Thursday, August 11, 2011

Berfikir Dulu Kan Lebih Baik.... - Bicara Ketua Penerangan UMNO



Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Puas saya memikirkan tajuk yang sesuai bagi penulisan saya kali ini. Bukannya apa, beberapa isu semasa untuk dirangkumkan bersama. Akhirnya, setelah beberapa ketika saya rasa tidak lain tidak bukan perkataan 'BERFIKIR' itu yang bermain di minda saya. Dari perkataan ini akhirnya boleh mendorong kita kepada setiap perkara yang mungkin ingin kita kaitkan.

Isu semasa dewasa ini semakin hebat dan mencabar. Kerap kali kita mendengar ramai yang mengungkapkan "Silap betul.... kan bagus kalau aku....", "Kenapalah aku buat begitu, kan baik kalau aku ...(begitu begini)...", "Sepatutnya aku fikir dulu betul-betul sebelum aku...". Dan yang paling banyak ungkapan ini... "Laa.. tak terfikir pulak aku!"

Perkataan ini, milik mereka yang melafazkan penyesalan setelah mengatakan atau melakukan sesuatu sebelum berfikir terlebih dahulu.

Sebelum saya terus mengaitkan isu 'fikir' ini dengan isu semasa. elok kiranya saya gambarkan secara mendalam berkaitan fikir ini. Contohnya dahulu, pernah di dalam satu ceramah saya ada yang bertanya (samada ingin menguji atau benar-benar ingin tahu.. itu tidak dapat saya pastikan). Cumanya persoalan menarik ini juga mungkin ditanya juga kepada anda. Soalan yang ditimbulkan oleh salah seorang peserta saya semasa berceramah di Selangor, "Bagaimana hendak mengenal Tuhan?". Apabila persoalan mengenai Tuhan berbangkit, satu frasa yang sangat mashyur adalah "Kenali diri, maka kamu akan kenali Tuhanmu". Maka, sebaiknya kita mengenal diri kita dahulu. Saya tidak perlu mengulas panjang lebar mengenai jenis personaliti, kekuatan dan kelemahan diri atau yang selari dengan perkara-perkara tadi, sebaliknya cukup sekadar saya membangkit kesedaran semua kepada satu suruhan agama iaitu BERFIKIR.

Dalam Al-Qur'an terdapat banyak sekali kalam-kalam Allah yang menyuruh kita berfikir. Mengapa agaknya? Walaupun senarai kelebihan berfikir ini berjela-jela panjangnya, tetapi di akhirnya kita BERFIKIR untuk memahami. Memahami mengapa sesuatu perkara wujud, bagaimana sesuatu perkara berlaku. Maka, apabila kita telah faham, kita akan bertindak berasaskan kefahaman kita tadi menerusi proses BERFIKIR.

Contoh mudahnya saya gambarkan menerusi contoh berikut; katakan kita menyedari bahawa jikalau kita makan dalam kuantiti yang banyak boleh mengakibatkan kegemukan, maka kita akan mula ada kesedaran. Apabila kita memahami dengan lebih mendalam masalah-masalah yang akan timbul apabila kita gemuk (ekoran banyak sangat makan), kita akan berusaha mencegahnya daripada berlaku. Maka, ketika itulah kita akan mencari maklumat tambahan. Contoh seterusnya, baru-baru ini adik saya yang baru berusia 25 tahun. Beliau benar-benar terperanjat kerana disahkan oleh doktor kerana bacaan tekanan darahnya yang terlalu tinggi. Bila ini berlaku benar-benar menyuntik keinsafan berkaitan pemakanan yang diamalkannya, kehidupannya tiba-tiba berubah, jadi risau tak keruan. Beliau nyata tidak menyangka bahawa dengan usia semuda ini jika pemakanan tidak dijagam boleh mengakibatkan pelbagai penyakit yang tidak disangka boleh datang kepada golongan muda.

Pada ketika ini, mulalah difahami, makanan bukan sahaja boleh mendatangkan kegemukan, tetapi juga masalah-masalah lain seperti darah tinggi, kolestrol, stroke, jantung dan sebagainya. Maka, ketika inilah kita akan mula mengkaji maklumat tentang kalori makanan, diet yang baik, makanan yang sihat dan sebagainya. Mahu tidak mahu, kita kena BERFIKIR barulah tindakan kita tidak akan merosakkan diri kita (itupun jikalau kita melaksanakan berasaskan FIKIRAN yang wajar dan tepat kerana ada juga yang fikir tetapi tetap melakukan perbuatan yang menyalahi fikirannya sendiri).

Perumpamaan ini samalah juga dengan misi kita mencari Tuhan. Apabila kita tahu siapa kita, iaitu suatu makhluk yang mempunyai kelemahan, keperluan dan keinginan, barulah kita akan sedar bahawa sebenarnya kita hanyalah sekadar hamba. Hamba kepada sang pencipta segala makhluk. Hamba yang perlukan ihsan dan kekuatan dari penciptanya.

Apa yang lebih penting penulisan saya hari ini menekankan kepentingan kita berfikir dalam menjadi manusia yang tidak dilabel sebagai dangkal, tidak matang, semberono malahan paling dahsyat lagi "macam tak ada otak!". Itulah tahap kepentingan berfikir kerana manusia dinilai berasaskan tutur kata yang melambangkan asas pemikirannya.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihatnya dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." [Al-A'raf :179].

Oleh yang demikian, BERFIKIR itulah hasil daripada pengamatan kita menerusi tiga deria utama HATI/OTAK, TELINGA dan MATA. Gabungjalin ketiga-tiganya wajar menjadi asas penghasilan tindakan yang dan bicara yang wajar daripada mengeluarkan pandangan secara membuta tuli sehingga mencabar kerasionalan sebagai manusia malahan juga rasional selaku umat Islam.

Baiklah, kini tiba masanya saya tunjukkan perkaitan BERFIKIR dengan isu yang berlaku pada hari ini. Isu hangat hari ini sudah tentunya mengaitkan dengan peristiwa di gereja di mana berlakunya serbuan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Apabila berlaku peristiwa ini, pelbagai pihak mula mengeluarkan pelbagai kenyataan. Antaranya:

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menuduh UMNO dan Barisan Nasional sengaja membangkitkan kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja untuk menutup tuntutan pilihan raya bersih. Hadi Awang bahawa PAS akan menemui JAIS dan pihak Gereja sendiri untuk mendapat maklumat sebenar juga sebenarnya menjadi bahan jenaka yang paling menghiburkan diseluruh negara. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin membangkitkan kenapa Hadi sibuk-sibuk nak jumpa JAIS dan Gereja sedangkan tidak bertemu sendiri Saiful dan Eskay dalam isu liwat dan video seks, kenapa hanya percaya bulat-bulat kepada Anwar? Kemudiannya Khalid Samad. Khalid juga mempersoalkan sama ada benar atau tidak Hasan Ali punya bukti untuk bertindak sedemikian terhadap gereja tersebut. Dia cabar Hasan Ali untuk kemukakan bukti tersebut. Khalid berhujah, hanya Hasan Ali seorang saja yang mendakwa bahawa “majlis tersebut bertujuan untuk memurtadkan umat Islam”, sedangkan JAIS hanya mendakwa “ada bukti penyebaran agama bukan Islam terhadap umat Islam”.
Persoalannya, apakah bezanya “usaha memurtadkan umat Islam” dan “menyebarkan agama bukan Islam terhadap umat Islam”? Hasil dari usaha memurtadkan umat Islam ialah “seorang muslim keluar dari agama Islam” dan hasil dari “penyebaran agama bukan Islam terhadap umat Islam” juga menyebabkan “seorang muslim keluar dari agama Islam”. Hasilnya sama. Khalid Samad buta hati sangat ke?
Yang paling mahalnya, Khalid Samad berkata… “Kita harap ada kebijaksanaan dalam isu seperti ini. Kita simpan komen akhir sehinggalah dapat laporan Jais dan mesyuarat dewan (harian) bersama Hasan Ali untuk dapatkan penjelasan lanjut lagi.” “Kita simpan komen akhir?” Komen akhir apa tu?


Apabila isu ini berlaku iaitu dikatakan bermula apabila pihak berkuasa Agama di negeri Selangor melakukan pemeriksaan di sebuah Gereja atas aduan terdapat usaha memurtadkan umat Islam, banyak pihak (termasuk saya sendiri) ternanti-nanti respon dari badan-badan pertubuhan politik Islam dan juga NGO-NGO Islam.
Malangnya, pihak yang selama ini mengaku berpolitik diatas landasan Al Quran dan Sunnah tersebut lebih mengutamakan politik dari menjaga aqidah umat Islam di negara ini. Mereka dilihat berdolak dalik didalam menyatakan pendirian berhubung kejadian itu biarpun pihak berkuasa agama Selangor membawa bukti-bukti yang sah.


Dikala umat Islam memandang serius isu ini dan tak senang dengan apa yang cuba dilakukan oleh pihak Gereja terbabit, kepimpinan tertinggi parti politik tersebut mengambil sikap sebaliknya dengan mengatakan ianya satu usaha sabotaj dari musuh politik untuk memalukan dan menjatuhkan maruah parti mereka.


Kenapa pula ini yang berlaku disaat sepatutnya semua umat Islam bersatu menentang ancaman baru dari pihak kafir yang cuba untuk merosakkan aqidah umat Islam di negara ini? Janganlah hanya kerana politik, kita sanggup menjual agama kerananya. Apakah berbaloi meringankan urusan agama hanya kerana mementingkan urusan dunia?
Syukurlah kini pelbagai pihak dikalangan NGO-NGO Islam mula menyatakan sokongan mereka terhadap apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa agama di Selangor terhadap Gereja tersebut. Tindakan ini dilihat telah meningkatkan suara dikalangan umat muslim kepada usaha membela agama.


Jika difikirkan, tindakan memutarbelitkan fakta kejadian ini adalah sesuatu tindakan yang memalukan umat Islam. Isu sebenarnya disini ialah berkaitan dengan usaha pihak Gereja yang mahu memurtadkan umat Islam. Tetapi kenapakah hal betul atau tidak tindakan pihak berkuasa agama menyiasat tempat kejadian pula yang jadi pertikaian?
Semua ini langsung tak membantu mahupun merungkaikan permasalahan yang kita hadapi sekarang. Sebaliknya, ia akan menambahkan lagi kekeliruan dikalangan umat Islam dan juga juga menimbulkan perpecahan dan ketegangan diantara sesama rakyat berbilang kaum dalam negara.


Gambaran salah diberikan mengenai siasatan pihak berkuasa agama seolah-olah sengaja dibuat demi untuk menjaga kepentingan politik sesetengah pihak. Jika usaha pihak berkuasa agama ini disifatkan sebagai satu pencabulan terhadap rumah ibadat bukan Islam, bagaimana pula dengan bukti-bukti yang menunjukkan usaha pihak Gereja yang mahu memurtadkan kaum muslim?


Malang bagi kita kerana semua putar belit dan juga tipu helah ini dilakukan sendiri oleh pemimpin yang beragama Islam demi menjaga undi yang diberikan oleh pihak kafir kepada mereka semasa pilihanraya. Besar sangatkah undi-undi tersebut jika mahu dibandingkan dengan kewajipan mempertahankan agama?


Oleh itu, semua tindakan-tindakan yang mengusutkan lagi keadaan serta campurtangan politik ini harus dihentikan segera. Ia demi kepentingan aqidah umat Islam yang semakin hari semakin terancam akibat dari perancangan jahat pihak kafir.


Sifat apologetic pemimpin-pemimpin politik yang kononnya berjuang berlandaskan Islam juga tak perlu wujud kerana isu agama bukan boleh dijadikan mainan politik. Berkatalah yang benar walaupun ianya pahit untuk ditelan.


Yang menyemarakkan rasa panas hati umat Islam pula adalah apabila kenyataan parti MCA menerusi Presidennya iaitu Datuk Seri Chua Soi Lek yang bukan main lantang lagi nampaknya sekarang, akhir-akhir ini, dua-dua jabatan Islam dia hentam, iaitu JAKIM dan JAIS.


Apa respon Ibrahim Ali agaknya? Kerana biasanya Presiden PERKASA lah yang KUAT MEMPERTAHANKAN ISLAM (kononnya), seperti yang pernah dilaung-laungkannya sebelum ini di dalam ceramah beliau terhadap golongan Kristian yang kononnya telah mengatakan mahu melantik Perdana Menteri dari golongan Kristian suatu hari nanti.


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan tindakan para pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Pusat Methodist Damansara Utama di sini ketika satu majlis makan malam pelbagai kaum diadakan di situ, adalah tidak wajar dan memalukan. Yang JAKIM pula katanya terlalu memperbesar-besarkan standard Sijil Halal. Wah! Pada saya melampaulah, isu ini dibicarakan oleh yang BUKAN AHLI dalam bidang ini.


Pastinya, sekali lagi saya rujuk kepada mauduk bicara saya hari ini iaitu "BERFIKIR". Saya yakin bahawa anda yang sedang membaca penulisan ini pada hari ini akan bersetuju bahawa segala apa kenyataan yang dilontarkan oleh beberapa individu di atas benar-benar tidak mencerminkan kematangan apatah lagi setelah mengambilkira faktor pemikiran yang baik dan menyeluruh.

Sebaiknya, kenyataan yang ingin dikeluarkan biarlah berlandaskan fakta dan penemuan dan barulah kita katakan ulasan kita itu bernas dan bersandarkan sesuatu yang boleh dijadikan panduan. Jika kita rujuk balik kepada contoh yang saya berikan di awal tadi, setelah kita kaji jenis makanan berkalori, makanan yang kurang berzat, makanan yang jika diambil dalam kuantiti banyak boleh mendatangkan penyakit apa, maka kemudian barulah adil kita membuat kesimpulan. Kalau tidak tahu, buatlah komen umum tanpa melambangkan pendirian.. sesuai sebagai seorang yang tidak tahu. Dan atau lebih baik lagi diam , supaya kita tidak dilabel macam-macam. Chua Soi Lek, misalnya perlu faham, kenyatannya menghentam JAIS dan JAKIM sebenarnya tidak menguntungkan MCA malahan juga boleh mendatangkan kemarahan terhadap Barisan Nasional juga. Diam sahajalah, dan jangan beri kenyataan yang boleh menyinggung orang-orang Islam di negara ini. Bukannya tidak ada rekod yang mana Chua Soi Lek pernah memohon maaf ekoran keterlanjuran kata-katanya terhadap orang Melayu. Dan kini, berlaku lagi, maka sekali lagi apakah beliau tidak berfikir.


Maka, kesimpulannya, walau apaun berlaku pada hari ini, yang paling penting untuk melihat sesuatu sebaiknya kita berfikir, dan kemudiannya barulah kita membuat rumusan atau kesimpulan. Sebagaimana di dalam satu Hadith. Kita, sebagai manusia dianugerah oleh Allah SWT potensi otak untuk berfikir tentunya melebihi makhluk lainnya. Kelebihan ini diberikan agar diasah dan dipergunakan sebaik mungkin. Ungkapan “Apakah kalian tidak berfikir?” seringkali difirmankan Allah SWT dalam Al-Qur’an untuk memberitahu kita agar senantiasa menggunakan potensi tersebut. Namun baru beberapa aspek potensi tersebut seolah tidak kita pergunakansebaiknya. Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW juga menjanjikan pahala yang sangat besar bagi siapa saja yang mau berfikir, sebagaimana yang tersurat dalam Hadis “Tafakkaru Sa’atan afdhalu min ‘ibadati sittina sanah” (berfikir sesaat lebih baik daripada ibadah 60 tahun).

Maka di kesempatan ini saya menasihatkan diri saya dan para pembaca yang membaca penulisan saya kali ini agar, berfikirlah. Janganlah kita terlampau fanatik fahaman 'kepolitikan' dan sehingga kita lupa apa yang kita nyatakan mungkin akan mengakibatkan kita dilabel sebagai seorang yang tidak matang, dangkal, tidak faham malahan lebih teruk lagi .... (sebagaimana yang telah saya ceritakan di awal tadi). Eloklah kita berfikir, tambahan pula bila kita berada di dalam bulan Ramadhan ini, insya Allah kita punya banyak masa untuk berfikir....

Fikirkanlah....

Sekian dan Wassalam.
























Disediakan oleh:

Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail

Ketua Penerangan UMNO Panchor

UMNO Bahagian Seremban

merangkap

Presiden Pertubuhan Alumni Dabat Malaysia (ADAM)




Wednesday, August 10, 2011

Murtad Di Selangor: Apa Teruk Sangat PAS?


PAS memang parti teruk, parti busuk, parti munafik dan segala apa macam yang teruklah, tapi tak sangka sungguh PAS menyokong habis cubaan puak kristian untuk memurtadkan orang melayu di Selangor – seperti di Gereja Methodist Damansara Utama.


Apa dah jadi ni lebai?


Benar, PAS bukan lagi sebuah parti Islam, itu kita sedia maklum, tapi walaupun dah bertukar jadi parti kebajikan, itu tidak bermakna PAS perlu sampai ketahap membiarkan puak kristian yang mahu nak menyebarkan agama Kristian di kalangan orang Islam.


Apa yang berlaku di Damansara itu, perlu diambil berat. Terang-terang ia menyalahi perlembagaan Malaysia dalam maksud menyebarkan agama bukan Islam dikalangan orang Islam. Tak payah perlembagaanlah, dari segi agama pun, apa yang dibuat di Damansara Utama itu perlu dikutuk.


Miskin macam mana pun, takkanlah sampai sanggup menggadaikan agama sendiri. Kata di Selangor tu segala macam kebajikan untuk rakyat yang tidak ada di negeri lain (terutama yang diperintah UMNO), tapi kenapa orang susah sampai ikut ajaran kristian demi DUIT!!!!!


Terang-terang antara yang ditahan mengakui mereka menerima wang setiap bulan dari pihak gereja, diberikan bible dalam bahasa melayu dan diminta mengikuti acara keagamaan yang diadakan pihak gereja sebagai balasan bantuan yang diberikan.



Itupun PAS menyokong? Kita tak faham betul dengan PAS sekarang dan pendirian apa yang dipilihnya. Masih tak boleh nak membezakan antara majlis biasa dengan majlis keagamaan. Belum apa-apa JAIS dah dikondem, pihak kristian yang menjalankan upacara keagamaan itu tak pulak nak disergahnya.


Penulis tak faham, kenapa pertemuan Datuk Sri Najib dengan Pope John di Vatican City menjadi isu untuk menjustifikasi kejadian di Damansara Utama. Pertemuan itu tidak ada kaitan dengan menyebarkan agama sesiapa kepada sesiapa yang lain. Itu pertemuan diplomasi yang bukan Datuk Seri Najib saja pemimpin Islam yang pernah melakukannya.


Disinilah jahatnya PAS dalam berpolitik. Betul salah semua dia tak kira, dilanggarnya saja semacam.


Contoh di Selangor ini adalah peringatan kepada kita semua kenapa PAS perlu ditolak. PAS tidak lagi memperjuangkan Islam itu satu hal tapi membiar dan menyokong agama lain disebarkan dikalangan orang Islam? Itu sudah melampau.


Entah kenapa, apa yang berlaku di Selangor membuatkan kita menyirap saja tengok pemimpin PAS. Daripada radikal kepada pengecut, transformasi parti yang satu ini memang menyakitkan hati ramai orang.


Sampai masanya sesuatu dibuat ke atas DAP dan PAS yang sama-sama bertanggungjawab dalam hal di Damansara Utama. Kalau perlu dihapuskan kedua parti ini dari muka bumi, dihapuskan saja. Nakberpolitik tu berpolitik sajalah, menyimpang ke lain pulak dia.


Dipetik daripada : www. mykmu.net

PAS lebih jaga Gereja berbanding aqidah umat Islam..


Heboh dikalangan puak-puak pembangkang yang serbuan terhadap gereja di Damansara merupakan satu sabotaj dari pihak UMNO untuk memalukan PAS. Tapi sejak bila pula PAS menguasai gereja sampaikan UMNO boleh memalukan PAS melalui serbuan pihak agama terhadap rumah ibadat kristian tersebut?


Bukan kah pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa gereja tersebut kerana terdapat aduan bahawa ada usaha untuk memurtadkan umat Islam? Sebagai menjaga kesucian Islam dan juga pegangan agama semua muslim di Malaysia, salah kah pihak JAIS membuat pemeriksaan?


Adakah hanya dengan melakukan usaha mencegah pihak-pihak yang mahu menggugat akidah umat Islam di negara ini, telah menjadi satu kesalahan dimata PAS terutamanya pada Timbalan Pesuruhjaya PAS Khalid Samad? PAS sekarang ini memperjuangkan Islam ataupun memperjuangkan gereja?


Kerana terlampau berpolitik, usaha pihak JAIS mencegah murtad dikalangan umat Islam telah didakwa PAS sebagai salah satu agenda UMNO. Malah JAIS sediri telah dilabelkan sebagai alat UMNO untuk menjatuhkan imej PAS.


Wajarkah kenyataan sebegini dangkal disebarkan oleh PAS kepada umat Islam? Kenapa UMNO disalahkan sedangkan menjaga aqidah umat Islam adalah kewajipan seluruh umat Islam didalam negara ini. Apakah UMNO disalahkan kerana berbeza pandangan politik dengan PAS?


Jika diteliti secara umum, pihak Jabatan Agama Islam Selangor yang bertindak menyerbu Majlis yang berlangsung di gereja tersebut, bukannya UMNO. Malah bekas Pesuruhjaya PAS Selangor merupakan individu terawal yang membuat kenyataan berkaitan dengan serbuan pihak JAIS tersebut, bukannya pemimpin UMNO. Jadi dimana kaitannya dengan UMNO?


Apakah hanya kerana Hasan Ali dilabelkan sebagai antara pemimpin PAS yang mahu melihat perpaduan UMNO dan PAS, maka segala yang dilakukan oleh Exco Selangor tersebut mesti ada kaitan dengan UMNO? Dan apakah kerana Selangor diperintah oleh Pakatan, maka segala peristiwa yang dilihat merugikan kerajaan negeri adalah hasil kerja UMNO?


Inilah yang dikatakan takut kepada bayang-bayang sendiri. Nampaknya ketakutan PAS terhadap UMNO telah melebihi ketakutan mereka kepada Tuhan. Semua yang terjadi kepada mereka bukan lagi mereka terima sebagai Qada’ dan Qadar Tuhan sebaliknya mereka anggap itu semua adalah kerja dan sabotaj dari UMNO.


Isu memurtadkan umat Islam ini bukanlah isu yang ringan tetapi ia adalah satu perkara besar dan perlu semua pihak ambil berat. Jika dilihat sikap PAS hingga ke hari ini, mereka seolah-olah mahu menutup isu ini mungkin disebabkan takut rakan kafir mereka didalam Pakatan tersinggung.


Satu persoalan untuk semua umat Islam didalam PAS serta Pakatan, apakah mereka mahu menjadi parti melayu yang memperjuangkan gereja lebih dari mereka menjaga kebajikan umat Islam sendiri?


Dipetik daripada : www. mykmu.net

Kelemahan pengagihan Zakat punca fakir miskin muslim bergantung kepada Gereja.


Kita telah dikejutkan dengan pengakuan umat Islam yang bergantung kepada ehsan pihak gereja bagi meneruskan kehidupan seharian akibat kemiskinan. Ini sebenarnya adalah satu berita yang amat memalukan dan juga mencabar kewibawaan umat Islam didalam menjaga kebajikan komuniti Islam itu sendiri.


Islam itu agama yang sempurna. Malah Islam juga mengajar bagaimana untuk mengelakkan dari umatnya berada didalam belenggu kesusahan dan fakir. Maka dengan itu, wujudlah baitulmal dan juga sistem pungutan zakat bagi meringankan beban dan membantu umat Islam yang memerlukan.


Zakat dikutip untuk mencapai beberapa matlamat. Selain daripada menyucikan harta dan jiwa pembayar zakat, zakat adalah salah satu daripada sumber pembiayaan utama bagi matlamat-matlamat kebajikan dan pembangunan yang selaras dengan peruntukan syarak memenuhi lapan asnaf zakat.


Disebabkan penerima zakat sudah ditentukan oleh Allah S.W.T sendiri, maka penggunaan kutipan zakat tidak boleh lari daripada lapan golongan penerima ini. Selagi ada penerima zakat yang berhak menerima, selagi itu kutipan zakat itu MESTI diagihkan pada penerima tersebut.


Firman Allah yang bermaksud:-
‘Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 60)


Di negara kita kini kutipan zakat banyak digunakan untuk projek-projek pertanian dan juga mengembangkan perniagaan. Apakah semua ini tertakluk didalam lapan asnaf yang telah digariskan? Bagaimana pula dengan nasib golongan FAKIR, MISKIN, AMIL, MUALLAF, AL-RIQAB, AL-GHARIMIN, FISABILILLAH dan juga IBNU SABIL?


Sudahkah semua keperluan lapan golongan asnaf yang wajib menerima zakat ini dipenuhi dan diberi keutamaan oleh pihak yang menguruskan zakat? Jika benarlah agihan zakat didalam negara ini dilakukan dengan sempurna, bagaimanakah pula masih ada golongan umat Islam yang fakir miskin dan juga mualaf yang masih berada didalam keadaan yang dhoif serta serba kekurangan?


Jika hendak diteliti keadaan hidup masyarakat di negara ini terutamanya dikawasan luar bandar, masih ramai umat Islam yang berada dibawah paras kemiskinan. Malangnya, mereka ini tak tahu kemana hendak dituju dan hendak diadukan nasib mereka. Adakalanya mereka-mereka ini bukan sahaja perlukan bantuan kewangan semata-mata, tetapi ada yang perlukan bantuan sokongan hidup akibat dari kekurangan fizikal dan tempat tinggal.


Amat menghairankan jika pihak urus Zakat memberi alasan tak tahu ada orang susah ataupun tak diberikan maklumat mengenai masalah kemiskinan yang berlaku dikalangan umat Islam. Kalau pihak gereja boleh turun padang untuk mencari dan mengenal pasti umat Islam yang dhoif, apakah pekerja-pekerja di pejabat zakat terlalu mulia untuk jejakkan kaki ke kampung-kampung?


Jika pihak gereja bersungguh-sungguh mengambil tahu dan bertanyakan khabar, telefon bertanyakan masalah 3 kali seminggu dan tawarkan pula penginapan yang lebih selesa bagi menawan hati umat Islam yang memerlukan bantuan mereka, kenapa pihak Baitulmal dan juga Zakat tak mampu berbuat sedemikian?


Kutipan yang dibuat oleh pihak Zakat bukannya sedikit, malah mencecah puluhan juta bagi setiap negeri saban tahun. Kemanakah wang tersebut pergi? Apakah amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah swt di ringankan oleh mereka-mereka yang berkerja di pejabat-pejabat zakat seluruh negara? Tak takutkah mereka ini semua kepada azab Allah di akhirat nanti?


Janganlah beralasan tak cukup kakitangan untuk pantau umat Islam yang memerlukan bantuan, tak mempunyai kuasa untuk turun padang mendapatkan maklumat fakir miskin, mengenal pasti orang miskin adalah diluar bidang kuasa dan juga tak dapat arahan dari pihak atasan.


Walaupun tak salah didalam agama untuk umat Islam menerima bantuan dari pihak gereja, namun secara adap dan adatnya, ia telah memalukan seluruh masyarakat Islam di Malaysia ini. Apakah kita sebagai komuniti Islam sendiri tak mampu untuk membantu saudara-saudara seislam kita yang berada didalam kesusahan? Tambah pula kita mempunyai pusat yang menguruskan berpuluh juta RM duit zakat yang dikutip.


Apakah kita rela diketawakan oleh masyarakat kafir diatas kelemahan kita sendiri? Dan apakah kita sanggup bersekongkol dengan penggadaian aqidah yang bakal berlaku jika umat Islam yang berada didalam kesusahan terus berharap kepada pihak geeja untuk mencari sesuap nasi? Nauzubillah..


Dipetik daripada : www. mykmu.net

Bonus Setengah Bulan Gaji, Terima Kasih Kerajaan!!


Perdana Menteri semalam bermurah hati untuk meluluskan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM 500 untuk lebih 1 juta kakitangan awam. Tidak ketinggalan bayaran khas RM 500 kepada semua pesara kerajaan dengan nilai keseluruhan duit rakyat yang akan dibelanjakan sebanyak lebih RM 2 billion.


Dapat duit, hati mana yang tidak gembirakan walaupun hanya setengah bulan gaji. Lebih lagi dikala nak menyambut hari raya ini, banyak benda boleh dibuat dengan duit setengah bulan gaji tu untuk persediaan satu perayaan.


Tapi kita jangkakan Pakatan Rakyat akan counter balik pemberian oleh kerajaan pusat ini dengan satu nilai yang ganas bunyinya, cuma dengan syarat mereka kena jadi kerajaan pusat dululah. Pendekatan populis ini kita dah banyak lihat sebelum ini, kalau kerajaan bagi subsidi sekian banyak, depa akan tambah subsidi minyak sekian banyak lagi, kalau kerajaan bagi royalti 5% depa akan bagi 20% dan seterusnyalah.


Walaupun sebelum ini pemberian duit raya ini telah beberapa kali dilakukan dan kerajaan negeri Pakatan sedia ada hanya mengikut dengan jumlah sama/sedikit berbeza atau tidak mengikut (menambah tidak sama sekali), ini bukan halangan untuk Anwar Ibrahim sebagai ketua pakatan menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat.


Baru-baru ini Anwar dikhabarkan ada mengeluarkan kenyataan untuk menjimatkan duit rakyat sebanyak RM 200 billion jika berjaya memerintah Malaysia. Anwar dan angka bukan sesuatu yang baru, dari sejak penipuan terbesar 16 September 2008, Anwar sudah dilabel sebagai bapa angka dengan kegemarannya menyebut jumlah-jumlah yang tidak masuk akal bagi menarik keyakinan rakyat kepada ‘dream government’nya.


RM 200 billion ini khabarnya akan disalurkan semula kepada rakyat.


Ini semua cerita basilah, Anwar tidak ada gambaran sebenar pun berapa nilai aset dan tunai yang dimiliki kerajaan sekarang dan bagaimana hebat dia boleh mendapat nilai penjimatan sedemikian tanpa memiliki data yang mencukupi? Kalau Anwar begitu hebat dalam menjimatkan wang kerajaan, kita mahu lihat berapa sudah dijimatkan di Selangor di mana Pakatan menjadi kerajaan.


Dari situ, berapa pula yang boleh diberikan dalam bentuk bonus kepada kakitangan awamnya, 2 bulan, 6 bulan atau berapa bulan?


Apa pun semua kakitangan kerajaan persekutuan perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana bermurah hati untuk memberi bonus kepada mereka, Dibanding dengan lebih ramai lagi rakyat yang bekerja dibahagian swasta ini yang tidak mendapat apa pun untuk menyambut hari raya yang akan datang melainkan apa yang telah dijimatkan sebelum ini sebagai persediaan.


Itulah bonus kami pun.


Dipetik daripada : www. mykmu.net


Murtad Satu Hal, Pakai Kopiah Tapi Sokong Murtad Satu Hal Lain


Lepas satu satu yang terbongkar tentang kisah gereja haram di Damansara DUMC. Dikatakan haram sebab pembinaan gereja tersebut tidak mendapat kelulusan Majlis, yang diluluskan adalah dewan komuniti, bukannya gereja.


Tapi kita tak minat nak sentuh isu itu sangat, dengan separuh dari Exco Selangor dikuasai puak kristian dan Exco Islam yang ada pun (tolak 1) jenis menurut saja tanpa membantah, kelulusan untuk menukar sebuah pusat komuniti kepada sebuah gereja bukanlah satu masalah.


Yang lebih penting kesalahan yang berlaku dalam gereja tersebut pada hari kejadian.


Kesalahan yang berlaku dalam gereja haram DUMC bukannya perkara kecil tapi perkara besar. Kesalahan yang cuba dilanggar dalam gereja tersebut bukan undang-undang biasa tapi PERLEMBAGAAN. Apa yang lebih besar dari itu dalam konteks sebuah negara?


Kalau ikutkan darjah kesalahan, apa ’class’ JAIS yang datang serbu? Sepatutnya dalam isu sebesar ini pasukan khas polis seperti UTK atau VAT69 yang patut serbu gereja tersebut, kalau tidak komando darat, laut dan udara. Lepas serbu gereja, serbu pulak pejabat PAS Shah Alam.




Makan Malam Ada Ujian Pasal Islam?


Sebab apa?


Sebab yang nak murtadkan orang Islam ada dalam gereja, yang menyokong cubaan memurtadkan orang Islam ada di pejabat PAS Shah Alam. Dan kalau diikutkan, yang di dalam pejabat PAS Shah Alam tu lebih bahaya sebab mereka adalah orang yang sama-sama keluar masuk masjid, sembahyang macam kita semua. Atau lebih mudah faham, musuh dalam selimut.


Senada dengan gereja, PAS dakwa itu majlis makan malam. Walhal dengan segala aturcara, program yang diadakan (rujuk gambar), makan malam apa macam tu?


Jelas sangat PAS sokong cubaan nak memurtadkan orang Islam dalam gereja DUMC sebab tak sempat menunggu mana-mana pihak bagi penjelasan, JAIS baik, Hassan Ali baik, polis baik, mereka dah memihak kepada pihak gereja. Khalid Ibrahim lagi best, siap mintak maaf dengan pastor gereja tersebut dan kutuk JAIS dalam masa yang sama kerana konon ‘serbu’ gereja tersebut.


Yang dikatakan serbu itu pun bukan serbu pun. Lapuran dari medan mengatakan pegawai JAIS ketuk pintu gereja, kata kuncinya disitu ‘ketuk pintu’. Si bodoh mana dalam dunia ini yang dikatakan menyerbu tapi ketuk pintu dulu?


Itu bukan serbu dalam erti kata sebenar. Menceroboh pun bukan sebab polis ada disitu.


Memang betul pihak gereja ada bagi bantuan kepada orang susah dari dulu, itu kita akui, tapi kes yang di Damansara Utama ni berlaku dalam gereja, ulang balik, dalam gereja. Kalau ikhlas dan jujur nak bagi bantuan, diluar gereja apa masalah? Itu satu hal, siap ada nyanyi nyanyi memuja muji Isa Al Masih tu apahalnya pulak?



Program "Makan Malam"


Puak Kristian ini tidak akan berhenti untuk mengembangkan agama mereka disini . Ketika awal 80-an, kemunculan lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan Nasrani dalam industri hiburan kita begitiu menyerlah. Ada yang bertiga, ada yang solo, berkumpulan dan sebagainya. Dengan muka yang tampan bagi lelaki dan cantik bagi perempuan, mereka sebenarnya ejen penyebaran agama kristian melalui lagu-lagu merdu menusuk kalbu.


Kerajaan yang cepat menghidu kegiatan mereka telah mengambil tindakan awal sehingga menyebabkan sebahagian besar puak-puak ini melarikan diri ke Australia dan ada yang menjadi permaustutin disana. Kalau penulis sebutkan nama kumpulan ini dan lagu mereka, pasti ada yang tahu.


Sekarang, jalan lebih mudah sebab sudah ada orang Islam sendiri yang melindungi kegiatan mereka. Semua ini dan banyak lagi adalah bukti kenapa PAS perlu ditolak dalam erti kata yang sebenarnya.


PAS dah melebihi ruang lingkup yang dibenarkan dalam hal pendaftarannya, politik.


Dipetik daripada : www. mykmu.net


Kerajaan Tentukan Siapa Pengarah Urusan Baru MAS- Azman Mokhtar


Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar, hari ini menafikan CEO Tony Fernandes akan dilantik sebagai CEO MAS yang baru.


“Dakwaan beberapa media mengenai isu ini bukan sahaja tidak benar, malah tidak mempunyai asas. Tune Air hanya memiliki 20.5% saham MAS. Tune Air sendiri bukan milik Tony perseorangan. Selain itu, Khazanah masih menguasai 49% saham MAS selepas pertukaran ini. Pertukaran saham ini juga tidak menjejaskan penguasaan kerajaan di dalam MAS melalui Khazanah dan juga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PNB yang secara keseluruhan membentuk lebih daripada 65% saham dalam MAS. Kemudiannya, “golden share” kerajaan dalam MAS juga tidak terusik dan menjadikan kerajaan mempunyai kuasa mutlak dalam MAS.


“Pertukaran ini lebih menguntungkan kerajaan kerana kini kerajaan mempunyai saham yang agak signifikan dalam Air Asia Berhad. Selain 10% milik Khazanah, KWSP turut mempunyai 8% dalam Air Asia. Manakala saham Tune Air dalam Air Asia menyusut kepada 13%. Namun kita tidak berniat mengganggu sebarang urusan dan pengurusan Air Asia kerana ia menunjukkan model perniagaan yang berjaya dan ia harus kekal sedemikian bagi keuntungan pelaburan kerajaan pada masa akan datang.”


MAS dijangka mendapat pengalaman Air Asia dalam menyusun semula organisasi perniagaannya bagi memastikan ia boleh terus kompetetif pada masa hadapan. Ini terbukti melalui pembentukan Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) MAS yang dipengerusikan oleh Tan Sri Md Nor Yusof dan dianggotai oleh Datuk Mohamed Azman Yahya (Khazanah), Mohamed Rashdan Yusoff (MAS/Khazanah), Tan Sri Tony Fernandes dan Dato’ Kamaruddin Meranum.”


Bercakap kepada MYKMU dan beberapa bloggers lain di KLCC semalam, Tan Sri Azman turut menyatakan proses pemilihan Pengarah Urusan baru MAS akan dibuat degan teliti oleh panel yang diketuai oleh Tan Sri Md Yussof.


“Saya percaya rekod kerja Pengerusi MAS, Tan Sri Md Yussof, ketika menjadi Pengarah Urusan yang memulihkan MAS suatu ketika dahulu, akan membolehkan beliau mengenal pasti calojn yang benar-benar layak mengetuai MAS.”


Azman turut mengakui bahawa kedudukan Pengarah Urusan MAS yang terlalu singkat antara 3-4 tahun semasa Md Yussof dan kemudiannya Datuk Seri Idris Jala menyebabkan proses penstrukturan semula MAS dan pemulihan tidak berlaku dengan baik walaupun pada mulanya menunjukkan ada perkembangan yang signifikan.


“Saya fikir jika seseorang itu dapat memimpin mAS dalam tempoh yang lama, mungkin 10 tahun maka ia dapat merencana perjalanan MAS dengan lebih baik dan membuat pembetulan apabila terdapat kelemahan.”


Azman menegaskan sebarang pemilihan Pengarah Urusan MAS yang baru harus mendapat kelulusan Khazanah sebagai pemegang saham terbesar dan juga kerajaan Malaysia sebagai pemegang Golden Share.


Dipetik daripada : www. mykmu.net

Pertukaran Saham MAS – Air Asia Satu Perkongsian Strategik


Khazanah Nasional membuat keputusan perniagaan penting kepada Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) apabila mengambil keputusan menawarkan 20.5% saham miliknya dalam MAS kepada Tune Air, pemegang saham terbesar Air Asia Berhad. Sebagai balasannya, Khazanah diberi 10% saham milik Tune Air dalam Air Asia Berhad. Untuk rekod Air Asia merupakan antara syarikat penerbangan tambang murah terbesar di dunia.


Menurut kerjasama yang diumumkan semalam, MAS telah melantik CEO Air Asia Tony Fernandez dan pemegang utama saham Tune Air, Kamaruddin Meranum sebagai Non-Independent Non-Executive Directors dalam Lembaga Pengarah MAS yang baru. Manakala Air Asia Berhad melantik wakil Khazanah, Datuk Mohamad Azman Yahya sebagai Pengarah “Non-Independent Non-Executive” dalam Lembaga Pengarahnya.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar, pertukaran saham ini merupakan satu kerjasama perniagaan yang perlu dan dalam keadaan “situasi menang-menang” antara Khazanah dan MAS dengan Air Asia.


Persaingan dan permusuhan keterlaluan antara MAS dan Air Asia tidak menguntungkan industri penerbangan negara. Ketika MAS dan Air Asia boleh bekerjasama melalui perkongsian laluan dan kepakaran. Sebagai contoh, jika sekarang ini Air Asia menghantar kapal terbangnya untuk diselenggara di Singapura kerana permusuhan dua syarikat ini, pada masa akan datang Air Asia akan menggunakan kepakaran penyelenggaraan MAS di Subang sebagai tempat penyelenggaraan kapal terbangnya.


Khazanah juga berharap melalui kerjasama ini, MAS dan Air Asia akan menjadi rakan sekutu yang saling bekerjasama bagi menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hub antarabangsa yang kembali sibuk setelah agak ketinggalan dengan Singapura dan Thailand.


Tan Sri Azman ketika ditanya oleh MYKMU.Net mengakui bahawa pertukaran saham tersebut berasaskan nilai pasaran dan bukannya nilai aset bersih (net asset value) . Namun beliau memberi jaminan bahawa Khazanah telah menjalankan kajian rapi dan “due deligence” ketika bersetuju degan pertukaran tersebut dan menyatakan ia merupakan pertukaran yang adil berdasarkan kedudukan kewangn kedua-dua syarikat.


Ketika Air Asia memerlukan Khazanah Nasional sebagai pemegang sahamnya bagi mengukuh kedudukan syarikat tersebut dalam industri, MAS pula dilihat memerlukan Air Asia bagi berkongsi pengalaman dan strategi bagi memulihkan semula syarikat tersebut. Melalui penukaran saham ini juga MAS dapat menghalang Air Asia daripada terus bersaing secara langsung dengannya di laluan-laluan antarabangsa.


Ini diakui oleh Tan Sri Azman bahawa MAS akan menumpukan kepada penerbangan yang menawarkan kualiti tinggi seperti sekarang bagi bersaing dengan syarikat-syarikat penerbangan utama dunia seperti Emirates. Manakala Air Asia akan meneruskan strategi mereka menguasai penerbangan bajet rendah atau tambang murah di rantau ini.


Dengan kerjasama ini Air Asia boleh menumpukan usaha mengekalkan kedudukan sebagai sistem penerbangan bajet rendah yang utama di rantau ini yang ketika ini kedudukan Air Asia sedang dicabar oleh Lion Air dan Tiger Airways. Selain itu, Air Asia dan MAS juga dijangka boleh mengurangkan kos penyelenggaraan pesawat dan penyediaan makanan.


Tan Sri Azman juga memberi jaminan perkhidmatan Firefly akan diteruskan kerana ia menawarkan satu segmen penerbangan yang lain berbanding MAS dan Air Asia.


“Adalah tidak masuk akal untuk menutup sebuah penerbangan yang menguntungkan hanya kerana terdapat kerjasama antara MAS dan Air Asia. Lagipun Firefly mempunyai segmen tersendiri dan tidak mencabar perniagaan Air Asia.”


Dipetik daripada : www. mkmu.net

Isu Gereja: Hadi Awang Sudah Tidak Wajib Puasa Lagi


Isu cubaan gereja DUMC untuk memurtadkan orang Islam ini begitu banyak hikmahnya, cuma kita nak sedar atau tidak sajalah. Dengan adanya isu ini, Khalid Samad yang kini dipenghujung kariernya sebagai Ahli Parlimen Shah Alam, terbogel oleh kebodohan sendiri, Hassan Ali tak pasal-pasal ‘dicalon’ menjadi MB, yang heboh terbuka kini tertutup rapi (arahan tutup mulut oleh MB) dan sebagainya.


Tidak ketinggalan yang terlihat bodoh dalam isu ini ialah Hadi Awang.


Pemilik nama yang cukup ganas pada awal-awal 80-an dengan pendekatan-pendekatan radikal Islam ala-ala syiah di Iran. Disatu ketika, Hadi Awang kelihatan lebih syiah daripada syiah di Iran yang menjadi kiblatnya bila mengkafirkan UMNO melalui Amanat Hadinya.


Memali menjadi lambang keganasan Hadi bila ada pengikut PAS yang sanggup mati katak kerana menyangka melawan polis sama dengan melawan UMNO, melawan UMNO sama dengan melawan kafir – hasil ajaran Hadi Awang.


Pendek kata, dulu dulu, Hadi cukup pantang dalam isu murtad ini. Ingat Joe Pernandez, bekas ADUN Kawasan Lunas yang dituduh Hadi cuba mengkafirkan orang melayu di Kedah? Itu takde bukti macam sekarang pun tapi Hadi tidak segan menuduh mendiang terlibat. Joe Fernandez akhirnya mati dibunuh, dipercayai angkara Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang pernah diketuai anak Nik Aziz, Mursyidul Am PAS – Nik Adli.


Tapi kini keadaannya berbeza, Hadi sudah transform.


Bagaimanapun, transformasi Hadi begitu mengejutkan, biasanya macam filem Transformer juga, akan berubah dari yang tak berapa hebat menjadi lebih hebat tapi Hadi transform dari radikal ganas kepada lembut aka pengecut. Telur Hadi yang ada 2 itu, tiba-tiba ghaib bagaikan dirembat mak nyah!!!


Demi nak menutup sifat penegcut yang baru diwarisinya, Hadi menuduh UMNO dan Barisan Nasional sengaja membangkitkan kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja untuk menutup tuntutan pilihan raya bersih.


Keliru, buntu dan banyak tanda soal, tang mana berkait, macam mana boleh berkaitan dan sebagainyalah.


Ini bukan sikit punya gila tau tapi sudah atas daripada gila. Hadi sudah tidak wajib ke atasnya lagi untuk berpuasa kerana mentalnya sudah rosak. Kenapa kita cakap begitu? Sebab dari sudut mana pun UMNO tidak terlibat langsung dalam hal JAIS ‘menyerbu’ gereja tersebut.


Liputan besar yang diberikan adalah patut sebab yang cuba dilanggar ini bukan undang-undang biasa tapi PERLEMBAGAAN.


Baik dari segi Hassan Ali, JAIS sendiri, dan lokasi dimana gereja tersebut terletak (dalam Selangor yang dipimpin Pakatan), UMNO dan Barisan Nasional tidak mungkin terlibat. Jadi bagaimana Hadi Awang kata UMNO boleh terlibat dalam apa cara yang cuba digambarkannya tu?


Kenyataan Hadi Awang bahawa PAS akan menemui JAIS dan pihak Gereja sendiri untuk mendapat maklumat sebenar juga sebenarnya menjadi bahan jenaka yang paling menghiburkan diseluruh negara. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin membangkitkan kenapa Hadi sibuk-sibuk nak jumpa JAIS dan Gereja sedangkan tidak bertemu sendiri Saiful dan Eskay dalam isu liwat dan video seks, kenapa hanya percaya bulat-bulat kepada Anwar?


Hassan Ali, Exco yang bertanggungjawab ke atas JAIS sudah tentu mempunyai maklumat kelas pertama yang tidak mungkin diperolehi pihak lain tetapi kenapa Hadi tidak mahu percaya dengan penjelasannya?


Sebaliknya, UMNO pulak yang dituduh terlibat mensensasikan cerita ini?


Inilah jadinya bila Hadi dan PAS yang dipimpinnya sudah bertuhankan kepada lain daripada Allah swt. Pertimbangan dan tindakan Hadi langsung tidak selaras seperti yang dicontohkan dalam kes gereja itu tadi dengan kes liwat dan video seks yang membabitkan Anwar – hanya cuba terlihat adil bila dah tersepit.


Apa pun Hadi cuba buat sekarang, ibarat tikus membaiki labu. Imej PAS sudah rosak, bukan setakat rosak, sudah hancur pun. Maklum, agen kafir untuk memurtadkan orang Islam. Demi menyelamatkan karier politiknya, Hadi patut sekarang sudah ada nama Kristian, Hardy!!!!


Dipetik daripada : www. mykmu.net

Khalid Samad dah kena sawan tiga suku..


Khalid Samad sekarang ni tengah terkedu bila semua tuduhan dia terhadap JAIS dan Hasan Ali langsung satupun tak mengena. Hari tu bukan main dia buat dakwaan ikut suka hati dia saja, tapi sekarang ni fitnah Khalid James ni sudah makan diri.. Nampak sangat dia tak bertanggung jawab bila tak berani langsung mintak maaf.


Itulah.. Lain kali jangan tahu nak fitnah jee.. Jangan suka sangat nak buat dakwaan tak tentu periksa.. Sekarang ni siapa yang malu bila pihak JAIS dah keluarkan bukti bahawa siasatan mereka ke atas gereja Damansara tu memang berasas?


Dah tu.., konon-kononnya nak cover malu pasal dah terkantoi.., boleh pulak Khalid Samad ni spin kata serbuan JAIS tu sebenarnya tak mampu tercapai kalau ikut Islam. Dia tulis dalam blog dia pasal tak berani buat kenyataan umum.


Khalid yang bodoh sombong ni bagi alasan, semua melayu seramai 12 orang tu hadir di gereja tanpa paksaan dan secara sukarela.. Jadi tak perlu pihak JAIS ataupun sesiapa memaksa mereka kerana dikhuatiri pencegahan secara serbuan boleh membawa natijah sebaliknya..


Khalid pandai pulak nak ajar pihak Jabatan Agama Islam Selangor buat kerja.. Dia suruh pegawai-pegawai agama pantau terlebih dulu.., lepas tu ambik nombor plate kereta dan dampingi 12 orang melayu tu sebagai usaha memujuk secara baik..


Apalah bodoh sangat si Khalid Samad ni? Dia ingat dia tu siapa nak ajar pegawai agama buat kerja? Kalau dah pandai sangat, kenapa Khalid sendiri tak berdakwah kepada semua umat Islam di Shah Alam yang terlibat dalam gejala sosial? Cakap saja pandai..


Khalid Samad yang bodoh macam tiang ni kononnya nak cerita yang kita kena berlembut dengan pihak kafir walaupun mereka nak menghancurkan agama kita.. Dan sesiapa yang tertarik dengan dakwah pihak gereja, kita kena pujuk dengan kata-kata manis.. Itulah cara sebenar Islam kononnya..


Tapi bukan ke Khalid Samad yang sanggup turun ke jalanraya buat perhimpunan haram macam orang gila masa 9 Julai hari tu? Yang sampai berjahit-jahit kepala tu siapa kalau bukan si mulut jamban Khalid Samad tu..


Kenapa masa tu Khalid Samad tak reti nak gunakan pendekatan berhemah untuk berunding dengan SPR atau kerajaan? Kenapa Khalid Samad jadi tiga suku turun buat rusuhan diatas jalan? Khalid Samad pun kira tak ikut ajaran Islam lah yee..?


SAH Khalid mulut punggung ayam ni jenis manusia yang cakap tak serupa bikin.. Cakap bukan main kononnya nak ikut cara Islam.., tapi sebenarnya perangai dia tu lebih teruk dari puak-puak kafir.. Sudah laa Khalid Samad oiii… Orang dah meluat kat awak tu sebenarnya..


Tunggu masa saja untuk rakyat Shah Alam benamkan awak dengan kuil serta gereja yang awak utamakan sangat tu.. Dah tak lama dahhh… PRU 13 pun paling lewat awal tahun depan.. Tunggulah nasib awak nanti Khalid Samad!!


Dipetik daripada : www. mykmu.net

Kekeliruan Daftar Pemilih: Siasat Segera Pegawai Maklumat JPN dan SPR

Bagaikan ada satu okestra antara Bersih dengan beberapa pegawai teknikal di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mencipta bukti bahawa ada penyelewengan pengundi dan pendaftaran tidak telus membabitkan senarai pengundi.


Adalah tidak masuk akal dengan tiba-tiba sahaja muncul pelbagai nama dan bukti yang tidak masuk akal di dalam Sistem Maklumat JPN dan SPR. Salah satu dakwaan yang keluar ialah terdapat pemegang Pemastautin Tetap yang diberikan hak mengundi. Sungguhpun pemilik PR tersebut telah pun mendapat warganegara pada Januari lalu namun imej Mykadnya tidak ditukar sehingga didedahkan di dalam internet. Adakah ia sesuatu yang begitu mudah ditemui atau bukti tersebut sengaja diletakkan sebelum diberi maklumat kepada pembangkang agar mengeksploitasikannya?


Kemudiannya timbul pula nama pengundi sebagai Kg Baru yang jelas sekali tidak masuk akal tetapi terdapat di dalam sistem SPR. Yang lebih aneh boleh pula orang yang mendedahkannya berjumpa secara rambang di dalam pangkalan data SPR. Adakah ia satu kebetulan? Saya fikir kemungkinan untuk seseorang yang melakukan carian secara rambang menemuinya sangat luar biasa kecuali ia telah diberi tips lebih awal dari mereka yang memasukkan maklumat tersebut.


Jika Barisan Nasional mahu menipu adalah mustahil untuk ia menggunakan nama yang tidak masuk akal seperti Kg Baru. Melihat rentetan insiden mendedahkan kelemahan daftar pemilih SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara nyata ia merupakan kerja orang dalam yang memasukkan maklumat palsu sebelum dimaklumkan kepada pihak Pakatan Rakyat untuk dihebohkan.


Kerajaan harus menyiasat setiap insiden dan mencari siapakah yang memasukkan data tersebut ke dalam pangkalan data. Jika sistem pengkomputeran kerajaan mempunyai tahap keselamatan mencukupi, kerajaan dengan muda dapat mengesan “culprit” yang sedang merencanakan kejatuhan Barisan Nasional dari dalam ini.


Dipetik daripada : www. mykmu.net

Rayuan Kepada 12 umat Islam yang terlibat dengan majlis di DUMC…


Perkhabaran terbaru yang saya terima mengenai 12 orang Islam yang terlibat menghadiri majlis “makan malam” merangkap berbuka puasa di Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini telah enggan lagi memberikan kerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Nak tahu kenapa?


Jawapan yang mereka berikan pada JAIS ialah “peguam” mereka melarang mereka pergi ke JAIS dan melarang mereka dari memberikan keterangan, butiran atau kerjasama dengan siasatan agensi yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam di negeri Selangor itu.


Kenyataan ini agak pelik untuk saya terima. Sebelum ini, pihak penganjur majlis itu mendakwa bahawa mereka memberikan bantuan kepada masyarakat Islam yang “dhaif, miskin dan kurang berkemampuan” dari segi ekonomi dan kehidupan mereka. Dalam ertikata lain, 12 orang Islam yang terlibat itu merupakan “orang susah”!


Justeru itu, adalah amat mustahil untuk mereka mengupah “peguam” untuk memberi nasihat perundangan kepada mereka berhubung kes siasatan JAIS ini. Manalah mereka mampu untuk membayar yuran guaman yang beribu-ribu harganya. Nak makan pun “terpaksa mengemis di Gereja”, apatah lagi untuk mengupah peguam?


Saya mengesyaki bahawa ada pihak yang menyediakan dan membiayai perkhidmatan guaman untuk semua 12 orang Islam dhaif ini. Menurut sumber, khidmat guaman ini datangnya dari Gereja yang diperiksa oleh JAIS itu sendiri. Khabarnya lagi, khidmat guaman itu turut mempunyai hubung kait dengan Majlis Peguam, sebuah pertubuhan yang sememangnya terkenal dengan pro-murtad di Malaysia.


Agak menghairankan apabila pihak berkenaan sanggup mengeluarkan wang beribu ringgit, kononnya untuk membela semua 12 orang umat Islam yang disyaki cuba di”Kristian”kan oleh gerakan mubaligh di Petaling Jaya itu. Saya mengesyaki bahawa mereka takut rahsia majlis tersebut didedahkan kepada JAIS oleh 12 orang Islam tersebut.


Mungkin sebab itu mereka terpaksa menggunakan khidmat peguam untuk mempengaruhi 12 mangsa keracunan minda itu. Mereka secara tidak langsung telah menghalang kelancaran siasatan JAIS. Ada rahsia yang mereka cuba sembunyikan dari pengetahuan umum dan akhirnya mencetus spekulasi melampau oleh segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan menjadi hero dalam isu ini. Contohnya, Pas.


Apa hak peguam itu untuk menghalang siasatan dan menyusahkan jabatan agama itu dari masa ke semasa? Hal ehwal aqidah umat Islam tidak ada kena mengena dengan peguam yang dilantik oleh Gereja itu. Aqidah ini akan ditanya oleh Allah kelak. Ketika Allah menyoal umat Islam itu nanti, apakah peguam Gereja itu akan tampil untuk membela mereka di depan Allah?


Saya kesal dengan pendirian 12 umat Islam yang enggan memberikan kerjasama dengan JAIS, sebuah badan Islam yang menjaga kepentingan Islam di Selangor. Orang mahu menolong mereka dari dipesongkan aqidah, mereka seolah-olah bodoh sombong, enggan ditolong. Jelas sekali, mereka mempunyai pendirian yang lemah hingga tunduk kepada peguam dari DUMC itu.


Justeru itu, saya menyeru dan merayu kepada 12 orang Islam itu untuk kembali memberikan kerjasama kepada JAIS untuk membantu siasatan kes ini. Demi aqidah mereka dan demi maruah Islam yang cuba dicabar oleh orang yang sedar diuntung itu, saya merayu, dedahkanlah segala rahsia gerakan Gereja itu kepada JAIS.


Mungkin saya tidak punya wang ringgit untuk kalian 12 saudara/saudari seagama saya. Namun, saya yakin bahawa ganjaran Allah di akhirat kelak lebih berbaloi dari apa yang mampu diberikan oleh Gereja tersebut. Wallahu’alam.


Dipetik daripada : www. mykmu.net


Jangan Jual Agama Kerana Politik.


Apabila pihak berkuasa Agama di negeri Selangor melakukan pemeriksaan di sebuah Gereja atas aduan terdapat usaha memurtadkan umat Islam, banyak pihak yang tertunggu-tunggu respon dari badan-badan pertubuhan politik Islam dan juga NGO-NGO Islam.


Malangnya, pihak yang selama ini mengaku berpolitik diatas landasan Al Quran dan Sunnah tersebut lebih mengutamakan politik dari menjaga aqidah umat Islam di negara ini. Mereka dilihat berdolak dalik didalam menyatakan pendirian berhubung kejadian itu biarpun pihak berkuasa agama Selangor membawa bukti-bukti yang sah.


Dikala umat Islam memandang serius isu ini dan tak senang dengan apa yang cuba dilakukan oleh pihak Gereja terbabit, kepimpinan tertinggi parti politik tersebut mengambil sikap sebaliknya dengan mengatakan ianya satu usaha sabotaj dari musuh politik untuk memalukan dan menjatuhkan maruah parti mereka.


Kenapa pula ini yang berlaku disaat sepatutnya semua umat Islam bersatu menentang ancaman baru dari pihak kafir yang cuba untuk merosakkan aqidah umat Islam di negara ini? Janganlah hanya kerana politik, kita sanggup menjual agama kerananya. Apakah berbaloi meringankan urusan agama hanya kerana mementingkan urusan dunia?


Syukurlah kini pelbagai pihak dikalangan NGO-NGO Islam mula menyatakan sokongan mereka terhadap apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa agama di Selangor terhadap Gereja tersebut. Tindakan ini dilihat telah meningkatkan suara dikalangan umat muslim kepada usaha membela agama.


Jika difikirkan, tindakan memutarbelitkan fakta kejadian ini adalah sesuatu tindakan yang memalukan umat Islam. Isu sebenarnya disini ialah berkaitan dengan usaha pihak Gereja yang mahu memurtadkan umat Islam. Tetapi kenapakah hal betul atau tidak tindakan pihak berkuasa agama menyiasat tempat kejadian pula yang jadi pertikaian?


Semua ini langsung tak membantu mahupun merungkaikan permasalahan yang kita hadapi sekarang. Sebaliknya, ia akan menambahkan lagi kekeliruan dikalangan umat Islam dan juga juga menimbulkan perpecahan dan ketegangan diantara sesama rakyat berbilang kaum dalam negara.


Gambaran salah diberikan mengenai siasatan pihak berkuasa agama seolah-olah sengaja dibuat demi untuk menjaga kepentingan politik sesetengah pihak. Jika usaha pihak berkuasa agama ini disifatkan sebagai satu pencabulan terhadap rumah ibadat bukan Islam, bagaimana pula dengan bukti-bukti yang menunjukkan usaha pihak Gereja yang mahu memurtadkan kaum muslim?


Malang bagi kita kerana semua putar belit dan juga tipu helah ini dilakukan sendiri oleh pemimpin yang beragama Islam demi menjaga undi yang diberikan oleh pihak kafir kepada mereka semasa pilihanraya. Besar sangatkah undi-undi tersebut jika mahu dibandingkan dengan kewajipan mempertahankan agama?


Oleh itu, semua tindakan-tindakan yang mengusutkan lagi keadaan serta campurtangan politik ini harus dihentikan segera. Ia demi kepentingan aqidah umat Islam yang semakin hari semakin terancam akibat dari perancangan jahat pihak kafir.


Sifat apologetic pemimpin-pemimpin politik yang kononnya berjuang berlandaskan Islam juga tak perlu wujud kerana isu agama bukan boleh dijadikan mainan politik. Berkatalah yang benar walaupun ianya pahit untuk ditelan.


Dipetik daripada : www. mykmu.net

Sunday, August 07, 2011

Murtad Di Selangor: Apa Teruk Sangat PAS?


PAS memang parti teruk, parti busuk, parti munafik dan segala apa macam yang teruklah, tapi tak sangka sungguh PAS menyokong habis cubaan puak kristian untuk memurtadkan orang melayu di Selangor – seperti di Gereja Methodist Damansara Utama.


Apa dah jadi ni lebai?


Benar, PAS bukan lagi sebuah parti Islam, itu kita sedia maklum, tapi walaupun dah bertukar jadi parti kebajikan, itu tidak bermakna PAS perlu sampai ketahap membiarkan puak kristian yang mahu nak menyebarkan agama Kristian di kalangan orang Islam.


Apa yang berlaku di Damansara itu, perlu diambil berat. Terang-terang ia menyalahi perlembagaan Malaysia dalam maksud menyebarkan agama bukan Islam dikalangan orang Islam. Tak payah perlembagaanlah, dari segi agama pun, apa yang dibuat di Damansara Utama itu perlu dikutuk.


Miskin macam mana pun, takkanlah sampai sanggup menggadaikan agama sendiri. Kata di Selangor tu segala macam kebajikan untuk rakyat yang tidak ada di negeri lain (terutama yang diperintah UMNO), tapi kenapa orang susah sampai ikut ajaran kristian demi DUIT!!!!!


Terang-terang antara yang ditahan mengakui mereka menerima wang setiap bulan dari pihak gereja, diberikan bible dalam bahasa melayu dan diminta mengikuti acara keagamaan yang diadakan pihak gereja sebagai balasan bantuan yang diberikan.



Itupun PAS menyokong? Kita tak faham betul dengan PAS sekarang dan pendirian apa yang dipilihnya. Masih tak boleh nak membezakan antara majlis biasa dengan majlis keagamaan. Belum apa-apa JAIS dah dikondem, pihak kristian yang menjalankan upacara keagamaan itu tak pulak nak disergahnya.


Penulis tak faham, kenapa pertemuan Datuk Sri Najib dengan Pope John di Vatican City menjadi isu untuk menjustifikasi kejadian di Damansara Utama. Pertemuan itu tidak ada kaitan dengan menyebarkan agama sesiapa kepada sesiapa yang lain. Itu pertemuan diplomasi yang bukan Datuk Seri Najib saja pemimpin Islam yang pernah melakukannya.


Disinilah jahatnya PAS dalam berpolitik. Betul salah semua dia tak kira, dilanggarnya saja semacam.


Contoh di Selangor ini adalah peringatan kepada kita semua kenapa PAS perlu ditolak. PAS tidak lagi memperjuangkan Islam itu satu hal tapi membiar dan menyokong agama lain disebarkan dikalangan orang Islam? Itu sudah melampau.


Entah kenapa, apa yang berlaku di Selangor membuatkan kita menyirap saja tengok pemimpin PAS. Daripada radikal kepada pengecut, transformasi parti yang satu ini memang menyakitkan hati ramai orang.


Sampai masanya sesuatu dibuat ke atas DAP dan PAS yang sama-sama bertanggungjawab dalam hal di Damansara Utama. Kalau perlu dihapuskan kedua parti ini dari muka bumi, dihapuskan saja. Nakberpolitik tu berpolitik sajalah, menyimpang ke lain pulak dia.


Dipetik daripada : www. mykpmu. net

Kak Wan beri “Green Light” untuk bantai Azmin Ali..!!!


Terus terang saya katakan bahawa hubungan kurang baik di antara Kak Wan dan Azmin Ali bukan lagi rahsia. Dan kali ini, secara bersahaja dalam temubual bersama malaysiakini, Kak Wan memberikan “bola tanggung” untuk membelasah Azmin Ali..!!!


Kak Wan mengakui bahawa…
“Satu ciri paling utama pada diri Azmin Ali ialah kesetiaannya yang tidak berbelah bagi kepada parti, kata presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail”.


Ulasan: Tidak dinafikan. Setianya hingga sanggup hidup ber”madu” dengan suami Kak Wan sendiri. Adik kandung Azmin, Ummi Hafilda sudah mendedahkan segalanya. Setia ku korbankannnn…


Kak Wan akui lagi bahawa…
“Namun, Azmin juga tetap menerima kritikan kerana pendekatannya yang disifatkan sebagai kasar dan juga kerana memendam cita-cita tinggi dalam parti”.


Ulasan: Baru nak sedar ke, Kak Wan? Orang dah lama tahu. Masa dia dok dalam UMNO lagi pun orang dah nampak dahhhh…


Kak Wan juga mengaku bahawa…
“Kebangkitannya (Azmin) yang cepat dalam PKR menarik perhatian ramai namun dalam pada itu ia turut mencalar imejnya apabila beliau bertelagah dengan seorang lagi pemimpin kanan parti – Tan Sri Khalid Ibrahim”.


Ulasan: Dengan Khalid Gagap je? Dengan yang “lain-lain” Kak Wan tak nak sebut ke? Berapa ramai pemimpin-pemimpin PKR yang keluar parti dan back-off hanya kerana tak puas hati dengan cara Azmin. Bongkaknya macam dialah raja. Habis dikerat siapa yang halang hasratnya. Maklum lah…diakan “madu” Anwar….


Kak Wan mengaku bahwa…
“Azmin turut menerima kritikan berhubung masalah yang dihadapi PKR berhubung pemilihan langsung yang dijalankan parti itu sehingga beliau dituduh memanipulasi pemilihan sehingga membolehkan beliau dipilih ke jawatan timbalan presiden”.


Ulasan: Sudah terbukti! Azmin memang gila jawatan dan gila kuasa. Salah seorang yang menjadi mangsanya ialah Ezam, orang kepercayaan Kak Wan sendiri. Berapa ramai ketua-ketua cabang yang tak puas hati dengan kerenah Azmin yang mengugut mereka untuk memberikan undi kepadanya…


Kak Wan berkata lagi…
“Wan Azizah bagaimanapun berkata, pihak yang menyuarakan kritikan itu perlu melihat keremajaan Azmin dalam politik. Walau dengan kelemahan itu, Azmin telah memberi sumbangan yang besar kepada parti dan kesetiannya juga tidak perlu diragui, kata Wan Azizah lagi”.


Ulasan: Sumbangan? Sekiranya diukur, sumbangan Ezam kepada PKR, Kak Wan dan Anwar suami isteri, jelas lebih besar dan banyak berbanding Azmin. Azmin hanya menyumbang pepecahan dalam PKR. Buktinya masa pemilihan tempohari. Namun Kak Wan mesti tahu bahawa Azmin telah memberi “sumbangan peribadi” yang bernilai pada suami Kak Wan. Rasanya, Ezam pun tak mampu beri apa yang Azmin bagi, kan? Faham-faham je la apa pemberiannya…


Kak Wan berkata…
“Dia masih muda dan jika anda bandingkan dia dengan (bekas timbalan presiden) Senator Syed Husin Ali, tentulah ada perbezaan umur dan juga pengalaman. Tapi berilah masa, dia akan matang.Azmin pun sememangnya seorang pemimpin kanan dan dia telah mencapai kedudukan kedua tertinggi, jadi saya rasa berilah masa supaya lebih berpengalaman”.


Ulasan: Kak Wan, Azmin tu dah berumur 47 tahun. Dah hampir separuh abad dah! Tak matang-matang lagi. Timbalan Presiden PKR tak matang! Macamanalah puak-puak PKR ni boleh pilih seorang Timbalan Presiden yang tak matang macam Azmin???


Lepas tu, Kak Wan bandingkan pulak dengan Syed Husin Ali? Syed Husin yang Kak Wan kata matang tu pun jadi mangsa Azmin, tau tak? Pada pemilihan PKR sebelum ini, Azmin pernah “test market power” dia apabila mendapat undi lebih banyak dari Syed Husin untuk jawatan Timbalan Presiden. Tapi ketika itu dia belum gopoh dan tarik diri. Kononnya “hormat pada yang tua”. Sekarang, dia sudah nyahkan Syed Husin dengan rasuah jawatan “senator”. Sampai ke mati la orang tua tu duduk kat situ…


Kak Wan menjelaskan…
“Azmin juga merupakan pengerusi jawatankuasa pilihan raya pusat dan bertanggungjawab ke atas rancangan PKR dalam menentukan agihan kerusi dengan anggota Pakatan Rakyat. Beliau melakukan semua itu dan memberikan kepada kami analisis mengenai rundingan kerusi dan memberi panduan kepada negeri-negeri lain”.


Ulasan: Haaaa..Pasal inilah Kak Wan perlu tahu betapa teruknya perangai Azmin. Masa PRN Sarawak dulu, dia datang dan campak je senarai calon PKR tu atas meja dan berkeran bahawa semua calon itu wajib diterima oleh DAP dan PAS. Mengamuk sakan la DAP dan PAS Sarawak! Sebab tu la rundingan pembahagian kerusi tu gagal. Itu cara demokrasi dan perkongsian kuasa PKR ke? Siapa yang ajar?


Kak Wan mendakwa…
Tindakan wakil rakyat PKR yang bertindak keluar parti sebelum ini juga dikaitkan dengan kepemimpinan Azmin dalam parti. Menyentuh soal berkenaan, Wan Azizah berkata wakil rakyat berkenaan bertindak demikian antara lainnya kerana sifat tamak mereka.


Ulasan: Kak Wan, Azmin tu tak tamak ke? Pasal ketamakan Azmin lah maka pemimpin-pemimpin PKR lari keluar dari parti dan memilih parti yang lebih demokrasi, munasabah dan tidak wujud pemimpin tamak seperti Azmin! Itu Kak Wan perlu tahu kerana itulah faktanya.


Kak Wan berkata lagi…
“Apabila Anwar keluar daripada penjara, ramai orang datang (ke dalam PKR). Mungkin mereka melihat bahawa kita akan mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya 2008 – itu yang menarik mereka. Apabila ia tidak berlaku dan ia tidak sesuai dengan kehendak mereka, mereka beredar. Jika anda lihat kembali sejarah mereka dengan dengan dalam, mereka daripada sebelah sana (Umno). Jadi saya agak selepas beberapa ketika, mereka tergoda dan membuat pilihan mereka”.


Ulasan: Apa Kak Wan? Mereka dari sebelah UMNO? Anwar dan Kak Wan sendiri dari DAP ke? Puak-puak PKR yang lain tu pun dari DAP ke? Sebenarnya, puak-puak tu ikut Anwar sebab nak jawatan dan bukannya nak sokong Anwar sangat. PKR tu parti baru dan banyak jawatan kosong. So, diorang apply lah! Biasalah..itulah namanya opportunist! Kak Wan baru dengar ke istilah tu? Suami Kak Wan tu pun opportunist jugak..!


Tergoda? Kak Wan jangan buat saya loya nak muntah. Siapa goda siapa? Siapa goda dengan jawatan, pangkat, kabinet dan wang lumayan? Ingat lagi 16 September? Alah! Tak payah “auta”lah Kak Wan. Masa dalam UMNO dulu pun Anwar dah lama buat kerja macam ni. Macam la kami tak tahu pasal “pink form” yang berterbangan disebarkan Anwar dan Azmin masa nak lawan Tun Ghafar dulu. Kak Wan mana tahu! Asyik sebok jaga anak kat rumah je…


Akhirnya Kak Wan berkata…
“Wan Azizah juga yakin bahawa anggota parti sedia ada akan kekal setia dengan perjuangan parti. Bagi tujuan itu, barisan calon yang akan dipertaruhkan dalam pilihan raya umum ke-13 juga akan disaring dengan teliti. Setakat ini, (calon) yang bersama kami adalah setia dan telah menunjukkan komitmen secukupnya. Kita ada kriteria, kita ada jawatankuasa untuk menanganinya”.


Ulasan: Kak Wan, belajarlah terima kenyataan. PKR dah nak karam dah. Masa pemilihan hari tu pun sudah ditalkinkan. Nak mesyuarat ranting pun sampai nak kena rasuah baru nak datang! Apatah lagi diperingkat cabang!


Tentang senarai calon tu, Azmin dah ada senarai calon sendiri. Dia buat sendiri kat rumah agaknya. Kak Wan hanya perlu “endorse” dan tandatangan tanda setuju saja. Mana-mana calon pilihan Kak Wan tu simpan sajalah dalam peti besi bersama “jam tangan OMEGA” tu. Jawatankuasa tu pun tak payah mesyuarat. Buat habis karipap saja!


Dipetik daripada : www. mykpmu. net

Seronok sungguh Khalid Samad “belasah” Hasan Ali…


Seperti yang dijangka, orang yang paling seronok dengan insiden serbuan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) ialah Khalid Samad. Awal-awal pagi lagi dia sudah memberi kenyataan akhbar mem”balun tak hengat” terhadap Hasan Ali. Sudah diduga, Khalid Samad yang sememangnya musuh Hasan Ali di dalam Pas Selangor itu tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk menamatkan riwayat karier politik mantan Pesuruhjaya Pas Selangor itu.


Pagi tadi, mungkin sudah dirancang sebelum subuh lagi, Khalid Samad menyelar Hasan Ali. Kononnya, dia menjauhkan kenyataan Hasan Ali dari kepimpinan Pas Selangor. Dalam ertikata lain, kenyataan Hasan Ali telah dipulaukan ekoran tindakan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu mempertahankan tindakan JAIS terhadap gereja tersebut.


Khalid juga mempersoalkan sama ada benar atau tidak Hasan Ali punya bukti untuk bertindak sedemikian terhadap gereja tersebut. Dia cabar Hasan Ali untuk kemukakan bukti tersebut. Khalid berhujah, hanya Hasan Ali seorang saja yang mendakwa bahawa “majlis tersebut bertujuan untuk memurtadkan umat Islam”, sedangkan JAIS hanya mendakwa “ada bukti penyebaran agama bukan Islam terhadap umat Islam”.


Persoalannya, apakah bezanya “usaha memurtadkan umat Islam” dan “menyebarkan agama bukan Islam terhadap umat Islam”? Hasil dari usaha memurtadkan umat Islam ialah “seorang muslim keluar dari agama Islam” dan hasil dari “penyebaran agama bukan Islam terhadap umat Islam” juga menyebabkan “seorang muslim keluar dari agama Islam”. Hasilnya sama. Khalid Samad buta hati sangat ke?


Yang paling mahalnya, Khalid Samad berkata…


“Kita harap ada kebijaksanaan dalam isu seperti ini. Kita simpan komen akhir sehinggalah dapat laporan Jais dan mesyuarat dewan (harian) bersama Hasan Ali untuk dapatkan penjelasan lanjut lagi.”


“Kita simpan komen akhir”? Komen akhir apa tu? Komen maut sebagai lambaian terakhir kepada Hasan Ali di dalam Pas? Komen akhir untuk menamatkan riwayat Hasan Ali dalam barisan Exco Kerajaan Negeri? Nampak sangat Khalid Samad ada niat busuk di dalam hatinya terhadap Hasan Ali! Busuk perut! Lebih busuk dari bau bangkai. Dalam bulan Ramadhan pun dia tak boleh kawal busuk hatinya itu..!!!


Yang peliknya, Khalid “Gereja” memberikan kenyataannya kepada Malaysian Insider! Manakala di Harakah Daily, tidak timbul langsung berita Pas Selangor atau Khalid Samad menghentam tindakan Hasan Ali itu. Apakah Khalid Samad fikir Pas Pusat setuju dengan tindakannya menghentam rakan separtinya itu melalui media? Apakah Khalid syok sendiri?


Sementelah itu, saya melihat komen-komen di Malaysiakini berkenaan isu ini jelas menunjukkan rata-rata penyokong dan penganut agama Pas membela Hasan Ali dan mengecam Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan konco-konco DAP mereka. Akar umbi pun tahu menilai. Tapi Khalid Samad kononnya terlampau advance pemikiran liberalnya, sanggup membelakangkan kepentingan aqidah agama umat Islam berbanding motif politiknya.


Itulah rupa bentuk Khalid Samad. Saya tidak tahu apakah dia merupakan “syaitan” dalam bentuk manusia di bumi Selangor. Setahu saya, syaitan dan iblis dirantai serta dihalang untuk menggangu puasa umat Muhammad SAW. Tapi nampaknya dengan ketiadaan syaitan dan iblis laknatullah, Khalid Samad dan Khalid Ibrahim tampil untuk mengambil peranan syaitan dan iblis tersebut…!!!


Wallahua’lam.


Dipetik daripada : www. mykpmu. net


Isu Gereja: Terbuka Yang Tertutup


Dalam hal keterbukaan ini, Pakatan Rakyat adalah pihak yang paling mahu dilihat menyerlah. Banyak perkara yang dilaksanakan mereka cuba digambarkan sebagai transperent dibanding dengan amalan oleh kerajaan terdahulu.


Di Selangor sebagai contoh, pengenalan Freedom of Information Enactment Bill dimomokkan sebagai bukti dan tanda bahawa Pakatan Rakyat adalah lebih terbuka dalam semua hal dan tidak menyorokkan apa-apa maklumat daripada pengetahuan rakyat.


Bagaimanapun, dalam isu penyebaran agama Kristian di kalangan orang Islam yang dikesan berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama, Khalid Gagap mengarahkan semua ahli Exconya menutup mulut!!!!


Eh, apasal nak kena tutup mulut pulak?


Rakyat di serata Malaysia menanti dengan penuh minat apa yang sebenarnya berlaku disitu. Dari laporan akhbar yang diperolehi, ada yang kata majlis makan malam aka berbuka puasa.dan ada yang kata majlis keagamaan


Paling mengejutkan penulis, diantara orang Islam yang hadir pulak dipetik mengatakan itu aktiviti gereja sebagai balasan bantuan yang diberikan mereka kerana mereka ibu tunggal, tiada yang dapat membantu. Tapi dakwanya masih kekal beragama Islam.


Dalam hal ini siapa yang lebih arif dan dinanti makluman mengenainya kalau tidak pimpinan kerajaan negeri, dah kalau depa pun mulut kena tutup, siapa pulak yang nak dirujukkan perkara ini. Polis dalam hal ini hanya membantu operasi yang dijalankan JAIS – agensi dibawah kekuasaan negeri Selangor.


So tak boleh nak rujuk kepada pihak polis.


Kita semua nak tahu, penulis juga nak tahu, apa sebenarnya yang berlaku? Bagaimana negeri yang ‘berkebajikan’ macam Selangor tapi ada antara orang Islam yang terpaksa meminta bantuan dan perlindungan daripada gereja?


Apa jadi Baitulmal Selangor, apa jadi Zakat, apa jadi JKM? Kenapa mesti sampai minta bantuan gereja? Semua ini memerlukan penjelasan dari kerajaan Negeri.


Jadi kita secara rasmi persoalkan kewajaran Menteri Besar mempromosikan keterbukaan di satu pihak tapi di kalangan anggota pentadbiran mereka sendiri, Menteri Besar gagap mengamalkan dasar tertutup?


Alasan nak menyembah kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor itu bukan alasan. Menghadap, bila-bila pun boleh, tanggungjawab kepada rakyat ini yang lebih utamanya. Penulis rasa ramai orang Islam tertutamanya berasa kesal dan malu dengan tindakan segelintir saudara mereka di Selangor yang sanggup menggadai akidah demi bantuan yang tidak seberapa.


Kenapa jadi begitu dan apa tindakan kerajaan negeri?


Tambahan pula kerajan Selangor bertopengkan Khalid Samad adalah pihak yang paling kuat mahu perkataan Allah swt digunakan di dalam gereja. Semua ini kalau tak dijelaskan dengan segera hanya akan menimbulkan kesan yang tidak baik kepada keselamatan negara sebab ia secara jelas mencabul perlembagaan Malaysia dalam hal menyebarkan agama bukan Islam dikalangan orang Islam.


Para blogger projek RM 10 juta Pakatan nak cover macam mana pun majlis tu, tetap persepsi rakyat ialah itu adalah majlis keagamaan sebab dibuat dalam bangunan kgereja, dan bila ada orang Islam menyertai, ia sudah menjadi majlis nak memurtadkan orang Islam.


Kononnya juga ada yang kata tindakan Khalid ni bagi mengelakkan pertembuan sesama sendiri para Exconya. Untuk pengetahuan, separuh ahli Exco Selangor adalah terdiri daripada orang Kristian manakala separuh yang lain itu walaupun beragama Islam tapi dari jenis yang taksub kepada wang dan kuasa sehingga sanggup gadai apa sahaja.


Jadi faham sajalah siapa yang akan menang dalam isu ini nanti ddan siapa pula yang bakal terkorban.


Dipetik daripada : www. mykpmu. net