Wednesday, September 18, 2013

Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming Dedahkan Golongan Yang Diperbodohkan!

17 September 2013


ong kian mingBagi DAP yang berfahaman chauvinis dan komunis, penipuan adalah darah daging mereka. Propaganda sebegini sudah menjadi kelaziman mereka. DAP dan penipuan, berpisah tiada.

Berhubung dengan dakwaan pembangkang kononnya terdapat 40 ribu pengundi hantu Bangladesh telah dinafikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh, A.K.M Atiqur Rahman. Perkara ini turut sama disokong kenyataannya oleh beberapa orang pemimpin DAP dan PAS.

Terkini, Ong Kian Ming yang ditemubual oleh sebuah portal berkata, beliau sendiri tidak tahu menahu tentang kewujudan pengundi hantu dari Bangladesh mahu pun insiden gangguan bekalan elektrik seperti yang didakwa oleh kebanyakkan pemimpin dan penyokong Pakatan.

Perkara ini cukup mengejutkan kepimpinan DAP, apabila salah seorang pemikir strategi mereka sendiri yang secara tidak langsung, memberitahu bahawa dakwan-dakwaan terbabit adalah palsu semata.

Sebenarnya, penulis tidak terkejut dengan kenyataan “tulang belakang” politik DAP ini. Bukan mudah untuk membenarkan, jangankan 40 ribu, andaikan seorang pun warga Bangladesh untuk melepasi prosedur ketat sewaktu mengundi. Hakikatnya, beberapa kes yang ditunjangi oleh DAP ternyata palsu, apabila pengundi yang dihalang untuk menunaikan tanggungjawabnya, dengan dakwaan kononnya rakyat Bangladesh adalah rakyat Malaysia, seperti yang terjadi di Rawang.

Kepada anda yang pernah mengundi, seharusnya faham akan prosedur berkenaan, dari beratur panjang, pemeriksaan nama pengundi, penyerahan Kad Pengenalan untuk tujuan semakan, sebelum nama anda ditandakan sebagai “sudah mengundi” oleh pemerhati dari kedua-dua parti yang bertanding.

Tentunya sahaja bilangan mereka yang mengundi akan berada di tangan-tangan pemerhati tersebut. Soalannya, di pusat daerah mengundi (PDM) manakah bilangan pengundi tidak selari dengan jumlah undi keseluruhan termasuklah undi rosak dan sebagainya? Penulis pasti, pihak Pakatan tidak dapat menjawab soalan tersebut. Itulah bukti bahawa prosedur yang telus.  Bagaimana wujudnya undi hantu?

Apabila Ong berkata tidak tahu menahu tentang kedua-dua dakwaan ini, secara automatik fikiran penulis berlegar di kalangan jemaah yang hadir sewaktu perhimpunan BlackOut505.

blackout505
Rata-ratanya percaya dengan dakwaan tersebut, dengan memakai baju, topi dan lilitan kepala yang menunjukkan solidariti terhadap “kebenaran”. Dengan semangat, dengan kesungguhan, seolah-olah itulah yang berlaku.

Penulis tidak menyalahkan Anwar yang ternyata bijak memanipulasi penyokongnya. Cuma, kasihan melihat betapa mereka sanggup diperbodohkan.

Ong Kian Ming telah menyatakan apa yang beliau tahu tentang kedua-dua dakwaan ini, maka terserlah sudah taraf pemikiran penyokong mereka – membabi buta, sembrono dan terpulanglah kepada anda untuk menyambungnya…

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment