Tuesday, March 11, 2014
Demonstrasi Jalanan Mengheret Rakyat Ugut Institusi Kehakiman?
Ketaksuban melampau para penyokong Anwar yang membuta tuli mempamerkan kemarahan yang tidak munasabah kononnya mengugut akan menganjurkan demonstrasi jalanan bagi membantah keputusan Mahkamah Rayuan mensabitkan Anwar Ibrahim bersalah sememangnya amat jahat dan zalim terhadap rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Golongan minoriti yang suka bertindak melampaui batas ini perlu dikekang dan dikenakan tindakan tegas maksima sebagai pengajaran atas kebiadapan dan keganasan mereka.
Tambahan pula Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkrompromi dengan mana-mana individu yang menganjur dan menyertai perhimpunan haram. Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu yang tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi menganjurkan sesuatu perhimpunan. Polis tidak akan membiarkan sebarang tindakan yang melanggar undang-undang dilepaskan begitu sahaja.
Sekiranya didapati pembangkang melanggar syarat dan peraturan yang telah ditetapkan maka polis akan menyiasat dan mengumpul bahan bukti untuk dikemukakan kepada pihak Peguam Negara. Polis belum menerima sebarang permohonan berhubung gerakan protes yang akan dianjur pihak pembangkang pada 11 Mac sebagai membantah sabitan dan hukuman terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lepas.
Dengan sejarah panjang perbicaraan kes liwat Saiful yang telah tertangguh lebih dari enam puluh kali dan penderaan mental yang amat dashyat terhadap Saiful selama enam tahun dan desakan dan asakan ugutan demonstrasi di luar mahkamah sebelum ini yang seolah-olah dipergunakan oleh Anwar untuk memberi tekanan kepada institusi kehakiman negara maka sudah sampai masanya Anwar Ibrahim redha menerima keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun setelah didapati bersalah meliwat.
Dalam umur Anwar yang sudah tua ini sepatutnya beliau mengubah cara hidup yang tidak habis-habis mencetuskan huru hara dan menyusahkan rakyat dalam “niat jahat” untuk sama-sama mengheret rakyat ke jalanan demi kepentingan peribadi beliau. Dan bagi para pengikut yang taksub “gila babi” sepatutnya cuba membuka sedikit minda dan menyelami hakikat kebenaran bahawa sepanjang hayatnya manusia yang bernama Anwar Bin Ibrahim ini tidak pernah sekalipun membawa kebaikankepada negara melainkan keganasan, kemusnahan dan kesengsaraan kepada rakyat dan negara. Anwar perlu akur dengan keputusan mahkamah yang telah banyak kali memihak kepada beliau sebelum ini. Beliau sepatutnya mengelak daripada melakukan sebarang provokasi yang mungkin akan memburukkan keadaan.
Beliau dan ‘konco-konconya’ sepatutnya tidak melakukan apa-apa provokasi yang menyusahkan rakyat. Sejarah demonstrasi jalanan 1998 dahulu menjadi sejarah hitam untuk rakyat dan negara. Dalam keadaan bukti yang cukup kukuh sebenarnya para pemimpin pakatan termasuk Anwar sendiri tahu bahawa adalah amat mustahil beliau boleh terlepas dari hukuman. Namun disebabkan pembangkang sentiasa berjuang di atas landasan yang salah dan melawan arus maka mereka tetap bertekad menjadikan ini sebagai salah satu sebab untuk mencetuskan huru hara.
Mahkamah Rayuan telah memutuskan Anwar didapati bersalah oleh atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari pada 2008, sekali gus menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Ketua Umum PKR itu. Oleh itu penyokong PKR diminta menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang telah memutuskan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat. Selama ini mereka bersorak gembira apabila kebanyakkan kes di mahkamah dimenangi oleh mereka. Tambahan pula kita amat maklum bahawa Majlis Peguam telah menunjukkan sokongan padu terhadap pakatan pembangkang dalam apa sahaja isu.
Sekiranya PKR masih mempunyai maruah, menjunjung demokrasi dan kedaulatan undang-undang, mereka sepatutnya tidak akan memaksa rakyat mengadakan demonstrasi. Anwar juga diminta tidak menggunakan taktik lama dengan melemparkan tuduhan bukan-bukan kepada kerajaan bahawa keputusan mahkamah itu merupakan campur tangan daripada Barisan Nasional (BN) kerana rakyat dan negara sudah muak dengan “game” Anwar Bin Ibrahim.
Sementara itu Wan Azizah telah diumumkan sebagai pengganti suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang, 23 Mac ini. Pengumuman tersebut dilakukan sendiri oleh Anwar dalam satu sidang media khas di Batu 12, Kajang. Ini berikutan Anwar terlucut kelayakan untuk bertanding di kerusi yang dikosongkan penyandang daripada PKR, Lee Chin Cheh selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan beliau meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Oleh itu Wan Azizah akan berdepan dengan calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Datuk Zaid Ibrahim bagi kerusi berkenaan. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa anti kronisme yang begitu lantang dilaungkan oleh Anwar dan pakatan pembangkang merupakan pembohongan dan pengkhianatan jahat semata-mata. Dengan meletakkan isterinya sendiri membuktikan amalan kronisme ini sebenarnya menjadi amalan pakatan pembangkang. Seperti biasa pakatan sememangnya “cakap tidak serupa bikin”. Kita perlu sentiasa ingat bahawa segala tuduhan liar pembangkang merupakan suara hati dan keinginan yang mereka mahu dan akan lakukan. Oleh itu mereka perlu seolah-olah menuduh kerajaan untuk memudahkan mereka melaksanakan niat jahat mereka.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment