Wednesday, September 18, 2013

Setiap Kali Kalah, Orang Lain Yang Salah

27 Julai 2013


IMG_1966

Walaupun PRK Dun Kuala Besut sudah berakhir 3 hari yang lalu dan kemenangan berpihak kepada parti BN, isu PRK kali ini masih lagi diperkatakan oleh banyak pihak terutama sekali ahli-ahli PAS sendiri.

PAS menuding jari kepada pihak SPR atas kekalahan yang mereka alami. Mereka mendakwa kononnya kekalahan ini berpunca daripada konspirasi BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menentukan tarikh pengundia pada pertengahan minggu menyebabkan pengundi-pengundi luar kawasan tidak pulang mengundi.

Untuk rekod, calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang kini sah menjadi ADUN Kuala Besut menang selepas mendapat 8,288 undi berbanding calon Pas, Endot@Azlan Yusof yang mendapat 5,696 undi.

Sejak dari dahulu lagi, setiap kali kalah, PAS yang bersekongkol dengan DAP dan PKR, akan menyalahkan pihak lain. Selalunya, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Barisan Nasional menjadi mangsa mereka. Tidak pernah sekali pun Pas menyalahkan diri sendiri atas kekalahan mereka.

Jadi, tidak hairanlah PAS terus-terusan menyalahkan SPR dalam PRK Kuala Besut supaya silap mereka tidak diteliti dan dilihat oleh rakyat.

Hakikatnya, alasan yang PAS kemukakan pengundi-pengundi mereka sukar untuk pulang ke Terengganu untuk mengundi hanyalah menunjukkan PAS sebenarnya menyalahkan penyokong dan pengundi mereka yang tidak mengundi.

Ini kerana, sekiranya benar PAS mampu mendapatkan lebih dari 50% pengundi luar, tindakan menyalahkan pihak lain tidak akan ditimbulkan oleh parti Islam ini.

Untuk secara terang-terangan menyalahkan pengundi-pengundi luar, sememangya PAS tidak akan bercakap secara terang kerana dikhuatiri sokongan rakyat kepada parti itu akan berkurangan dan hilang. Sebab itulah PAS menyalahkan SPR dikedudukan yang utama.

Antara sebab lain PAS menyalahkan pengundi-pengundi luar ialah kerana tidak ada sikap mementingkan imej dan maruah PAS yang selama ini sudah tercalar banyak dalam PRU13. Sekiranya pengundi-pengundi luar ini yang menyokong PAS betul-betul sayangkan perjuangan PAS dan mahu melihat kemenangan parti, mereka tidak akan teragak-agak untuk pulang mengundi.

Inilah punca kemarahan parti PAS yang mereka sorokkan dari pengetahuan sesiapa pun. Berangkan pengundi-pengundi luar yang tidak pulang ke Kuala Besut, jadi tindakan menyalahkan pihak lain adalah penyelamat supaya maruah PAS tidak bertambah calar.

Kebenarannya, PAS silap dalam percaturan meletakkan calon yang tidak berdedikasi untuk membantu dan menjaga kebajikan rakyat Terengganu. Di awal-awal kempen lagi Azlan sudah mencemarkan imej PAS.

Selain itu, kekalahan PAS di Kuala Besut menunjukkan bukti penolakkan rakyat terhadap parti itu. Ini kerana, PAS tidak mampu menjaminkan taraf hidup yang lebih cerah kepada rakyat seperti apa yang BN mampu lakukan.

Di saat ini, PAS perlu mengkaji semula segala silap parti mereka kerana ini adalah pentunjuk yang rakyat semakin sedar perjuangan PAS tidak selari dengan tuntutan agama, berbeza dengan perjuangan mereka dahulu. Yang dipentingkan hanyalah mengejar pengkat dan kedudukan supaya martabat mereka lebih tinggi dari pihak lain.

Belajarlah bermuhasabah diri.

Oleh : Nur Azlina Ashaari

No comments:

Post a Comment