Tuesday, March 11, 2014

Kesian Melihat Pencacai Pakatan Rakyat ... Dah Kapal Selam Malaysia Pulak Diserangnya Dalam Kes MH370

Mac 2014


1957993_403989259746108_1847078384_n
Bersembang atau mendengar sembang geng-geng Pakatan Rakyat, boleh membuatkan kita yang mempunyai IQ Mensa 98 pun boleh bertukar menjadi IQ di bawah paras 5. Maka tidak hairanlah mengapa cerdik pandai yang berada, mendekati atau bergaul dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, mereka akan kelihatan tersangat bodoh dan bahlol sehinggakan sebarang kenyataan yang mereka keluarkan, tidak sahaja digelakkan oleh orang yang masih hidup, bahkan mayat di dalam liang lahad pun, berguling-guling geli hati!

Selepas kegagalan Anwar Ibrahim melepaskan diri daripada undang-undang Malaysia menerusi pensabitan kesalahan jenayah liwat yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu, dan kemudian dikenakan hukuman penjara, walaupun menurut undang-undang sesetengah negara, dia bukan sahaja boleh dihukum gantung bahkan turut dicampakkan dari tempat tinggi sampai mati, para pecacai Pakatan Rakyat cuba mencari-cari alasan untuk memulakan revolusi yang mereka gelarkan sebagai REFORMASI.

Malangnya, usaha mereka tidak berjaya. Walaupun Anwar Ibrahim terus memekak dan menyalak-nyalak kononnya Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan tidak layak menyandang jawatan dan Shafee Abdullah pula adalah Peguam UMNO walaupun dia tidak mungkin terlupa bahawa kesemua peguamnya adalah Peguam DAP dan Peguam PKR, bahkan mereka mempunyai jawatan dalam parti masing-masing, tumpuan rakyat Malaysia lebih kepada MH370 yang hilang secara misteri.

Cubaan Anwar Ibrahim untuk memulakan demonstrasi besar-besaran di Dataran Merdeka siang tadi, juga nampaknya bukan sahaja gagal, bahkan telah ‘digagalkan’ dengan teruknya. Jumlah yang hadir tidak lebih dari lima orang. Di Setia Alam pula, konvensyen PKR, turut tidak diperkatakan walaupun Anwar dan para pemimpin PKR mengulangi skrip dan ucapan yang sama seperti tahun 1999 apabila buat kali pertama Anwar Ibrahim disumbatkan ke penjara kerana kesalahan meliwat dan salahguna kuasa.

Para pecacai Pakatan sendiri bagaikan sudah putus otak untuk terus memusing-musingkan fakta bagi memenangkan Anwar Ibrahim memandangkan dalam setiap medium yang mereka sertai kecuali di tempat-tempat di mana mereka boleh mencantas, menghalang atau blocking penyanggah-penyanggah mereka, setiap putar belit mereka tidak sahaja dijawab dengan baik, bahkan dibuktikan bahawa mereka sebenarnya berstatus sama seperti keledai pembawa garam.

Apabila Kerajaan Singapura menghantar sebuah kapal selam pencari dan penyelamat, para pecacai Pakatan Rakyat berasakan mereka sudah mempunyai buah yang amat baik untuk membalun Kerajaan UMNO-BN. Mereka mempersoalkan tentang dua buah kapal selam Malaysia yang menurut mereka, masih tidak boleh menyelam sehingga kini. Mereka mempersoalkan mengapa Malaysia tidak menghantar kapal-kapal selam tersebut berbanding Singapura.

Rupa-rupanya mereka langsung tidak dapat membezakan antara kapal selam perang dengan kapal selam pencari dan penyelamat. Mereka tidak dapat membezakan fungsi aset-aset tersebut dan pukul rata semua kapal selam adalah sama.

Malah ada pula yang mempersoalkan, mengapa beberapa negara lain turut serta dalam pencarian dan operasi menyelamat MH370, penumpang serta anak-anak kapal itu sedangkan pesawat berkenaan milik Malaysia.
Barangkali kerana mereka sudah lama beranggapan tiada undang-undang yang dapat menghalang mereka, maka para pecacai Pakatan Rakyat berkenaan beranggapan semuanya boleh diterjah, diceroboh dan dimasuki secara sesuka hati. Mereka tidak peduli dengan undang-undang dan prosedur antarabangsa, terutama sekali membabitkan aset-aset ketenteraan, asalkan mereka boleh buat posting untuk menyenangkan hati para pemimpin masing-masing.

Insiden kehilangan MH370 walaupun mungkin merupakan salah satu episod sedih dalam sejarah negara, setidak-tidaknya telah membuktikan bahawa Pakatan Rakyat hanyalah penternak manusia-manusia bebal yang hanya bercakap atau mengeluarkan buah fikiran, tanpa berfikir sebaliknya hanya untuk mendapatkan populariti!

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment