Monday, March 03, 2014
BR1M : Siapa Pun Berhak Bagi Pandangan, Tun M Tidak Terkecuali
MACAI pembangkang macam dapat durian runtuh bila mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad beri kenyataan semalam supaya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dihentikan kerana ditakuti boleh membebankan kewangan kerajaan.
Adakah kita perlu respon kepada provokasi macai mengenai kenyataan Mahathir tersebut? Penulis kata tidak perlu buang masa kerana penulis pasti macai bukan sokong mana Mahathir pun, hanya nak twist dan putar belit kenyataan beliau saja.
Buktinya, tak beberapa hari lepas, macai terutama dari parti PAS, lantang menuduh Mahathir sebagai anti hadis kerana beri kenyataan yang seakan-akan menyokong Kassim Ahmad. Pro & Cons dari kenyataan tersebut bukan isunya, tapi sekadar nak kata macai macam itulah, sokongan hanya ikut kepentingan.
Ada penting pada dia sokonglah, takde kepentingan kalu, hentamlah.
Penulis memilih topik tersebut hari ini pun , bukan sebab nak mengulas tentang kenyataan macai, tapi tentang kenyataan Mahathir itu
Dalam negara yang demokrasi seperti Malaysia ini, sesiapa pun berhak bagi pandangan. Mahathir juga tidak terkecuali, tidak ada siapa yang cuba nak menutup mulutnya untuk bercakap tentang perkara yang dia tidak senang.
Cuma nak katakan disini, kalau nak mengatakan BR1M ini boleh memberi beban kewangan kepada negara, penulis nak tanya balik, bagaimana ia boleh membebankan negara bila wang itu adalah hasil pengurangan subsidi oleh kerajaan?
September lepas, subsidi minyak dikurangkan sebanyak RM 0.20, November, subsidi gula dihapuskan terus. Semua wang hasil penjimatan ini disalurkan semula kepada keompok rakyat yang menepati syarat yang ditetapkan oleh kerajaa melalui program BR1M..
Jadi dengan apa BR1M boleh menyebabkan beban kepada negara?
But again, bukan niat nak menyanggah Mahathir, tapi lebih kepada menjelaskan perkara yang mungkin beliau terlepas pandang. Penulis faham, Mahathir bimbang kerajaan tersepit dalam keadaan kewangan yang serius kerana pembangkang sedang ligat ganggu perancangan dalam soal penstrukturan semula subsidi ini.
Paling ketara, bila kerajaan sudah rancang untuk kurang beberapa jenis subsidi tahun ini – tol umpamanya, pembangkang akan bangkang habis-habisan.
Tapi bila keputusan dibuat supaya kenaikan tol ditangguhkan, Anwar Ibrahim akan panggil balacinya di Sabah untuk beri kenyataan kenapa pembatalan tersebut tidak adil kepada rakyat negeri itu yang tidak ada kemudahan lebuhraya tapi masih perlu tanggung subsidi RM 400 juta yang perlu dibayar kerajaan sebagai pampasan kepada pemegang konsesi kerana tol tidak naik.
Ini memang permainan politik mereka – buat salah tak buat salah, tapi dalam masa yang sama, program rasionalisasi kerajaan sedikit terbantut kerana penjimatan RM 400 juta yang sepatutnya dibuat tahun ini, tidak dapat dilakukan.
Penulis bagaimanapun dimaklumkan kerajaan sudah ada pendekatan lain untuk selesai masalah tersebut, dan dari apa yang penulis tahu itu, sepatutnya tidak ada sesiapa yang perlu bimbang kerana kerajaan tahu apa nak dibuat.
Hanya percaya dan yakinlah dengan kemampuan kerajaan.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment