Tuesday, March 11, 2014

Tragedi Kehilangan MH370 Melahirkan Puluhan Ribu 'Cerdik Pandai'

10 Mac 2014


10009815_10152036230224998_881209219_n
Ada sesuatu yang barangkali ramai daripada kita yang tidak sedar, media sosial telah mendedahkan sebahagian besar tembelang rakyat Malaysia, terutama sekali yang sentiasa beranggapan mereka lebih pandai dari orang lain. Dalam sebarang isu, golongan ini yang pertama-tama akan muncul dan seterusnya cuba membuktikan, mereka jauh lebih bijak memandangkan mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat.

Antara medium yang paling banyak menampilkan ‘cerdik pandai’ yang muncul secara tiba-tiba membabitkan bidang crime scene, aviation, strategic, maritim dan seribu satu macam bidang yang lain adalah Facebook dan Twitter. Anda cuma perlu menjengah dan anda akan dapati pelbagai teori diberikan sehingga ada yang langsung tidak masuk akal. Di Twitter pula, golongan berkenaan cuba menjadi news-breaker dengan pelbagai pertanyaan atau kenyataan-kenyataan yang kononnya hanya mereka yang dapat maklumat.

Walaupun pelbagai nasihat dan peringatan telah diberikan tentang adab dan etika yang perlu digunakan memandangkan kes ini mungkin membabitnya nyawa dan keselamatan mangsa, namun nampaknya segala usaha tersebut bagaikan mencurah air ke daun keladi.

Barangkali itu merupakan perkara normal memandangkan setiap manusia sentiasa berasa mereka lebih istimewa berbanding orang lain. Dek kerana itulah, terlalu ramai yang cuba mengambil jalan mudah untuk menghiburkan hati sendiri dengan memberikan pelbagai andaian dan spekulasi. Malah ada yang tercari-cari teori untuk bergurau senda tanpa menghiraukan sensitiviti ahli keluarga mangsa.
Paling menarik apabila mereka cuba pula menyalahkan kerajaan dan mempersoalkan kelambatan, ketidakcekapan, ketidakpedulian malah menyalahkan keengganan kerajaan menggunakan aset-aset seperti kapal selam, jet pejuang dan kapal perang untuk operasi menyelamat.

Sedangkan penjelasan sudah dibagi, gagal difahami dan dihadami kerana masing-masing berasakan, inilah masanya untuk mereka membantu parti dan pemimpin mereka yang kehausan perhatian dan sokongan.
Malangnya perbuatan yang mereka lakukan sebenarnya merencatkan banyak pihak terutama sekali anggota-anggota keluarga dan petugas-petugas penyelamat yang sedang bertungkus lumus menjalankan operasi mencari, mengesan dan menyelamat. Mereka sekadar menjadi keyboard warrior yang cuba berlagak pandai, sedangkan mereka yang berada di lapangan, meninggalkan kaum keluarga bahkan bekerja di luar bidang masa yang sepatutnya.

Matlamat mereka hanya satu, mengesan, mencari dan menyelamatkan MH370 bersama-sama penumpang dan anak kapalnya. Sedangkan golongan ‘cendekiawan’ yang cukup aktif dalam Facebook dan Twitter pula, sesetengahnya, naik kapal terbang pun tak pernah!

Ada sesuatu yang tidak kena dengan mentaliti rakyat Malaysia, khususnya yang cenderung menyokong Pakatan pembangkang. Mereka tidak dapat berfikir secara rasional. Mereka sentiasa berfikir bahawa segala-galanya adalah mudah dan yang membuatkan sesuatu yang mudah itu menjadi payah adalah UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional. Itu sahaja yang ada dalam otak mereka. Siang malam, ratib dan zikir mereka adalah SEMUA SALAH UMNO, SEMUA SALAH BARISAN NASIONAL.

Tidak keterlaluan kalau kita katakan, ajaran songsang yang diterapkan oleh Anwar Ibrahim sudah melekat dan berjaya sepenuhnya. Kalau tidak, masakan masih ada yang bertanya, SALAHKAH LIWAT SUKA SAMA SUKA demi membenarkan dan memenangkan Anwar Ibrahim apabila berhujah.

Ternyata bahaya elemen yang ada kaitan dengan sokongan kepada Anwar Ibrahim dan pasukannya, tidak hanya melibatkan perjuangan membebaskan segala-galanya, termasuklah norma-norma serta batas hidup dan adab selaku manusia yang beragama, tetapi juga membuatkan otak golongan tersebut mengecil sehinggakan mereka hanya memikirkan… SEMUA SALAH UMNO-BN!

Tragedi MH370 sudah pun menyerlahkan ‘kebijaksanaan’ mereka yang benar-benar melampaui tahap atau penanda aras kebongokan bagi seseorang yang bergelar manusia!

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment