Wednesday, September 18, 2013

16 September : Makna Signifikan Penubuhan Malaysia @ Penipuan Anwar

17 September 2013


16 SEPTEMBER ANWAR
Ramai diantara kita tidak tahu kewujudan dan pentingnya tarikh 16 September. Selama ini hanya tarikh 31 Ogos membawa makna yang cukup besar untuk rakyat yang benar-benar menghargai kemerdekaan dan keamanan negara. Bagi kebanyakkan rakyat tarikh 16 September terlalu sinonim dengan tarikh penipuan Anwar Bin Ibrahim mahu merampas kuasa secara besar-besaran dari kerajaan Barisan Nasional.

Makna sebenar sambutan Hari Malaysia  harus  dihayati dengan sepenuh hati. Perkara  utama yang perlu diberi perhatian adalah sejauh mana pengertian detik-detik bersejarah   penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.  Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia  itu dapat dihayati rakyat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Hari Malaysia akan menjadi meriah sekiranya rakyat benar-benar dapat  menghayati peristiwa pembentukan Malaysia dan bagaimana hari tersebut membawa pengertian penuh makna kepada mereka.  Perkara ini perlu diukur dari segi hati sanubari setiap rakyat Malaysia, khususnya Sarawak sama ada keputusan yang dibuat generasi terdahulu melalui Suruhanjaya Cobbold 50 tahun lalu untuk menjadi sebahagian daripada penyatuan negara lebih besar adalah satu keputusan tepat.

Jelas keputusan para pengasas Malaysia 50 tahun lalu sememangnya amat tepat. Sambutan Hari Malaysia kini diraikan dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran. Kemeriahan sambutan Hari Malaysia mencerminkan kecemerlangan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara selama 50 tahun serta keyakinan rakyat terhadap kewibawaan BN.

Permuafakatan politik yang baik akan membolehkan  kerajaan Pusat  terus dapat  membantu mentransformasi Sarawak menjadi sebuah negeri maju serta berpendapatan tinggi. Oleh itu pengukuhan jati diri dan rasa bangga rakyat bahawa Sarawak merdeka dalam Malaysia serta menyelesaikan saki-baki agenda pembangunan supaya negeri Sarawak setanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.

Manakala penipuan melampau yang dicipta oleh pengkhianat negara seperti Anwar Bin Ibrahim akhirnya memakan diri beliau sendiri. Setelah Beliau mencetuskan provokasi  janji dan berita  melampau berkenaan tarikh 16 september  kononnya beliau akan merampas Malaysia dan dirinya akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri  menjadi bukti jelas pembohongan kata-kata Anwar Bin Ibrahim.
Pada ketika itu para pemberita terus menagih jawapan dari Anwar tentang tarikh baru rampasan kuasa tersebut. Namun mereka akhirnya bosan dengan segala dolak dalih Anwar sehinggalah muncul seorang wartawan yang cukup berwibawa  . Dalam keangkuhan Anwar menjawab soalan para wartawan selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di Kuala Lumpur iaitu selepas Anwar mengulangi jawaban mengenai tuntutan meminta PM berjumpanya atau mengadakan sidang khas Parlimen bagi usul undi tidak percaya kepada Abdullah, sudah cukup bilangan ahli parlimen BN yang akan ;lompat’, wartawan wanita itu mencelah.

“Mereka kata Datuk Seri penipu, apa Datuk Seri fikir pasal itu (penipu)?,” katanya. Anwar yang nampak agak tergamam dengan soalan itu, mahu tak mahu terpaksa menjawab. “Mereka panggil macam-macam sebelum ini. Yang utama, jika mereka (kerajaan) fikir saya penipu, buatlah cara betul dan saya akan kemuka di Parlimen,” katanya.

Anwar  cuba berdalih dengan merujuk kepada permohonan pembangkang supaya Perdana Menteri mengadakan sidang parlimen khas bagi mereka membuktikan sudah ada cukup bilangan ahli parlimen untuk rampas  kerajaan.

Putar belit memang menjadi makanan Anwar.  Beliau tidak menjawab pertanyaan bila tarikh baru serta rancangan pembangkang merealisasikan impian tersebut  ketika bercakap dengan media di depan lif lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta itu. Anwar  berterusan  mendakwa  beliau mempunyai  cukup Ahli Parlimen BN yang mahu melompat parti dan menegaskan nahawa  tarikh untuk menubuh kerajaan baru bukanlah satu isu. Walaupun begitu Anwar tidak  menyatakan jumlah dan senarai ahli parlimen BN yang setuju menyertai pembangkang.
 
Akhirnya Pilihanraya Umum ke 13 pun muncul dan Anwar masih juga tidak mampu merampas kuasa dari tangan Barisan Nasional. Semua sejarah penipuan dan pembohongan Anwar ini harus terus dijadikan iktibar oleh rakyat. Sejarah harus dipelajari supaya kita tidak terus diperbodohkan oleh pengkhianat Negara seperti Anwar.


Sesungguhnya tarikh 16 September memang merupakan tarikh yang cukup bermakna untuk rakyat Malaysia. Tarikh keramat penubuhan Malaysia dan tarikh ini juga merupakan tarikh terbongkarnya penipuan Anwar Bin Ibrahim.  Disamping itu tarikh ini juga penting sebagai tarikh demokrasi terus hidup subur di bumi Malaysia dengan kematian petualan negara Chin Peng.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment