Monday, March 31, 2014

Pembangkang Sakit Hati Agenda Tukar Najib Tidak Berjaya?

29 Mac 2014


tian chua1
Semua rakyat tahu bahawa Anwar bersama sekutunya DAP dan PAS telah merancang penggulingan Barisan Nasional setelah beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Maka era memburukkan para pemimpin Barisan Nasional telah dibuat dengan begitu tersusun sehingga membawa kepada perletakkan jawatan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Kesilapan terbesar Tun Mahathir adalah melantik Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti beliau. Tun Abdullah Ahmad Badawi memang merupakan pemimpin yang baik namun beliau tidak cukup kuat untuk melawan asakan para pembangkang yang sedang berusaha menggulingkan Barisan Nasional. Malahan kesilapan terbesar yang telah dibuat semasa zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila Khairy Jamaluddin yang merupakan menantu kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri menghantar pasport kepada Anwar. Ini boleh dikatakan bermulanya “era kecelakaan”  yang merupakan malapetaka kepada Malaysia.

Dalam keadaan Barisan Nasional mengalami kemerosotan melampau semasa zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi  akhirnya beliau meletakkan jawatan dan jawatan Perdana Menteri Diambil alih oleh Datuk Seri Najib.  Maka telah menjadi tugas berat bagi DS Najib untuk memperbaiki kelemahan dan kerosakkan dari pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kita perlu ingat segala kelemahan ini perlu dibaiki dengan banyak pemerhatian dan ujian yang perlu dihadapi bagi memperbetulkan kerosakkan memandangkan Anwar bersama pemimpin pakatan pembangkang yang lain telah lama merancang dan meletakkan “orang-orang” mereka di jabatan-jabatan kerajaan dan GLC untuk melakukan kerosakan demi untuk memberi “nama buruk” kepada Malaysia di mata dunia.

Baru-baru ini Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar Ibrahim selepas didapati bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas. Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai. Mahkamah  membenarkan Anwar menangguhkan bayaran ikat jamin sebanyak RM10,000. Dengan keputusan ini,  mengikut Perkara 64(4) undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor, Anwar hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang lalu.

Dengan itu maka Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang sebelum ini menulis:

“Najib hukum Anwar dipenjarakan 5 tahun – rakyat akan menjatuhkan Najib dalam 5 bulan, saya berjanji kepada anda!”Naib Presiden PKR Tian Chua ekoran kenyataannya berhubung “menjatuhkan Najib dalam 5 bulan” di Twitternya pada 7 Mac lalu.

Seksyen 4(1) Akta Hasutan boleh disabitkan ke atas Tian Chua. Seksyen itu antaranya memperuntukkan kesalahan mencetak, menerbit, menjual dan mengedar penerbitan bertujuan menghasut. Ia dipercayai dibuat ekoran perasaan tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman itu kepada Anwar selepas memutuskannya bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan. 

Menurut Pengurus Komunikasi PKR Batu Vinesh Nair, Tian Chua juga ditahan dalam tempoh singkat kerana enggan membenarkan komputer tablet iPad miliknya diperiksa. “Tian Chua tidak berpuas hati dengan tindakan itu, sekarang merancang untuk membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi,” kata vinesh ketika dihubungi Malaysiakini.

Kini pakatan pembangkang terus mengasak Barisan Nasional dengan hasutan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib pula. Mereka menuduh Umno terlalu ketandusan bakat kepimpinan sehinggga menyebabkan tidak ada yang mahu mencabarnya ketika kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dilihat sebagai paling lemah sekarang, kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Abdul Kadir Jasin.

Sebenarnya pakatan pembangkang terlalu risau Datuk Seri Najib dapat mengekang dan mengawalagenda mereka untuk menumbangkang Barisan Nasional pada PRU14 yang akan datang memandangkan mereka telah gagal berbuat demikian pada PRU13 yang lepas.  Pembangkang telah kehabisan “bahan” untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib sehinggakan mereka sanggup mempergunakan isu tragedi MH370 sebagai bahan untuk memburukkan negara. Ini antara bukti betapa terdesaknya pakatan pembangkang buat masa ini. 

Kita sentiasa mendoakan agar Datuk Seri Najib berjaya dalam misi beliau untuk membenteras agenda jahat pakatan pembangkang dan segera dapat mengembalikan kegemilangan Malaysia dari segi ekonomi dan nama baik negara.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment