Monday, March 31, 2014

Fuziah Salleh, Naib Presiden PKR dan Lynas

31 Mac 2014


lynas2
Fuziah Salleh merupakan orang yang paling lantang menentang  projek kontroversi Kilang Pemprosesan Nadir Bumi Lynas di Kuantan.  Beliau telah fokuskan isu Lynas ini sebagai senjata utama untuk meraih undi dan populariti.  Walaupun penerangan terperinci berserta fakta dan bukti bahawa projek Lynas ini tidak mendatangkan bahaya kepada penduduk di sekitarnya namun Fuziah tetap menjalankan provokasi besar-besaran dan berterusan untuk memanipulasikan pemikiran dan pandangan penduduk setempat dan rakyat Malaysia. Beliau tidak menjalankan “kerja kotor” ini seorang diri. Bantuan dari DAP secara berterusan telah banyak menolong beliau.

Namun setelah penerangan demi penerangan akhirnya isu ini senyap seketika.  Pemilihan PKR kali ini melihat Fuziah Salleh cuba mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR.  Kebetulan pula baru-baru ini berlaku kemalangan lori yang membawa bahan Nadir Bumi Lynas. Ini sememangnya merupakan peluang keemasan beliau untuk meraih kembali populariti untuk dijadikan “bahan” meraih undi dalam pertandingandalaman PKR.

Semasa Kuantan dilanda banjir teruk baru-baru ini, Fuziah Salleh sebagai ahli Parlimen Kuantan tunjuk muka sekadar “melepaskan batuk di tangga” sahaja. Hakikatnya hanya Barisan Nasional yang benar-benar bertungkus lumus menghulurkan bantuan dan meringankan beban mangsa-mangsa banjir.
 
lynas
Malahan  Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji,dilihat cuba meraih populariti dalam isu kemalangan lori bawa bahan Nadir Bumi Lynas ini. Kononnya tindakan pantas perlu dilakukan dalam situasi berkenaan bagi mengelakkan sebarang kesan yang tidak diingini terutama terhadap penduduk setempat. Seolah-olah kelewatan mengambil tindakan berkemungkinan mengundang mudarat dan membahayakan penduduk ekoran kandungan bahan kimia yang tertumpah.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sendiri telah menegaskan bahawa bahan yang  dibawa lori Lynas yang terbabit kemalangan di jalan persekutuan Kuala Lumpur-Kuantan di Lanchang, tidak berbahaya. 
Namun seperti biasa pakatan pembangkang tetap mereka cerita dan berita versi mereka sendiri hanya untuk mengundang kepanikan di kalangan penduduk setempat.

Lori berkenaan tidak mengandungi bahan radioaktif, malah tidak didaftarkan dalam kategori berbahaya. Produk tidak berbau.  Ia mengangkut produk 15 PrND Chloride Lynas dalam bentuk cecair untuk dibawa ke Pelabuhan Kuantan dan dieksport ke Jepun.  Ia tidak berbau dan tidak membahayakan hidupan, termasuk hidupan laut seperti ikan.

Menurut laporan kemalangan, 13 daripada 15 bekas PrND Chloride berkenaan bertaburan di atas jalanraya dan empat daripadanya pecah. Kerja membersihkan kawasan kemalangan berkenaan sudah dilakukan oleh Pasukan Khas Penyelamat dan Bantuan Bencana Malaysia (SMART).

Pembangkang cuba memutarbelitkan isu kononnya  kemalangan membabitkan  lori yang membawa muatan produk nadir bumi milik kilang Lynas di Temerloh baru-baru ini menunjukkan tahap piawaian keselamatan syarikat itu tidak ketat dan membahayakan penduduk setempat. Kononnya insiden berkenaan yang menyebabkan beberapa bekas berisi cecair kimia PrND Cloride terjatuh dan pecah sehingga mengakibatkan jalanraya terpaksa ditutup. Pembangkang yang kononnya  aktivis alam sekitar  telah mempertikaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digunakan dalam kerja-kerja mengangkut bahan merbahaya itu.

Rakyat tahu pembangkang hanya tahu mengkritik dan memfitnah tanpa memberikan  cadangan yang membina.  Malahan memilih pembangkang bermakna memilih “orang tak guna” untuk memerintah negara. Namun bagi penyokong tegar pakatan mereka terlalu mengutamakan dendam peribadi daripada keamanan dan kemakmuran negara sehingga ianya telah membutakan mata hati nurani mereka.  Kita sentiasa mendoakan semoga Allah akan memberi hidayah dan membuka mata hati mereka untuk melihat kebenaran.

No comments:

Post a Comment