Monday, March 03, 2014

Jambatan Sultan Abdul Halim : Ketua Menteri Kurang Ajar!

3 Mac 2014


jambatan kedua
Spekulasi yang menyatakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terkilan dengan keputusan kerajaan persekutuan menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sempena nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah dinafikan oleh beliau sendiri.

Bagaimanapun penafian tersebut sangat meragukan dan menambah spekulasi bahawa memang Lim tidak berpuas hati.

Bernama melaporkan Lim sebagai berkata, “Saya tak pernah rasa terkilan…Ini adalah prerogatif kerajaan pusat dan kami tidak mempertikaikan prerogatif kerajaan pusat,” katanya dalam sidang media, di Georgetown.
Sebagai seorang Ketua Menteri dan ahli politik berpengalaman Lim Guan Eng sepatutnya mengalu-alukan penamaan jambatan tersebut sempena nama Sultan Abdul Halim.

Sepatutnya, Lim Guan Eng menunjukkan rasa bangga dan gembira jambatan tersebut dinamakan dengan nama Yang Dipertuan Agong yang juga merupakan Sultan Negeri Kedah; memandangkan Pulau Pinang pernah menjadi sebahagian daripada Kedah suatu ketika dahulu.

Tindakan Guan Eng menafikan beliau terkilan kerana penamaan jambatan ini merupakan hak preogratif kerajaan persekutuan menunjukkan sikap biadap dan tidak menghormati DYMM Yang Di Pertuan Agong.

Dengan kata lain, Lim Guan Eng ingin mengatakan pemilihan nama tersebut tidak ada memberi apa-apa makna kepada beliau dan kerajaan Pulau Pinang. Adakah ini tindakan tidak biadap dan kurang ajar?

Pada 1 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Jambatan Kedua Pulau Pinang dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ada majlis perasmian jambatan itu.


Jambatan sepanjang 24 km itu – 17 km daripadanya merentasi laut dan tujuh kilometer di daratan – dibina dengan reka bentuk bersifat lestari alam sekitar bagi menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di bahagian pulau.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment