Wednesday, September 18, 2013

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra: Pembangkang Pertikaikan Hak Bangsa Melayu Dalam Perlembagaan?

16 September 2013


PERLEMBAGAAN
Pembangkang cuba mengubah perlembagaan Negara yang menjaga kepentingan bangsa Melayu sebagai Tuan Tanah Melayu. Agenda Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak yang mahu memperkasakan Ekonomi Bumiputera telah dipolitikkan oleh mereka.

Sejarah cuba diubah dan dipadamkan.  Sejarah penghijrahan bangsa Cina untuk menjadi pelombong dan bangsa India untuk bekerja diestet cuba diputarbelitkan. Kaum Cina dan India telah dibawa oleh British ke Tanah melayu. Ini juga antara sejarah yang cuba dipadamkan.  Tanah Melayu yang dijajah cuba dirampas dengan zalim oleh pengganas komunis juga cuba dihapuskan sejarahnya.

Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 memberikan kewarganegaraan terbuka kepada bukan Melayu, sebahagiannya imigran dan diterima secara automatis sebagai warga Negara dan diberikan jus soli.Inilah antara sifat negara dan bangsa Malaysia yang harus difahami – berbilang kaum tetapi berakar umbi dalam sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan juga mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan sistem pemerintahan beraja.

Ironinya mengapa bangsa Melayu didalam PKR dan PAS seolah-olah sudah terpengaruh dengan dakyah sehingga cuba melupakan betapa relevannya bangsa Melayu sebagai Tuan Tanah Melayu yang telah bertolak ansur dengan pendatang Cina dan India yang bekerja di lombong dan estet untuk hidup dengan aman dan makmur di Negara kita sehingga sanggup melupakan dan mengabaikan kepentingan bangsa Melayu, agama Islam dan Tanah Melayu semata-mata untuk ketamakan kuasa ke Putrajaya.

Pembangkang  seolah-olah tidak mahu mengiktiraf kewujudan agensi-agensi di bawah kerajaan yang bertujuan menjaga kepentingan orang Melayu dan bumiputera. Kewujudan agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) menjadi jentera untuk memperkasakan ekonomi bangsa Melayu. Ini cuba dipersoalkan oleh pembangkang yang derhaka kepada negara.

Kita tahu bahawa salah satu agenda pakatan pembangkang sekiranya  berpeluang memerintah negara ini adalah memastikan  agensi yang mengutamakan orang Melayu dan bumiputera dihapuskan kononnya menyamaratakan yang sama sekali TIDAK ADIL kepada Tuan Tanah Melayu yang bertolak ansur selama ini.

Kewibawaan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan cuba dipertikaikan  dan membangkitkan kemarahan golongan bumiputera kononnya pengumuman Perdana Menteri menyentuh kebebasan asasi rakyat.

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang Dipertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia , secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak social , dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu.

Oleh kita kita merayu kepada bangsa Melayu samada di dalam UMNO, PAS dan PKR haruslah bersatupadu mempertahankan kedaulatan agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair kita. Jangan sesekali kita biarkan sesiapa pun menggugat keamanan Negara kita dengan racun fikiran yang bakal membinasakan bangsa, agama dan Negara.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment