Tuesday, March 11, 2014

Anwar Fail Rayuan, Bayar Jaminan RM 10 Ribu

10 Mac 2014


anwar-ibrahim-wan-azizah
PUTRAJAYA 10 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Notis rayuan itu difailkan melalui peguamnya, Ramkarpal Singh di kaunter pendaftaran Mahkamah Rayuan pada pukul 10.30 pagi.

Sementara itu, proses pembayaran jamin sebanyak RM10,000 sedang dilakukan oleh Ramkarpal dan penjamin Ketua Pembangkang itu, Ibrahim Yaacob.

Menurut Ramkarpal, Anwar akan hadir di Mahkamah Rayuan sebelum pukul 1 petang ini kerana menghadiri perasmian sidang Parlimen.

Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu mengarahkan wang jaminan dibayar sebelum pukul 11 pagi ini. 

UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment