31 Mac 2014
Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, hari ini mempertahankan langkah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di lautan Hindi. Menurut beliau, berdasarkan data-data yang ada ada jelas dan sukar dinafikan bahawa MH370 berakhir di bahagian selatan lautan Hindi.
“Najib Razak membuat kesimpulan yang tepat berdasarkan bukti-bukti yang sukar dinafikan. Apabila kesimpulan seperti itu telah didapati, adalah wajar beliau mengumumkan kesimpulan tersebut kepada awam.
Abbot membuat kenyataan tersebut sebagai reaksi balas kepada kritikan warga China yang tidak berpuas hati dengan tindakan Mohd Najib mengumumkan pengakhiran MH370 di tengah lautan Hindi.
Menurut laporan media, waris penumpang MH370 dari China mahu Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS) meminta maaf kerana mengisytihar kematian kesemua 239 orang dalam penerbangan MH370, tanpa mengemukakan bukti konklusif.
Namun Abbot yang bercakap kepada pemberita di Australia menyatakan:
“The accumulation of evidence is that the aircraft has been lost and it has been lost somewhere in the south of the Indian Ocean,” he told reporters at the Perth military base coordinating the search.
“That’s the absolutely overwhelming wave of evidence and I think that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak was perfectly entitled to come to that conclusion, and I think once that conclusion had been arrived at, it was his duty to make that conclusion public.” AFP
No comments:
Post a Comment