Wednesday, September 18, 2013
Anak Muda Pakatan Haram Sanggup Uruskan “Jenazah” Chin Peng
Meskipun sudah meninggal dunia dua tiga hari lepas, cerita mengenai bekas Setiausaha Agung Pari Komunis Malaya, Chin Peng, terus hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia khususnya menyentuh mengenai “abu mayat” ketua pengganas itu.
Memang benar, Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak membenarkan Chin Peng disemadikan di bumi “Tanah Melayu” ini. Malah abu mayatnya pun dilarang sama sekali untuk dibawa masuk ke Malaysia.
Namun yang mengejutkan ialah mengenai beberapa juak Pakatan Haram yang seolah-olah sengaja menjulang “abu mayat” Chin Peng sehingga ada yang sanggup “menguruskan jenazah” pembunuh kejam itu.
Misalnya, Khalid Ismath. Dia tanpa rasa malu atau bersalah mengumumkan di laman sosial twitter mengatakan bahawa dia bersedia untuk menguruskan jenazah Chin Peng jika dibawa kembali ke Malaysia.
Malah pada awalnya, “tweet”nya seolah-olah berbunyi begitu sugul dan muram mengumumkan “Mendiang Chin Peng sudah pergi menyahut seruan ilahi”. Betul-betul sayang Khalid Ismath pada Chin Peng yang kononnya pejuang kemerdekaan negara!
Pada saya, inilah contoh terbaik seorang anak muda yang berjaya dipesongkan daya pemikiran dan fahamannya oleh “junta-junta” propaganda Pakatan Haram. Anak muda ini mengiktiraf Chin Peng seolah-olah seorang “wira”?
Mungkin anak muda ini tahu bahawa Chin Peng dan gerombolan komunis merupakan sekumpulan pengganas yang kejam serta pernah membunuh ribuan rakyat negara ini. Dia tahu, tapi dia enggan percaya pada fakta tersebut.
Mungkin dia sudah disuntik doktrin yang kononnya mengatakan “dosa Chin Peng itu sudah berusia 40 tahun dan dia sudah dimaafkan dari segala dosanya”.
Mungkin juga Khalid Ismath sudah dirasuk dakyah Pakatan Haram dan Mat Sabu yang menganggap komunis itu merupakan salah satu pihak yang memperjuang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu suatu ketika dahulu?
Saya tertanya-tanya, kalaulah Khalid Ismath hidup di zaman komunis mengganas dan seisi keluarganya dibunuh dengan kejam oleh pengganas tersebut, apa pula pandangannya terhadap Chin Peng? Dia masih mahu menguruskan “jenazah” Chin Peng?
Inilah contoh anak muda asuhan Pakatan Haram yang berjaya “dibutakan”. Bukan saja “buta sejarah”, malah boleh disifatkan sebagai “buta hati”!
Saya yakin, kalau Khalid Ismath hidup di zaman komunis, berkemungkinan besar berdasarkan akalnya yang sempit, cetek dan bodoh itu, dia sendiri akan menyertai komunis. Budak sepertinya sudah tentu mudah ditipu oleh perjuangan palsu komunis Chin Peng…
Mungkin pada Khalid, Chin Peng adalah idolanya. Kalau benar Khalid Ismath begitu menyanjungi Chin Peng, rasanya masih belum terlambat untuknya bergegas ke Thailand bagi memberikan penghormatan terakhir pada “abu mayat” Chin Peng.
Seterusnya, Khalid boleh menawarkan diri untuk menguruskan “jenazah” idolanya itu, bukan? Khalid berminat untuk ke Thailand? Silakan. Tiada siapa yang menghalang.
Cuma yang sedihnya, anak muda berideologi seperti Khalid Ismath ini sering dianggap “wira” oleh puak Pakatan Haram. Entah “wira” jenis apakah yang mendokong Syiah dan menyokong komunis, saya pun kurang pasti…
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment