Monday, March 31, 2014

Jawatan Presiden PKR Tetap Milik Keluarga Anwar

31 Mac 2014


anwar azizah
Asas penubuhan Parti Keadilan Rakyat adalah untuk berjuang mempertahankan Anwar Ibrahim yang telah disabitkan dengan beberapa siri jenayah dahulu sehingga dipenjarakan beberapa tahun. Dengan itu para penyokong Anwar yang taksub telah berjuang di jalanraya dan di mana-mana sahaja demi mempertahankan Anwar yang merupakan seorang penjenayah.

Kini setelah Anwar dibebaskan dan disabitkan semula dengan jenayah baru iaitu liwat tiada apa yang berubah. Tujuan parti PKR ini tetap sama iaitu demi kepentingan peribadi Anwar Ibrahim. Segala laungan demi rakyat untuk rakyat hanya sekadar ucapan palsu dibibir semata.  Sememangnya pengikut PKR telah bertambah dengan bertambahnya kekuatan pakatan pembangkang yang bergerak dengan bantuan “tangan-tangan ghaib”. Hakikatnya PKR tidak pernah berjuang untuk rakyat. Tidak ada satu pun jasa PKR terhadap rakyat Malaysia.

Menjelang pemilihan dalaman PKR, sudah tentulah ada para pemimpin atasan PKR yang menyimpan cita-cita untuk menjawat jawatan Presiden yang sebelum ini disandang oleh Wan Azizah.  Namun satu lawak jenaka telah berlaku apabila Anwar dan Azizah telah bertanding jawatan Presiden PKR seolah tidak ada seorang pun ahli PKR yang lain layak menyandangnya. Dalam erti kata lain ianya milik keluarga Anwar Ibrahim ataupun Kroni Anwar.

Walaubagaimana pun penyokong tegar PKR tetap memberi alasan kononnya munasabah sangat suami isteri itu bertanding. Mereka anggap tindakan Wan Azizah mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan PKR dilihat sebagai pelan sokongan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwatnya. Ini sebagai “back up plan” kononnya walaupun Anwar  turut mengumumkan untuk bertanding jawatan tersebut.

 

Kononnya ini merupakan strategi  Anwar  untuk memastikan beliau kekal dalam parti. Namun, dalam masa sama perlu ada jalan elakkan masalah jika Anwar gagal dalam proses rayuan ke atas hukumannya.Dengan erti kata lain sebenarnya Anwar tahu bahawa terdapat seseorang di dalam parti yang menunggu masa yang sesuai untuk merampas jawatan Presiden. Persoalannya siapakah “orang” itu?

Walaubagaimana pun, pada usia Wan Azizah yang sebenarnya lebih berminat untuk mengundurkan diri berehat dan menikmati hari-hari tua beliau sebagai seorang nenek, ibu dan isteri sahaja  beliau seolah dipaksa dalam rela untuk memuaskan nafsu ketamakkan kuasa Anwar Ibrahim. Dalam hari pencalonan pemilihan PKR kelmarin, Anwar sah bertanding merebut jawatan Presiden dan bakal berdepan Wan Azizah yang memegang jawatan itu sejak 1999.

Menurut Seksyen 9A(1) (b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh memegang jawatan dalam sesebuah pertubuhan berdaftar jika disabitkan kesalahan dan didenda tidak kurang RM2,000 atau dihukum penjara tidak kurang satu tahun. Tambahan pula terdengar desas desus yang cukup kuat mengatakan bahawa  keputusan Anwar bertanding jawatan presiden sebenarnya bagi mengelakkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menentang Wan Azizah. Ini memandangkan Wan Azizah berada dalam kem Khalid Ibrahim. Sengketa antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim bukan lagi rahsia.

Walau apa pun alasan yang mereka cuba berikan namun rakyat tetap melihat PKR sebagai hanya sebuah parti “kartun” hak milik cipta keluarga Anwar. Walau selama mana pun ianya ditubuhkan namun hakikat ini tetap tidak akan dapat disangkal. Anwar akan pastikan hanya ahli keluarga dan kroni nya sahaja yang menerajui PKR sama seperti DAP yang merupakan parti anak beranak.

Disediakan oleh : EDITOR

Fuziah Salleh, Naib Presiden PKR dan Lynas

31 Mac 2014


lynas2
Fuziah Salleh merupakan orang yang paling lantang menentang  projek kontroversi Kilang Pemprosesan Nadir Bumi Lynas di Kuantan.  Beliau telah fokuskan isu Lynas ini sebagai senjata utama untuk meraih undi dan populariti.  Walaupun penerangan terperinci berserta fakta dan bukti bahawa projek Lynas ini tidak mendatangkan bahaya kepada penduduk di sekitarnya namun Fuziah tetap menjalankan provokasi besar-besaran dan berterusan untuk memanipulasikan pemikiran dan pandangan penduduk setempat dan rakyat Malaysia. Beliau tidak menjalankan “kerja kotor” ini seorang diri. Bantuan dari DAP secara berterusan telah banyak menolong beliau.

Namun setelah penerangan demi penerangan akhirnya isu ini senyap seketika.  Pemilihan PKR kali ini melihat Fuziah Salleh cuba mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR.  Kebetulan pula baru-baru ini berlaku kemalangan lori yang membawa bahan Nadir Bumi Lynas. Ini sememangnya merupakan peluang keemasan beliau untuk meraih kembali populariti untuk dijadikan “bahan” meraih undi dalam pertandingandalaman PKR.

Semasa Kuantan dilanda banjir teruk baru-baru ini, Fuziah Salleh sebagai ahli Parlimen Kuantan tunjuk muka sekadar “melepaskan batuk di tangga” sahaja. Hakikatnya hanya Barisan Nasional yang benar-benar bertungkus lumus menghulurkan bantuan dan meringankan beban mangsa-mangsa banjir.
 
lynas
Malahan  Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji,dilihat cuba meraih populariti dalam isu kemalangan lori bawa bahan Nadir Bumi Lynas ini. Kononnya tindakan pantas perlu dilakukan dalam situasi berkenaan bagi mengelakkan sebarang kesan yang tidak diingini terutama terhadap penduduk setempat. Seolah-olah kelewatan mengambil tindakan berkemungkinan mengundang mudarat dan membahayakan penduduk ekoran kandungan bahan kimia yang tertumpah.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sendiri telah menegaskan bahawa bahan yang  dibawa lori Lynas yang terbabit kemalangan di jalan persekutuan Kuala Lumpur-Kuantan di Lanchang, tidak berbahaya. 
Namun seperti biasa pakatan pembangkang tetap mereka cerita dan berita versi mereka sendiri hanya untuk mengundang kepanikan di kalangan penduduk setempat.

Lori berkenaan tidak mengandungi bahan radioaktif, malah tidak didaftarkan dalam kategori berbahaya. Produk tidak berbau.  Ia mengangkut produk 15 PrND Chloride Lynas dalam bentuk cecair untuk dibawa ke Pelabuhan Kuantan dan dieksport ke Jepun.  Ia tidak berbau dan tidak membahayakan hidupan, termasuk hidupan laut seperti ikan.

Menurut laporan kemalangan, 13 daripada 15 bekas PrND Chloride berkenaan bertaburan di atas jalanraya dan empat daripadanya pecah. Kerja membersihkan kawasan kemalangan berkenaan sudah dilakukan oleh Pasukan Khas Penyelamat dan Bantuan Bencana Malaysia (SMART).

Pembangkang cuba memutarbelitkan isu kononnya  kemalangan membabitkan  lori yang membawa muatan produk nadir bumi milik kilang Lynas di Temerloh baru-baru ini menunjukkan tahap piawaian keselamatan syarikat itu tidak ketat dan membahayakan penduduk setempat. Kononnya insiden berkenaan yang menyebabkan beberapa bekas berisi cecair kimia PrND Cloride terjatuh dan pecah sehingga mengakibatkan jalanraya terpaksa ditutup. Pembangkang yang kononnya  aktivis alam sekitar  telah mempertikaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digunakan dalam kerja-kerja mengangkut bahan merbahaya itu.

Rakyat tahu pembangkang hanya tahu mengkritik dan memfitnah tanpa memberikan  cadangan yang membina.  Malahan memilih pembangkang bermakna memilih “orang tak guna” untuk memerintah negara. Namun bagi penyokong tegar pakatan mereka terlalu mengutamakan dendam peribadi daripada keamanan dan kemakmuran negara sehingga ianya telah membutakan mata hati nurani mereka.  Kita sentiasa mendoakan semoga Allah akan memberi hidayah dan membuka mata hati mereka untuk melihat kebenaran.

#MH370 : Abbott Pertahan Kenyataan Najib, Ada Bukti Jelas Menyokong

31 Mac 2014


tonyabbotr
Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, hari ini mempertahankan langkah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di lautan Hindi. Menurut beliau, berdasarkan data-data yang ada ada jelas dan sukar dinafikan bahawa MH370 berakhir di bahagian selatan lautan Hindi.

“Najib Razak membuat kesimpulan yang tepat berdasarkan bukti-bukti yang sukar dinafikan. Apabila kesimpulan seperti itu telah didapati, adalah wajar beliau mengumumkan kesimpulan tersebut kepada awam.
Abbot membuat kenyataan tersebut sebagai reaksi balas kepada kritikan warga China yang tidak berpuas hati dengan tindakan Mohd Najib mengumumkan pengakhiran MH370 di tengah lautan Hindi.

Menurut laporan media, waris penumpang MH370 dari China mahu Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS) meminta maaf kerana mengisytihar kematian kesemua 239 orang dalam penerbangan MH370, tanpa mengemukakan bukti konklusif.

Namun Abbot yang bercakap kepada pemberita di Australia menyatakan:

“The accumulation of evidence is that the aircraft has been lost and it has been lost somewhere in the south of the Indian Ocean,” he told reporters at the Perth military base coordinating the search.
“That’s the absolutely overwhelming wave of evidence and I think that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak was perfectly entitled to come to that conclusion, and I think once that conclusion had been arrived at, it was his duty to make that conclusion public.” AFP

Kalau Tak Sebab Sakit, Siapa Tahu Nik Aziz Ada Buat Silap?

31 Mac 2014


Tokguru tazkirah
SEPANJANG penulis celik mata dalam politik di Malaysia ini, belum pernah sekalipun rasanya penulis ada mendengar Nik Aziz Nik Mat ini buat silap dan dosa – dari pengakuan sendiri mahu pun pengakuan orang yang rapat dengan dia.

Jangan kata buat dosa, gambaran oleh orang-orangnya yang penulis tahu, Nik Aziz ini bukan sahaja ulama pewaris Nabi, malah dari segi dosa pun dia macam Nabi juga, maksum.

Cakap ini bukan kosong, tapi ada buktinya.  Contoh, bila Shahnon Ahmad buat buku penuh dengan maki hamun dan carut bertajuk SHIT, satu-satunya manusia yang tampil secara terbuka membela Shahnon ialah Nik Aziz – sebab katanya Tuhan pun mencarut juga.

Takbirrrrrrrr kata pengikutnya.

Walhal dalam sejarah Islam, waima dalam sejarah dunia sekalipun belum pernah ada orang yang memberikan dalil seperti itu demi nak menghalalkan perbuatan yang jahat, tapi sebab ini Nik Aziz, maka yang bijak pun jadi bodoh, yang bodoh bertambahlah bodoh.

Sampai satu tahap, selipar Nik Aziz pun orang curi di Masjid sebab terlalu kagum dengan kehebatan, kewalian dan segala macam yang cuba digambarkan orang mengenai Nik Aziz ini – puncanya, sebab dia mempertahankan Shahnon dengan berani mengatakan Tuhan juga mencarut macam Shahnon mencarut.

Anehnya, dikala satu dunia sedar tafsiran ini silap (sebab itu isu tersebut tidak diteruskan sehingga sekarang), tak pernah penulis dengar dia mengaku dia silap, cuma bila sedar nyawa dah dihujung-hujung tanduk ini, barulah Nik Aziz mengaku dia dulu ada buat silap, itupun secara umum, tak pulak diperjelaskan satu persatu tang mana salah, tang mana silap.

Macam kerja senang jek.

Bagaimanapun, tujuan artikel ini bukanlah sebab penulis nak mencipta neraca dosa dan pahala Nik Aziz sepanjang jadi Menteri Besar Kelantan dulu.  Malah penulis nak ucapkan tahniahlah sebab akhirnya Nik Aziz mengaku dia ini hanya sekadar manusia biasa, tak terlepas dari salah dan silap.

Malah, minta maaf waktu sakit inipun memang sikap biasa kebanyakkan orang.  Kalau Nik Aziz ini taraf wali-wali seperti yang sesetengah orang percaya, dia akan minta maaf pada saat dia tahu dia sudah melukakan hati orang lain, bukan tunggu nak mati baru nak minta maaf.

Keraslah sikit cakap tu tapi dah memang itupun halnya,

Disediakan oleh : EDITOR

#MH370 : Isteri Zaharie Dedahkan Perangai Pelik Sebelum Tragedi?

30 Mac 2014


zaharie
Daily Mail melaporkan isteri kepada juruterbang MH370 Kapten Zaharie telah mendedahkan kelakuan aneh beliau sebelum berlakunya tragedi “kehilangan” pesawat tersebut. Sebelum ini pihak penyiasat FBI telah mengesahkan bahawa tidak menjumpai sebarang maklumat yang mencurigakan dari simulator di rumah Kapten Zaharie.

Jika mereka berpandukan kepada maklumat yang terdapat pada simulator tersebut  maka kesimpulan yang boleh dibuat  adalah Kapten  Zaharie Ahmad Shah bukanlah orang yang merampas MH370.  Polis telah merampas simulator dan menjalankan pemeriksaan menyeluruh untuk mendapatkan sebarang bukti yang berkaitan dengan rampasan MH370.

Namun dengan pendedahan yang telah dibuat oleh isteri Kapten Zaharie iaitu Faizah Khanum Mustafa Khan pula telah membuka lembaran baru dalam penyiasatan rampasan MH370.  Beliau telah mendedahkan bahawa kapten Zaharie berhenti bercakap dengan isteri beliau sejak beberapa minggu sebelum tragedi.

Kapten Zaharie seperti berada dalam dunia beliau sendiri. Beliau menghabiskan masa sendirian di dalam bilik walaupun tinggal di bawah satu bumbung. Menurut isteri dan anak perempuan Kapten Zaharie lagi,  beliau kelihatan amat terganggu sejak  beberapa minggu sebelum kehilangan MH370. Walaubagaimanapun tiada sebarang nota bunuh diri yang ditemui.

Betapa terganggunya fikiran Kapten Zaharie sehingga beliau jarang bercakap dan tidak rapat dengan anak lelaki beliau. Daripada tiga orang anak beliau, Zaharie amat rapat dengan  anak perempuannya yang tinggal di Melbourne, Australia tetapi menurut Aishah, perbualan terakhir beliau bersama bapanya juga amat berbeza.  Sikap kapten Zaharie tidak seperti kebiasaannya. Dia kelihatan amat terganggu dan hilang dalam dunianya sendiri. Sikapnya bertukar menjadi pemarah dan menyendiri.

Dan menurut sumber-sumber yang lain juga Kapten Zaharie dalam dilema menceraikan isteri beliau namun beliau belum berjumpa pihak jabatan agama lagi. Namun yang paling utama belia begitu KECEWA apabila hero politik beliau Anwar ibrahim akan dipenjarakan beberapa jam sebelum MH370 berlepas.  Mahkamah rayuan telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Anwar atas tuduhan meliwat pada 7 March. Walaubagaimanapun Kapten Zaharie tidak menghadapi masalah kewangan yang serius.

Memang kehilangan MH370 ini satu misteri yang amat sukar dirungkai. Walau bagaimana pun seorang juruterbang merupakan orang yang memikul tanggungjawab besar dalam menentukan keselamatan penumpang dan anak kapal. Oleh itu sebarang ketidakstabilan mental juruterbang sepatutnya diberi perhatian supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku.

Satu lagi perkara yang rakyat  Malaysia perlu tahu bahawa warga DCA ataupun MAS ini majoritinya merupakan penyokong kuat pakatan pembangkang. Oleh itu kita perlu menyiasat dengan terperinci punca kerugian teruk MAS sejak beberapa tahun lalu.  Ini seolah-olah seperti perbuatan sabotaj dari dalam sehingga menjadikan ianya amat sukar dikesan.

Sepatutnya MAS boleh menjana keuntungan sepertimana Air Asia  sekiranya tiada sebarang tindakan sabotaj dari dalaman MAS itu sendiri. Namun kita boleh “baca” bahawa dengan kerugian teruk yang ditanggung oleh MAS di samping tragedi MH370 ini, akhirnya berkemungkinan besar menjadikan MAS jatuh muflis. Salah siapakah ini? Agenda siapakah ini?  Kerajaan perlu bertindak dan menyiasat dalaman MAS sebelum “penyakit” ini menjadi “barah” yang tidak lagi boleh di rawat.

Disediakan oleh : EDITOR

Orang-Orang Sombong Dari Tanah Besar China Sudah Tiba di KL

30 Mac 2014


IMG-20140328-WA0024
Beberapa hari lalu kami melaporkan sikap biadap ahli keluarga warga China yang menjadi penumpang MH370 yang menuduh kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat sebenar dan keluar dari taklimat dengan Malaysia di Beijing.

Malaysia mengumumkan perjalanan MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan fakta satelit dan butiran-butiran perjalanan. Hari ini antara nereka tiba di Kuala Lumpur termasuk “ketua pemberontak” “Jiang” yang menuduh kerajaan Malaysia tidak memberi maklumat sebenar kepada mereka.

Sementara itu, Malaysiakini.com melaporkan:

china-mkini30mac
Waris penumpang MH370 dari China mahu Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS) meminta maaf kerana mengisytihar kematian kesemua 239 orang dalam penerbangan MH370, tanpa mengemukakan bukti konklusif.
Seorang wakil kepada 34 orang waris berkenaan, Jiang Hui berkata kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertindak dengan tidak bertanggungjawab apabila mengumumkan perkara itu, 24 Mac lalu.
“Kami mahu Kerajaan Malaysia dan MAS memohon maaf kepada keluarga dan waris berkenaan isu ini.
“Pada 24 Mac, Kerajaan Malaysia beri kenyataan tidak bertanggungjawab bahawa kapal terbang terhempas tanpa bukti,” kata beliau dalam sidang media dalam bahasa Mandarin di sebuah hotel di Subang hari ini.
Katanya, mereka kini terdesak kerana pertemuman dengan wakil penting Malaysia sebelum ini hanya memberi “maklumat tidak efektif kepada mereka”.
Mereka juga kesal kerana wakil berkenaan perlu memeriksa maklumat dengan kerajaan Malaysia untuk setiap pertanyaan mereka.
Oleh itu, kumpulan tersebut mahu bertemu dengan wakil dari kerajaan Malaysia, pembuat pesawat Boeing, pembuat enjin, Rolls Royce, syarikat satelit Inmasat serta wakil operasi mencari dan menyelamat bagi mendapatkan jawapan.
“22 hari telah berlalu, tiada satupun mereka menemui kami. Adakah ini bermakna qualiti produk mereka bermasalah?…
“Kami berharap dalam beberapa hari ini kami turut boleh bertemu dengan pasukan penyelamat, MAS dan kerajaan Malaysia untuk berkomunikasi.
Lebih ramai akan tiba
“Kami harap komunikasi ini tak berlaku seperti di Beijing,” katanya.
Kata-katanya itu disambut dengan sorakan slogan “Kami mahu kebenaran”, “Kami mahu bukti”, dan “Kami mahu keluarga kami” oleh kira-kira 30 orang yang lain.
Individu berkenaan turut mengenakan baju-T berwarna putih dengan tulisan “Doakan untuk MH370″ dan “Kembalilah dengan aman” dalam bahasa Cina.
Kumpulan berkenaan turut mempamerkan kain rentang dengan slogan sama.
Jiang turut menyatakan, beberapa lagi anggota keluarga dari China akan hadir dalam minggu ini untuk bergabung dan membawa mesej sama dengan kumpulan pertama ini.
“Kita akan memanggil sidang media di sini sekiranya ada perkara yang hendak disampaikan.”
Kumpulan waris kepada penumpang berkenaan dibawa untuk menyertai satu perbincangan dengan wakil kerajaan Malaysia dan juga Malaysia Airlines di hotel berkenaan, sebaik tiba dari Beijing pagi ini.
Terdahulu, para waris penumpang berkenaan mengunci mulut dan enggan memberi sebarang kenyataan kepada para wartawan selepas pertemuan selama lebih dua jam.
Seramai 15 orang dari 34 orang yang menyertai pertemuan tersebut menegaskan mereka “tidak mahu bercakap”, apabila para wartawan mengerumuni mereka sebaik keluar dari bilik perbincangan di hotel tersebut.

Tony Pua dan Rafizi Ramli Cuba Menipu Untuk Selamatkan Sekolah Vernakular Cina

30 Mac 2014


tony-pua
Tony Pua mempertikaikan mutu pendidikan di sekolah-sekolah kebangsaan. Katanya, isu bahasa bukanlah penyebab sebenar ibu bapa Cina menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah vernakular Cina, sebaliknya kerana mutu pendidikan di sekolah-sekolah kebangsaan yang sangat lemah selain faktor psikologi budak-budak Cina yang bersekolah di sekolah kebangsaan.
Isu bahasa bukanlah isu utama yang menyebabkan masyarakat Cina berhasrat untuk terus mengekalkan sekolah vernakular, tetapi isu mutu pendidikan yang diterima mereka di sekolah kebangsaan.
Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, terdapat dua faktor yang menyebabkan masyarakat Cina terus menghantar anak mereka ke sekolah vernakular berbanding dengan sekolah kebangsaan.
Faktor pertama adalah kualiti pendidikan di sekolah kebangsaan yang ternyata lemah, dan faktor kedua pula adalah dari sudut psikologi pelajar bukan berbangsa Melayu itu.
“Apabila ada pelajar bukan Cina memasuki sekolah kebangsaan, mereka seolah-olah dipinggirkan, bukan sahaja dipinggirkan oleh rakan sebaya, tetapi juga guru-guru,
“Sekolah kebangsaan kini, bukan lagi sekolah untuk seluruh masyarakat, tetapi lebih tertumpu kepada sekolah kepada bangsa Melayu,” ujarnya. (Free Malaysia Today)
Manusia seperti Tony Pua atau lebih tepat lagi, orang Cina yang ada duit sentiasa melihat apa-apa sahaja yang bersifat kebangsaan di Malaysia sebagai MEMELAYUKAN CINA. Cina yang telah dimelayukan dianggap sebagai sesuatu yang hina dan memudaratkan. Justeru, apa-apa pun keadaannya, Cina perlu dikekalkan sebagai Cina. Untuk itu, sebarang usaha kerajaan untuk merapatkan jurang perkauman, akan dilihat sebagai usaha menjadikan Cina di Malaysia sebagai Melayu.

Disebabkan itulah, mereka sentiasa meletakkan diri mereka sebagai masyarakat yang bermutu. Sebarang keburukan, akan dicampakkan kepada orang Melayu dan Bumiputera. Melayu dan Bumiputera yang enggan memilih Pakatan Rakyat atau mengundi DAP akan disamakan seperti manusia zaman purba yang hanya tahu bercawat, duduk atas pokok dan makan daging mentah.

Walaupun dinafikan, hakikatnya, isu bahasa dan KECINAAN yang menebal menyebabkan sekolah-sekolah vernakular Cina terus wujud di negara ini. Ditambah pula dengan tekanan dan ugutan bersifat undi pilihanraya, sekolah-sekolah berkenaan dibenarkan wujud dan diberikan bantuan serta peruntukan walaupun hakikatnya, mereka perlu bergerak sendiri tanpa wang negara bagi menjayakan Dasar Pelajaran Razak dan Dasar Pelajaran Rahman Talib yang menghapuskan aliran vernakular.

Indeks apakah yang digunakan untuk melabelkan sesuatu pendidikan itu bermutu tinggi? Adakah berdasarkan kepada bangsa atau berdasarkan kepada aspirasi bangsa? Tony Pua barangkali tidak faham tentang aspirasi negara kerana dia adalah seorang Cina yang hidup dalam kepompong Cinanya dan terlalu berbangga kerana menjadi seorang Cina. Tony Pua tidak akan faham kerana dia melihat sesiapa sahaja yang bukan dari kalangan orang Cina sebagai bangsa atau kaum yang tidak bertamadun.

Sekolah-sekolah vernakular Cina sudah semakin terbukti menjadi racun dalam dunia pendidikan dan kehidupan berkomuniti negara ini. Telah terbukti menerusi krisis MH370, yang menambahkan keburukan negara adalah mereka yang lahir daripada sistem pendidikan vernakular. Yang perasan, mereka lebih pandai dari orang lain walaupun hakikatnya mereka memang buta perut dan buta kayu.

Anehnya, terdapat pula golongan Melayu yang cukup seronok menyebelahi Tony Pua dan pandangan KECINAANNYA seperti Rafizi Ramli.
Bagi Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, beliau menyifatkan bahawa terdapat banyak salah faham dan kekeliruan, terutama daripada bangsa Melayu mengenai sekolah vernakular.
“Mereka ingat sekolah vernakular ini adalah digunakan untuk meracun fikiran anak-anak Cina sepertimana yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) yang meracun fikiran anak-anak Melayu untuk membenci Cina,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku “Masa Depan Masa Kita” yang dikarang oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar Ibrahim.
Malah beliau turut menjelaskan bahawa, ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina bukan semata-mata inginkan anak-anak mereka belajar bahasa, tetapi menginginkan anak-anak mereka berdisiplin seperti disiplin diri, dan juga disiplin dalam menguruskan masa.
“Ternyata sekolah kebangsaan tidak  mampu dan tidak dapat memberikan pendidikan seperti ini kepada pelajar-pelajar berbangsa Cina dan Melayu khususnya,” Ujarnya. (FREE MALAYSIA TODAY)

Karpal Singh Letak Jawatan Pengerusi DAP Tapi Anwar Bertanding Presiden PKR

29 Mac 2014


karpal anwar
Karpal Singh telah dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh mahkamah atas kesalahan mengikut Akta Hasutan kerana menghasut atau mempersoalkan penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak oleh Sultan Perak pada Februari 2009. Anwar Ibrahimjuga  telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.

Namun dua orang pemimpin pakatan pembangkang ini telah memberikan reaksi yang cukup berbeza terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka. Pengerusi DAP, Karpal Singh meletakkan jawatannya sebagai pengerusi parti itu susulan daripada  dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh mahkamah atas kesalahan mengikut Akta Hasutan.

Anwar Ibrahim pula telah disahkan  bertanding jawatan presiden PKR. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas naib presiden, Tian Chua pula akan mencabar jawatan timbalan presiden dalam pemilihan PKR kali ini. Ketua umum PKR itu diwakili Low Chee Chong yang juga timbalan bendahari PKR untuk menghantar borang pada 11 pagi ini. Anwar tidak dapat hadir menghantar borang kerana baru pulang dari Kota Bharu, Kelantan kerana menghadiri siri jelajah Reformasi 2.0.

Ini antara bukti jelas siapa diri Anwar yang sebenarnya. Kerakusan kuasa yang menguasai diri beliau tidak mempunyai sebarang sempadan. Cita-cita beliau telah menghalalkan segala kejahatan dan kezaliman yang telah sedang dan akan beliau lakukan. Selama ini kita melihat betapa beliau telah berkompromi dengan musuh-musuh Islam dan Melayu sehingga melampaui batasan kewajaran dan kemanusiaan semata-mata mengejar cita-cita dan kepentingan peribadi beliau.

Berbalik kepada Karpal Singh. Timbalannya, Tan Kok Wai akan memangku jawatan  Pengerusi DAP itu sementara menunggu keputusan rayuan ke atas kes Karpal Singh itu selesai. Mengikut Seksyen 9A(1)(b) Akta Persatuan, seseorang yang hilang kelayakan daripada menjadi atau tidak boleh atau kekal sebagai pemegang jawatan, penasihat atau kakitangan persatuan berdaftar, jikadia disabitkan mana-mana kesalahan dan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun.

Ini berikutan Karpal akan memohon pengecualian daripada Jabatan Pendaftaran Persatuan untuk membenarkan beliau mengekalkan jawatannya dengan sabitan itu. Walau apa pun beliau akan serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.
“Dengan keadaan ini (sabitan kesalahan), saya mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi DAP, sementara menunggu rayuan saya di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang sudah saya failkan.
“Buat sementara waktu, Timbalan Pengerusi, Tan Kok Wai akan memangku jawatan pengerusi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengikut Artikel 53, Dewan Rakyat akan menangguhkan keputusannya (berkaitan sabitan ahli Parlimen) bagi membolehkan sebarang prosiding yang boleh memberi kesan kepada keputusan, termasuk prosiding untuk membuang hilang kelayakan itu.

Rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega sekejap apabila para pemimpin pakatan pembangkang yang bersikap biadap dan melakukan kesalahan akhirnya telah dijatuhkan hukuman. Namun kami juga mahu melihat mereka ini benar-benar menerima hukuman yang setimpal bukannya sekadar dijatuhkan hukuman namun pada akhirnya dilepaskan selepas rayuan demi rayuan. Ketegasan kepimpinan Datuk Seri Najib menjadi perhatian dalam menangani pemimpin pakatan pembangkang yang telah dijatuhkan hukuman bersalah ini.

Disediakan oleh : EDITOR

Pembangkang Sakit Hati Agenda Tukar Najib Tidak Berjaya?

29 Mac 2014


tian chua1
Semua rakyat tahu bahawa Anwar bersama sekutunya DAP dan PAS telah merancang penggulingan Barisan Nasional setelah beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Maka era memburukkan para pemimpin Barisan Nasional telah dibuat dengan begitu tersusun sehingga membawa kepada perletakkan jawatan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Kesilapan terbesar Tun Mahathir adalah melantik Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti beliau. Tun Abdullah Ahmad Badawi memang merupakan pemimpin yang baik namun beliau tidak cukup kuat untuk melawan asakan para pembangkang yang sedang berusaha menggulingkan Barisan Nasional. Malahan kesilapan terbesar yang telah dibuat semasa zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila Khairy Jamaluddin yang merupakan menantu kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri menghantar pasport kepada Anwar. Ini boleh dikatakan bermulanya “era kecelakaan”  yang merupakan malapetaka kepada Malaysia.

Dalam keadaan Barisan Nasional mengalami kemerosotan melampau semasa zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi  akhirnya beliau meletakkan jawatan dan jawatan Perdana Menteri Diambil alih oleh Datuk Seri Najib.  Maka telah menjadi tugas berat bagi DS Najib untuk memperbaiki kelemahan dan kerosakkan dari pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kita perlu ingat segala kelemahan ini perlu dibaiki dengan banyak pemerhatian dan ujian yang perlu dihadapi bagi memperbetulkan kerosakkan memandangkan Anwar bersama pemimpin pakatan pembangkang yang lain telah lama merancang dan meletakkan “orang-orang” mereka di jabatan-jabatan kerajaan dan GLC untuk melakukan kerosakan demi untuk memberi “nama buruk” kepada Malaysia di mata dunia.

Baru-baru ini Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar Ibrahim selepas didapati bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas. Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai. Mahkamah  membenarkan Anwar menangguhkan bayaran ikat jamin sebanyak RM10,000. Dengan keputusan ini,  mengikut Perkara 64(4) undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor, Anwar hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang lalu.

Dengan itu maka Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang sebelum ini menulis:

“Najib hukum Anwar dipenjarakan 5 tahun – rakyat akan menjatuhkan Najib dalam 5 bulan, saya berjanji kepada anda!”Naib Presiden PKR Tian Chua ekoran kenyataannya berhubung “menjatuhkan Najib dalam 5 bulan” di Twitternya pada 7 Mac lalu.

Seksyen 4(1) Akta Hasutan boleh disabitkan ke atas Tian Chua. Seksyen itu antaranya memperuntukkan kesalahan mencetak, menerbit, menjual dan mengedar penerbitan bertujuan menghasut. Ia dipercayai dibuat ekoran perasaan tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman itu kepada Anwar selepas memutuskannya bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan. 

Menurut Pengurus Komunikasi PKR Batu Vinesh Nair, Tian Chua juga ditahan dalam tempoh singkat kerana enggan membenarkan komputer tablet iPad miliknya diperiksa. “Tian Chua tidak berpuas hati dengan tindakan itu, sekarang merancang untuk membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi,” kata vinesh ketika dihubungi Malaysiakini.

Kini pakatan pembangkang terus mengasak Barisan Nasional dengan hasutan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib pula. Mereka menuduh Umno terlalu ketandusan bakat kepimpinan sehinggga menyebabkan tidak ada yang mahu mencabarnya ketika kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dilihat sebagai paling lemah sekarang, kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Abdul Kadir Jasin.

Sebenarnya pakatan pembangkang terlalu risau Datuk Seri Najib dapat mengekang dan mengawalagenda mereka untuk menumbangkang Barisan Nasional pada PRU14 yang akan datang memandangkan mereka telah gagal berbuat demikian pada PRU13 yang lepas.  Pembangkang telah kehabisan “bahan” untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib sehinggakan mereka sanggup mempergunakan isu tragedi MH370 sebagai bahan untuk memburukkan negara. Ini antara bukti betapa terdesaknya pakatan pembangkang buat masa ini. 

Kita sentiasa mendoakan agar Datuk Seri Najib berjaya dalam misi beliau untuk membenteras agenda jahat pakatan pembangkang dan segera dapat mengembalikan kegemilangan Malaysia dari segi ekonomi dan nama baik negara.

Disediakan oleh : EDITOR

#MH370 : Kaji Semula Hubungan Diplomatik Jika Ada Okestra Kerajaan China dan DAP Untuk Memalukan Malaysia

28 Mac 2014


IMG-20140328-WA0024
Tindakan ahli keluarga penumpang MH370 warganegara China meninggalkan taklimat Kerajaan Malaysia kepada mereka di Beijing petang tadi merupakan satu tindakan biadap dan keterlaluan dan bertujuan memalukan negara ini.

Dalam sesi taklimat petang tadi, sebaik taklimat selesai dan dibuka untuk sesi soal jawab, salah seorang ahli keluarga mangsa yang dikenali sebagai Jiang tampi ke hadapan memegang mikrofon.

Jiang, yang mengenakan pas bertulis MH370 di bawah blazer coklatnya, sambil memegang mikrofon bertanya kepada kerabat penumpang, apakah mereka puas hati dengan penjelasan Malaysia?
“Tidak!” kata sebahagian kerabat penumpang..

Jiang lalu mengajak mereka meninggalkan ruang taklimat tersebut. Selepas semua keluar, Jiang masuk semula ke ruang taklimat dan duduk di hadapan delegasi Malaysia lalu berkata:

kosongh
“Anda lihat kejadian tadi menunjukkan keluarga penumpang bersatu. Semua fakta yang anda cuba sembunyikan akan terdedah suatu hari nanti. Seseorang akan harus menerima akibatnya pada masa akan datang.”
Tindakan warga China ini jelas menunjukkan mereka langsung tidak peduli usaha dan semangat Malaysia serta 26 negara lain untuk membantu mencari pesawat MH370.

Mereka berpendapat seolah-olah perkara seperti ini boleh diselesaikan sekelip mata dan mereka boleh mendapat kebenaran semudah berbicara.

Jika dilihat sikap dan perangai mereka ini sama sahaja dengan sebahagian kaum Cina DAP di Malaysia hari ini. Kerajaan dipersalahkan atas segala macam isu dan hampir semua perkara dituduh sebagai konspirasi kerajaan.

Hakikatnya, kumpulan keluarga mangsa ini telah diracuni oleh media berbahasa Cina di negara ini dan juga di China yang melaporkan seolah-olah kerajaan telah mengetahui semua persoalan mengenai MH370 tetapi menyembunyikan daripada mereka.

Ini mengundang peringatan daripada Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dua hari lepas agar media berbahasa Cina jangan menjadi pemarak api kemarahan keluarga yang sedang bersedih.
Selain laporan media Cina di Malaysia dan di China yang tidak membantu menenangkan keadaan, pihak berkuasa Beijing juga kelihatan lepas tangan dan seolah-olah menuduh kerajaan Malaysia menyembunyikan sesuatu.

Media massa China pada 25 Mac 2014 melaporkan ketidakpuasan hati Perdana Menteri China ke atas Malaysia. Menurut laporan tersebut, “Chinese Premier Li Keqiang on Tuesday urged Malaysia to provide detailed and accurate information about the missing Malaysia Airlines Flight MH370.”

Tindakan Perdana Menteri China ini bukan sahaja tidak diplomatik malah seolah-olah memberi lesen kepada rakyatnya untuk bertindak lebih jauh.

Semalam, kumpulan yang sama mengadakan demontrasi di luar kedutaan Malaysia sambil mendakwa Kerajaan Malaysia sebagai “pembunuh”. Tanda-tanda isyarat lucah kepada Malaysia dan lain-lain kenyataan yang menyakitkan hati dalam demontarsi tempoh hari sukar diterima akal [Lihat: # MH370: Agen China Terbabit Dengan Demontrasi di Beijing?.

Kita sedar akan perasaan kehilangan keluarga yang sukar mereka terima pada masa ini. Namun menuduh kerajaan menyembunyikan sesuatu dalam kes ini merupakan satu penghinaan terbesar kepada pentadbiran negara. Kerajaan wajar mengambil tindakan diplomatik bagi menunjukkan ketidakpuasan hati ini termasuk memanggil Duta Malaysia ke China pulang buat sementara waktu.

Seolah-olah ada okestra antara kerajaan China dengan DAP selaku pembangkang Cina di Malaysia untuk memperkecilkan kerajaan Malaysia. Di Dalam negara DAP dengan bangga mendakwa jika Pakatan dibenarkan menyelesaikan isu MH370, pesawat tersebut telah pun ditemui. [Lihat: Pakatan akan jumpa MH370 jika Tuntut Serahkan TUDM dan TLDM diletak bahaw mereka – DAP!.

Sungguh pun kerajaan mahu menumpukan pencarian MH370 dan mengelak konflik dengan China, namun ia bukan alasan untuk China dan Cina di Malaysia membuli kerajaan.

Seperti kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, “bukan rakyat China sahaja kehilangan keluarga, Malaysia juga turut kehilangan orang yang tersayang.”

Hakikatnya Malaysia bukan sahaja kehilangan ahli keluarga tetapi juga juruterbang berpengalaman, pesawat dan maruah syarikat penerbangan utamanya – MAS.

Disediakan oleh : EDITOR