sanggup Uruskan “Jenazah” Chin Peng

18 September 2013


ScreenHunter_01 Sep. 18 01.57
Meskipun sudah meninggal dunia dua tiga hari lepas, cerita mengenai bekas Setiausaha Agung Pari Komunis Malaya, Chin Peng, terus hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia khususnya menyentuh mengenai “abu mayat” ketua pengganas itu.

Memang benar, Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak membenarkan Chin Peng disemadikan di bumi “Tanah Melayu” ini. Malah abu mayatnya pun dilarang sama sekali untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Namun yang mengejutkan ialah mengenai beberapa juak Pakatan Haram yang seolah-olah sengaja menjulang “abu mayat” Chin Peng sehingga ada yang sanggup “menguruskan jenazah” pembunuh kejam itu.

Misalnya, Khalid Ismath. Dia tanpa rasa malu atau bersalah mengumumkan di laman sosial twitter mengatakan bahawa dia bersedia untuk menguruskan jenazah Chin Peng jika dibawa kembali ke Malaysia.

Malah pada awalnya, “tweet”nya seolah-olah berbunyi begitu sugul dan muram mengumumkan “Mendiang Chin Peng sudah pergi menyahut seruan ilahi”. Betul-betul sayang Khalid Ismath pada Chin Peng yang kononnya pejuang kemerdekaan negara!

Pada saya, inilah contoh terbaik seorang anak muda yang berjaya dipesongkan daya pemikiran dan fahamannya oleh “junta-junta” propaganda Pakatan Haram. Anak muda ini mengiktiraf Chin Peng seolah-olah seorang “wira”?

Mungkin anak muda ini tahu bahawa Chin Peng dan gerombolan komunis merupakan sekumpulan pengganas yang kejam serta pernah membunuh ribuan rakyat negara ini. Dia tahu, tapi dia enggan percaya pada fakta tersebut.

Mungkin dia sudah disuntik doktrin yang kononnya mengatakan “dosa Chin Peng itu sudah berusia 40 tahun dan dia sudah dimaafkan dari segala dosanya”.

Mungkin juga Khalid Ismath sudah dirasuk dakyah Pakatan Haram dan Mat Sabu yang menganggap komunis itu merupakan salah satu pihak yang memperjuang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu suatu ketika dahulu?

Saya tertanya-tanya, kalaulah Khalid Ismath hidup di zaman komunis mengganas dan seisi keluarganya dibunuh dengan kejam oleh pengganas tersebut, apa pula pandangannya terhadap Chin Peng? Dia masih mahu menguruskan “jenazah” Chin Peng?

Inilah contoh anak muda asuhan Pakatan Haram yang berjaya “dibutakan”. Bukan saja “buta sejarah”, malah boleh disifatkan sebagai “buta hati”!

Saya yakin, kalau Khalid Ismath hidup di zaman komunis, berkemungkinan besar berdasarkan akalnya yang sempit, cetek dan bodoh itu, dia sendiri akan menyertai komunis. Budak sepertinya sudah tentu mudah ditipu oleh perjuangan palsu komunis Chin Peng…

Mungkin pada Khalid, Chin Peng adalah idolanya. Kalau benar Khalid Ismath begitu menyanjungi Chin Peng, rasanya masih belum terlambat untuknya bergegas ke Thailand bagi memberikan penghormatan terakhir pada “abu mayat” Chin Peng.

Seterusnya, Khalid boleh menawarkan diri untuk menguruskan “jenazah” idolanya itu, bukan? Khalid berminat untuk ke Thailand? Silakan. Tiada siapa yang menghalang.

Cuma yang sedihnya, anak muda berideologi seperti Khalid Ismath ini sering dianggap “wira” oleh puak Pakatan Haram. Entah “wira” jenis apakah yang mendokong Syiah dan menyokong komunis, saya pun kurang pasti…

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Sahabat Anwar Mahu Syiah Dipertahan Di Malaysia?

18 September 2013


khalid
Saya tidak menyangka bahawa ada juga pihak di negara kita yang mengaku beragama Islam, tapi sanggup bersuara mendesak agar pihak berkuasa memberikan hak kepada golongan Syiah untuk mengamalkan fahaman agama mereka di Malaysia.

Setahu saya, Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar, Khalid Jaafar, merupakan seorang penganut agama Islam. Namun mungkin dia terlalu lama di luar negara, maka mungkin dia lupa budaya dan asal usulnya di tanah Melayu ini…

Kata Khalid, Syiah perlu diberikan hak untuk mengamalkan fahaman mereka tanpa sebarang gangguan dari sudut perundangan di Malaysia. Katanya, tiada sebarang sekatan beragama di US dan negara luar, maka Syiah perlu diberikan ruang di negara ini untuk diamalkan…

Kata pengarah kesayangan Anwar itu, setidak-tidaknya satu perdebatan mengenai hak amalan Syiah perlu dilakukan dan resolusinya perlu berpaksi kepada “hak asasi manusia”. Begitulah katanya baru-baru ini di sebuah forum.

Saya tertanya-tanya, bolehkah isu amalan Syiah di Malaysia dan di luar negara dibandingkan dengan kaedah “apple to apple”? Sedangkan perlembagaan, budaya dan corak pemikiran semuanya berbeza sama sekali.

Di US, Islam bukanlah menjadi agama rasmi di negara itu. Malah negara itu bukan terbina dari perjuangan Islam sebagaimana di bumi Melayu ini. Hakikat perjuangan terbinanya Persekutuan Tanah Melayu bermula dari gerakan perjuangan Islam, Melayu dan Tanah Melayu (alif, ba, ta).

Jadi, jelas sekali Islam atau kepentingan mengenai agama Allah itu sama sekali kurang mendapat tempat di US, bukan? Berbanding Malaysia, Islam merupakan agama suci yang menjadi agama rasmi dan menjadi sesuatu yang sangat sensitif untuk “diusik”.

Jika Khalid tidak percaya, cubalah pertikai atau beri pandangan negatif terhadap kepentingan Islam di Malaysia. Selepas mencabar Islam, saya harap Khalid tidak menyesal jika dia dihambat keluar dari negara ini…
Maksudnya, Khalid boleh amalkan ajaran Ayah Pin di US atau mana-mana negara luar yang dia suka. Tapi tidak di Malaysia. Sensitivitinya berbeza dan saya yakin umat Islam di negara ini lebih kuat semangat mempertahankan kesucian Islam berbanding di luar negara.

Apa yang Khalid nak debatkan mengenai Syiah? Khalid mahu Syiah diberi hak untuk diamalkan di Malaysia? Dan selepas itu Syiah boleh kelirukan fahaman umat Islam di negara ini?

Khalid mahu anak-anak kita terpengaruh pada dakyah yang mengkafirkan Saiyyidan Abu Bakar As-Siddiq, Saiyyidina Umar Al-Khattab dan Saiyyidina Usman Al-Affan? Khalid mahu anak-anak kita faham bahawa Jibrail AS tersilap hantar wahyu pada Muhammad SAW dan sepatutnya pada Saiyyidina Ali Karramallahuwajhah?

Saya yakin jika Saiyyidina Ali RA masih hidup, rasanya belum sempat Khalid habiskan debatnya mengenai Syiah, kepalanya tergolek jatuh ke bumi dipancung pedang sepupu Rasulullah SAW itu. Liberal sungguh pemikiran pengarah kesayangan Anwar…

Kalau mahu diikut kehendak “hak asasi manusia ala barat” yang diperjuang Khalid Jaafar, maka jahanamlah negara kita. Bayangkan, berbogel di tempat umum pun adalah antara hak yang dituntut di atas nama “hak asasi manusia”!

Itu belum lagi disebut mengenai hak LGBT, hak perkahwinan sejenis dan pelbagai perkara kontroversi yang berlawanan dengan fitrah manusia yang dituntut atas nama “hak asasi manusia ala barat” lagi! Boleh hancur Malaysia dibuatnya…

Begitulah fikrah dari individu yang bernama Khalid Jaafar. Dia fikir apa yang diperkatakannya itu betul dan logik belaka. Padahal segala fikrahnya itu berkiblatkan orientalis dan barat. Kita boleh terimakah fikrah begitu sedangkan kita berkiblatkan pada Allah dan RasulNya?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Pemimpin UMNO : Pilih Pejuang Sebenar Bukannya Pengkhianat “ala” Anwar

18 September 2013


UMNO1
Pejuang tulen berjiwa UMNO penting demi menguatkan UMNO yang merupakan pembela agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair kita. Kita tidak boleh nafikan bahawa musuh UMNO akan menyelinap masuk ke dalam UMNO untuk memusnahkan UMNO dari dalam. Begitu juga mereka yang berkepentingan peribadi akan hanya berjuang untuk periuk nasi mereka sendiri yang akhirnya sanggup menggadai maruah bangsa Melayu dan agama Islam.

Hakikat nya UMNO memang memerlukan pemimpin yang mampu menjadi pejuang demi membawa kepada perubahan parti dan bukannya membawa ‘penyakit-penyakit’ yang hanya menjurus ke arah kelemahan parti itu. Kesilapan dalam memilih pemimpin yang  kalau UMNO memiliki pemimpin yang tidak mampu membawa perubahan kepada parti, UMNO akan menjadi sebuah parti yang berpenyakit dan lemah.

Walaupun orang muda amat diperlukan untuk memberi nafas baru untuk transformasi yang lebih baik namun isu yang  lebih penting disini adalah kesiapsiagaan para  pemimpin-pemimpin muda untuk menjadi pejuang UMNO tulen.  Mereka  perlu berjiwa besar serta lebih fokus dengan mendahulukan agenda Melayu dan bumiputera dalam perjuangan mereka.

Walaubagaimanapun kita tidak mahu membuat kesilapan yang sama sepertimana UMNO  lakukan apabila menggilap Anwar dalam politik tanahair.  Kita benar-benar memerlukan pejuang tulen yang bijak dan baik dalam merealisasikan hasrat untuk berjuang demi agama Islam, bangsa Melayu dan Tanahair.  UMNO perlu peka terhadap mereka yang memperjuangkan agenda peribadi melebihi agenda parti.

Sekiranya mereka dapat mengenalpasti sesiapa yang seiras dengan “Anwar in the making” maka mereka harus berwaspada dan berhati-hati menangani individu tersebut.  Cara yang paling senang untuk mengenalpasti mereka ini dari perwatakan yang sanggup berkompromi secara melampau dengan pihak pembangkang.

Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO merupakan   parti penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu.Asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.

Demi kesinambungan UMNO  yang merupakan maruah Melayu maka seharusnyalah  telah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara dan menjaga parti ini sebaik mungkin.  Kewujudan UMNO juga merupakan ancaman terhadap pengkhianat negara yang cuba merampas negara dan mengganggu gugat keamanan  negara.

Pengkhianat Negara tahu bahawa PAS dan PKR tidak akan mampu menjaga kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam kerana mereka mempunyai terlalu banyak agenda peribadi. Oleh itu serangan bertubi-tubi telah mereka lancarkan terhadap UMNO dari dalam dan luar parti. Dengan penuh rendah hati kita harus bersatupadu mempertahankan parti keramat ini dan memastikan kesinambungannya.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Suami Isteri Didakwa Cemari Sungai Selangor

18 September 2013


SHAH ALAM, — Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Selasa berhubung insiden tumpahan minyak di Sungai Selangor yang mengakibatkan kira-kira sejuta pengguna di beberapa kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air akhir bulan lepas.

Ng Kim Bok, 55, menghadapi 30 pertuduhan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Negeri Selangor (No.2) 1999, manakala isterinya, H’ng Soo Chiew, 56, menghadapi 20 pertuduhan secara bersama menurut akta dan enakmen sama.

Pasangan suami isteri itu menghadapi pertuduhan atas kapasiti mereka sebagai pemilik (Ng) dan pengarah (Ng dan H’ng) tiga syarikat iaitu Muhibbah Mok Sdn Bhd, Ng Kim Bok Realty Sdn Bhd dan Muhibbah Mok Workshop.

Muhibbah Mok Workshop beroperasi di lokasi kejadian itu didakwa berlaku, Muhibbah Mok Sdn Bhd ialah syarikat induk kepada bengkel kenderaan berkenaan manakala Ng Kim Bok Realty merupakan pemilik tanah.
Ng dan H’ng mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadap mereka dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling, pasangan suami isteri itu didakwa melupuskan buangan terjadual (buangan minyak) tanpa kelulusan daripada Ketua Pengarah Alam Sekeliling, meletakkan buangan terjadual (buangan minyak) tanpa lesen ke dalam mana-mana perairan daratan dan mencemarkan permukaan tanah-tanih tanpa lesen.

Menurut Enakmen LUAS pula, mereka didakwa mengambil air dari suatu sumber air di belakang premis tanpa kelulusan Pengarah LUAS dan melepaskan ke dalam sumber air bahan buangan yang mengandungi minyak tanpa lesen daripada pengarah berkenaan.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Sungai Gong, Lot 15322, Sungai Bakau, Bandar Kundang, Gombak dekat sini, antara 9.50 pagi dan 11.40 pagi, 30 Ogos 2013.

Mohammed Mokhzani membenarkan Ng dibebaskan dengan jaminan RM150,000 dan H’ng sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 10 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashraf Adrin manakala pasangan suami isteri itu tidak diwakili peguam.

Pada 30 Ogos lepas, operasi empat Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan LRA Rantau Panjang ditutup selepas sumber air dari Sungai Selangor mengalami pencemaran air disebabkan tumpahan minyak di hulu sungai di sekitar Rawang.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

PANAS! Akibat Tersilap SPIN, Blogger Pembangkang Dedah Kehebatan Tun Razak

18 September 2013


tun razak wataniahasf
Siang tadi blogger-blogger MACAI pembangkang bagai mendapat durian runtuh bila terjumpa gambar Tun Razak menjadi askar Jepun.

Bila jumpa gambar tu, masing-masing upload dalam blog dan menfitnah Perdana Menteri ke-2 sebagai tali barut Jepun.

MyMassa tunggu punya tunggu, ingatkan ada lagi gambar atau fakta-fakta lain yang hendak dihujahkan. Rupa-rupanya MACAI tetap MACAI. Mereka hanya pandai SPIN fakta mengikut telunjuk bos mereka.

Kalau MACAI bagi satu gambar, macam mana pulak kalau MYMASSA balas dengan dua gambar ni!
Sumber : http://malaysiaflyingherald.wordpress.com/2013/07/03/setting-the-record-straight-malays-in-world-war-2/
Tu dia! Salah satu sebab kenapa tentera Jepun kalah kerana kejayaan FORCE 136/Wataniah melancarkan perang gerila terhadap Jepun. Antara pasukan FORCE 136 / Wataniah yang berjaya adalah kumpulan pimpinan Tun Razak di Pahang. Tak percaya? Cuba baca pendedahan blogmalaysiaflyingherald

The fact is that some of Malay radicals known as Kesatuan Melayu Muda – KMM (Young Malay Union) that have been recruited and fooled by Japanese espionage network prior to the hostilities which has helped the Japanese. Furthermore, if the Malays were very much keen on kicking out the Brits, then why did they joined Force 136 and Askar Wataniah (in Pahang) as part of the guerrilla forces that wreck havoc to the Japanese in the next few years of Japanese Occupation of Malaya? Is this a systematic approach to deny the contribution of Malay in the fight against Imperial Japan?

Bukan macam blog MACAI yang baru jumpa gambar tu tadi, blog malaysiaflyingherald telah dedahkan keperwiraan Tun Razak sejak bulan Julai lagi. Jadi kalau ada MACAI cakap MyMassa cuba cipta fakta untuk backing bapa kepada DS Najib memang silap la. Fakta tu dah ada lebih awal. Cuma MACAI je buta mata hati dan cuba mencipta fitnah kepada NEGARAWAN.

Satu fakta yang tidak dapat disangkal adalah dengan adanya pasukan Wataniahlah, Bintang Tiga atau MPAJA gagal merampas Tanah Melayu selepas Jepun. Tak percaya lagi? Inilah buktinya.



Dipetik daripada : www. mykmu. net

Kemarahan Malaysia Terhadap Chin Peng Sama Macam Amerika Marahkan Osama Laden

18 September 2013


Mempertahankan langkah kerajaan tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang, menteri kebudayaan dan pelancongan hari ini mengaitkan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu dengan Osama bin Laden.

NONE
Datuk Seri Nazri Aziz (kiri) berkata, selepas tentera Amerika Syarikat (AS) menembak mati pemimpin jaringan al-Qaeda itu, mayatnya kemudian dikebumikan di laut.


Sehubungan itu, katanya, langkah kerajaan Malaysia itu bukan sesuatu yang luar biasa.

“Saya tidak fikir kita patut minta maaf kepada sesiapa kerana kamu tahu, Osama juga dianggap pengganas, apa yang Presiden (Barack) Obama lakukan?

“Mayatnya hilang dan tidak dibawa balik ke Arab Saudi, AS atau ke mana-mana, ia dihumban ke laut.

“Apa yang kita lakukan bukan sesuatu yang luar biasa, ada alasan di sebaliknya. Dan rakyat Amerika serta orang yang menderita (akibat serangan 911) tidak membantah.”

 Osama bin Laden… kamu beritahu saya, di mana mayatnya sekarang?” kata Nazri kepada pemberita ketika merasmikan sebuah pesta seni di Kuala Lumpur hari ini.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Chin Peng Ketua Komunis Yang Kejam – Jeneral (B) Ghazali Mohd Seth

18 September 2013


KL15_050112_UCAPTAMA
KUALA LUMPUR 17 Sept. – Dosa bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), mendiang Chin Peng terlalu besar terhadap negara ini.

Bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Ghazali Mohd. Seth berkata sehubungan itu, tiada ruang walaupun seinci bagi mayat ketua pengganas komunis tersebut memasuki negara ini.

Mohd. Ghazali yang mempunyai ingatan terperinci berhubung kekejaman pengganas komunis menjelaskan, kepulangan mendiang ke tanah air merupakan penghinaan kepada bekas-bekas perwira negara yang telah terkorban.

Beliau yang mengetuai ketumbukan pertahanan negara pada awal 80-an tidak dapat melupakan kekejaman yang dilakukan pengganas komunis terhadap pasukan pertahanan negara ketika itu.

“Saya sendiri memapah mereka yang cedera dan mengangkat mayat perwira dari medan pertempuran. Saya masih ingat pertempuran di Sungai Siput, Perak yang menyaksikan ramai anak-anak buah saya terkorban akibat kekejaman komunis.

“Darah dan keringat pahlawan terdahulu jangan diabaikan, mereka berjuang sedaya-upaya memastikan anasir yang didoktrinkan Chin Peng ini dihapuskan, biar terkorban nyawa sekalipun,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mayat Chin Peng yang meninggal dunia di Thailand akibat sakit tua pada usia 90 tahun tidak akan diterima untuk dibawa pulang ke negara ini.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada pukul 6.20 pagi hari ini akibat sakit tua.

Mengulas lanjut, Mohd. Ghazali yang juga Pengerusi Kelab Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera (Rafoc) menambah, beliau yakin sesiapa sahaja yang hidup semasa zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1989 pasti membantah sebarang simpati terhadap Chin Peng.

Sudah terang lagi bersuluh tegasnya, kekejaman komunis yang membunuh sebanyak 2,083 anggota keselamatan negara perlu dijadikan titik rujukan paling kukuh bagi rakyat.

“Chin Peng adalah ketua komunis yang melakukan kekejaman terhadap negara ini, jangan ada sekelumit sekalipun simpati terhadap pengkhianat negara ini, saya sokong ketegasan kerajaan dalam isu ini,” kata beliau.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

16 September : Makna Signifikan Penubuhan Malaysia @ Penipuan Anwar

17 September 2013


16 SEPTEMBER ANWAR
Ramai diantara kita tidak tahu kewujudan dan pentingnya tarikh 16 September. Selama ini hanya tarikh 31 Ogos membawa makna yang cukup besar untuk rakyat yang benar-benar menghargai kemerdekaan dan keamanan negara. Bagi kebanyakkan rakyat tarikh 16 September terlalu sinonim dengan tarikh penipuan Anwar Bin Ibrahim mahu merampas kuasa secara besar-besaran dari kerajaan Barisan Nasional.

Makna sebenar sambutan Hari Malaysia  harus  dihayati dengan sepenuh hati. Perkara  utama yang perlu diberi perhatian adalah sejauh mana pengertian detik-detik bersejarah   penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.  Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia  itu dapat dihayati rakyat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Hari Malaysia akan menjadi meriah sekiranya rakyat benar-benar dapat  menghayati peristiwa pembentukan Malaysia dan bagaimana hari tersebut membawa pengertian penuh makna kepada mereka.  Perkara ini perlu diukur dari segi hati sanubari setiap rakyat Malaysia, khususnya Sarawak sama ada keputusan yang dibuat generasi terdahulu melalui Suruhanjaya Cobbold 50 tahun lalu untuk menjadi sebahagian daripada penyatuan negara lebih besar adalah satu keputusan tepat.

Jelas keputusan para pengasas Malaysia 50 tahun lalu sememangnya amat tepat. Sambutan Hari Malaysia kini diraikan dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran. Kemeriahan sambutan Hari Malaysia mencerminkan kecemerlangan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara selama 50 tahun serta keyakinan rakyat terhadap kewibawaan BN.

Permuafakatan politik yang baik akan membolehkan  kerajaan Pusat  terus dapat  membantu mentransformasi Sarawak menjadi sebuah negeri maju serta berpendapatan tinggi. Oleh itu pengukuhan jati diri dan rasa bangga rakyat bahawa Sarawak merdeka dalam Malaysia serta menyelesaikan saki-baki agenda pembangunan supaya negeri Sarawak setanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.

Manakala penipuan melampau yang dicipta oleh pengkhianat negara seperti Anwar Bin Ibrahim akhirnya memakan diri beliau sendiri. Setelah Beliau mencetuskan provokasi  janji dan berita  melampau berkenaan tarikh 16 september  kononnya beliau akan merampas Malaysia dan dirinya akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri  menjadi bukti jelas pembohongan kata-kata Anwar Bin Ibrahim.
Pada ketika itu para pemberita terus menagih jawapan dari Anwar tentang tarikh baru rampasan kuasa tersebut. Namun mereka akhirnya bosan dengan segala dolak dalih Anwar sehinggalah muncul seorang wartawan yang cukup berwibawa  . Dalam keangkuhan Anwar menjawab soalan para wartawan selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di Kuala Lumpur iaitu selepas Anwar mengulangi jawaban mengenai tuntutan meminta PM berjumpanya atau mengadakan sidang khas Parlimen bagi usul undi tidak percaya kepada Abdullah, sudah cukup bilangan ahli parlimen BN yang akan ;lompat’, wartawan wanita itu mencelah.

“Mereka kata Datuk Seri penipu, apa Datuk Seri fikir pasal itu (penipu)?,” katanya. Anwar yang nampak agak tergamam dengan soalan itu, mahu tak mahu terpaksa menjawab. “Mereka panggil macam-macam sebelum ini. Yang utama, jika mereka (kerajaan) fikir saya penipu, buatlah cara betul dan saya akan kemuka di Parlimen,” katanya.

Anwar  cuba berdalih dengan merujuk kepada permohonan pembangkang supaya Perdana Menteri mengadakan sidang parlimen khas bagi mereka membuktikan sudah ada cukup bilangan ahli parlimen untuk rampas  kerajaan.

Putar belit memang menjadi makanan Anwar.  Beliau tidak menjawab pertanyaan bila tarikh baru serta rancangan pembangkang merealisasikan impian tersebut  ketika bercakap dengan media di depan lif lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta itu. Anwar  berterusan  mendakwa  beliau mempunyai  cukup Ahli Parlimen BN yang mahu melompat parti dan menegaskan nahawa  tarikh untuk menubuh kerajaan baru bukanlah satu isu. Walaupun begitu Anwar tidak  menyatakan jumlah dan senarai ahli parlimen BN yang setuju menyertai pembangkang.
 
Akhirnya Pilihanraya Umum ke 13 pun muncul dan Anwar masih juga tidak mampu merampas kuasa dari tangan Barisan Nasional. Semua sejarah penipuan dan pembohongan Anwar ini harus terus dijadikan iktibar oleh rakyat. Sejarah harus dipelajari supaya kita tidak terus diperbodohkan oleh pengkhianat Negara seperti Anwar.


Sesungguhnya tarikh 16 September memang merupakan tarikh yang cukup bermakna untuk rakyat Malaysia. Tarikh keramat penubuhan Malaysia dan tarikh ini juga merupakan tarikh terbongkarnya penipuan Anwar Bin Ibrahim.  Disamping itu tarikh ini juga penting sebagai tarikh demokrasi terus hidup subur di bumi Malaysia dengan kematian petualan negara Chin Peng.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Al-Fatihah, Perginya Ulama Muda Indonesia, Presiden Menangis Kesedihan

16 September 2013


munzir
JAKARTA 16 Sept. – Ribuan umat Islam termasuk Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menziarahi jenazah ulama masyhur Indonesia Habib Munzir Al Musawwa di Jakarta Selatan pada Isnin dan menyembahyangkan jenazahnya sebelum dikebumikan selepas Zohor.

Habib Munzir, 40, pemimpin Majlis Rasulullah, sebuah majlis zikir terbesar di Jakarta, meninggal dunia di sebuah hospital di sini pada Ahad setelah terjatuh di bilik air di rumahnya. Beliau sebelum ini dilaporkan mederita beberapa penyakit.

Jenazahnya dikebumikan di Kompleks Makam Habib Kuncung, Kalibata, Jakarta Selatan.

Majlis Rasulullah menghimpunkan sejumlah umat Islam pada hari Selasa setiap minggu untuk berzikir.
Yudhoyono dalam ucapan belasungkawanya berkata Habib Munzir merupakan ulama muda yang penuh dengan teladan kepada umat Islam Indonesia.

“Saya sering bersama beliau. Beliau sangat mendambakan Indonesia yang beragama, Islami dan rakyatnya sejahtera,” katanya.

Editorial Mykmu dan seluruh rakyat Malaysia merakamkan takziah kepada keluarga dan para sahabat Habib Munzir atas pemergiannya. Biarpun jika ada perbezaan pendapat dengan allahyarham Munzir ia adalah pandangan keilmuan.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) menangis saat sambutan kepergiaan Habib Munzir Al Musawa di rumah duka, Jalan Cikoko Barat 2, Kompleks Liga Mas Pancoran, Jakarta Selatan, Senin (16/9/2013).

Linangan air mata tampak di kelopak, dan mata SBY memerah. Namun, SBY berusaha tegar. Presiden Republik Indonesia ini menyampaikan ucapan turut berduka atas kepergian seorang ulama pimpinan majelis zikir Majelis Rasulullah SAW.

Saat ini SBY bersama ibu negara Ani Yudhoyono serta rombongannya telah meninggalkan rumah duka. Ribuan jamaah masih memadati rumah duka sang guru tercinta Habib Munzir Al Musawa untuk dibawa ke Masjid Al-Munawar, Pancoran, guna disalatkan dengan iring-iringan salawa

—–

Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa, pimpinan Majelis Dzikir Rasulullah, meninggal dunia di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, Jakarta Pusat pada hari Minggu 15 September kemarin. Habib Munzir menghembuskan nafas terakhir pukul 15.30 WIB.

Pria kelahiran 23 Februari 1973 silam itu dimakamkan di kompleks pemakaman keluarga Al Haddad atau Habib Kuncung, Kalibata, Jakarta Selata. Ia meninggalkan istri dan 2 orang putra.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Fitnah Pembangkang : Rakyat Muak Mahukan Tindakan Tegas

18 September 2013


bangla
Dua penggal yang lepas menyaksikan pembangkang bertindak melampaui batas peradaban . Fitnah yang melampau telah dilemparkan oleh mereka semata-mata mahu mencetuskan provokosi ataupun “psywar” untuk menukar “setting” pemikiran rakyat.

Mereka seolah-olah tidak takut dan gentar dengan kerajaan kerana terlalu yakin bahawa kerajaan terlalu pengecut untuk mengenakan sebarang tindakan tegas terhadap mereka. Pada masa yang sama juga kita boleh lihat seolah-olah sistem perundangan Malaysia telah dikuasai sepenuhnya oleh pembangkang. Oleh itu, sebarang kes dan isu yang dibawa oleh pihak pembangkang dengan senang dan mudah akan dimenangi oleh mereka. Manakala sebarang kes yang cuba diketengahkan oleh pihak kerajaan akan dengan mudah diketepikan dipermainkan dengan begitu banyak penangguhan demi penangguhan.

Rakyat sudah muak dengan senario ini. Sekiranya perkara ini terus berlarutan maka rakyat akan beranggapan bahawa kerajaan Barisan Nasional terlalu lemah sehingga tidak mampu mengambil sebarang tindakan tegas terhadap pembangkang. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah wajib bertindak tegas dan menyiasat sehingga ke akar umbi akan sistem perundangan agar ianya tidak terus dimanipulasikan oleh pembangkang.

Pihak polis melaksanakan tugas mereka dengan menahan pihak pembangkang yang bertindak melampau seperti penghinaan terhadap agama Islam, bangsa Melayu dan Tanahair namun mereka ini telah terlepas dengan mudah dengan sistem perundangan dan kehakiman yang terlampau lemah. Tindakan tegas wajib dilaksanakan untuk memperbaiki situasi ini.

Kita boleh bercakap dan berhujah dari segi perundangan dan sebagainya namun isu yang paling penting di sini adalah kerajaan yang tegas.  Sistem yang digunapakai di negara kita adalah Raja Berpelembagaan.  Dengan wujudnya Parlimen maka rakyat menuntut semua ahli Parlimen yang dilantik menjalankan tugas setelah dipilih oleh rakyat. Rakyat membayar gaji mereka bukan sekadar untuk “goyang kaki”.

Perlaksanaan undang-undang dari A hingga Z perlu dilaksanakan dengan tegas demi menjamin kestabilan dan keamanan negara. Pada Pilihanraya Umum ke 13 baru-baru ini, pembangkang telah membuktikan sekali lagi bahawa mereka boleh membuat fitnah sesuka hati dan kerajaan tidak akan mengenakan sebarang tindakan terhadap mereka. Sekiranya perkara ini tidak dikawal maka pada Pilihanraya Umum ke 14 nanti pembangkang akan bertindak lebih jahat dengan fitnah yang cukup untuk membunuh demokrasi dan keamanan negara.

Isu pengundi hantu warga Bangladesh serta berlaku gangguan bekalan elektrik semasa pengiraan undi pada pilihan raya umum pada Mei lalu telah dimanipulasikan sepenuhnya oleh pembangkang untuk mengganggu gugat kelancaran proses demokrasi di negara kita. Semua rakyat yang waras fikirannya tahu bahawa ini adalah satu penipuan. Namun dengan kewujudan jentera maya pembangkang yang melancarkan “psywar” dengan mengelirukan rakyat antara kebenaran dan kebatilan telah menyebabkan rakyat yang tidak berpengetahuan mudah terpengaruh dengan dakyah dan penipuan pembangkang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengemukakan saman malu kepada pihak pembangkang  kerana melakukan fitnah dan mengganggu proses pilihan raya. SPR berhak mengambil tindakan tegas memandangkan mereka merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab dalam memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar. Masyarakat akan beranggapan SPR tidak tegas dalam menjalankan tugas sekiranya mereka terus mendiamkan diri. Elemen fitnah itu harus dibersihkan dengan segera untuk mengelakkan penipuan itu terus berlarutan dengan membabitkan pilihan raya akan datang dan kemungkinan pembangkang boleh melakukan perkara yang lebih buruk.

Tembelang penipuan pembangkang mengenai pengundi hantu Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik semasa pengiraan undi pada pilihan raya umum lalu terbongkar apabila diakui tidak benar oleh pemimpin DAP dan Pas. Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming dalam temu bual bersama portal Free Malaysia Today dilaporkan berkata, beliau tidak mengetahui mengenai kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh atau pun insiden gangguan bekalan elektrik sebagaimana didakwa dan bersetuju dengan penafian Pemantau Pilihan Raya (Pemantau) iaitu tidak wujud isu yang dikatakan oleh pihak pembangkang.

Rakyat mahukan kerajaan yang kuat dan tegas dalam menjaga keamanan dan kestabilan Negara. Transformasi ke arah kebaikan sememangnya amat dialu-alukan.  Ekonomi dan ketegasan dalam menjamin keamanan haruslah seiring. Sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas terhadap pembangkang yang menyalahi undang-undang dan mengadaikan keamanan negara. Sistem perundang perlu dibersihkan dari kumpulan yang dimanipulasikan oleh pembangkang.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming Dedahkan Golongan Yang Diperbodohkan!

17 September 2013


ong kian mingBagi DAP yang berfahaman chauvinis dan komunis, penipuan adalah darah daging mereka. Propaganda sebegini sudah menjadi kelaziman mereka. DAP dan penipuan, berpisah tiada.

Berhubung dengan dakwaan pembangkang kononnya terdapat 40 ribu pengundi hantu Bangladesh telah dinafikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh, A.K.M Atiqur Rahman. Perkara ini turut sama disokong kenyataannya oleh beberapa orang pemimpin DAP dan PAS.

Terkini, Ong Kian Ming yang ditemubual oleh sebuah portal berkata, beliau sendiri tidak tahu menahu tentang kewujudan pengundi hantu dari Bangladesh mahu pun insiden gangguan bekalan elektrik seperti yang didakwa oleh kebanyakkan pemimpin dan penyokong Pakatan.

Perkara ini cukup mengejutkan kepimpinan DAP, apabila salah seorang pemikir strategi mereka sendiri yang secara tidak langsung, memberitahu bahawa dakwan-dakwaan terbabit adalah palsu semata.

Sebenarnya, penulis tidak terkejut dengan kenyataan “tulang belakang” politik DAP ini. Bukan mudah untuk membenarkan, jangankan 40 ribu, andaikan seorang pun warga Bangladesh untuk melepasi prosedur ketat sewaktu mengundi. Hakikatnya, beberapa kes yang ditunjangi oleh DAP ternyata palsu, apabila pengundi yang dihalang untuk menunaikan tanggungjawabnya, dengan dakwaan kononnya rakyat Bangladesh adalah rakyat Malaysia, seperti yang terjadi di Rawang.

Kepada anda yang pernah mengundi, seharusnya faham akan prosedur berkenaan, dari beratur panjang, pemeriksaan nama pengundi, penyerahan Kad Pengenalan untuk tujuan semakan, sebelum nama anda ditandakan sebagai “sudah mengundi” oleh pemerhati dari kedua-dua parti yang bertanding.

Tentunya sahaja bilangan mereka yang mengundi akan berada di tangan-tangan pemerhati tersebut. Soalannya, di pusat daerah mengundi (PDM) manakah bilangan pengundi tidak selari dengan jumlah undi keseluruhan termasuklah undi rosak dan sebagainya? Penulis pasti, pihak Pakatan tidak dapat menjawab soalan tersebut. Itulah bukti bahawa prosedur yang telus.  Bagaimana wujudnya undi hantu?

Apabila Ong berkata tidak tahu menahu tentang kedua-dua dakwaan ini, secara automatik fikiran penulis berlegar di kalangan jemaah yang hadir sewaktu perhimpunan BlackOut505.

blackout505
Rata-ratanya percaya dengan dakwaan tersebut, dengan memakai baju, topi dan lilitan kepala yang menunjukkan solidariti terhadap “kebenaran”. Dengan semangat, dengan kesungguhan, seolah-olah itulah yang berlaku.

Penulis tidak menyalahkan Anwar yang ternyata bijak memanipulasi penyokongnya. Cuma, kasihan melihat betapa mereka sanggup diperbodohkan.

Ong Kian Ming telah menyatakan apa yang beliau tahu tentang kedua-dua dakwaan ini, maka terserlah sudah taraf pemikiran penyokong mereka – membabi buta, sembrono dan terpulanglah kepada anda untuk menyambungnya…

Dipetik daripada : www. mykmu. net