Wednesday, September 18, 2013

Pemimpin UMNO : Pilih Pejuang Sebenar Bukannya Pengkhianat “ala” Anwar

18 September 2013


UMNO1
Pejuang tulen berjiwa UMNO penting demi menguatkan UMNO yang merupakan pembela agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair kita. Kita tidak boleh nafikan bahawa musuh UMNO akan menyelinap masuk ke dalam UMNO untuk memusnahkan UMNO dari dalam. Begitu juga mereka yang berkepentingan peribadi akan hanya berjuang untuk periuk nasi mereka sendiri yang akhirnya sanggup menggadai maruah bangsa Melayu dan agama Islam.

Hakikat nya UMNO memang memerlukan pemimpin yang mampu menjadi pejuang demi membawa kepada perubahan parti dan bukannya membawa ‘penyakit-penyakit’ yang hanya menjurus ke arah kelemahan parti itu. Kesilapan dalam memilih pemimpin yang  kalau UMNO memiliki pemimpin yang tidak mampu membawa perubahan kepada parti, UMNO akan menjadi sebuah parti yang berpenyakit dan lemah.

Walaupun orang muda amat diperlukan untuk memberi nafas baru untuk transformasi yang lebih baik namun isu yang  lebih penting disini adalah kesiapsiagaan para  pemimpin-pemimpin muda untuk menjadi pejuang UMNO tulen.  Mereka  perlu berjiwa besar serta lebih fokus dengan mendahulukan agenda Melayu dan bumiputera dalam perjuangan mereka.

Walaubagaimanapun kita tidak mahu membuat kesilapan yang sama sepertimana UMNO  lakukan apabila menggilap Anwar dalam politik tanahair.  Kita benar-benar memerlukan pejuang tulen yang bijak dan baik dalam merealisasikan hasrat untuk berjuang demi agama Islam, bangsa Melayu dan Tanahair.  UMNO perlu peka terhadap mereka yang memperjuangkan agenda peribadi melebihi agenda parti.

Sekiranya mereka dapat mengenalpasti sesiapa yang seiras dengan “Anwar in the making” maka mereka harus berwaspada dan berhati-hati menangani individu tersebut.  Cara yang paling senang untuk mengenalpasti mereka ini dari perwatakan yang sanggup berkompromi secara melampau dengan pihak pembangkang.

Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO merupakan   parti penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu.Asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.

Demi kesinambungan UMNO  yang merupakan maruah Melayu maka seharusnyalah  telah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara dan menjaga parti ini sebaik mungkin.  Kewujudan UMNO juga merupakan ancaman terhadap pengkhianat negara yang cuba merampas negara dan mengganggu gugat keamanan  negara.

Pengkhianat Negara tahu bahawa PAS dan PKR tidak akan mampu menjaga kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam kerana mereka mempunyai terlalu banyak agenda peribadi. Oleh itu serangan bertubi-tubi telah mereka lancarkan terhadap UMNO dari dalam dan luar parti. Dengan penuh rendah hati kita harus bersatupadu mempertahankan parti keramat ini dan memastikan kesinambungannya.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment