Wednesday, September 18, 2013

Suhaimi Nafikan Kereta Yang Dirampas Miliknya, SPRM Main Politik?

19 September 2013


10kereta

KUALA LUMPUR, Sept 18  – Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Suhaimi Ibrahim, hari ini menafikan bahawa 10 buah kereta mewah yang dilaporkan dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah miliknya. 


“Tiada sebuah pun kereta milik saya dirampas oleh SPRM,” kata Suhaimi kepada Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)Suhaimi juga menyatakan bahawa beliau dan beberapa orang lagi dipanggil membantu siasatan mengenai mengenai projek kerajaan.

Semalam akhbar-akhbar menyiarkan sebuah gambar 10 buah kereta mewah di sekitar bangunan SPRM yang dikatakan milik Suhaimi Ibrahim.

Dengan penafian ini, timbul tanda tanya siapakah yang memberi gambaran dan maklumat kepada media bahawa sepuluh buah kereta mewah tersebut milik Suhaimi? Tanggapan umum tentulah pendedahan ini dilakukan oleh SPRM sendiri. Jika ini benar, apakah motif SPRM?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment