Wednesday, September 18, 2013
Sahabat Anwar Mahu Syiah Dipertahan Di Malaysia?
Saya tidak menyangka bahawa ada juga pihak di negara kita yang mengaku beragama Islam, tapi sanggup bersuara mendesak agar pihak berkuasa memberikan hak kepada golongan Syiah untuk mengamalkan fahaman agama mereka di Malaysia.
Setahu saya, Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar, Khalid Jaafar, merupakan seorang penganut agama Islam. Namun mungkin dia terlalu lama di luar negara, maka mungkin dia lupa budaya dan asal usulnya di tanah Melayu ini…
Kata Khalid, Syiah perlu diberikan hak untuk mengamalkan fahaman mereka tanpa sebarang gangguan dari sudut perundangan di Malaysia. Katanya, tiada sebarang sekatan beragama di US dan negara luar, maka Syiah perlu diberikan ruang di negara ini untuk diamalkan…
Kata pengarah kesayangan Anwar itu, setidak-tidaknya satu perdebatan mengenai hak amalan Syiah perlu dilakukan dan resolusinya perlu berpaksi kepada “hak asasi manusia”. Begitulah katanya baru-baru ini di sebuah forum.
Saya tertanya-tanya, bolehkah isu amalan Syiah di Malaysia dan di luar negara dibandingkan dengan kaedah “apple to apple”? Sedangkan perlembagaan, budaya dan corak pemikiran semuanya berbeza sama sekali.
Di US, Islam bukanlah menjadi agama rasmi di negara itu. Malah negara itu bukan terbina dari perjuangan Islam sebagaimana di bumi Melayu ini. Hakikat perjuangan terbinanya Persekutuan Tanah Melayu bermula dari gerakan perjuangan Islam, Melayu dan Tanah Melayu (alif, ba, ta).
Jadi, jelas sekali Islam atau kepentingan mengenai agama Allah itu sama sekali kurang mendapat tempat di US, bukan? Berbanding Malaysia, Islam merupakan agama suci yang menjadi agama rasmi dan menjadi sesuatu yang sangat sensitif untuk “diusik”.
Jika Khalid tidak percaya, cubalah pertikai atau beri pandangan negatif terhadap kepentingan Islam di Malaysia. Selepas mencabar Islam, saya harap Khalid tidak menyesal jika dia dihambat keluar dari negara ini…
Maksudnya, Khalid boleh amalkan ajaran Ayah Pin di US atau mana-mana negara luar yang dia suka. Tapi tidak di Malaysia. Sensitivitinya berbeza dan saya yakin umat Islam di negara ini lebih kuat semangat mempertahankan kesucian Islam berbanding di luar negara.
Apa yang Khalid nak debatkan mengenai Syiah? Khalid mahu Syiah diberi hak untuk diamalkan di Malaysia? Dan selepas itu Syiah boleh kelirukan fahaman umat Islam di negara ini?
Khalid mahu anak-anak kita terpengaruh pada dakyah yang mengkafirkan Saiyyidan Abu Bakar As-Siddiq, Saiyyidina Umar Al-Khattab dan Saiyyidina Usman Al-Affan? Khalid mahu anak-anak kita faham bahawa Jibrail AS tersilap hantar wahyu pada Muhammad SAW dan sepatutnya pada Saiyyidina Ali Karramallahuwajhah?
Saya yakin jika Saiyyidina Ali RA masih hidup, rasanya belum sempat Khalid habiskan debatnya mengenai Syiah, kepalanya tergolek jatuh ke bumi dipancung pedang sepupu Rasulullah SAW itu. Liberal sungguh pemikiran pengarah kesayangan Anwar…
Kalau mahu diikut kehendak “hak asasi manusia ala barat” yang diperjuang Khalid Jaafar, maka jahanamlah negara kita. Bayangkan, berbogel di tempat umum pun adalah antara hak yang dituntut di atas nama “hak asasi manusia”!
Itu belum lagi disebut mengenai hak LGBT, hak perkahwinan sejenis dan pelbagai perkara kontroversi yang berlawanan dengan fitrah manusia yang dituntut atas nama “hak asasi manusia ala barat” lagi! Boleh hancur Malaysia dibuatnya…
Begitulah fikrah dari individu yang bernama Khalid Jaafar. Dia fikir apa yang diperkatakannya itu betul dan logik belaka. Padahal segala fikrahnya itu berkiblatkan orientalis dan barat. Kita boleh terimakah fikrah begitu sedangkan kita berkiblatkan pada Allah dan RasulNya?
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment