Monday, March 31, 2014

N51 Balingian : PKR Dapat Kangkung, Kesian

29 Mac 2014


yaso
PKR yang beraya dengan majoriti menurun dalam pilihanraya kecil yang mereka cipta sendiri di Kajang minggu sudah, kini terduduk di Balingian bila BN mengekalkan kerusi di DUN tersebut dengan jumlah majoriti yang jauh lebih besar – 6,911 undi berbanding 5,154 undi dalam pilihanraya negeri pada 2011.

Ini membuktikan satu perkara, BN kalau menang pilihanraya kecil, confirm majoriti meningkat (Kuala Besut & Balingian), sementara pembangkang kalau menang pulak, confirm majoriti menurun (Sungai Limau & Kajang).

Sekaligus membuktikan BN semakin mengukuhkan cengkaman di kawasan sendiri sementara pembangkang semakin hilang sokongan, juga di kawasan mereka sendiri.  Bayangan yang semua orang faham, kalau perkara ini berterusan, peluang BN dalam PRU14 adalah semakin cerah.

Apatah lagi sekarang Anwar Ibrahim sudah 90% pasti tidak akan bertanding dalam PRU14, selain hukuman 5 tahun penjara, juga ada larangan berpolitik 5 tahun setelah disabitkan dengan kesalahan, lagilah masa depan pembangkang semakin malap.

Cina yang beri sokongan tidak berbelah bahagi terhadap pembangkang sekarang, akan tukar haluan bila Anwar masuk penjara sebab, hanya Anwar sahaja yang boleh halang PAS dari laksanakan hudud, dan hudud adalah musuh nombor satu cina di Malaysia ini.

Waktu itu, cina tak nampak lagi DAP sebagai penyelamat mereka dari hudud, tapi MCA.

Apa pun, tahniahlah kepada jentera BN di Balingian yang bekerja keras mengkangkungkan PKR di kawasan tersebut.  Baru mereka nampak, modal politik mereka tak laku bila komposisi cina tidak seperti Kajang, ramai cina bolehlah kau cakap.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment